Perakuan Personel
Tahukah anda bahawa sijil induksi JPK ni ada tempoh sah laku? Ya, cuma 3 tahun sahaja, lepas tu dah tamat tempoh dan perlu ikuti kursus semula, tak kira induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT atau PPL. Namun, ia hanya sekiranya anda TIADA PERAKUAN PERSONEL @ TIDAK PERNAH DIERAKUKAN.
Sijil kursus Induksi PP-PPD-PPB yang telah melebihi tempoh tiga (3) tahun tidak sah digunakan hanya bagi personel lantikan baharu iaitu tidak pernah mendapat perakuan sebagai PP/PPD/PPB atau Personel Penilaian Verifikasi (PPV).
Jika anda pernah diperaku tetapi perakuan telah tamat tempoh bagi jawatan PP/PPD/PPB atau PP-PPT/PPL, sijil Induksi PP-PPD-PPB tersebut masih sah digunakan bagi tujuan pembaharuan perakuan personel.
Syarat pembaharuan PP-PPT, PPL-PPT, PPL-SLaPB, PPL-Kendiri dan PPL-SLDN – WAJIB LULUS PENILAIAN PEMBAHARUAN PPV.
Bengkel Penilaian Pembaharuan PPV
1. Tujuan Penilaian
Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah untuk memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dari segi panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan adalah terkini sebelum memperbaharui lantikan.
2. Personel yang Layak Menduduki Penilaian
PPV yang telah tamat atau akan tamat tempoh lantikan dan ingin membuat pembaharuan adalah layak memohon untuk menduduki penilaian ini. Personel Penilaian Dan Verifikasi yang terlibat adalah terdiri daripada Empat (4) jawatan lantikan iaitu;
i. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
ii. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
iii. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
iv. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
3. Tempoh Layak Memohon
Sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh lantikan atau telah tamat tempoh.
4. Tatacara Membuat Permohonan
PPV yang berkelayakan perlu membuat permohonan secara atas talian www.myspike.my dengan merujuk kepada pautan:
Pengguna>Permohonan Pengguna>Klik Kursus Induksi>Mohon Kursus Induksi>Pilih “Penilaian Pembaharuan PPV’>Papar Senarai Kursus> dengan memilih siri penilaian mengikut zon wilayah yang hampir dengan tempat tinggal PPV.
5. Tawaran dan Pengesahan Kehadiran
PPV yang berjaya akan dimaklumkan melalui MySPIKE dan emel. PPV perlu membaca dan memahami setiap kandungan dan lampiran yang disertakan dengan teliti. PPV juga dikehendaki membuat pengesahan kehadiran seperti dinyatakan bersama surat tawaran.
Untuk makluman lanjut mengenai sesi penilaian, sila baca:
PANDUAN PENILAIAN PEMBAHARUAN LANTIKAN PERSONEL PENILAIAN & VERIFIKASI (PPV)