Apakah halatuju anda sebagai lepasan SPM?
Tahniah kepada anda jika lulus SPM dengan cemerlang. Dengan keputusan yang baik, pilihan anda memanglah banyak.
Laluan akademik seperti Matrikulasi, Program Asasi, STAM/STPM dan Diploma Akademik adalah antara pilihan anda.
Namun, laluan TVET/program kemahiran yang menganugerahkan SKM juga boleh dipertimbangkan. Ia memang lebih BEST berbanding dengan laluan akademik sekiranya anda jenis yang suka hands-on. Peluang kerja juga agak tinggi berbanding graduan laluan akademik. Bukan sahaja peluang kerja tinggi tetapi untuk bidang kemahiran tertentu seperti underwater welding, gajinya agak lumayan juga. Jadi, BEST tak?
Ya, jangan ingat program kemahiran cuma untuk mereka yang gagal/tidak cukup kredit untuk SPM.
Sejak keputusan SPM keluar pada 10 Jun 2021, ramai pelajar dan ibu bapa lepasan SPM 2020 telah mesej, whatsapp atau hubungi min berkenaan kursus yang boleh diambil, terutamanya mereka yang tidak cukup kredit/gagal SPM Sejarah/BM.
Untuk pengetahuan anda, kursus kemahiran rata-ratanya cuma perlukan kemahiran 3M, boleh Membaca, Mengira & Menulis. Ini kerana fokus adalah pada kemahiran tangan/hands-on (70%) berbanding dengan teori (30%).
Dan untuk membantu anda/anak anda memilih kursus kemahiran/TVET, pertama sekali tanya anda/anak anda sendiri apakah minat atau hobinya.
Adalah lebih penting pemilihan kursus berdasarkan minat anda/anak anda, bukannya berdasarkan kursus apa yang paling panas/popular.
Berikut adalah beberapa contoh lazim pemilihan program (pencarian kursus di Pusat Bertauliah JPK adalah mengikut nama/kod program) berdasarkan minat:
Anda juga boleh muat turun Daftar NOSS dari sini untuk mengetahui semua standard pekerjaan yang telah dibangunkan setakat ini (namun, tidak semua program ada penyedia latihannya).
Sekiranya anda tidak tahu di mana nak belajar kursus kemahiran tertentu, boleh isi borang tunjuk minat di sini (Swasta dan BERBAYAR shj).
Jika anda tiada bajet dan cuma mampu belajar di institut kemahiran awam, sila rujuk sini.
Akhir sekali, sekiranya anda dah ada SKM3 dan ke atas (DKM, DLKM) atau pengalaman industri >3 tahun, anda juga berpeluang untuk melanjutkan ke ijazah eksekutif (program URise) dari Universiti Tun Abdul Razak ataupun diploma, ijazah sarjana muda (Bachelors) & ijazah sarjana (Masters) melalui laluan APEL jika dah berumur 20,21 & 30 tahun masing-masing.
Jadi, SPM sudah bukan segala-galanya. Tanpa SPM juga boleh lanjutkan sehingga ke Universiti ya.