Kursus Induksi PP-PPT bulan April (JB) – Hampir PENUH

Jika berminat, sila muat turun Borang Permohonan KIP-01 & emel kembali bersama slip bayaran ke ismarteducare [at] gmail [dot] com.

BayaranL RM350 atas nama: I Smart Educare, Maybank 514589203020
Siapa yg patut hadir?
 
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)
 
Objektif Kursus
 
Memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep perlaksanaan Pensijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT
 
Memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab personel Persijilan Kemahiran Malaysia dalam perlaksanaan kaedah PPT
 
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT
 
Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pembangunan portfolio melalui kaedah PPT
 
Faedah Kursus
 
Faedah kursus kepada peserta
 
-Berpengetahuan mengenai, Pengiktirafan Persijilan melalui konsep Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
-Berpengetahuan mengenai bagaimana memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia dalam masa yang singkat
-Peningkatan kelayakan personel untuk pembangunan kerjaya
-Dapat menyediakan panduan & motivasi kepada masyarakat dalam meningkatkan taraf pendidikan & kelayakan
-Berpeluang menjadi Tenaga Pakar Industri Negara (DPIN) Persijilan yang diiktiraf oleh pihak Awam & Swasta
 
Faedah kursus kepada organisasi
 
-Pekerja mempunyai motivasi yang tinggi
-Mempunyai personel yang berkelayakan & diiktiraf
-Majikan dapat menjimatkan kos pembangunan kerjaya pekerja
-Aset dalam aspek promosi & pemasaran
-Meningkatkan kualiti Pusat bertauliah dan daya saing
-Memenuhi keperluan jaminan mutu pentauliahan personel Pusat Bertauliah seperti -yang ditetapkan oleh JPK

4 thoughts on “Kursus Induksi PP-PPT bulan April (JB) – Hampir PENUH

  1. selamat pagi kami pelajar daripada UTM seramai 100++ orang ingin menbuat SKM secara PB-PPT
    boleh tak kami tahu lebih lanjut atau boleh bagi no tel untuk di hubungi

  2. Saya sekarang sedang Skm dlm bidang jahitan insyallah ingin sambung VTO tahun hadapan bolwh ke saya ambi induksi dan berapa kali perlu saya hadir?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *