TVET Pendidikan utama masa hadapan – 7 Strategi Pembangunan Aliran TVET

TVET Pendidikan utama masa hadapan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan mahu bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET Malaysia) dijadikan pilihan utama @ TVET Pendidikan Utama dan bukan lagi sebagai cabang alternatif. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata, beliau juga mahu TVET Malaysia dilihat sebagai suatu entiti tunggal yang besar dan seragam, tidak terpecah-pecah dan sekali gus berkongsi suatu sistem kuat serta menyeluruh.

“Semua tindakan telah kita lakukan khususnya, menubuhkan Badan Penyelaras TVET Negara yang sekali gus menyatukan TVET Malaysia di bawah satu bumbung dan sistem tunggal yang lebih berdaya saing.

“Secara ringkasnya, reformasi TVET akan berpaksikan lima tonggak utama, iaitu menubuhkan Badan Penyelaras TVET Negara, memberi tumpuan kepada kecukupan modal pembiayaan, membangunkan modal pemilikan bersama.

TVET Pendidikan utama masa hadapan

“Ini termasuk juga memperkasakan persijilan TVET (Industri) dan menjenamakan TVET dengan nama baharu TVET Kebangsaan Tunggal,” katanya.

Belia berkata demikian dalam ucapannya sempena Sesi Dialog Kementerian Bersama Industri untuk Memperkasakan TVET.

Turut hadir pada sesi dialog itu, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran; Presiden Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), Tan Sri Azman Shah Haron dan Pengerusi Teknikal Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET, Tan Sri Datuk Soh Thian Lai.

Turut terlibat 40 wakil organisasi dalam kalangan persatuan perdagangan dan industri, perniagaan dan pembekal perkhidmatan TVET.

Kata Maszlee, Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) secara spesifik telah menyatakan bahawa TVET adalah pemacu perubahan di mana kerajaan mensasarkan 35 peratus pekerja mahir dapat dihasilkan menjelang 2020.

“Kemahiran profesional ini haris diangkat sebagai pendidikan dan kerjaya pilihan utama.

“Usaha kerajaan untuk merealisasikan aspirasi tersebut melibatkan sistem akreditasi yang diharmonikan dengan jaminan kualiti bagi membolehkan mobiliti pelajar antara institusi TVET merentas kementerian,” katanya.

Beliau berkata, setiap institusi pendidikan dan latihan TVET perlu bekerjasama dengan universiti serta agensi inovasi untuk memperkenalkan teknologi baharu yang boleh dimanfaatkan industri.

TVET Pendidikan utama masa hadapan

“Usaha ini secara tidak langsung dapat meningkatkan permintaan industri terhadap graduan TVET. Selain sejajarkan hala tuju institusi TVET dengan keperluan industri, terutamanya dalam menuju Revolusi Industri 4.0,”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai majlis yang dianjurkan, Maszlee berkata, Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET melancarkan Kempen TVET Kebangsaan yang membabitkan pelancaran logo dan slogan, pencarian TVET Influencer dan Anugerah TVET Valued Industry Partners (VIP).

Kempen ini berlangsung sehingga bulan November ini adalah salah satu strategi utama bagi memperkasakan TVET di Malaysia @ menjadikan TVET Pendidikan Utama,” katanya.

Lahirkan tenaga kerja mahir

Sementara itu, Pengerusi Teknikal JKKPTVET, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, dialog industri itu bertujuan mewujudkan kesedaran dan kesediaan kepada pihak industri menjadi rakan kongsi dalam menghasilkan cabaran masa depan, kerjaya, dan memenuhi kehendak negara.

Beliau berkata, reformasi TVET menerima lima tonggak yang akan diwujudkan di bawah komuniti teknikal, iaitu pentadbiran, kualiti, industri, kewangan dan pengurusan.

TVET Pendidikan utama masa hadapan

“Lepasan TVET juga akan dipertingkatkan dengan teknologi dan kemahiran terkini bagi meningkatkan produktiviti, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,” katanya ketika berucap di Sesi Dialog, Memperkasa TVET, Kementerian bersama Industri.

Tambah beliau, kementerian juga akan memberikan kira-kira 70 peratus tempoh latihan dalam sektor industri dan perkilangan kepada pelatih.

“Setelah tamat latihan, pelatih berpeluang memperoleh gaji yang lebih tinggi kerana telahpun didedahkan dengan budaya kerja dan mempunyai pengalaman,” katanya.

Tujuh strategi untuk Pembangunan Aliran TVET Negara

  1. Mengubah konsep pendidikan tradisional daripada train and place kepada place and train.
  2. Perkenalkan Co-Ownership Model antara kerajaan dan industri untuk peralatan, teknologi, kepakaran dan inovasi.
  3. Excellence (CoE) agar wujud Wujudkan Industry-Based Centre of penyelarasan antara semua institusi TVET untuk mengoptimumkan sumber dan dana kerajaan.
  4. Perkenalkan TVET Valued Industry Partners (TVET VIP) untuk menggalakkan industri menerajui sistem TVET.
  5. Flat mobility of expertise iaitu untuk memastikan wujudnya penyelarasan antara industri dan pusat pendidikan TVET.
  6. Employment Opportunities and Wage Level untuk memastikan graduan TVET mendapat gaji lumayan, serta memperoleh laluan kerjaya yang jelas dan terjamin.
  7. Industry Led Competency Certification Bodies (Model German Dual Vocational Training). Pengiktirafan ini akan diterajui oleh industri untuk mengelakkan pertindihan.

Sumber: https://www.gpsbestari.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *