Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dapat Gaji Lebih Tinggi (Berbanding SPM sahaja) Untuk Perlantikan Ke Perkhidmatan Awam?

Betul ke gaji lebih tinggi dengan adanya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)*?

Kalau anda tak percaya, bacalah sendiri dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
* Namun, semua jawatan masih memerlukan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tetapi jika anda kerja di sektor swasta, tak perlu risau sangat pasal SPM.

Takut anda tak tahu, pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) juga mendapat permintaan tinggi dari industri dan juga syarikat di luar negeri.

Gaji Lebih Tinggi untuk pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berbanding SPM sahaja

Berikut adalah contoh salah satu daripada 63  jawatan yang menunjukkan kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mempunyai gaji permulaan yang lebih tinggi.

gaji lebih tinggi

PERINGATAN

Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:

  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Calon yang memiliki Sijil SVM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana yang bersesuaian yang mensyaratkan SPM/SVM. Bagi tujuan memenuhi syarat lulus atau kepujian Bahasa Melayu untuk pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon hendaklah memperoleh pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) seperti berikut:

SYARAT KELULUSAN BAHASA MELAYU UNTUK PELANTIKAN KE PERKHIDMATAN AWAMSYARAT PENCAPAIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (KOD 1104)
KepujianSekurang-kurangnya Gred ‘C’
LulusSekurang-kurangnya Gred ‘E’

Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas untuk jawatan lain boleh dirujuk di Portal RasmiSURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Sekiranya anda cuma pemegang SPM dan tidak berpeluang melanjutkan pendidikan ke mana-mana IPTA, Kolej Komuniti atau Politkenik dan juga gagal rayuan permohonan UPU, anda masih cuba mohon untuk belajar kursus kemahiran di:

1. Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
2. Institusi Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)

5 thoughts on “Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Dapat Gaji Lebih Tinggi (Berbanding SPM sahaja) Untuk Perlantikan Ke Perkhidmatan Awam?

    1. Pallavi, anda nak cari kerja di salun ke apa? Kalau salun, sini bukan tempatnya.
      Kalau di Pusat Bertauliah JPK sebagai pengajar/pegawai penilai, adakah anda dah ada sijil induksi PP-PPD-PPB dan VTO?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *