Lulusan DKM/DLKM/DVM Layak Memohon dalam UPU 2018!

Betul ke graduan DKM/DVM layak masuk IPTA mulai 2018?

Lulusan DKM/DVM masuk IPTA untuk sambung ke ijazah sarjana muda (degree) sudah lama menjadi impian anda?

lulusan DKM/DVM masuk IPTA

Berita baik untuk graduan kemahiran (DKM/DLKM/DVM), anda sekarang layak untuk membuat permohonan ke universiti awam (UA) menerusi permohonan UPU mulai 2018.

Anda berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah dalam bidang berkaitan di 4 buah universiti yang dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universti Teknikal Malaysia (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM)

Walau bagaimanapun, kami ingatkan bahawa permohonan anda tidak semestinya diterima kerana ianya bergantung kepada pertimbangan senat universiti. Untuk semakan senarai dan syarat kelayakan kursus yang ditawarkan mengikut kelulusan masing-masing, sila klik pada senarai dibawah:

lulusan DKM/DVM masuk IPTA


Untuk semak kursus mengikut kategori diatas berserta dengan syarat kelayakan, sila klik pada pautan berkenaan. Kemudian anda boleh ubah pilihan bidang, pilih kategori dan aliran semula. Kemudian akan terpapar kursus yang ditawarkan mengikut kelulusan anda.  Klik simbol “+” untuk semak syarat kelayakan secara spesifik. Jika mahu kursus yang spesifik buat carian terperinci dengan menaip kursus yang dinginkan.

Selamat Maju Jaya!

2018: Lulusan DKM/DVM masuk IPTA

Terkini (April 2020): Lulusan DKM/DVM boleh masuk IPTS

Dalam satu pekeliling dari Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) kepada semua Ketua Eksekutif Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) bertarikh 21/4/20, lulusan;

  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

juga telah dibenarkan untuk sambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda (Tahap 6 MQF), tertakhluk kepada kelulusan Senat/lembaga akademik institusi masing-masing.

Bidang, program pengukuhan (bridging), pemindahan kredit dan kelayakan masuk adalah tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu.

Nota:
1. Untuk cohort 2013 hingga 2016, mesti LULUS sejarah and kredit BM SPM, namun syarat ini telah digugurkan pada 20 November 2019 ATAU
2. Memiliki SVM dan kesetaraan dengan 3 kredit SPM juga telah digugurkan pada 20 November 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *