TTT – Sijil Latihan Pengajar yang Dapat Meningkatkan Produktiviti Organisasi

TTT - Train The Trainer

TTT yang anda mungkin lazim dengar sebelum ini mungkin adalah HRD Corp-TTT di bawah Human Resource Development Corporation (HRD Corp).  

Namun begitu, terdapat juga program NCS-TTT di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan juga  OSH-TTT Competency Based Programme oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Di sini kita akan membincangkan perbezaan antara HRD Corp-TTT & NCS-TTT dan menyerlahkan faedah kursus NCS-TTT, termasuk peningkatan peluang kerjaya dan keupayaan untuk memperoleh dua sijil dengan hanya menghadiri satu kursus.

For English version, please read here

1. HRD Corp-TTT

Jurulatih merujuk kepada Jurulatih Profesional yang diperakui atau terakreditasi oleh HRD Corp. Di bawah Rangka Kerja Pembangunan Jurulatih HRD, Jurulatih dikategorikan seperti berikut:

Jurulatih Terakreditasi TTT

  • Jurulatih yang berjaya menamatkan kursus persijilan 5 hari HRD Train-The-Trainer (TTT) dan diperakui oleh jurulatih utama diiktiraf sebagai Pelatih Terakreditasi TTT.

Jurulatih Dikecualikan TTT

  • Jurulatih yang berjaya memperoleh pengecualian untuk kursus TTT berdasarkan pensijilan, kelayakan atau pengalaman diiktiraf sebagai Jurulatih Dikecualikan TTT.

Jurulatih Terakreditasi HRD Corp

  • Jurulatih yang terakreditasi TTT atau dikecualikan TTT yang melalui proses akreditasi berasaskan penilaian – dinilai dan disahkan oleh panel yang dilantik HRD Corp sebagai kompeten dan diiktiraf sebagai Terakreditasi HRD Corp 
  • Jurulatih terakreditasi TTT atau dikecualikan TTT yang telah melalui proses akreditasi melalui aktiviti, diperakui kompeten berdasarkan tempoh latihan 120 jam diselesaikan untuk diiktiraf sebagai Jurulatih Terakreditasi HRD Corp.

Sebagai Jurulatih Terakreditasi HRD Corp, latihan anda boleh dituntut kepada majikan Berdaftar HRD Corp. Kualiti program latihan tidak hanya bergantung kepada kemudahan latihan, tetapi juga bergantung kepada kualiti jurulatih yang menjalankan latihan. Pelaksanaan HRD-TDF akan menghasilkan kumpulan profesional Jurulatih yang kompeten dan mahir. Ini akan menyokong keperluan pembangunan modal insan negara melalui penyampaian latihan yang lebih berkualiti dan berkesan. Status Jurulatih Terakreditasi HRD Corp hanya berkesan dalam landskap latihan HRD Corp yang merangkumi pelbagai skim yang ditawarkan oleh HRD Corp.

Sila baca sini untuk maklumat lanjut

2. NCS-TTT

NCS-004:2017 (TTT) merupakan Standard Kompetensi Kebangsaan di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). Ia adalah di bawah Akta Pembangunan  Kemahiran Kebangsaan 2006 (NASDA). JPK menganugerahkan sijil NCS-004:2017.

Sekiranya anda ingin jadi pengajar (ataupun lebih tepat Pegawai Penilai Modular, PP-Modular) bidang kemahiran yang bersiijlkan Penyata Pencapaian (PC), anda WAJIB ada sijil Latihan Tenaga Pengajar ini. 

Train The Trainer Course Cert - NCS-TTT

Competency Unit NCS-TTT

Peluang Kerjaya & Perniagaan

  • Meningkatkan pendapatan anda, samada sebagai tenaga pengajar (TP) atau Pegawai Penilai program Modular (PP-M) di pusat bertauliah JPK Swasta/Awam (seperti Kolej Vokasional, Giatmara, Institut Latihan Perindustrian, Institut Kemahiran Belia Negara dll)
  • Anda juga boleh jadi Jurulatiah Terakdreditasi HRD Corp untuk mengendalikan program yang boleh membuat tuntutan HRD Corp (perlu dapat sijil pengecualian HRDC-TTT dulu)
  • Meluaskan peluang perniagaan, seperti tender projek mengajar di agensi kerajaan yang rata-ratanya perlu sijil pengajar yang diiktiraf oleh kerajaan
  • Memberi keyakinan kepada pelajar bahawa anda adalah tenaga pengajar bertauliah
  • Menubuhkan Pusat Bertauliah JPK yang ditauliahkan untuk bidang kemahiran tertentu (program Modular@Micro Credential) di mana Sijil NCS-TTT menjadi pra-syarat untuk jadi PP-M.

Kelebihan NCS-TTT vs HRDC-TTT

Perbezaan utama antara kedua-duanya ialah dengan NCS-TTT, anda tidak perlu mengikuti kursus HRD Corp-TTT lagi; anda boleh mohon untuk dapatkan sijil pengecualian HRD Corp-TTT dengan bayaran RM300 sahaja.

Train the Trainer Certification - HRDCTTT exemption

Jika anda mempunyai sijil NCS – TTT, anda boleh mohon (dengan bayaran RM300) untuk dapatkan pengecualian sijil HRD Corp – TTT tetapi bukan sebaliknya.

NCS-TTT vs HRDC-TTT
Tunggu apa lagi? Dapatkan Sijil Latihan Tenaga Pengajar anda Hari ini!

Pencerahan Trainer & Penceramah

Trainer dan penceramah merupakan dua istilah yang berbeza, walaupun sering kali digunakan secara bergantian. Seorang penceramah cenderung untuk memberikan ceramah tentang topik tertentu tanpa memberikan latihan khusus untuk mengembangkan kemahiran pekerja, manakala seorang trainer lebih tertumpu pada membangunkan kemahiran pekerja melalui latihan yang berstruktur dan berterusan.

Seorang trainer yang baik boleh membantu jabatan sumber manusia untuk merancang keperluan latihan mereka dengan analisis keperluan latihan (TNA – Training Needs Analysis). Ini akan membantu organisasi meningkatkan produktiviti dengan memastikan bahawa pekerja mereka mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka.

Selain daripada membantu meningkatkan produktiviti organisasi, seorang trainer juga boleh menyumbang kepada matlamat ESG organisasi. Matlamat ESG merangkumi faktor-faktor alam sekitar, sosial dan pengurusan kewangan yang berkesan. Melalui latihan yang betul, organisasi boleh meningkatkan pengurusan kewangan mereka, memastikan keberkesanan penggunaan sumber daya dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Selain itu, melalui latihan, organisasi juga boleh menyumbang kepada matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2030. Matlamat ini merangkumi lima sektor utama, iaitu kesejahteraan rakyat, alam sekitar, ekonomi, institusi dan sosial. Dengan membangunkan kemahiran pekerja, organisasi boleh membantu mencapai matlamat ini dan membawa manfaat kepada masyarakat Malaysia secara keseluruhan.

Kesimpulannya, pemilihan latihan yang betul adalah penting untuk mencapai keberkesanan latihan yang maksimum. NCS-TTT dan HDRC-TTT merupakan dua program latihan yang popular di Malaysia. Selain itu, trainer yang baik boleh membantu jabatan sumber manusia untuk merancang keperluan latihan mereka dengan analisis keperluan latihan (TNA). Melalui latihan yang betul, organisasi juga boleh menyumbang kepada matlamat ESG organisasi dan matlamat Pembangunan Mampan Malaysia 2030.

Adakah Anda Bersedia untuk menjadi Trainer yang Diiktiraf & Diperakui Di peringkat Kebangsaan?

Daftar Kursus TVET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *