Tag Archives: gaji minimum

Gaji minimum 2022 RM1,500? Malaysia Boleh, ke?

Gaji Minimum 2022

Gaji Minimum 2022 RM1,500?

Ya, inilah penetapan kadar gaji minimum 2022 yang baharu, iaitu sekitar RM1,500 sebulan, sebelum penghujung tahun ini.

Ia telah diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan minggu lepas, 4 Februari 2022.

Beliau positif perkara itu boleh direalisasikan selepas mendapat persetujuan Jemaah Menteri walaupun nilai sebenar kadar baharu itu belum dimuktamadkan.

“Kajian yang dilakukan juga sudah selesai. Kita sudah ada angka gaji minimum untuk dibawa sebagai cadangan dan akan diumumkan selepas dipersetujui Jemaah Menteri”

“Secara peribadi juga saya merasakan, gaji minimum sedia ada perlu dinaikkan walaupun ada pekerja swasta diberikan kadar lebih tinggi dari paras itu tetapi dalam kerajaan masih ada.

“Saya tidak boleh nyatakan lagi kadar gaji minimum yang dicadangkan Kementerian Sumber Manusia tetapi ia berada di paras sekitar RM1,500 ke bawah,” katanya kepada BH, semalam.

Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Walaubagaimanapun ia masih tidak dipersetujui ramai termasuk MTUC kerana mereka tetap memperjuangkan yang pekerja di Malaysia ada hak untuk menerima gaji minimum RM1,500 sebulan.

Gaji Minimum 2020

Jika anda kerja di salah satu dari 56 bandar utama ini, anda layak untuk diberikan gaji minimum RM1,200 atau harian RM46.15 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM55.38 (lima hari) dan RM69.23 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.77.

  1. Johor Bahru
  2. Iskandar Puteri
  3. Alor Setar
  4. Melaka Bersejarah
  5. Pulau Pinang
  6. Seberang Perai
  7. Ipoh
  8. Shah Alam
  9. Petaling Jaya
  10. Kuala Terengganu
  11. Kuching Utara
  12. Kuching Selatan
  13. Miri
  14. Kota Kinabalu
  15. Kuala Lumpur
  16. Seremban
  17. Batu Pahat
  18. Kluang
  19. Kulai
  20. Muar
  21. Segamat
  22. Pasir Gudang
  23. Kulim
  24. Sugai Petani
  25. Langkawi
  26. Kubang Pasu
  27. Kota Bharu
  28. Alor Gajah
  29. Jasin
  30. Hang Tuah Jaya
  31. Port Dickson
  32. Jempol
  33. Kuantan
  34. Temerloh
  35. Bentong
  36. Manjung
  37. Kuala Kangsar
  38. Taiping
  39. Teluk Intan
  40. Kangar
  41. Ampang Jaya
  42. Kajang
  43. Klang
  44. Selayang
  45. Subang Jaya
  46. Sepang
  47. Kemaman
  48. Dungun
  49. Padawan
  50. Sibu
  51. Kota Samarahan
  52. Bintulu
  53. Sandakan
  54. Tawau
  55. Labuan
  56. Putrajaya
Gaji Minimum 2022 - 1200

Jika anda bekerja selain dari 56 bandar seperti di atas ini, gaji minimum anda hanya bermula RM1,100 atau harian RM42.31 (enam hari bekerja dalam seminggu), RM50.77 (lima hari) dan RM63.46 (empat hari), manakala bayaran setiap jam adalah RM5.29.

Gaji Minimum 2022 - 1100

Denda Gaji Minimum

Jika anda mendapati majikan anda tidak memberikan kadar gaji minimum yang sepatutnya seperti yang sudah termaktub di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan juga untuk negeri Sarawak iaitu Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), majikan anda boleh kena dakwa di mahkamah.

Jadi jangan main-main dengan pindaan akta Kerja 1955 yang ada sekarang ini.

“Kita agak terlewat dalam perkara ini, namun Kementerian sudah menyelesaikan kajian mengenai gaji baharu itu dan akan mengemukakan cadangan mengikut perundangan bagi menaikkan gaji minuman dari RM1,200 dan semuanya kini bergantung kepada Jemaah Menteri,” kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

Sumber: Berita Harian

Walaupun kerajaan tidak menaikkan kadar gaji minimum selama beberapa tahun, ada majikan khususnya swasta mengambil inisiatif memberikan kadar lebih tinggi.

Kebaikan Penetapan Gaji Minimum

Baik, kita telah tahu sejarah gaji minimum beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekarang, kita lihat samada ia patut dilaksanakan ke tidak.

Gaji Minimum 2022 - KL & Jakarta

Sekiranya kita bandingkan gaji minimum pekerja di Jakarta dan Kuala Lumpur, ia nampak seperti gaji minimum di KL agak rendah berbanding dengan Jakarta (rujuk rajah di atas).

Namun, bila kita lihat GDP 

Dengan pelaksanaan baru ini dapat memberikan kebaikan kepada anda dan rakyat Malaysia terutamanya yang bekerja di sektor swasta.

Ini termasuklah menaikkan perbelanjaan boleh guna anda bagi membolehkan anda berbelanja lebih lagi, memberikan lebih banyak faedah kepada anda yang mana selama ini kebanyakan syarikat besar dan gergasi di Malaysia mengaut terlalu banyak keuntungan sehingga kadar gaji yang diberikan masih lagi di tahap yang rendah.