Ramai juga yang tanya min, ada induksi PPL-PPT tak?
Sebenarnya, kursus ni tak wujud.
Anda cuma perlu dilantik sebagai PP-PPT (ada SKM, induksi PP-PPT & pengalaman dalam bidang tersebut selama 10 tahun ke atas).
Setelah jadi PP-PPT selama 2 tahun atau dah tandatangani >30 portfolio, bolehlah mohon naik pangkat jadi PPL-PPT (tapi pastikan ada juga sijil induksi PPL ya – tarikh induksi PPL pada 27&28 April)
Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)
Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan verifikasi dan mengesahkan terhadap penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:
i. Melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang telah dilakukan oleh PPPPT dan memastikan penilaian dilaksanakan mengikut kriteria kemahiran yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria dan syarat perakuan sebagai PPL-PPT seperti berikut:
i. Merupakan seorang PP-PPT yang masih sah tempoh pengiktirafan; dan
ii. Telah membuat penilaian sekurang-kurangnya tiga puluh (30) portfolio sepanjang tempoh menjadi PP-PPT dalam program yang berkaitan; atau
iii. Mempunyai pengalaman sebagai PP-PPT sekurang-kurangnya dua (2) tahun dalam program yang berkaitan;
iv. Berada pada peringkat penyeliaan / pengurusan /professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5
Jadi, berikut adalah jadual terdekat induksi PP-PPT untuk anda pertimbangkan 🙂
Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)
Jika berminat, sila muat turun borang Borang Permohonan Induksi
Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat.
PS: Tarikh induksi yang lain
PP-PPD: 30-31 Mac
PPL: 27&28 April (Mesti lulus induksi PP-PPD dulu)