Apakah Coaching?
Sebelum kita bincang tentang faedah coaching dan mentoring kepada organisasi, baik kita fahamkan definisinya dulu.
Proses coaching membantu coachee meningkatkan pandangan mereka tentang kerja, sambil meningkatkan kemahiran kepimpinan dan membuka potensi mereka.
Coaching bukanlah pembelajaran yang berstruktur di mana coach yang akan memberikan jawapan. Coaching meletakkan tanggungjawab belajar terhadap coachee, dengan coach membantu coachee menggunakan bahan sumber yang ada dalam diri perantis sendiri untuk mencari jawapan dari dalam.
Dalam konteks SLDN pula, Coach melatih perantis dalam bidang teknikal; kompetensi pembelajaran dan metodologi dan kompetensi sosial dan kemanusiaan di industri.
Apakah Itu Mentoring?
Mentor adalah pakar yang memberikan kebijaksanaan dan bimbingan berdasarkan pengalaman dirinya sendiri. Mentoring mungkin termasuk khidmat nasihat, kaunseling dan coaching.
Proses coaching tidak termasuk khidmat nasihat atau kaunseling, dan sebaliknya memfokuskan kepada individu atau kumpulan menetapkan dan mencapai objektif mereka sendiri.
Kepentingan Coaching di Tempat Kerja
- Memberi kuasa kepada individu (coachee) dan menggalakkan mereka untuk mengambil tanggungjawab sendiri;
- Menyediakan mereka dengan kit alat (tools kit) untuk membuat keputusan sendiri dan mengambil tindakan;
- Membawa kepada peningkatan prestasi kerja, motivasi dan kepuasan kerja;
- Menyediakan hasil matlamat kerja.
Faedah Coaching dan Mentoring Kepada Organisasi
- Meningkatkan kecemerlangan organisasi dalam melahirkan warga yang lebih berkemahiran.
- Meningkatkan produktiviti kerja dengan prestasi kerja yang cemerlang.
- Meningkatkan peluang dan potensi mencapai matlamat organisasi.
- Menggunakan secara optimum sumber manusia.
- Memudahcara latihan dan pembangunan kemahiran yang sesuai dalam organisasi.
- Meningkatkan komunikasi berkesan serta menguatkan hubungan kerja dan mewujudkan individu dan pasukan berprestasi tinggi.
- Memperkukuh nilai sosial dan kemanusiaan.
Tanpa Coaching
Dengan Coaching
Adakah Anda Bersedia untuk Meningkatkan Diri Anda ataupun Produktiviti Organisasi Anda dengan Kursus NDTS Coach Training Programme?
Dalam konteks perlaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia, khasnya melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), anda boleh ikuti kursus induksi SLDN dan juga NDTS Coach Training Programme (NDTS adalah perkataan Bahasa English untuk SLDN) untuk memperkasakan kemahiran coaching anda.
Sertailah organisasi seperti McD, Watsons, 7-Eleven, KK Supermart, Bermaz (Mazda), Perodua dan banyak lagi yang melaksanakan Sistem Latihan Dual Nasional untuk melatih pekerja sedia ada, pekerja baru ataupun lepasan sekolah.
Langkah pertama adalah mengikuti kursus induksi SLDN serta NDTS Coach Training Programme bagi yang bakal jadi Coach di Syarikat SLDN.