Penilaian Kendiri
Penilaian kendiri adalah aktiviti penilaian awal yang dilakukan dalam sistem semasa membuat permohonan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Penilaian Pencapaian Terdahulu (PPT). SKM adalah sijil kemahiran yang diiktiraf secara rasmi di Malaysia dan sangat penting dalam membantu anda meningkatkan peluang pekerjaan serta pembangunan kerjaya.
Ia bertujuan menentukan sama anda telah memenuhi keperluan Standard serta mengetahui status kelayakan permohonan bagi program yang ingin dipohon.
Langkah-langkah Permohonan SKM melalui PPT (kaedah portfolio)
1. Kenalpasti kod bidang kemahiran anda dari Daftar NOSS atau melalui My Spike.
2. Laksanakan penilaian kendiri dan buat permohonan di MySpike.
Penilaian kendiri dilakukan dengan merujuk kepada semua Work Activities yang tersenarai dalam NOSS bidang yang nak dimohon.
Sekiranya anda mendapati ada Work Activities tertentu (pengetahuan dan kemahiran berkaitan) yang belum pernah dilakukan dan perlu ditingkatkan, carilah peluang untuk lakukan/belajar kemahiran tersebut. Anda boleh mengikuti kursus atau melakukan kerja-kerja tersebut dalam kerja anda supaya pengetahuan dan kemahiran berkaitan.
3. Buat bayaran (RM300/tahap untuk SKM1,2 & 3, RM500/tahap untuk DKM/DLKM) apabila permohonan telah disokong.
4. Anda akan ditugaskan dengan seorang Pegawai Penilai-PPT (PP-PPT) yang akan membimbing anda dalam pembangunan portfolio serta menilai bukti ketrampilan anda.
Pastikan portofolio anda lengkap dengan sijil, projek-projek yang pernah anda jalankan, dan sebarang dokumen yang boleh mengesahkan kemahiran anda. Langkah ini sebaiknya telah dikenalpasti semasa membuat penilaian kendiri.
Sekiranya anda masih keliru, nak tahu lebih lanjut (susunan portfolio, contoh bukti ketrampilan yang kukuh/sesuai untuk dikemukakan) sebelum berjumpa dengan PP-PPT anda, boleh pertimbangkan juga untuk:
1. Ikuti kursus induksi PP-PPT (online, 2 hari – RM350/pax)
2. Dapatkan khidmat bimbingan secara online, dari A-Z melalui bengkel bimbingan online (berbayar)
Kesimpulan
Penilaian kendiri adalah langkah penting dalam permohonan SKM melalui kaedah PPT. Ia membolehkan anda untuk mengenal pasti samada anda betul-betul layak mohon pengiktirafan kemahiran anda tanpa perlu menghadiri kursus formal. Dengan penilaian kendiri yang teliti dan usaha untuk meningkatkan kemahiran yang diperlukan, anda dapat memperoleh SKM dan meningkatkan peluang kerjaya anda dalam pasaran pekerjaan Malaysia.
apply Dkm4
Roslin, anda perlu kidmat bimbingan ke?
Jika ingin bimbingan DLKM boleh ka sebab saya sudah ada DKM lebel 4 Pentadbiran Sistem Maklumat. Atau jika mahu jika mahu buat lebel 2&3 bolehkah bagi bidang penternakan ikan bolehkah Tuan.
Hi En Jamil, jika pengalaman kerja anda dalam bidang pentadbiran sistem maklumat melebihi 2 tahun selepas DKM4 anda tu ataupun dah ada 7 tahun pengalaman dalam bidang ni, mungkin layak mohon DLKM. Dah buat penilaian kendiri belum?
Sama juga, kalau nak mohon SKM2&3 bidang penternakan ikan, adakah anda ada pengalaman kerja dalam bidang ni melebihi 3 tahun dan telah buat penilaian kendiri?
Peroleh DKM 2017 dan Pengalaman bekerja sejak 2015 sehingga Kini 2024. Untuk Penilaian DLKM belum lagi.
Sementara penternakan ikan sudah ada pengalaman semenjak sejak 2017 menternak ikan hiasan dan memiliki kedai ikan hiasan walaupun perniagaan ikan hiasan tidak memberangsangkan. namun saya sangat berminat bidang ini.
Anak saya perantis SLDN McD bakal mempunyai kelulusan Pengurusan dan penyediaan makanan segera SKM 3…jika saya lihat dalam bidang berkaitan makanan segera adalah berkaitan pentadbiran operasi restoran makanan segera SKM 4 dan pengurusan restoran SKM 5..boleh saya daoatlan penjelasan..bagaimana saya dapat membantu anak saya memperoleh SKM tahap 4 dan 5 itu
Anak puan Siti perlu cari pusat yg menawarkan program ni pada tahap 4&5 tapi min rasa tiada pusat yg tawarkan.
Jadi, disyorkan kerja dulu selama sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas dan pastikan skop kerjanya memenuhi NOSS Tahap 4&5 bidang yang nak dimohon, melalui kaedah PPT
Saya bekerja sebuah syarikat pembuatan besi saya juga adalah seorang operator dandang stim, saya tiada spm dan sijil skm, tapi saya perlu skm tahap 2 untuk mendapat lesen dandang bolehkah saya ambil sijil skm tahap 2
Izzuddin dah buat penilaian kendiri belum?