Tag Archives: MyApprenticeship

MyApprenticeship tambah sejuta lagi peluang pekerjaan – PM Najib

Datuk Seri Najib, dalam ucapan perasmiannya berkata, ini merupakan tambahan kepada tiga juta peluang pekerjaan yang dijanjikan sewaktu pelancaran Manifesto Barisan Nasional pada 7 April lepas. – Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Program MyApprenticeship, yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dijangka dapat menambah sejuta lagi peluang pekerjaan dalam bidang-bidang seperti automotif, pengkomputeran, termasuklah Revolusi Perindustrian Keempat atau IR4.10.

Najib, dalam ucapan perasmiannya berkata, ini merupakan tambahan kepada tiga juta peluang pekerjaan yang dijanjikan sewaktu pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) pada 7 April lepas.

“Ternyata ini sungguh berbeza dengan manifesto pembangkang yang hanya sekadar menjanjikan satu juta sahaja peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun yang sama,” katanya sewaktu merasmikan Program MyApprenticeship di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Melalui program itu, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan akan bertindak sebagai peneraju, dan satu juta peluang perantisan akan disediakan di sektor awam dan swasta, dengan sasaran mereka ialah golongan belia dan wanita di negara ini.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin penyediaan tambahan sejuta lagi peluang pekerjaan itu dapat direalisasikan berdasarkan konteks dan kerangka ekonomi Malaysia yang semakin kukuh dan mantap.

“Salah satu daripada perkembangan termasuklah apabila Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini telah mengangkat Malaysia kepada dua anak tangga, dan kini kita berada di kedudukan ke-23 daripada 137 buah negara paling berdaya saing di persada global.

“Bang Dunia pada tahun lepas juga telah menaikkan unjuran ekonomi Malaysia sebanyak tiga kali, dan mereka telah menutup dengan jangkaan ekonomi kita berkembang pada kadar 5.8%. Dan meskipun diulangkaji sebanyak tiga kali, kita telah mengatasi unjuran tersebut apabila kita berjaya mencapa pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus,” katanya lagi, selain menyebut tentang penarafan positif dari firma antarabangsa seperti Moody’s, Standard and Poor, dan Fitch yang meletakkan Malaysia pada kategori A.

Perdana Menteri juga berkata bahawa beliau telah dimaklumkan satu lagi perkhabaran gembira apabila Bursa Saham Malaysia hari ini telah mencecah paras yang tertinggi dalam sejarah.

“Ini semua menafikan dan menolak apa yang diwar-warkan oleh pembangkang kononnya Malaysia ini adalah negara bankrap atau failed state, mahupun perlu diselamatkan. Rekod pencapaian kita seperti ini bukan perlu diselamatkan, tapi kita perlu menyelamatkan negara kita daripada jatuh ke tangan mereka yang tergolong dalam kumpulan tersebut,” katanya lagi.

Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program MyApprenticeship ini boleh melayari www.myapprenticeship.my, sebuah portal yang bertindak sebagai one stop platform dalam menyediakan maklumat mengenai peluang perantisan, peluang pekerjaan termasuk memadankan program perantisan dengan majikan yang bersesuaian mengikut bidang pekerjaan.

Sumber: http://www.astroawani.com

Malaysia that guarantee job opportunity and trainings for youth

KUALA LUMPUR: A new system will be introduced by the Barisan Nasional government to safeguard job opportunities and training for youths.

The Youth Guarantee promised to provide Malaysians under 30-year olds a job or a training opportunity within six months after they registered.

BN pledged that this was not a rhetoric promise as six initiatives namely SL1M (1Malaysia Training Scheme) 2.0; MyApprenticeship; MyInternship; National Bootcamp TVET (Technical and Vocational Education and Training); Employment through Infrastructure Projects and Social Entrepreneurship Job, will kick-off to implement the system.

Under SL1M 2.0, university students and potential employers will be matched at an earlier stage while the Social Entrepreneurship Job initiative will provide incentives to social entrepreneurs in creating more job opportunities.

Meanwhile, National Bootcamp TVET to increase TVET training grounds via short courses followed by job matching with the industry player.

Youths will have more opportunity to work under the national mega infrastructure projects once Employment through Infrastructure Projects initiative is executed.

MyIntership initiative to help every public university student equipped with high Microsoft Office skill and quality industry training.

Under SL1M 2.0, university students and potential employers will be matched at an earlier stage. Pic by YAZIT RAZALI

MyApprenticeship initiative offers a new alternative to school leavers who want to work while training in five major industries.

Among other initiatives and targets to be implemented to achieve the promise include:

• More than five millions students to be equipped with skills to face the 4th Industrial Revolution.

• More than one million youth to have career and training opportunity in TVET industry.

• More than one million university students to get National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loan.

• Increase high-skilled jobs by spurring the development of high-tech industries

• To repair and upgrade dilapidated schools nationwide within five years.