If you don’t understand BM well, can always email or call us for further explanation OR read the English version here.
如果您不太了解马来语,可以随时发送电子邮件或致电我们进一步了解详情
Sejak 2001, min berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran ni (terutamanya yang berkaitan dengan JPK), macam-macam kes penipuan telah min jumpa/dengar.
Berikut adalah senarainya, tak terhad kepada ini sahaja (mungkin min lupa atau tak pernah dengar/jumpa tapi memang berlaku):
1. Sijil induksi PALSU – Sebelum ni, tahun 2000an, memang ada sesetengah penganjur yang hit & run, cetak sijil sendiri & JUAL kepada peserta (tak perlu ikuti kursus). Ia samalah seperti penjualan sijil/diploma/ijazah di universiti ataupun sijil cuti sakit. Namun, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil langkah untuk membendung perkara ni dari berlanjutan dimana:
a) Penganjur tidak boleh cetak sijil sendiri lagi
b) Sijil telah ada ciri-ciri keselamatan (bukan setakat no siri sijil sahaja) – itu yang menyebabkan kekadang sijil dapat lambat sebab JPK kehabisan sijil & perlu tunggu stok dari Percetakan Nasional Malaysia
TIPS: Cari penganjur yang sudah lama (> 10 tahun kalau boleh) & kerap menganjur (lebih 6 kali setahun) kerana mereka tidak berani bertindak sebarangan & juga senantiasa mengikut perkembangan terkini. Ia juga mengurangkan kemungkinan penganjur menunda kursus induksi berkali-kali, ia berlaku terutamanya penganjur adalah baru dan tiada peserta berkumpulan besar.
2. Bukti PALSU – Ini kerap berlaku terutamanya dalam permohonan SKM secara PPT.
Ini mungkin salah sesetengah pemohon, ada yang sememangnya tahu dia tak layak tapi BAYAR perunding untuk kaodim, biasanya beribu-ribu.
Macam mana min tahu? Sebab ada kisah benar yang diceritakan oleh PPL-PPT (Pegawai Pengesah Luaran yang mengesahkan penilaian PP-PPT).
Cth: Ada seorang lelaki yang langsung tak pernah terlibat dengan kecantikan (cuma ada perniagaan dalam bidang ni) mewujudkan bukti palsu (gambar/invois/sijil) tapi telah digagalkan oleh PPL-PPT yang memegang amanah beliau. Apa yang menggeramkan min adalah dengar khabar setelah calon (melalui perunding) minta PPL-PPT ditukarkan, calon tu LULUS.
Geram betul, calon/perunding/PPL-PPT seperti nilah yang menjahanamkan kualiti SKM #^@*%
TIPS: Baca Panduan Permohonan SKM secara PPT @ ikuti kursus induksi PP-PPT – jadual disini supaya anda ada sedikit idea apa yang diperlukan dan sekiranya dah faham, mohon terus dengan JPK, cuma RM300/setahap.
Kebelakangan ni, ada perunding yang menjanjikan calon yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran bahawa mereka layak mohon VTO secara PPT. Agak-agaknya buat bukti PALSU lagi kot. Ni juga kisah benar, dimana 2 juruteknik auto yang tidak pernah mengajar dijanjikan oleh perunding bahawa mereka boleh dapat VTO secara PPT!
Itu yang menyumbangkan kepada banyak isu pemegang sijil VTO yang tidak boleh mengajar dengan baik ataupun tak tahu sangat tentang WIM (bahan pengajaran bertulis). Min tak nafikan juga ada Pusat Bertauliah VTO tertentu yang bagi ‘lesen terbang’, sehinggakan ada beberapa PB VTO yang telah ditarik pentauliahannya dan menyebabkan permohonan PB VTO baru/penambahan program VTO ni dibekukan.
Untuk pengetahuan anda, pengalaman mengajar minima adalah 4 tahun kalau nak mohon VTO secara PPT. Dah banyak kes penipuan calon tak cukup pengalaman mengajar tapi dijanjikan tiada masalah untuk mohon dan dapat sijil VTO secara PPT.
3. Penjualan WIM yang tidak menepati format ataupun jumlah jam yang sepatutnya.
Ha, ni berlaku bukan sahaja dalam dunia latihan kemahiran tapi syarikat gergasi MNC pun ada juga yang melakukan kesalahan sebegini.
Biasa lihat ni kan?
Sudah banyak PB/pembeli yang kantoi dengan janji-janji manis individu/perunding bahawa WIM yang mereka beli memenuhi spesifikasi/format JPK tetapi sebenarnya tidak.
Antara isu yang kerap timbul adalah:
1. Format (tidak mengikut format terkini)
2. Jumlah jam yang tidak menepati kehendak NOSS (sudah banyak kes untuk ni, terutamanya untuk program yang ada kes khas seperti FB-024-2 (1200j dan bukannya 800j)
3. Jadual Pembahagian WIM yang tidak menggunakan ayat yang betul ataupun setara dengan WIM yang dibangunkan
TIPS: Suruh penjual emelkan sampel WIM lengkap (ada Kertas Penerangan/Kerja/Tugasan, Pelan Mengajar Teori/Amali, Kertas Penilaian Pengetahuan (KA)/Prestasi (PA), lepas tu cross check dengan format WIM terikini (2017) dan juga NOSS.
Cukuplah setakat ni, kalau anda ada sebarang lagi kes penipuan/janji tidak serupa bikin yang nak dikongsi (tak kira pasal SKM, induksi, pentauliahan PB, WIM ke apa) supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak tertipu,
sila emel ke ismarteducare@gmail.com, terima kasih.
Tips mencari perunding yang jujur (elak penipuan):
1. Dah lama berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran (ni pun tak menjamin apa-apa)
2. Cuba dapatkan testimoni/pengesyoran dari 2-3 pihak, kalau ada.
3. Dapatkan pandangan/nasihat dari 2-3 individu/syarikat.
4. Sekiranya masih rasa was-was, sila rujuk dengan min atau lebih baik, JPK di 03-88865589.
* singkatan min bermaksud admin ya 😀
salam 1M.
Admin,saya ada terfikir juga tentang apa yang Admin nyatakan.Sebab jawapan berbeza antara individu.
Bertanya.Jika ada Diploma Kejuruteraan Pengurusan Perniagaan dari UTM, tidak mempunyai sijil SKM..tetapi mempunyai pengalaman kerja dalam bidang membantu guru dalam mengajar kemahiran memasak,pertanian dalam 12 tahun pengalamn,apa step yang terkini perlu saya ada
Salme, jika anda nak juga jadi Pegawai Penilai di mana-mana Pusat Bertauliah JPK, anda perlu:
1. Mohon SKM3 bidang pengurusan pejabat/pengurusan perniagaan (sila rujuk Daftar NOSS) ke atas, secara PPT
2. Pada masa yang sama, anda juga boleh mohon sijil VTO secara PPT memandangkan anda ada pengalaman mengajar bidang kemahiran (pastikan anda ada bukti ketrampilan untuk setiap Work Activities yang tersenarai dalam program VTO – beli NOSS VTO)
3. Ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB (2 hari) – Terdekat pada 21-22 Mac di Kepong Metro Prima, 8.30-5pm (RM350)
Jika masih ada pertanyaan, boleh emel ke ismarteducare @ gmail.com atau whatsapp min di 012-3123430