Tag Archives: insentif SLDN

Belanjawan 2023: Insentif dan inisiatif untuk sektor TVET

Belanjawan 2023 - Logo

Belanjawan 2023 dengan tema ‘Membangun Malaysia MADANI’ telah memperuntukkan RM388.1 bilion, di mana RM289.1 bilion untuk belanja mengurus, RM99 bilion untuk belanja pembangunan dan termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Belanjawan 2023 memberi tumpuan kepada 12 ikhtiar utama berdasarkan tiga tekad iaitu memacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, mereformasi institusi dan pentadbiran untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan mencapai keadilan sosial untuk mengurangkan kesenjangan.

Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Belanjawan 2023 yang asalnya telah dibentangkan oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun 2022, tetapi tidak dapat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan.

Belanjawan 2023: TVET & Kemahiran

Sekarang, marilah kita fokus kepada perkara yang berkaitan dengan TVET sahaja. 

Ikhtiar 6: Memperkasa Kerjasama Awam-Swasta

1. Kerjasama dengan Industri bagi Pelaksanaan TVET

• Pengambilalihan sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET termasuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILA) oleh 50 syarikat terpilih

Program AiF (Academy in Factory) (RM5.3 j)
– Latihan sambil bekerja di kilang
– Mensasarkan lebih 50 ribu pelatih setahun

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang memanfaatkan lebih 8 ribu
pelatih (RM50 j) – bajet asal cuma RM20 juta (3 ribu pelatih)

SLDN - Insentif 2023
Sila klik imej ini untuk makluat lanjut mengenai SLDN

2. Galakan Menyediakan Pekerjaan dengan Pendapatan Bermakna
• Penawaran 35 ribu peluang kerjaya kepada belia, graduan TVET, kumpulan rentan dan veteran oleh GLC

• Pelaksanaan latihan kemahiran di bawah HRD Corp (RM1 b)
– Latihan bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan
– Memanfaatkan 800 ribu pekerja

• Penggubalan Dasar Pekerja Gig bertujuan untuk melindungi hak dan kebajikan pekerja gig

• Menggalakkan sektor swasta menggaji dengan nilai yang lebih tinggi
Insentif PERKESO kepada majikan yang menggaji graduan khususnya
TVET sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan sebagai tambahan
kepada gaji yang ditawarkan (RM45 j)
– Insentif PERKESO kepada majikan yang menggaji golongan mudah terjejas seperti OKU, bekas banduan, gelandangan dan penganggur tegar sebanyak RM600 sebulan selama 3 bulan (RM130 j)
– Pemberian geran bersamaan 80% daripada nilai gaji bulanan bagi menggalakkan wanita kembali bekerja (RM292 j)

Menggalakkan anak muda meningkatkan keupayaan dan kemahiran (RM60 j)
– Program peningkatan kemahiran microcredentials kepada pekerja gig menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 dan elaun RM300 untuk 3 bulan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig hadir program latihan (RM40 j)
– Fi latihan sehingga RM2,500 kepada 30 ribu pekerja gig untuk mereka menjalani pembelajaran berbentuk microcredentials

• Bantuan mobiliti kepada pencari kerja
– RM500 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan di luar dari
negeri bermastautin
– RM1,000 kepada pencari kerja yang mendapat pekerjaan dan
melibatkan penghijrahan jarak jauh dari Sabah atau Sarawak ke
Semenanjung dan sebaliknya

• Menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik
dan kecerdasan buatan (artificial intelligence – AI) yang berupaya
menggaji pekerja tempatan yang berkemahiran
– Menyediakan geran sepadan untuk melaksanakan projek rintis dengan
syarikat sawit (RM50 j)
– Mengenakan kadar levi yang lebih tinggi kepada syarikat dengan
bilangan pekerja asing yang tinggi dimana hasil levi tambahan akan
digunakan bagi menyokong majikan membiayai inisiatif automasi

Ikhtiar 12: Menyediakan Keperluan Asas Berkualiti

• Agenda memperkasa TVET melalui 7 Kementerian utama (RM6.7 b)

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (RM180 j)

•  Veteran
– Kerjasama Strategik LTAT, MAFS & KEMENTAH bagi Projek Rintis Pertanian Jagung Bijirin
– Program Reskilling & Upskilling Veteran ATM oleh Jabatan Hal Ehwal
Veteran (JHEV) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran
(JPK) & Persatuan MYTVET Malaysia (RM5 j)
– Program Kerjaya Kedua Veteran ATM bersama LTAT dan syarikat berkaitan kerajaan 
– Kelonggaran khas bayaran balik pinjaman perumahan veteran di
bawah LPPSA

Sumber: Diolah dari Touchpoints Belanjawan 2023 

Hubungi no ini sekiranya ada pertanyaan lanjut mengenai insentif SLDN 2023 ataupun SLDN (setelah baca pautan yang diberi di www.jpkmalaysia.com/sldn)