Kursus Induksi PP-PPD, PP-PPT, PPL – Semua penganjur sama?

Ya, anda mungkin keliru dengan mana satu nak pilih, terutamanya untuk induksi PP-PPD-PPB, di mana banyak sangat pilihan/penganjur.


Walaupun sijil yang dianugerahkan adalah sama, oleh JPK, ada beberapa perkara yang anda mungkin ingin ambil kira penganjur mana anda patut pilih.

1. Rekod penganjuran penganjur
Ini adalah AMAT penting kerana ada sesetengah penganjur yang KERAP TUNDA sesi mereka. Mengapa? Sebab ia mungkin bukan fokus utama perniagaan mereka. Lebih teruk lagi, ada penganjur yang TIDAK MEMULANGKAN WANG anda walaupun mereka tunda/batal dan anda sudah tidak berminat lagi untuk ambil dengan mereka.
Kesan yang paling teruk adalah masa ataupun tiket kapal terbang (dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung) anda mungkin terbazir.

2. Kekerapan penganjuran
Ini juga penting sebab jika penganjur cuma anjur sekali sekala (setahun sekali dua) dan anda tak dapat hadir last minute tapi telah bayar, wang anda mungkin TIDAK DIPULANGKAN tapi disuruh MENUNGGU sesi seterusnya.

3. Perkhidmatan khidmat tambah (Value Add)
Selain kursus induksi PP-PPD/PP-PPT/PPL, lebih baik jika penganjur juga menawarkan khidmat lain yang ada kaitan dengan pentauliahn personel seperti kursus VTO & SKM secara PPT. Dengan itu, anda tak perlu nak runsing mana nak pergi selepas ikuti kursus induksi PP-PPD.

4. Pengetahuan & pengalaman penganjur
Penganjur yang baru ataupun jarang anjur biasanya tak berapa fasih dengan sistem persijilan kemahiran Malaysia.
Mereka mungkin tidak dapat jawab banyak persoalan anda kerana tak cukup pengalaman tapi lebih bahaya lagi, ada yang bagi AJARAN SESAT!
Mudah je, kalau anda nak servis kereta ke baiki kereta, anda lebih selesa hantar ke mekanik bawah pokok ke PAKAR/SIFU yang berpengalaman?
Jadi, pilihlah dengan bijak 🙂

5. Testimoni pelanggan
Kalau penganjur bagus, pelanggan akan bagi testimoni, bukan satu, dua atau tiga tapi ramai. Mungkin ia boleh direka-reka tapi kalau penganjur dapat anjur beratus sesi atau bertahan belasan tahun, pastinya bukan penganjur yang kualitinya boleh dipertikaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *