Ya, keputusan yang dinanti-nantikan oleh banyak pengusaha Pusat Bertauliah (terutamanya swasta) dan lebih ramai lagi, para pelajar yang amat memerlukan pinjaman PTPK untuk menyambung pendidikan mereka supaya berdaya saing di alam pekerjaan kelak.
Jika anda pelajar yang ingin tahu samada Pusat Latihan/Bertauliah JPK yang anda ingin daftar betul-betul dapat kuota, sila rujuk sini (SKM 1-3) & sini (DKM 4 & DLKM 5). Harap maklum bahawa Pusat Bertauliah yang tidak dapat kuota boleh buat rayuan & dapat kuota kemudian. Jika anda tidak pasti pusat mana yang tawarkan kursus apa, boleh dapat & isi borang permohonan ringkas di sini.
Bagi Pusat Bertauliah JPK yang berjaya dapat kuota PTPK 2019, TAHNIAH!
Sekarang sudah boleh rancang & hantar pengajar/personel anda untuk kursus-kursus induksi (khususnya PP-PPD-PPB) & VTO sekiranya personel anda telah berhenti kerja sebelum ni kerana risau Pusat Bertauliah anda tidak dapat kuota dari PTPK.
Dan jika anda adalah Pusat Bertauliah JPK yang pentauliahannya masih aktif tapi nak jual disebabkan tiada kuota PTPK, nak bersara dsgbnya, sila hubungi min kerana ada yang minat nak beli PB sedia ada, terutamanya di kawasan Lembah Klang.
NOTA: Kursus-kursus lain (VTO & Induksi):
1. PPL: 27-28 April
2. PP-PPT: 29-30 Jun
Tempat: I Smart Educare, Kepong Metro Prima, KL
Masa: 8.30-5pm
3. VTO (Pengambilan hujung Mei/Jun) – 360jam hujung minggu, 720jam di PB masing-masing
Adik saya belajar di real milenium kuantan untuk tawaran Terapi Kecantikan. Saya lihat di situ kelulusan RAMBUT . Baru dua minggu belajar berlaku pergaduhan sesama pelajar kerana anak saudara pengarah urusan di situ bermulut kurang hajar dan pengarah urusan bertindak membela anak saudaranya. Beberapa pergaduhan juga berlaku membabitkan pelajar baharu yang lain dengan anak saudara pengusaha. Disebabkan persekitaran yang tidak kondusif dengan isu pergaduhan dan pilih kasih itu adik saya tidak berani lagi hadir ke kolej dan hendak berhanti tetapi dimaklumkan oleh pengusaha jika berhenti kena saman RM15,000 oleh JPK dan Kolej. Kata mereka kolej dah key in nama dan kolej akan alami kerugian sekiranya pelajar berhenti. Namun tiada jaminan pergaduhan tidak berulang oleh pihak kolej sekiranya adik saya meneruskan pembelajaran.
Soalan saya benarkah demikian?
Selain isu pergaduhan, adik saya juga tidak mampu untuk membayar RM500 pendaftaran dan RM1000 peralatan. Sebab tu ambil keputusan untuk berhenti tapi tidak dibenarkan. Apakah yang perlu adik saya lakukan? Jika dia teruskan… tapi tidak berkemampuan bagaimana? Awal tawaran katanya ada elaun percuma rm400 sebulan. Tapi selepas dua minggu dimaklumkan pinjaman PTPK. Saya juga terjumla laman sesawang ini dan membaca perkataan PINJAMAN PTPK. Adakah pinjaman ini perlu dibayar oleh adik saya /pelajar SKM selepas bekerja nanti?
Terima kasih atas perhatian pihak pengurusan. Ini nombor telefon sy 0199886444
Maaf Nor perkara ini berlaku kepada adik anda.
Elaun tu bukanlah percuma, ia adalah sebahgian dari pinjaman & pinjaman MESTILAH kena BAYAR BALIK.
Adalah tidak benar adik akan disaman disebabkan berhenti kerana tidak mampu bayar yuran tetapi nampaknya pinjaman PTPK adik anda telah dilulusan berdasarkan apa yang anda ceritakan. Namun, sila semak dengan pihak PTPK untuk dapatkan kepastian dan ceritakan apa yang berlaku serta apa yang anda boleh lakukan jika ingin berhenti.
Untuk pihak JPK pula, anda boleh hubungi 03-88865589 untuk melaporkan kes ni supaya siasatan dapat dijalankan sebelum sebarang tindakan boleh diambil.
assalamualaikum..saya ada persoalan berkaitan ptpk adakah ia masih ujud atau sudah dimansuhkn ni saya diberitahu ramai pemohon gagal utk mendptkn pinjaman terutama pelajar2 inpen dn plybk kuala sgor
PTPK masih wujud, cuma dana tu tak berapa cukup.
Mohon pencerahan bagi peruntukan ptpk untuk 2023 adakah sudah ada atau perlu tunggu pembentangan budget akan datang?
Sila rujuk dengan PTPK terus untuk maklumat yang tepat.