Tag Archives: KPPK

PROGRAM MEMPERKASA PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL) DALAM PELAKSANAAN SPKM DAN SESI TOWNHALL KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (KPPK) BERSAMA PPL

PROGRAM MEMPERKASA PPL (PEGAWAI PENGESAH LUARAN) DALAM PELAKSANAAN SPKM DAN SESI TOWNHALL YBrs TUAN KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (KPPK) BERSAMA PPL

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan Program Memperkasa PPL dalam Pelaksanaan SPKM dan juga Sesi Townhall KPPK bersama PPL seperti ketentuan berikut :

Tempat:Port Dickson, Negeri Sembilan

(Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)

Tarikh

Masa

:

:

18 Oktober 2018 (Khamis)

2.00 petang – 5.00 petang

Peserta:PPL yang telah mendapat perakuan dari CIAST

(kecuali PPL yang akan/telah dilantik bagi menghadiri Bengkel Pemetaan MARA, GIATMARA dan BPTV)

Bayaran:Tuntutan Perjalanan adalah dibenarkan.

(Hi-tea disediakan)

PPL yang berminat hendaklah mengisi Borang Penyertaan Program ini secara online melalui link berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScciSc_qd9D3qbaU-qPw0GxyKiVkRbamFN2qORPTeCHtL8_5Q/viewform?c=0&w=1

Tarikh tutup adalah pada 1 Oktober 2018 sebelum 12.00 tengahari.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai penyelaras berikut :

En. Mohd Syazwan Bin ZahariPuan Siti Norbayah Binti An  
No. Tel : 03-8886 5807No. Tel : 03-8886 5505
Email   : msyazwan@mohr.gov.myEmail     : snorbayah@mohr.gov.my

 

PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

  • mana-mana individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN
  • PPL juga bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.

PPL ini terdiri daripada dua (2) kategori iaitu ;

–  Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
–  Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)

PPL-SLaPB merupakan seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah. Peranan dan tanggungjawab PPL-SLaPB pula termasuklah:

i.  Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);

 ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;

iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkaraperkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja/ Pusat Bertauliah.

Untuk jadual induksi PPL masa depan, sila rujuk sini.