Pentauliahan Program ECCE – Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak (Pindaan Oktober 2020)

pentauliahan program ECE
Gambar dipetik dari Pa & Ma

1.0 PENDAHULUAN

Pentauliahan Program ECCE (Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ada syarat tambahan (selepas ini dirujuk sebagai “Syarat ini” bertujuan menetapkan keperluan pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Pusat Bertauliah (PB). Syarat ini adalah merupakan kuasa untuk mengenakan syarat pentauliahan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran di bawah Seksyen 28 Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652] dan hendaklah dibaca bersama dengan panduan yang sedang berkuatkuasa seperti berikut:

i. Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652];
ii. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), Jabatan
Kebajikan Masyarakat [Akta 308];
iii. Akta Kanak- Kanak 2001 (Pindaan) 2016
iv. Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah di
Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012;
v. Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Program Latihan
Kemahiran Bagi Persijilan Tahap Tunggal Melalui Sistem Pentauliahan
Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2015;
vi. Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian;
vii. Panduan Pendaftaran Pelatih Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Melalui Sistem Pentauliahan; dan
viii. Mana-mana peraturan dan panduan yang berkuatkuasa.

2.0 TAFSIRAN

Dokumen” ertinya apa-apa dokumen perundangan secara bertulis di antara PB dan Pihak TASKA seperti dokumen MoA bagi membenarkan pelatih menjalankan latihan amali, peniliaian dan menggunakan TEM di TASKA

Latihan Kemahiran” ertinya aktiviti yang berasaskan kerja dan
berorientasikan industri yang bertujuan untuk mengadakan pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang dikehendaki bagi pelaksanaan sesuatu tugas atau kerja dengan berkesan dan cekap, dan termasuklah latihan ulang kaji, lanjutan, pengemaskinian dan khusus yang berkaitan dengan kerja;

Pemilik Premis” ertinya pemilik berdaftar atau mana-mana orang yang
mempunyai kuasa yang sah di sisi undang-undang ke atas Premis TASKA;

Program Latihan” ertinya suatu kumpulan aktiviti latihan dan penilaian, dan hasil pembelajaran bagi suatu pekerjaan tertentu;

Taman Asuhan Kanak-Kanak Berdaftar” (TASKA) ertinya suatu taman
asuhan kanak-kanak yang berdaftar di bawah Seksyen 7 Akta 308;

Tools, Equipment dan Material” (TEM) ertinya senarai peralatan,
kelengkapan dan bahan yang perlu digunakan untuk melengkapkan unit
kompetensi (CU) di dalam Standard;

3.0 KRITERIA PENTAULIAHAN TAMBAHAN

3.1 Syarat Pelatih

PB hendaklah memastikan syarat pengambilan pelatih dipatuhi seperti
berikut;
a. berumur 17 tahun pada tahun semasa;
b. warganegara Malaysia;
c. sihat fizikal dan mental; dan
d. apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh PB jika
berkaitan.

3.2 Premis Latihan

a. Mana-mana Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang hendak
memohon pentauliahan bagi area Pengasuhan Dan Pendidikan
Awal Kanak-Kanak hendaklah :
i. Memiliki TASKA yang telah mendapat perakuan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta 308; atau
ii. Mewujudkan kerjasama dengan mana-mana TASKA yang telah mendapat perakuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Akta 308; dan
iii. Memastikan lokasi TASKA tidak melebihi 25 kilometer dari premis PB.
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 18 orang kanakkanak di bawah usia 4 tahun.

b. Bagi perkara a(ii), PLK/PB hendaklah menyediakan
Memorandum Perjanjian (MoA) dengan pihak TASKA yang berkenaan. PB hendaklah menyediakan salinan asal dokumen yang lengkap seperti berikut;
i. Dimatikan setem;
ii. Tempoh perjanjian selama 3 tahun;
iii. Maklumat lengkap pusat bertauliah yang ditauliahkan termasuk nama, kod dan alamat lengkap pusat bertauliah, nombor telefon, nombor faksimili, emel dan lain-lain jika perlu;
iv. Butiran lengkap pengusaha dan alamat lengkap TASKA termasuk nombor telefon, nombor faksimili, emel dan lainlain.
v. Obligasi pihak-pihak termasuklah membenarkan pegawai JPK, personel pentauliahan dan panel yang dilantik oleh JPK memasuki TASKA untuk membuat pemeriksaan, pemantauan dan penilaian.
vi. Mengandungi jadual pelaksanaan latihan kemahiran dan penilaian yang lengkap dan telah dipertujui oleh pengusaha kedua-dua pihak.
vii. PB boleh menggunakan kelengkapan dan kemudahan di TASKA untuk tujuan program latihan.
viii. PB dan TASKA hendaklah bertanggungjawab ke atas kebajikan serta keselamatan pihak-pihak yang terlibat sepanjang sesi latihan kemahiran dilaksanakan di TASKA.
ix. Mana-mana pihak yang ingin menamatkan MoA hendaklah mengeluarkan notis dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum penamatan berkuatkuasa;
x. MoA akan terbatal sekiranya tempoh pentauliahan tamat;
xi. TASKA tersebut hendaklah mempunyai sekurangkurangnya satu (1) tahun baki sewaan dari tarikh permohonan;
xii. Dokumen hendaklah diperbaharui sekurang- kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat perjanjian;
xiii. Pihak TASKA hendaklah membenarkan Pegawai Pengesahan Luaran (PPL) melaksanakan verifikasi penilaian akhir di TASKA.
xiv. Pegawai yang diberi kuasa oleh KPPK boleh mengadakan pemeriksaan di bawah seksyen 38 Akta 652 ke TASKA untuk memastikan kesahihan latihan kemahiran dan penilaian dijalankan.
xv. Dokumen hendaklah ditandatangani oleh pemilik TASKA, pusat bertauliah dan saksi bagi kedua-dua pihak dan lengkap dengan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh dtandatangani di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.
xvi. PB hendaklah mengemukakan sesalinan dokumen MoA yang lengkap kepada JPK.

c. Kemudahan dan peralatan yang disediakan di TASKA hendaklah memenuhi keperluan CU (Competency Unit) dalam NOSS yang berkenaan bagi tujuan latihan dan penilaian.

3.3 Kriteria Pegawai Penilai (PP)

a) Bagi PP yang memiliki SKM program bertauliah CC- 011-3/4/5:2012 atau program NOSS sebelumnya hendaklah mempunyai Sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak PERMATA (KAP) atau Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK), JKM.

b) Nisbah PP dengan pelatih adalah 1:25.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

PB hendaklah:-

a. menyediakan jadual lengkap pelaksanaan latihan berstruktur yang
merangkumi pelaksanaan latihan dan penilaian di premis latihan dan
TASKA yang telah dipersetujui di antara PB dan pihak TASKA serta
diluluskan JPK.

b. memastikan pelatih dan Personel Pentauliahan dibenarkan memasuki
TASKA untuk tujuan latihan dan penilaian mengikut jadual latihan yang
telah dipersetujui.

c. memastikan pelatih, PP dan PPD melaksanakan latihan amali dan
penilaian di TASKA mengikut jadual latihan dan tempoh masa yang
ditetapkan dalam jadual program latihan.

d. menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelatih dari premis
latihan yang ditauliahkan ke TASKA bagi tujuan pogram latihan kemahiran.

e. memastikan kebajikan dan keselamatan pelatih dan personel
pentauliahan semasa menjalankan latihan kemahiran di TASKA.

f. menyediakan perlindungan insuran kepada pelatih yang menjalankan
latihan kemahiran.

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN

a. PB hendaklah memastikan pelatih telah menguasai teknik penerimaan,
tatarias (grooming), penyediaan pemakanan, aktiviti penjagaan rutin harian, aktiviti menidurkan dan merehatkan dan penyerahan kanak-kanak
kepada penjaga sebelum latihan amali dilaksanakan di TASKA.

b. PB hendaklah memastikan Pengurusan TASKA telah mendapat persetujuan bertulis dari ibubapa terlebih dahulu sebelum latihan amali dijalankan di TASKA.

c. PB dibenarkan untuk melaksanakan penilaian prestasi di TASKA bagi
menilai CU yang berkaitan.
d. PB hendaklah memastikan latihan dilaksanakan berdasarkan kepada jadual
pelaksanaan latihan kemahiran dan penilaian di TASKA

6.0 PEMAKAIAN

Syarat ini terpakai bagi semua program NOSS di bawah Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kana-Kanak.

7.0 TARIKH KUATKUASA

Syarat Tambahan Pentauliahan Program ECCE – Kemahiran Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Pindaan Oktober 2020) ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 2020.

Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Jabatan
Pembangunan Kemahiran

Ingin Belajar Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak? SKM atau Diploma Akademik?

Ingin tahu bagaimana dapat Pentauliahan Program ECCE – Kursus Pengasuhan & Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *