PB-PPT (Pusat Bertauliah - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu)
PANDUAN PELAKSANAAN PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) MELALUI PUSAT BERTAULIAH-PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PB-PPT)
1.0 TUJUAN
1.1 Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan menetapkan keperluan permohonan bagi melaksanakan PB-PPT khususnya dari aspek kriteria, lantikan Penyelaras Program PPT dan tanggungjawab PB dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui kaedah PPT;
1.2 PB yang mendapat kebenaran menjalankan program melalui kaedah PPT akan disebut sebagai PB-PPT;
1.3 Garis panduan ini juga bertujuan untuk memberi penerangan kepada PB-PPT yang telah diluluskan untuk melaksanakan SPKM melalui PPT; dan
1.4 Panduan ini hendaklah dibaca bersama Panduan Pelaksanaan Persijilan
Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
(PPT), Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah di
Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Berasaskan Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012 yang sedang berkuatkuasa dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652].
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Pelaksanaan PB-PPT ini mula diperkenalkan pada 30 Jun 2006, bertujuan untuk membantu pekerja mahir yang berpengalaman mendapatkan pengiktirafan SPKM melalui kaedah PPT. Individu yang mempunyai ketrampilan dan kompetensi serta pengalaman dalam sesuatu bidang pekerjaan boleh mendapatkan pengiktirafan menggunakan kaedah PPT melalui PB-PPT.
3.0 SYARAT PERMOHONAN SEBAGAI PB-PPT
3.1 Kriteria PB yang memohon;
a. Mendapat pentauliahan sekurang-kurangnya selama setahun bagi
program yang dipohon;
b. Melantik Penyelaras Program PPT; dan
c. Mempunyai personel yang boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai PPT
(PP-PPT) yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
3.2 Peranan Dan Tanggungjawab PB-PPT
a. Berupaya mentadbir dan mengurus permohonan Persijilan
Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh JPK;
b. Berupaya menyediakan dan mengelolakan penilaian melalui
kaedah PPT (portfolio dan penilaian amali) mengikut keperluan yang
digariskan dalam Standard dan panduan pelaksanaan PPT;
c. Hanya dibenarkan menjalankan latihan maksimum 30% dari
NOSS berkaitan berdasarkan jurang kompetensi yang diperlukan oleh
calon;
d. Perlu melaksanakan tugas-tugas lain seperti berikut:
i. Melantik seorang penyelaras untuk menyelaras program PPT bagi
bidang kemahiran yang dipohon;
ii. Memastikan PP-PPT yang dilantik memenuhi kriteria yang
ditetapkan;
iii. Memastikan latihan yang dijalankan mengikut nisbah PP-PPT dan
calon tidak melebihi 1:25 pada satu-satu masa;
iv. Mengurus proses permohonan SKM/DKM/DLKM melalui PPT bagi
calon yang berdaftar dengan PB-PPT berkenaan mengikut bidang
kemahiran yang dipohon;
v. Mengatur penjadualan sesi kaunseling dan penilaian PP-PPT
bersama calon;
vi. Memastikan pelaksanaan persijilan melalui kaedah PPT dipatuhi
dengan merujuk kepada Panduan Pelaksanaan Persijilan
Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT;
vii. Menyelesaikan semua urusan berkaitan proses sijil pada mana-mana peringkat sebelum calon meninggalkan PB-PPT atas apa-apa
alasan;
viii. Menyerahkan mana-mana sijil yang telah dikeluarkan oleh JPK
kepada calon tanpa syarat dan bagi sijil yang tidak dituntut oleh
calon hendaklah dikembalikan kepada JPK selepas enam (6) bulan
dari tarikh terima sijil dari JPK;
ix. Mempromosi dan memberi khidmat bimbingan kepada mana-mana
individu yang berpotensi untuk diberi pengiktirafan; dan
x. Memaklumkan secara bertulis kepada KPPK sebarang perubahan
Penyelaras Program PPT, PP-PPT atau struktur yuran latihan baru
yang dikenakan (latihan maksima 30%).
e. PB-PPT juga adalah tertakluk kepada semua syarat dan peraturan
pentauliahan JPK yang sedang berkuatkuasa; dan
f. Perlantikan PP-PPT di PB-PPT adalah tertakluk kepada kelulusan dan di
bawah bidang kuasa JPK. Sebarang pertukaran PP-PPT perlu
dimaklumkan secara bertulis kepada JPK.
3.3 Personel PB-PPT
3.3.1 Penyelaras Program PPT
a. Kriteria penyelaras program:
b. Peranan dan tanggungjawab Penyelaras Program PPT:
c. Bagi penilaian portfolio, penyelaras PB-PPT perlu menyelaras
pengumpulan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan
persijilan seperti:
i. Laporan Penilaian Keterampilan Calon melalui kaedah
Pengiktirafan PencapaianTerdahulu (PPT);
ii. Borang Permohonan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran –
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT);
iii. Borang Laporan Verifikasi Pegawai Pengesah Luaran
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT);
iv. Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui
kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT); dan
v. Portfolio calon.
d. Bagi penilaian amali, penyelaras PB-PPT perlu menyelaras perkara-perkara yang berkaitan seperti penjadualan, tempat, peralatan, kelengkapan, bahan guna habis dan apa-apa keperluan yang berkaitan.
3.3.2 Pegawai Penilai PPT (PP-PPT)
a. Kriteria PP-PPT
b. Peranan dan tanggungjawab PP-PPT (bagi penilaian portfolio)
adalah seperti berikut:-
c. PP-PPT yang dilantik tidak layak membuat sebarang
tuntutan TNT dan kepakaran daripada JPK.
4.0 STRUKTUR PENTAULIAHAN PROGRAM PB-PPT
4.1 Prosedur Permohonan Pentauliahan Program PB-PPT
PB hendaklah mengemukakan permohonan kepada KPPK sekurang –
kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat pentauliahan dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:
a. Borang Permohonan Pentauliahan Program Pusat Bertauliah – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu yang telah lengkap diisi dan disah;
b. Salinan sijil akuan pentauliahan program kemahiran yang dipohon;
c. Jadual perancangan dan pelaksanaan aktiviti PPT;
d. Perincian struktur yuran PPT;
e. Surat Lantikan sebagai PP-PPT daripada PB;
f. Bagi personel lantikan JPK yang bukan personel PB perlu menyertakan
salinan Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan sebagai PP-PPT; dan
g. Bagi PP yang dilantik dari personel PB, dokumen berikut perlu
disertakan:
i. Salinan Surat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai
Personel Pentauliahan di PB;
ii. Salinan Sijil Kursus Induksi PP-PPT;
iii. Resume personel PPT; dan
iv. Salinan dokumen yang berkaitan bagi menyokong permohonan.
4.2 Kelulusan PB-PPT
a. Selepas menimbangkan sesuatu permohonan, KPPK boleh :
i. Meluluskan permohonan dan memberikan perakuan kepada PBPPT bagi sesuatu program mengikut tempoh pentauliahan program sedia ada;dan
ii. Menolak permohonan dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
b. Kelulusan sebagai PB-PPT akan tamat secara automatik sekiranya
pentauliahan bagi program berkenaan tamat tempoh atau PB ditamatkan pentauliahan.
c. Mana-mana PB-PPT yang telah dilantik layak menerima bayaran
perkhidmatan mengikut kelulusan perbendaharaan yang berkuatkuasa.
4.3 Pembaharuan Pentauliahan Program PB-PPT
Permohonan pembaharuan sebagai PB-PPT hendaklah dibuat bersekali
dengan pembaharuan pentauliahan program dan mengikut tatacara
Pembaharuan Pentauliahan Program yang sedang berkuatkuasa dengan
mengemukakan dokumen tambahan seperti berikut :-
a. Perubahan PP-PPT (sekiranya ada); dan
b. Laporan pelaksanaan program PPT yang telah dijalankan di PB-PPT.
4.4 Penamatan PB-PPT
PB yang ingin menamatkan pelaksanaan persijilan melalui PPT hendaklah:
a. Mengemukakan permohonan penamatan PB-PPT secara bertulis kepada JPK; dan
b. Menyelesaikan segala urusan latihan dan persijilan calon sedia ada
yang telah mendaftar di PB-PPT berkenaan. Notis penamatan akan
dikeluarkan setelah PB-PPT menyelesaikan semua urusan persijilan
calon PPT.
4.5 Penggantungan atau Pembatalan PB-PPT
a. Penggantungan atau pembatalan PB-PPT adalah tertakluk kepada Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang berkuatkuasa;
b. Perkhidmatan PB-PPT juga akan ditamatkan atau digantung sekiranya:
i. PB-PPT tidak mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan; atau
ii. PB-PPT melakukan sebarang penyelewengan atau penipuan
terhadap proses pendaftaran, penilaian dan latihan yang dijalankan.
5.0 PELAKSANAAN PROGRAM PB-PPT
Pelaksanaan program PPT yang dijalankan di PB-PPT adalah tertakluk kepada Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang sedang berkuatkuasa.
5.1 Pra-Pendaftaran Calon PPT
Pra-pendaftaran adalah satu proses dimana pemohon akan mendaftar di PBPPT yang dipilih sebelum pendaftaran sebagai calon PPT di JPK untuk
mendapatkan Sijil.
5.1.1 Analisa Jurang Kompetensi Individu
a. Analisis jurang kompetensi dilakukan oleh calon bersama PBPPT bagi mengenal pasti jurang kompetensi di antara bukti yang dimilikinya dengan keperluan Standard;
b. PB-PPT hendaklah mengesahkan kesahihan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pemohon sebelum sesi analisa jurang dilaksanakan;
c. Pemohon dikehendaki menyemak bukti-bukti yang berkaitan semasa melakukan analisis jurang bagi mengenalpasti jurang kompetensi yang wujud;
d. Hasil analisis jurang kompetensi boleh membawa kepada keputusan berikut :
i) Memenuhi semua (100%) keperluan Duti/CU dalam Standard tersebut (tiada jurang kompetensi)
(1) Layak didaftarkan sebagai calon PPT; dan
(2) Tahap persijilan adalah tertakluk kepada keputusan penilaian dan verifikasi PPL-PPT.
ii) Tidak memenuhi satu atau lebih keperluan Duti/CU (maksima jurang 30%) dalam Standard tersebut :
(1) Pemohon boleh:
(a) Menghadiri kursus/latihan di PB-PPT bagi melengkapkan jurang kompetensi tersebut dan layak didaftarkan setelah terampil bagi tugasan yang berkaitan; atau
(b) Mendapatkan pengalaman kerja dalam kompetensi berkenaan;
e. Semasa pra-pendaftaran, pemohon dikehendaki mengemukakan
hasil analisis jurang kompetensi kepada PB-PPT bagi tujuan semakan dan pendaftaran kursus.
5.1.2 Kursus Dan Penilaian Pemohon
a. Pemohon yang tidak memenuhi satu atau lebih keperluan Duti/CU dalam NOSS tersebut perlu mengikuti kursus di PB-PPT bagi melengkapkan jurang keterampilan yang telah dikenalpasti;
b. Penilaian kursus perlu dilaksanakan bagi memastikan keterampilan individu memenuhi tugasan-tugasan yang berkaitan;
c. Penilaian kursus hendaklah dilaksanakan dalam bentuk penilaian
pengetahuan dan penilaian prestasi;
d. Mana-mana pemohon yang telah mengikuti kursus dan melalui
penilaian serta disahkan terampil boleh didaftarkan sebagai calon PPT; dan
e. PB-PPT boleh mengeluarkan sijil bagi kursus yang telah dihadiri oleh calon bagi tujuan pengesahan kehadiran atau penyertaan calon.
5.1.3 Penilaian Keterampilan
a. Penilaian keterampilan dijalankan dalam dua (2) kaedah iaitu penilaian portfolio dan penilaian amali;
b. Pemilihan kaedah penilaian akan ditentukan oleh calon dengan khidmat nasihat daripada PB-PPT;
c. PB-PPT perlu menyediakan kemudahan dan personel yang berkaitan dengan penilaian keterampilan yang dijalankan;
d. Tempat dan kemudahan peralatan penilaian perlu disediakan awal sebelum penilaian dijalankan;
e. Tempat dan kemudahan peralatan penilaian perlulah mengikut kesesuaian kapasiti calon yang didaftarkan;
f. PB-PPT boleh memberi cadangan tarikh penilaian keterampilan yang hendaklah dijalankan bagi tujuan mendapat kelulusan JPK; dan
g. Pelaksanaan kaedah penilaian keterampilan adalah merujuk
panduan penilaian yang sedang berkuat kuasa.
5.2 Permohonan Pendaftaran Sebagai Calon PPT
5.2.1 PB-PPT hendaklah mendaftarkan pemohon yang berkelayakan sebagai
calon PPT sekiranya memenuhi syarat berikut :
a. Memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja seperti yang ditetapkan dalam Panduan Pelaksanaan PPT yang sedang berkuatkuasa; dan
b. Pemohon yang mempunyai keterampilan memenuhi 100%
keperluan Standard hasil daripada sesi analisa jurang keterampilan (tiada jurang kompetensi); atau
c. Pemohon yang mempunyai keterampilan melebihi 70%
keperluan Standard (mempunyai jurang kompetensi kurang daripada 30%) dan telah mengikuti penilaian yang berkaitan serta disahkan terampil. Keputusan penilaian pemohon hendaklah disertakan bersama dengan borang permohonan pendaftaran calon.
5.2.2 Permohonan hendaklah dikemukakan kepada KPPK bersama-sama dokumen sokongan:
a. Borang Permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
yang telah lengkap diisi;
b. Melakukan bayaran seperti mana yang telah digariskan dalam
peraturan kadar fi dan caj yang sedang berkuatkuasa;
c. Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
d. Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja
dalam bidang kemahiran berkenaan ;
e. Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika ada);
f. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan; dan
g. Perakuan pemohon.
5.2.3 Bagi mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan dianggap gagal dan bayaran tidak akan dikembalikan.
5.2.4 JPK akan mengeluarkan resit bayaran dan nombor pendaftaran bagi calon yang berjaya didaftarkan.
5.3 Bagi penilaian portfolio, pelaksanaan Kaunseling dan Penilaian Calon PPT adalah seperti berikut;
a. PB-PPT perlu mengeluarkan surat arahan rasmi bagi tujuan penugasan
kepada PP-PPT dan perlu dikemukakan semasa permohonan sesi verifikasi;
b. Kaunseling dan penilaian calon akan dikendalikan oleh PP-PPT yang
dilantik oleh PB-PPT dan mengikut garis Panduan Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT yang berkuatkuasa;
c. PB-PPT hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Penilaian
Keterampilan Melalui PB-PPT kepada JPK sebaik sahaja sesi penilaian
selesai dilaksanakan oleh PP-PPT dua (2) minggu sebelum cadangan tarikh verifikasi; dan
d. PB-PPT hendaklah menyediakan tempat dan mengemukakan cadangan
tarikh dan masa verifikasi yang hendak diadakan.
5.4 Bagi penilaian amali PB-PPT hendaklah melaksanakan perkara- perkara
berikut;
a. PB-PPT hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Penilaian
Keterampilan Melalui PB-PPT kepada JPK dalam tempoh 5 hari bekerja
selepas calon didaftarkan (selepas resit dikeluarkan);
b. Mencadangkan tarikh penilaian yang akan dijalankan kepada JPK
mengikut tempoh yang ditetapkan;
c. Menyediakan tempat, kelengkapan, peralatan dan bahan guna habis
(jika perlu); dan
d. Memberi khidmat nasihat kepada calon tentang bahan penilaian yang
diguna pakai dalam tempoh dua (2) minggu sebelum penilaian amali
dijalankan (jika perlu).
6.0 PROSEDUR TUNTUTAN BAYARAN
6.1 Dokumen diperlukan bagi tuntutan pembayaran :
a. Surat arahan rasmi yang dikeluarkan oleh PB-PPT bagi tujuan
penugasan kepada PP-PPT bagi setiap calon;
b. Salinan Borang Permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui
Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT);
c. Salinan surat Pentauliahan sebagai PB-PPT;
d. Salinan penyata akaun bank PB-PPT yang mengandungi maklumat
pemegang akaun (disahkan oleh syarikat/pusat latihan);
e. Salinan akuan pendaftaran Kementerian Kewangan – kod bidang
221110/220502; dan
f. Invois.
g. Kelayakan tuntutan seperti dibawah:
Kaedah Persijilan Tuntutan bagi setiap calon
SKM 1/2/ 3 DKM/DLKM
Mengikut Tahap RM100.00 RM150.00
(RM/tahap/calon)
Single Tier
(RM/pemohonan/calon) RM150.00 RM200.00
Modular
(RM/permohonan/calon) RM100.00 RM100.00
Jadi, sekiranya anda perlukan staf dilantik sebagai PP-PPT atau penyelaras PPT di Pusat Bertauliah JPK anda, pastikan mereka ikuti kursus induksi PP-PPT dulu.
Nak Tau psal pp-ppt
Suhana, apa yg anda nak tahu pasal PP-PPT?
Kelayakkannya?
1. Miliki SKM
2. Pengalaman kerja dalam sesuatu bidang >>10 tahun
3. Telah ikuti & lulus kursus induksi PP-PPT (1-2 Dis)
..Telah ikuti & lulus kursus induksi PP-PPT (1-2 Dis)…boleh terang serba sedikit tentang kursus PP-PPT ini.
Khairul, betul ke anda dah ikuti kursus induksi PP-PPT dan lulus? Kalau ya, sijil kena tarik balik ni 😛
Kalau dalam 10tahun tu lain2 bidang Kerja, contoh, 3 Tahun technican, 3tahun operator Dan 5 tahun Sebagai Admin, bidang sebenar elektronik industri.. Layak ka menjadi Sebagai personal PP-PPT?
Elysios, maksudnya 11 tahun tu semua dalam industria yg sama, iaitu elektronik industri kan, cuma jawatan yang berlainan kan?
Kalau ya, boleh, anda kena ada SKM serta sijil induksi PP-PPT shj bersama pengalaman kerja anda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
saya nak bertanya, kalau nak jalankan PPT dibawah PB-PPT bagaimana ye proses nya? adakah perlu mengisi borang secara manual ataupun terus isi borang di atas talian di laman sesawang MySpike memandangkan semua proses melalui atas talian?
mohon pencerahan dari pihak tuan/puan
Faris, sila semak emel anda
Saya adalah PPB. Bagaimana PB saya boleh memohon PB-PPT? Apakah prosesnya?
Fuad, anda boleh mohon terus dalam myspike.my jika:
1. PB sudah setahun
2. Dah ada PP-PPT & Penyelaras PPT yg sudah ikuti kursus induksi PP-PPT
Jika belum, boleh ikuti kursus induksi PP-PPT pada 12-13 Feb nanti.
Saya mempunyai sijil DKM, VTO dan sijil Induksi. Saya ingin menjadi PP dan PPL -PPT. Adakah saya layak dan bagaimana untuk memohon
Rusmina, anda layak jadi PP.
Untuk jadi PPL-PPT, anda perlu jadi PP-PPT dulu.
Untuk lantikan sebagai PP-PPT, perlu ada (selain sijil yang anda ada sekarang):
1. Sijil induksi PP-PPT
2. Pengalaman 10 tahun dalam bidang SKM/DKM anda