Tag Archives: Music

Daftar NOSS TERBARU – Jan 2019

Daftar NOSS Jan 2019

NOSS terbaru di bawah cuma sebahagian daripada puluhan NOSS yang baru diluluskan oleh bahagian NOSS, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

H512-001-2/3:2019 (Drone Piloting/Mission Handling)

Perkembangan terkini: Setakat Feb 2020, cuma sebuah Pusat Bertauliah JPK swasta, SG Akademi yang telah ditauliahkan untuk program ini.
Ambil perhatian bahawa banyak pusat latihan yang menawarkan kursus drone piloting/mission handling, namun mereka tidak mengguna pakai Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang telah dibangunkan bersama oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK dan CAAM (Civil Aviation Authority Malaysia)

Peluang pekerjaan dalam industri teknologi drone merentasi pelbagai industri sedang melonjak dari peringkat asas ke peringkat mega-trend dengan cepat kerana semakin banyak industri telah mula menyedari potensi, skop, dan skala capaian global melalui penggunaan teknologi drone.

*Biasiswa (tajaan SG Akademi) diberikan kepada 20 pelajar perintis pertama! Jaminan pekerjaan!

P854-008-3:2019 (Music Teaching)

Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK juga memberi perhatian kepada bidang muzik agar bidang itu turut mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negeri.

Usaha membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi bidang muzik adalah untuk membolehkan kerjaya berkenaan dinilai secara profesional oleh pelbagai pihak.

Pembangunan NOSS ini sangat penting memandangkan muzik antara bidang pendidikan yang semakin mendapat sambutan daripada semua peringkat umur,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran NOSS bagi Industri Pendidikan Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Suimi Abd Majid

Pelaksanaan NOSS bagi industri muzik menyasarkan tenaga pengajar dalam bidang berkenaan agar memperoleh sijil yang boleh digunakan sebagai kelayakan dalam bidang kerjaya berkenaan.

Kita tahu semua tenaga pengajar bidang muzik sememangnya sudah mahir dan pakar, tetapi tidak semua daripada mereka mempunyai sijil yang mengiktiraf kemahiran yang dimiliki itu.
Mereka hanya perlu mengikuti kursus jangka pendek di pusat latihan berdaftar dan bakal memperoleh sijil pengiktirafan yang membuktikan kemahiran mereka.Sijil itu bukan sahaja diperakui oleh pihak industri di negara ini tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Suimi Abd Majid

Jika anda nak beli NOSS, boleh beli di JPK Putrajaya/Cyberjaya/Pejabat-pejabat Wilayah ataupun kalau kami ada, boleh juga order dari kami untuk RM20 setiap pakej (SKM1/2/3 – 1 pakej, DKM/DLKM – 1 pakej)

Nota: Mulai 1/6/19, NOSS dijual pada RM20 setiap tahap
NOTE: Effective 1/6/19, NOSS would be sold at RM20/Level (USD20/Level for foreign buyer).