PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN, PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Perubatan Tradisional

Nota: Pembatalan pembekuan telah diumumkan pada 11 Okt 2018

Ruj    :     JPK/702/1/10 Jld. 14 (       )

Tarikh :     14 September 2018

PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN, PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI MELALUI SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pentauliahan dan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapai Terdahulu (PPT) bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 adalah dibekukan berkuatkuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Jadual 1 :

Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari

No.Kod NOSSNama NOSSTahap
 1MP-080-3:2011Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga3
 2MP-081-3:2011Aromaterapi3
3MP-082-3:2011Urut Terapi3
4MP-082-4:2012Urut Terapeutik & Penjagaan4
5MP-071-1Pembantu Juruterapi Aura Metafizik1
6MP-071-2Juruterapi Aura Metafizik2
7MP-071-3Juruterapi Kanan Aura Metafizik3
8MP-070-2Pembantu Juruterapi Ais-Hidro2
9MP-070-3Juruterapi Ais-Hidro3
10MP-090-3:2011Terapi Reiki3
11MP-091-3:2011Terapi Qi Gong3
12MP-092-3:2016Terapi Panchakarma Ayurvedik3
13MP-030-3:2015Perkhidmatan Crystal Healing3
14MP-110-3:2011Terapi Bekam Angin3
15MP-031-3:2016Perkhidmatan Tuinology3
16Q869-002-4:2016Penjagaan Ibu Selepas Bersalin4
17Q869-002-5:2016Penjagaan Ibu Selepas Bersalin5
18Q869-004-3:2016Perawatan Ruqyah3
19Q869-004-4:2016Perawatan Ruqyah4
20Q869-004-5:2016Perawatan Ruqyah5

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

20 thoughts on “PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN, PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

  1. saya berharap jpk menarik balik pembekuan ini! kami merupakan program pendidikan khas integrasi yg menjalankan kursus mp-080-3:2011 refleksologi kaki tangan dan telinga! Bengkel refleksologi pun telah kami set up dgn inisiatif dan sokongan daripada ibu bapa! di sekolah, kursus ini merupakan satu-satunya tumpuan murid berkeperluan khas yg mengikuti KSSMPK. saya amat berharap pihak JPK memandang serius perkara ini dan menyedari bahawa pembekuan memberi implikasi yg amat besar kpd kami!

    1. Cikgu Lily?

      Memang dah ditarik balik pun 🙂

      Ruj : JPK/702/1/10 Jld. 14 ( 30 )

      Tarikh : 11 Oktober 2018

      Pembatalan Pembekuan Pentauliahan Bagi NOSS Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

      Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah mempertimbangkan dan bersetuju membatalkan pembekuan permohonan pentauliahan bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 berkuatkuasa serta-merta. Sehubungan itu, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (27) bertarikh 24 September 2018 adalah terbatal.

      Jadual 1 :Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari

      No.Kod NOSSNama NOSSTahap
      1MP-080-3:2011Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga3
      2 MP-081-3:2011Aromaterapi3
      3 MP-082-3:2011Urut Terapi3
      4 MP-082-4:2012Urut Terapeutik & Penjagaan4
      5 MP-071-1Pembantu Juruterapi Aura Metafizik1
      6 MP-071-2Juruterapi Aura Metafizik2
      7 MP-071-3Juruterapi Kanan Aura Metafizik3
      8 MP-070-2Pembantu Juruterapi Ais-Hidro2
      9 MP-070-3Juruterapi Ais-Hidro3
      10 MP-090-3:2011Terapi Reiki3
      11 MP-091-3:2011Terapi Qi Gong3
      12 MP-092-3:2016Terapi Panchakarma Ayurvedik3
      13 MP-030-3:2015Perkhidmatan Crystal Healing3
      14 MP-110-3:2011Terapi Bekam Angin3
      15 MP-031-3:2016Perkhidmatan Tuinology3
      16 Q869-002-4:2016Penjagaan Ibu Selepas Bersalin4
      17 Q869-002-5:2016Penjagaan Ibu Selepas Bersalin5
      18 Q869-004-3:2016Perawatan Ruqyah3
      19 Q869-004-4:2016Perawatan Ruqyah4
      20 Q869-004-5:2016Perawatan Ruqyah5

      Sekian, terima kasih.

      “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
      “Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

      Ketua Pengarah
      Jabatan Pembangunan Kemahiran
      Kementerian Sumber Manusia

          1. Pn Munirah, sila hubungi Institut Sosial Malaysia

            Lot PT 13856,
            Km 6 Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban,
            Sungai Besi,
            57100 Kuala Lumpur,
            Malaysia.

            Tel: 03-7985 3333
            Fax: 03-7985 3300

    1. Maaf Ana, kami tiada.
      Anda boleh beli dari JPK Cyberjaya/Putrajaya ataupun kalau nak kami tolong belikan pun boleh, nanti emel kpd kami kod program yang nak dibeli.

  2. Minta maaf, terlupa nak masukkan sekali maklumat berikut:

    Saya mencari Kursus Urut Terapi untuk diri saya yang menetap di Klang, Selangor. Di manakah pusat latihan yang paling dekat dengan tempat saya?

    Adakah kursus ini boleh di ambil secara part-time? Jika tidak, berapa lama jangka masa setiap kursus?

    Saya tidak ada apa-apa sijil kemahiran lagi tetapi saya berhajat untuk dapatkan SKM 3 untuk bidang Urut Terapi ini. Boleh admin, terangkan kepada saya bagaimana proses yang perlu saya lalui sehingga saya mendapat SKM 3 ini?

    Terima kasih.

    1. Maaf Liyana, tiada Pusat Bertauliah JPK yg tawarkan program ni di Klang tapi KL.
      Juga, nak tahu, adakah anda perlu pinjaman atau boleh bayar sendiri?

  3. Saya ingin mendapatkan skm tahap 3 untuk program bekam kering.Saya tinggal di Kuantan.Dimana saya boleh belajar atau berkrusus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *