PERSONEL PENILAIAN DAN VERIFIKASI (PPV) SISTEM PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)
Personal Penilaian dan Verifikasi (PPV) adalah individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan Penilaian dan Verifikasi Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
PPV juga perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang dimohon serta berperanan dalam jaminan mutu pelaksanaan SPKM dan penigasan tertakluk kepada keperluan JPK.
PPV terdiri daripada;
- PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
- PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
- PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
- PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
PPV: PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)
- Mana-mana individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN
- PPL juga bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.
PPL ini terdiri daripada dua (2) kategori iaitu ;
– Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
– Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)
PPV: Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)
PPL-SLaPB merupakan seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah. Peranan dan tanggungjawab PPL-SLaPB pula termasuklah:
i. Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);
ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;
iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkaraperkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.
Sekiranya anda berminat untuk memohon sebagai PPLSLaPB ini, anda perlu memenuhi kriteria syarat seperti berikut:
1. | Warganegara Malaysia; |
2. | Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon; |
3. | Lulus Kursus Induksi PP-PPD-PPB; |
4. | Lulus Kursus Induksi PPL;dan |
5. | Memiliki kelayakan kemahiran berikut bagi bidang yang ingin dimohon; |
SKM 1,2,3 – sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang yang dimohonDKM – sekurang-kurangnya DKM/ Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohonDLKM – sekurang-kurangnya DLKM/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohon. |
PPV: Pegawai Pengesah Luaran - Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLDN)
Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja/ Pusat Bertauliah.
Peranan dan tanggungjawab PPL-SLDN termasuklah:
i. Memantau pelaksanaan Peperiksaan Akhir;
ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;
iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran (JPK/SLDN/VL01);
iv. Menyemak dan mengesah Buku Log; dan
v. Menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan.
Bagi memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan. Syarat perakuan sebagai PPL-SLDN adalah seperti berikut:
1. | Warganegara Malaysia; |
2. | Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon; |
3. | Hadir Kursus Induksi SLDN; |
4. | Lulus Kursus Induksi PPL;dan |
5. | Memiliki kelayakan kemahiran berikut; |
SKM 1,2,3 – sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang dimohon DKM – sekurang-kurangnya DKM/ Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohonDLKM – Sekurang-kurangnya DLKM/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohon | |
NOTA:Tiada perakuan PPL-SLDN bagi program berikut:Program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM) Program berkaitan Pemandu Pelancong |
PPV: Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)
Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:
i. Menilai ketrampilan berdasarkan pengalaman, pengiktirafan dan pencapaian terdahulu calon PPT dengan bukti-bukti keterampilan yang sahih, kebolehpercayaan dan mencukupi sebelum dibuat verifikasi bagi tujuan persijilan.
ii. Menjalankan sesi kaunseling bagi membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon.
Bagi jawatan ini, antara kriteria dan syarat perakuan yang perlu anda penuhi sebagai PP-PPT adalah seperti berikut:
1. | Warganegara Malaysia; |
2. | Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon; |
3. | Lulus Kursus Induksi PP-PPT; |
4. | Memiliki kelayakan kemahiran berikut; |
SKM 1,2,3 – sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam program yang dimohon DKM – Sekurang-kurangnya DKM dalam program yang dimohon DLKM – Sekurang-kurangnya DLKM dalam program yang dimohon | |
5. | Berada pada peringkat penyeliaan/ pengurusan/ professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5 |
PPV: Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)
Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan verifikasi dan mengesahkan terhadap penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:
i. Melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang telah dilakukan oleh PPPPT dan memastikan penilaian dilaksanakan mengikut kriteria kemahiran yang telah ditetapkan.
Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria dan syarat perakuan sebagai PPL-PPT seperti berikut:
i. Merupakan seorang PP-PPT yang masih sah tempoh pengiktirafan; dan
1. | Warganegara Malaysia; |
2. | Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon; |
3. | Telah diperaku dan masih sah tempoh perakuan sebagai PP-PPT |
4. | Mempunyai pengalaman sebagai PP-PPT ≥ 2 tahun |
5. | Telah membuat penilaian portfolio PPT ≥ 30 portfolio |
6. | Berada pada peringkat penyeliaan / pengurusan /professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5 |
NOTA:Tiada perakuan PPL-PPT bagi program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM) |
PROSEDUR PERMOHONAN PPV
Semua urusan Permohonan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) (Personel Baru, Tambah Jawatan, Tambah Program dan Pembaharuan) hendaklah dibuat secara ATAS TALIAN dan memuat naik dokumen seperti jadual di bawah dalam format PDF mengikut jenis jawatan yang dimohon.
Borang Kebenaran Majikan
Borang Akuan Pengesahan Pengalaman
Borang Akuan Pemilik Perniagaan
BIL | DOKUMEN SOKONGAN PERSONAL BARU | PPL-SLaPB | PPL-SLaPB (VTO/E/M) | PPL-SLDN | PP- PPT | PP- PPT (VTO/E/M) |
1. | Kad Pengenalan | √ | √ | √ | √ | √ |
2. | Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon | √ | √ | √ | √ | √ |
3. | Sijil Induksi PP-PPD-PPB | √ | √ | |||
4. | Sijil Induksi PPL | √ | √ | √ | ||
5. | Sijil Induksi PP-PPT | √ | √ | |||
6. | Sijil Induksi SLDN | √ | ||||
7. | SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ |
8. | Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ |
9. | Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun | √ | √ | |||
10. | Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun | √ | √ | |||
11. | Bukti menyelia dan mengurus kemahiran (VTE/ VTM) | √ | √ | |||
12. | Bukti pencapaian/ pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional | √ | √ | √ | √ | √ |
13. | Borang kebenaran majikan (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018) | √ | √ | √ | √ | √ |
14. | Borang Akuan Pengesahan Pengalaman | √ | √ | √ | √ | √ |
15. | Borang Akuan Pemilik Perniagaan | √ | √ | √ | √ | √ |
16. | Resume (2 mukasurat) | √ | √ | √ | √ | √ |
TAMBAH JAWATAN
BIL | DOKUMEN SOKONGAN TAMBAH JAWATAN | PPL-SLaPB | PPL-SLaPB (VTO/E/M) | PPL-SLDN | PP- PPT | PP- PPT (VTO/ E/ M) | PPL- PPT |
1. | Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
2. | Sijil Induksi PP-PPD-PPB | √ | √ | ||||
3. | Sijil Induksi PPL | √ | √ | √ | |||
4. | Sijil Induksi PP-PPT | √ | √ | √ | |||
5. | Sijil Induksi SLDN | √ | |||||
6. | SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
7. | Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
8. | Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun | √ | √ | ||||
9. | Bukti pengalaman mengajar kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun | √ | √ | ||||
10. | Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM) | √ | √ | ||||
11. | Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
12. | Borang kebenaran majikan (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018) | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
13. | Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio | √ |
PEMBAHARUAN JAWATAN
BIL | DOKUMEN SOKONGAN PEMBAHARUAN | PPL-SLaPB | PPL-SLaPB (VTO/E/M) | PPL-SLDN | PP- PPT | PP- PPT (VTO/E/M) | PPL- PPT |
1. | Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
2. | Sijil Induksi PP-PPD-PPB | √ | √ | ||||
3. | Sijil Induksi PPL | √ | √ | √ | |||
4. | Sijil Induksi PP-PPT | √ | √ | √ | |||
5. | Sijil Induksi SLDN | √ | |||||
6. | Lulus Penilaian Pembaharuan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
7. | SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
8. | Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
9. | Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun | √ | √ | ||||
10. | Bukti pengalaman mengajar kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun | √ | √ | ||||
11. | Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM) | √ | √ | ||||
12. | Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
13. | Borang kebenaran majikan (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018) | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
14. | Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio | √ |
TAMBAH PROGRAM
BIL | DOKUMEN SOKONGAN TAMBAH PROGRAM | PPL-SLaPB | PPL-SLaPB (VTO/E/M) | PPL-SLDN | PP- PPT | PP- PPT (VTO/E/M) | PPL- PPT |
1. | Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
2. | Sijil Induksi PP-PPD-PPB | √ | √ | ||||
3. | Sijil Induksi PPL | √ | √ | √ | |||
4. | Sijil Induksi PP-PPT | √ | √ | √ | |||
5. | Sijil Induksi SLDN | √ | |||||
6. | SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
7. | Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
8. | Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun | √ | √ | ||||
9. | Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun | √ | √ | ||||
10. | Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM) | √ | √ | ||||
11. | Bukti pencapaian / pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
12. | Borang kebenaran majikan (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018) | √ | √ | √ | √ | √ | √ |
13. | Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio | √ |
FASILITATOR BERTAULIAH
BIL | DOKUMEN SOKONGAN FASILITATOR BERTAULIAH | FB WIM | FB DESCUM | FB SOALAN | CUDBAS LEADER |
1. | Bukti pengalaman kerja 5 tahun | √ | √ | √ | √ |
2. | Sijil Induksi PP-PPD-PPB | √ | √ | √ | √ |
3. | Sijil Fasilitator WIM | √ | |||
4. | Sijil Fasilitator DESCUM | √ | |||
5. | Sijil Fasilitator Pembangunan Soalan Pembangunan Kemahiran | √ | |||
6. | Sijil CUDBAS Leader | √ | |||
7. | Borang kebenaran majikan (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018) | √ | √ | √ | √ |
NOTA
Perlu diberi perhatian bahawa, hanya satu program NOSS boleh dipilih dalam satu-satu permohonan. Oleh itu, sekiranya personel memohon untuk diperaku lebih dari satu program NOSS maka bilangan permohonan juga perlu mengikut bilangan program yang dimohon. Contohnya personel memohon pembaharuan untuk program NOSS bagi SKM 1, SKM 2 dan SKM 3 maka permohonan perlu dibuat sebanyak tiga (3) kali untuk setiap program tersebut.
Syarat pembaharuan PP-PPT, PPL-PPT, PPL-SLaPB, PPL-Kendiri dan PPL-SLDN - WAJIB LULUS PENILAIAN PEMBAHARUAN PPV
Penilaian Pembaharuan PPV - Jadual 2024
NOTA PERINGATAN : Sila baca dengan teliti
1. Sebarang perubahan tarikh penilaian, kaedah dan tempat tertakluk kepada keadaan semasa oleh pihak urusetia Unit Kursus Induksi Pentauliahan (UKIP) CIAST Shah Alam.
2. Permohonan adalah bagi pemohon yang sudah tamat tempoh lantikan personel atau yang akan tamat tempoh lantikan personel sekurang – kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh lantikan.
3. Pemohon mestilah daripada zon yang telah ditetapkan dan bukannya daripada luar zon tempat tinggal atau tempat bertugas.
4. Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali sahaja mengikut zon dan tarikh yang telah ditetapkan.
5. Permohonan perlu dibuat di dalam system MySpike mengikut tarikh permohonan seperti di dalam jadual disediakan.
6. Sebarang ketidak akuran akan menyebabkan permohonan ditolak dan tidak akan dipilih untuk mengikuti penilaian ini.
1. Tujuan Penilaian
Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah untuk memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dari segi panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan adalah terkini sebelum memperbaharui lantikan.
2. Penilaian PPV
Sesi Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi merupakan inisiatif JPK bagi mengukuh serta memastikan personel PPV kekal berpengetahuan, berkemahiran serta menyumbang kepada modal insan berkemahiran tinggi negara. Sesi ini juga bertujuan memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dalam aspek panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan berada dalam tahap terbaik.
Setiap sesi penilaian PPV ini melibatkan 40 hingga 50 orang personel (maksima) dalam satu-satu sesi (seharian) dan diadakan secara bersemuka atau secara dalam talian. Peserta penilaian PPV perlu mengikuti ceramah dan ujian akhir sebelum layak untuk memohon pembaharuan lantikan PPV. Calon hanya dibenarkan untuk memohon SATU SIRI sahaja bagi satu –satu zon yang ditawarkan. Sistem MySPIKE akan menolak permohonan sekiranya personel memohon lebih dari satu siri.
2. Personel yang Layak Menduduki Penilaian
PPV yang telah tamat lantikan (3 tahun) atau akan tamat tempoh lantikan (dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat) dan ingin membuat pembaharuan adalah layak memohon untuk menduduki penilaian ini. Personel Penilaian Dan Verifikasi yang terlibat adalah terdiri daripada Empat (4) jawatan lantikan iaitu;
i. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
ii. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
iii. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
iv. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
4. Tatacara Membuat Permohonan
PPV yang berminat untuk mengikuti sesi Penilaian PPV bagi tahun 2024 boleh membuat permohonan secara atas talian dengan merujuk kepada pautan:
Pengguna>Permohonan Pengguna>Klik Kursus Induksi>Mohon Kursus Induksi>Pilih “Penilaian Pembaharuan PPV’>Papar Senarai Kursus> dengan memilih siri penilaian mengikut zon wilayah yang hampir dengan tempat tinggal PPV.
5. Tawaran dan Pengesahan Kehadiran
PPV yang berjaya akan dimaklumkan melalui MySPIKE dan emel. PPV perlu membaca dan memahami setiap kandungan dan lampiran yang disertakan dengan teliti. PPV juga dikehendaki membuat pengesahan kehadiran seperti dinyatakan bersama surat tawaran.
Untuk makluman lanjut mengenai sesi penilaian, sila baca:
PANDUAN PENILAIAN PEMBAHARUAN LANTIKAN PERSONEL PENILAIAN & VERIFIKASI (PPV)
6. Penalti
Tindakan senarai hitam (penggantungan setahun) akan dikenakan ke atas personel yang gagal hadir tanpa sebab yang kukuh setelah tawaran sesi PPV dikeluarkan.
Sumber: www.ciast.gov.my
Dah bersedia nak dilantik sebagai PPV?
Sertailah >15,000 peserta yang lain
Sejak 2001, dianggarkan lebih 15,000 PP, PPD, PPB, PP-PPT, PPL, tenaga pengajar SLDN, coach SLDN pernah berkursus dengan I Smart Educare@ISE Education.
Tunggu apa lagi?!
Salam ,
Saya telah menghantar permohonan sebagai personel (pegawai penilai ) melalui pos , sehingga kini saya tidak mendapat jawapan. Adakah saya perlu membuat permohonan semula secara atas talian. Jika ia apakah pautan yang harus saya cari dan isi.
Aini, anda sepatutnya mohon atas talian, http://www.skkm.gov.my
SEMAKAN & PERTANYAAN
1.Semakan status atau keputusan permohonan personel melalui SKKM boleh dibuat seperti berikut:
2.Untuk permohonan Batal Jawatan atau berhenti khidmat surat pemakluman akan dipos ke alamat berkaitan.
3.Sebarang masalah dan pertanyaan berkaitan SKKM boleh email ke helpdesk skkm@mohr.gov.my
4.Pertanyaan berkaitan dengan isu PPKSPP secara amnya boleh email ke ppkspp@ciast.gov.my
Kenapa xboleh download borang kebenaran majikan dan borang pengesahan pengalaman
Sebab laman web CIAST down. Cuba lagi Isnin depan
Bila boleh download borang kebenaran majikan dan borang pengesahan pengalaman
Khairil, soalan apa tu? Bila boleh download?
Masih xboleh download borang kebenaran majikan dan borang akuan pengalaman
Khairil, boleh. Cuba sekali lagi
Dalam website skkm, nak mohon jawatan pp-ppt nak klik kat mana? Permohonan SKPM ker? Kalau betul kod pusat bertauliah nak taip apa sebab kotak tersebut perlu diisi juga.
Ya Shahrol, permohonan personal SPKM.
Sila Masukkan Kod K00000
Blh bg contoh pengalaman 10tahun dan contoh resume
Azwaniey, boleh Google contoh resume dari laman web
Pengalaman 10 tahun tu perlulah dalam bidang SKM anda, secara kumulatif dari beberapa syarikat yang anda pernah kerja
bagaimana nak Batal Jawatan atau berhenti khidmat sebagai Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Pengesahan Dalaman (PPD) SLaPB
Tahir, sila emelkan permohonan melalui e-mel ppkspp@ciast.gov.my
Bagaimana untuk memohon jawatan PPL-PPA
Maaf Samsudin, tiada jawatan PPL-PPA.
Cuma ada PPL-SLaPB, PPL-SLDN & PPL-PPT.