Kursus VTO/ Vocational Training Operation – WAJIB untuk Lantikan PP(TP)

Kursus VTO (Pengambilan Tahun 2024)

Sijil VTO - Pra-Syarat SKM3

Pra-syarat: SKM3 sebarang bidang

Kursus VTO separa masa: Shah Alam, Selangor
Jadual: Kelas hujung minggu (360jam) & internship 6 bulan (720jam) di Pusat Bertauliah JPK awam/swasta atau Pusat SLDN

Pastikan anda sudah ada/bakal ada SKM3

Kursus VTO separa masa:  Selangor
Pengambilan:  Mei/Jun 2024

Pastikan anda sudah ada/bakal ada SKM3

PERHATIAN! – Permohonan VTO (Tahap 3) melalui kaedah PPT,  TIDAK boleh dilakukan selepas 1/7/22 kerana telah digantikan oleh Pengajaran TVET – Tahap 4.

Anda perlu pengalaman mengajar bidang kemahiran >5 tahun untuk layak mohon TVET-i secara PPT, sekiranya memenuhi semua Work Activities yang tersenarai dalam NOSS TVET-i (rujuk di bawah)

TVETi CU1-2
TVETi CU3-6

Kursus VTO - Apa itu VTO dan kelebihan sijil VTO?

Sebelum kita menjelaskan kursus VTO, baik kita tahu apa takrif VTO dan kelebihan sijil VTO.

VTO – Vocational Training Officer (nama lama – kod I-031-3) / Pegawai Latihan Vokasional
VTO – Vocational Training Operation (nama baru – kod I-031-3:2014) / Operasi Latihan Vokasional.

Ia merupakan satu kursus yang wajib bagi lantikan jawatan Pegawai Penilai (PP), bukan setakat tenaga pengajar kemahiran Malaysia di institut kemahiran kerajaan & swasta yang ditauliahkan oleh JPK.

Mulai Feb 2020, pemakaian Kod Amalan Akreditasi Program TVET (Code of Practice for TVET Programme Accreditation – COPTPA) akan berkuatkuasa (Penguatkuasaan sepenuhnya telah  ditunda ke 2025). Ini bermakna pengajar Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang menawarkan program TVET juga perlu ada certification of teaching competency.

COPTA - Certification of Teaching Competency - VTO

COPTA - Certification of Teaching Competency (DKM & DLKM) - VTO

2) Kelebihan sijil VTO@sijil pengajar vokasional ?

a. Untuk melayakkan lepasan SKM untuk menjadi Pegawai Penilai (PP) di Pusat Bertauliah JPK (Awam atau swasta), bukan setakat Tenaga Pengajar (TP)

 

Kursus dan sijil VTO diwajibkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) mengikut Akta 652 kepada mana-mana individu yang ingin menjadi Pegawai Penilai ( Pengajar / Pensyarah / Cikgu ) di pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan yang menjalankan Sijil atau Diploma Kemahiran Malaysia.
Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

b. Layak diberi pengecualian untuk sijil TTT HRDF (PSMB TTT)
Mereka yang mempunyai sijil VTO hanya perlu membayar RM300 (Jimat RM2,200-2,500) bagi mendapatkan Sijil TTT dari PSMB / HRDF. Kaedah biasa mendapatkan Sijil TTT adalah dengan mengikuti latihan (RM2,500-2,800) 

 

Bagi pemegang sijil kemahiran/diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada sijil VTO, anda masih layak dilantik sebagai TENAGA PENGAJAR (bukan Pegawai Penilai).

Pengajar bidang kemahiran apa yang boleh menyertai Kursus VTO?

Kursus VTO ini boleh disertai oleh pelajar dari semua jenis bidang kemahiran.

Pelajar akan diajar dengan 7 modul dalam kursus VTO ini dan di industri nanti, pelajar akan mengajar dalam bidang kemahiran yang telah diambil sebelum ini. Contohnya, pelajar automotif dari mana-mana kolej kemahiran, Giatmara , ilp, ikbn ,ikm, dia sedang di dalam perniagaan automotif di samping, dia berminat untuk menjadi pengajar kemahiran. Dia perlu ambil kursus VTO untuk melayakkan dia menjadi Pegawai Penilai (bukan setakat Tenaga Pengajar)

1. Makluman kuatkuasa Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 untuk ikuti kursus VTO – Mulai 1/1/19, WAJIB ada SKM3 baru boleh daftar program VTO. Jika tiada SKM3 tapi ada pengalaman kerja >5 tahun dalam bidang kemahiran anda (cikgu sekolah atau pengajaran dalam bidang yg tiada kod NOSS tidak dikira), boleh mohon TVET-i* (yang menggantikan VTO) secara PPT. 

*Ada beberapa syarikat/individu yang memberi janji-janji manis boleh mohon TVET-i (VTO sebelum ni) secara PPT walaupun tidak memenuhi syarat paling asas ini. 

2. Makluman-Tiada Tauliah Bersyarat – Mulai 1/1/19, Pentauliahan Bersyarat tidak boleh dibenarkan lagi. Maksudnya personel perlu ada sijil VTO (dan SKM & induksi PP-PPD-PPB) sebelum boleh diperakukan sebagai PP (ini akan menyebabkan program baru/pusat baru tidak dapat ditauliahkan sehingga PP telah diperakukan)

Jika anda ada >5 tahun pengalaman mengajar latihan kemahiran, ada SPM/SPMV, bolehlah mohon TVET-i secara PPT.

TVETi - Bengkel Pembangunan Portfolio

Latar Belakang Kursus

Kursus ini dikuatkuasakan oleh pihak JPK pada bulan Februari tahun 2005 dan diwajibkan kepada semua Pegawai Penilai sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia dengan tujuan untuk memastikan Pegawai Penilai kompeten dalam proses penyampaian (methodology) latihan vokasional. Sebelum kod program baru ini, kod & nama lama adalah I-031-3 (Pegawai Latihan Vokasional)

Peluang Kerjaya: Berpeluang

  • Menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK Swasta/Awam (seperti KV, Giatmara, ILP, IKBN dll)
  • Mendapat projek mengajar di agensi kerajaan yang rata-ratanya perlu sijil VTO
  • Membuka Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil VTO (Operasi Latihan Vokasional) menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.

Tujuan utama untuk mengambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah (walaupun ada yang perlukannya untuk mengajar secara kontrak di agensi-agensi kerajaan tertentu). Berikut adalah kriteria perlantikan Pegawai Penilai.

Kriteria Lantikan Sebagai Pegawai Penilai (PP)

a. Warganegara Malaysia @penduduk tetap;

b. Berumur 18-65 tahun;
c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
d. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB (dianjurkan oleh ISE Education hampir setiap bulan);
e. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan seperti di Lampiran 2; dan
f. Memiliki :
i. SKM3 (mulai 1/1/19) dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1-3;
ii. SKM3/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
iii. Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
iv. Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM; atau
v. Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan.   dan  
vi. Sijil Kemahiran Malaysia dalam program VTO – Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3); atau Mana-mana Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh KPPK.

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Melvin di 012-3123430 ataupun emel ke ismarteducare@gmail.cm

# Bagi calon yang tiada bajet & boleh mengikuti kursus Diploma Pengajaran TVET (TVET Instruction) di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) sepenuh masa , sila BACA di bawah untuk tahu KELAYAKANnya.

1. Warganegara Malaysia  berumur 20 – 35 tahun

2. Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam  Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas); dan

3. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3; atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4; atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
Emel: pengambilan@ciast.gov.my
Tel : 03-55438200 samb. 8226 / 8225 / 8227 / 8295 ( Unit Pengurusan Pembangunan Pengajar Baru – UPPPB ) 

Kriteria Lantikan Sebagai Pegawai Penilai-Modular (PP-M)

a. Warganegara Malaysia  @penduduk tetap;
b. Berumur 18-65 tahun;
c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
d. Lulus Kursus Induksi PP-PPD-PPB (dianjurkan oleh ISE Education setiap bulan);
e. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan seperti di Lampiran 2; dan
f. Memiliki :
i. SKM/CU dalam program yang berkaitan atau
ii.Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan (Rujuk Jadual 1). dan  
g. Memiliki kelayakan mengajar:
i. Sijil Kemahiran Malaysia VTO – Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3:2014);
ii. Sijil Latihan Pengajar NCS-TTT atau
iii. Mana-mana Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh KPPK (Rujuk Jadual 3 di atas)

Betulkah VTO dah takda?

Kursus VTO - Tiada Lagi?
Kursus VTO - Masih ditawarkan di PB swasta
Sijil VTO - Masih sah
VTO ke TVET-i - Memo
TVET-i Work Activities

825 thoughts on “Kursus VTO/ Vocational Training Operation – WAJIB untuk Lantikan PP(TP)

      1. Saya bljr dkm, lps dkm blh ambil vto course ke. Saya habis bulan august jadi bila saya boleh sambung vto ye

          1. Hello , saya ada skm 2 dengan diploma dari kolej swasta , saya ada pengalaman kerja tapi belum cukup setahun , saya layak ke nak amik vto ?

          2. Hi Ainna, anda kena mohon SKM3 bidang anda (melalui kaedah PPT) setelah cukup pengalaman kerja setahun.
            Mungkin boleh beli NOSS Tahap 3 bidang anda sekarang untuk lihat apakah senarai Aktiviti Kerja yg perlu anda tahu laksanakan supaya boleh mula kumpul bukti ketrampilan sekarang.

            Lepas dapat SKM3 baru boleh mohon kursus VTO.

          3. Hi nk tnya.ada ada diploma dr KPT dan pengalaman kerja 7 tahun.boleh mohon VTO separuh masa dan berapa lama amil masa untuk lengkapkan kursus tersebut

          4. Maaf Aliff, dah dijelaskan dengan terang pra-syarat kena ada SKM3 dulu baru boleh mohon kursus VTO, kecuali pengalaman anda tu megajar latihan kemahiran.

      2. Saya nak tanya, saya merupakan pelajar keluaran Diploma Vokasional Malaysia. Saya juga ada SKM 3 tapi saya belum ada pengalaman bekerja. Saya cuma ada pengalaman intern sahaja. Adakah saya layak jadi tenaga pengajar untuk mohon VTO?

          1. Hi saya Aliff, Saya lepasan kv, ada sijil skm level 3 dan ada diploma. Saya program teknologi elektrik. Adakah saya layak untuk mengambil vto, saya tinggal di Melaka.

      3. Hi i am Na’im, saya lepasan kv, ada sijil skm lv 3 dan ada diploma, saya program teknologi penyejukan dan penyaman udara. Adakah saya layak untuk mengambil vto, saya tinggal di Taiping

      4. Hai admin,saya nak tanya boleh ke ambik vto tapi dalam masa yang sama saya bekerja,ada apa² syarat tak ?Anggaran yuran berapa ye? Dan berapa lama tempoh vto tu

        1. Hi Nisa, boleh ambil kursus VTO separa masa di mana kursus teori adalah di hujung minggu.
          Namun, bukan semua pusat yg tawarkan secara separa masa.

          Boleh tahu anda tinggal di mana?

      5. Hi admin, saya lepasan Kolej Vokasional dan mempunyai SKM3 dan dkm tapi spmv sejarah tidak lulus adakah saya layak untuk sambung vto ?

          1. Hi Fadhilah, kalau di Penang, yuran kursus adalah RM4,000

            Mod pembelajaran di Penang adalah sepenuh masa, Isnin-Jumaat selamaa 3 bulan.
            Lepas tu, perlu internship 6 bulan di PB Internship.

    1. Blh tak terangkan serba sedikit mengenai kursus induksi pp-ppd ,ppt,serta ppl ada buat kat penang pd 15/16 julai .lokasi kat kat mna.

      1. Salam Nazeri, Kursus Induksi PP-PPD pada 15-16 Julai di Penang masih belum tetapkan lokasinya.
        Untuk induksi PP-PPT, tarikh adalah 5-6 Ogos di KL.
        Tarikh PPL tiada lagi (syarat kena lulus induksi PP-PPD)

  1. Selamat petang..saya berminat untuk menyertai kursus VTO nie..tetapi saya lebih memilih untuk menjalankan kursus ini sepenuh masa..boleh kah pihak tuan/puan menghubungi saya di talian 0145007049

    1. Anak saya memiliki dkm elektrik dr kktm dan mempunyai ijazah teknologi penyelenggaraan elektrik dr ipta. Adakah dia layak mohon kursus di ciast.

  2. I am interested on VTO, how much is the whole VTO education ?
    Secondly, what is the maximum age that can enter VTO ?

    1. Hi Maylyn, the program cost RM2,700-3,000, depending on mode of payment.
      There’s no age limit, as long as you’re healthy & literate 🙂

      1. hai,saya gee,dalam bidang spa,ada skm 3 dlm spa terapi, skm 3 dlm urut rerapi,skm 1 dlm posnatal ,ada pp dan ppl..adakah saya layak untuk VTO,kita layak saya berminat.mohon email secara terperinci berkenaan VTO,seperti yuran,tempat dan berapa lama

    1. Shamsul, syarat untuk dapat sijil VTO adalah SKM 2. Jadi kalau ada pengalaman kerja (>>2 tahun), boleh mohon SKM 2 secara PPT. Juga boleh ambil kursus VTO serentak.

      1. Maksudnya,jika saya mempunyai Diploma dalam kulinari lepasan IPTS tetapi tidak mempunyai SKM, saya perlulah mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang sama sekurangnya 2 tahun dan selepas itu barulah saya boleh ambil VTO skaligus dengan SKM? soalan saya berapa lama ya jangka masa untuk ambil kedua tu serentak dan anggaran bayaran berapa ya.

        1. Anis, anda perlu ada pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas dan telah terampil melakukan setiap Aktiviti Kerja yang tersenarai dalam NOSS bidang kulinari Tahap2&3 (HT-012-2:2012 & HT-012-3:2012).
          Baru layak mohon SKM2&3 kulinari secara PPT (pengiktirafan melalui pengalaman kerja).
          Kos permohonan adalah RM300/setahap jika mohon sendiri.

          Dah dapat SKM3 barulah layak mohon VTO. Kursus VTO ni pula selama setahun (6 bulan separa masa + 6 bulan internship).
          Yuran kursus adalah RM3,400 (lump sum) hingga RM3,600 (ansuran)

      2. hai, saya pelajar lepas Kv dan saya ada skm tahap 3 dan dkm. Saya dari jurusan pemasaran. Boleh ke saya mohon?

          1. Hi admin.. DVM lepasan vokasional tu tidak samakah dekan DKM ? sebab dlm article Mcm tiada sebut pun DVM . Anak saya skrg ambil DVM dan berminat hendak jd tenaga pengajar sekolah KV.

          2. Ya, DVM adalah persijilan akademik bawah Kementerian Pendidikan, DKM adalah persijilan kemahiran bawah Kementerian Sumber Manusia.
            Sila semak dengan KV terus apakah syarat untuk jadi pengajar di KV

          1. Maaf bertanya , saya berumur 18 tahun dan telah temuduga adtec aviation, jika saya terpilih dan sambung sehingga diploma , bolehkah saya ambil vto separuh masa serentak bersama diploma aviation itu dan terus memohon untuk menjadi tenaga pengajar?..mohon penjelasan

          2. Maaf Fairuz, syarat ambil VTO sekarang ni kena ada SKM3.
            Jika dah ada SKM3 dan Diploma ADTEC tu bukan DKM, boleh buat serentak.
            TETAPI, ingat, selepas 6 bulan kemudian, ada internship (kena buat sepenuh masa di Pusat Bertauliah JPK), jadi ni mungkin jadi penghalangnya.

        1. Fairuz, kalau ada pengalaman mengajar bidang fesyen selama 4 tahun, boleh cuba mohon secara PPT, terus dgn JPK. Tak pasti Sarawak ada tak, kalau tidak, sila hubungi JPK Cyberjaya di 03-83214700

    1. Zafran, anda boleh mohon SKM secara PPT kiranya ada pengalaman kerja dalam industri. Pada masa yg sama, bolehlah daftar untuk ambil kursus VTO secara sambilan.

      Tolong semak emel untuk butiran kursus kalau berminat.

        1. Salam Devreh, Ijazah Biotech tu bukan kemahiran, jadi, anda kena kerja beberapa tahun dulu dalam bidang kemahiran yang ada NOSS sebelum boleh mohon SKM secara PPT untuk bidang tu. Lepas tu baru boleh mohon VTO.
          Kalau nak tahu lebih lanjut tentang seluruh sistem pentauliahan, boleh juga ikuti kursus induksi PP-PPD dulu untuk mengetahui langkah seterusnya yang harus diambil, tapi bukan VTO sekarang.

          PP-PPD
          Tarikh: 5-6 Nov
          Masa: 8.30-5pm
          Yuran: RM350
          Bank: Maybank 514589203020, I Smart Educare
          Muat turun borang di sini, isi & emel kembali ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran jika berminat & jadual masa anda sesuai.

    1. Hi John, maaf, kami sedang menjalankan kursus VTO untuk satu batch di Miri, Sarawak tapi batch ni sudah dlm proses nak mohon lawatan PPL 360j.
      Batch kami di KL pula baru mula sahaja tapi mungkin tidak sesuai untuk anda dari segi lokasi kursus.

      Kalau ada ramai, kami boleh anjurkan satu kumpulan lagi di Sarawak.

    1. Wan, kalau dah lebih setahun, tak boleh sambung balik, kena buat pendaftaran semula.

      Anda buat kat PB mana? Tempat?

  3. saya ada SKM Tahap 3 elektrikal. Adakah saya layak untuk mengambil kursus VTO separuh masa?

      1. Saya di negeri selangor,pelabuhan klang. Maaf saya tidak perasan mesej admin. Boleh tak tolong email kan tentang detail2 vto pada saya. Jika admin tidak keberatan. Terima kasih.

          1. Kalau saya nak smbg vto boleh ? Saya ada skm3. Boleh tau bile tarikh buka mcm mana nak apply?

          2. Shafiqah, tarikh pengambilan VTO akan datang pada 18/6 di Kepong Metro Prima, Tolong isi borang yg boleh muat turun dari laman web ni & emel kepada kita.

  4. hai admin..My education level is Bachelor Science (Hons) in Foodservice Management (UiTM)..(fresh graduate)..did i need to achieve any SKM level to apply for VTO?

    1. Hi Luqman, ultimately you need an SKM, at least level 2 & above as the VTO qualifies you to become an Assessor/Pegawai Penilai (PP), which you need to have these 3 qualifications:

      1) PP-PPD Induction course
      2) SKM (in your respective field)
      3) VTO

  5. Hye admin , saya ada skm 3 dan pp-ppd . tapi belum ade vto . d mana saya boleh mohon vto . saya dari miri sarawak .

  6. hi, saya ingin bertanya kepada admin.saya keluar daripada kolej vokasional sebelum sempat saya amik skm tahap dua . dan selepas skm tahap dua itu sebenarnya saya akan dpt dip vokasional malaysia.tapi malangnya saya tidak melanjutkan pengajian disana. tahun lepas saya amik spm 2015 , secara xlangsung adakah saya layak untuk mngikuti program ini berdasarkan keputusan spm sy?

    1. Khatijah, anda tidak layak ambil VTO buat masa ni.
      Dapatkanlah SKM anda dulu di mana-mana Pusat Bertauliah JPK ataupun bekerja di bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3-4 tahun sebelum anda fikir pasal SKM ataupun VTO.

  7. Assalamualaikum admin…sy ada skm tahap 3 dan sy memng berminat nk buat krusus vto ni..adakah sy layak untuk masuk…klu sy layak mcm mna sy nk daftar. ..

    1. Riduan, anda layak, kiranya anda kat KL, anda boleh ikuti kursus tu kat Kepong secara separa masa (hujung minggu je). Kalau negeri lain, saya tak pasti.

      Jika anda nak cuba nasib kat CIAST yg menawarkan secara percuma (dan tanpa gaji kalau tengah kerja sebab ia dijalankan sepenuh masa), bolehlah hubungi pihak CIAST.

          1. Owh..nk tnya ciast benda apa admin…sy nk ambk krusus yg berbayar tinggi sy x mampu…sebab sy tiada ibu bapa..sy tinggal bersama nenek dan abg…

          2. Tpi keputusan spm sy x cemerlang..mata pelajaran yg penting bm dan sejarah sy gagal…boleh buat permohonan tak

          3. Bergantung area mana & berapa ramai, dari RM2,500 (Lembah Klang) – 3,300 (Utara).
            Anda kat mana?

          4. Sy duduk dekat perak..tpi sy nk.ambk tempat belajr di lembah klang…pakaian atau unifrom kolej kena beli lgi ka atau di sediakan

          5. Riduan, tak perlu beli uniform. Kalau kat Lembah Klang, kelas mula 30/4 (setiap Sabtu).

            Sila rujuk emel anda untuk butiran lanjut.

    1. Nazeri, saya tak pasti Sijil Kemahiran Mara setara dgn SKM ke tak, nanti saya tanya.
      Tapi kalau ada pengalaman kerja, boleh mohon SKM secara PPT & mohon kursus VTO secara serentak.

  8. Sya memiliki skm level3 dlm bidang spa therapist dan bkerja d pulau pinang..sya ingin mengambil VTO dlm bidang ini,di mana pusat yg trdekat utk sya mendapatkan kursus VTO dalam bidang ini..?

      1. Stakat ini saya belum dapat cari pusat yg terdekat, tapi saya brminat utk mengambil kursus VTO ini jika admin ada apa2 infomasi atau cadangan bagi saya mendapatkan tempat yang terdekat utk saya mengambil kursus ini?

  9. Selamat pagi admin. Saya berminat nak mengikuti kursus vto. Saya graduan politeknik dlm bidang hotel Dan katering. Saya dah habis degree dlm bidang pengurusan makanan. Kemudian pernah menjalani latihan praktikal dua kali, sepanjang pengajian saya. Layak tak nak mohon vto?

    1. Pagi Syahidah, kamu ada pengalaman kerja tak?
      Kalau ada, boleh mohon dapatkan SKM secara PPT (SKM diperlukan kelak bila nak dilantik sebagai PP, selain syarat VTO & induksi).
      Jadi, anda layak ikuti VTO sekiranya anda boleh mohon SKM secara PPT serentak, kalau tidak, kena tunggu lagi.

      1. Maksudnya, pengalaman kerja dalam bidang saya ya? Saya cuma berniaga kecil-kecilan Dari rumah, jika Ada tempahan. Tapi, Kalau luar Dari bidang, ya saya.. Pernah kerja research assistant selama dua tahun di universiti. Semasa jadi RA, sebahagian kerja saya adalah membantu pensyarah di dalam dapur, mengawasi serta membantu pelajar dalam subjek operasi dapur. Saya juga pernah praktikal di bidang hospitality selama 5-6 bulan, sebanyak dua kali. Mohon pencerahan admin untuk membantu saya memberikan maklumat seterusnya. SKM secara PPT tu bagaimana ya? Maaf banyak tanya

      1. Salam Ita, VTO tu adalah untuk semua program, tiada khas untuk bidang-bidang tertentu sebab ia adalah teknik mengajar.
        Ita ada pengalaman kerja tak? Tinggal mana?

  10. Hi,admin…my name is scott Morris.working as freelance blue n green batch for 9 yrs,my qualification is skm3,pass induction course pon,ppd,pp n vto..what is the term n condition to apply to become train the trainer and PPL for tour guide course..thkz

    1. Hi Scott, are you Malaysian?
      It’s great you have all these qualifications already, so basically, you just need to have >>5 years teaching experience, then can apply to be the PP-VTO for any JPK Accredited centre that runs VTO.
      Or is it that you want to be a PP for tour guide course? If that’s the case, you’re already qualified, just apply to be a PP for any of the JPK Accredited centres running this program.

      As for PPL, you need to attend the PPL induction course as well, then apply to CIAST to become a PPL. JPK would assign you to centres that runs tour guide course, whether it’s for new centre application or verification during their final exams.

      Hope my explanation helps.

  11. Hello admin , saya bekas graduan politeknik dalam bidang diploma hotel dan katering berumur 22 tahun . Saya telah mendapat tawaran vto untuk temuduga di kampus ciast 18.2.2016 . Dengan satu tahun setengah pengalaman bekerja , adakah saya layak utk masuk? Dan apakah soalan yang dituju semasa interview . Segala nasihat dan info yang admin beri amat dihargai terima kasih

    1. Maaf Anuar, saya tak dapat komen pasal ni sebab itu adalah bidang kuasa CIAST. Tapi saya rasa anda layak, selamat maju jaya.

  12. Hi admin
    Saya mempunyai skm/dkm 2/3/4, dalam 4 bidang dan mempunyai pengalaman mengendali, mengajar latihan dalaman syarikat selama 7 tahun. Adakah saya layak untuk memohon VTO I-031-3:2014 secara skm-PPT.

    1. Salam, secara zahirnya, anda layak. Namun, saya syorkan anda beli NOSS I-031-3:2014 dulu untuk mengkaji samada anda ada bukti yang sahih & mencukupi sebelum mohon dengan JPK.

        1. Boleh, kalau training tu bidang teknikal. Paling penting, anda kena kemukan segala bukti yg dapat memenuhi kehendak NOSS I-031-3:2014 dan sediakan WIM serta buat persembahan (presentation – rasanya ni tak menjadi masalah pada anda).

  13. Assalam.? Sy ada skm3.myembur cat automtif.bolh kah sy mohon vto separuh masa.? Dan brapa kos pbljaran.? Klw bolh info secara detil

  14. Saya kurang faham tentang vto..
    Adakah mudah untuk menjadi tenaga pengajar dlm sektor awam selepas habis menjalani latihan 9 bulan?

    1. Fizi, saya tak dapat beri anda jawapan sebab saya bukannya tahu sangat pasal sektor awam. Tapi kiranya anda tiada SKM, sijil induksi & VTO, sememangnya tidak layak dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana Pusat Bertauliah JPK, tidak kira swasta mahupun awam.

  15. Saya dari graduan diploma pendidikan, boleh ke utk sy mohon vto ? Sbb sy baru saja terima msg dari pihak ciast utk temuduga 23hb ni. Mohon pencerahan 🙂

      1. Okay tq. Tapi dlm surat tawaran tu ada bagitahu camni

        “Sekiranya calon belum memperolehi sijil SKM, sila sertakan borang pengeluaran sijil SKM JKP/P3 (T1003)”

        Borang tu sy nak ambil kt mana ya ? Just print dlm web ciast tu ke ?

      2. Tapi kan admin, untuk mohon ke tahap vto ni perlu ada skm dulu kan ? Tapi sy takda semua tu, sy apply vto ni melalui diploma pendidikan yg sy ada saja.

        1. Masa Siti mohon tak baca syarat ke? Memang SKM 2 adalah syarat mengambil VTO dengan CIAST, kalau dengan swasta, kita ada caranya.

          Kalau anda ada pengalaman kerja, bolehlah mohon SKM secara PPT.

          CIAST anggap kamu dah dlm proses menunggu sijil SKM – “borang pengeluaran sijil SKM JKP/P3 (T1003)”

          1. mohon kefahaman, sy miliki skm3 & sedang menjalani DKM. apa yg perlu sy lakukan utk menjadi tenaga pengajar di sector swasta dan kerajaaan?

    1. Kalau dgn CIAST, rasanya tak layak lagi. Cuba dapatkan pencerahan dari pihak CIAST, kalau memang tak layak dan anda ada bajet, boleh berkursus dengan pihak swasta, samada dengan I Smart Educare (Kepong, KL) ataupun penyedia latihan lain di negeri lain.

      Boleh hubungi saya di 012-3123430 kiranya perlu butiran lanjut mengenai kursus VTO dgn pihak I Smart Educare.

      Pada masa yang sama, kiranya anda betul-betul nak jadi pegawai penilai, selain VTO & SKM, anda perlu juga ada sijil induksi PP-PPD-PPB, boleh juga ambil di I Smart Educare pada 2-3 April nanti (RM350)

      1. Okay terima kasih admin. Tapi mmg sy tak layak la utk menghadiri temuduga pd hari selasa depan ya ? Atas sebab takda skm

  16. saya ada skm thp3 automotif..xtahu mcm mna nk msuk vto nih..boleh bantu saya?..kat sarawak ade x?

    1. Francis, cuba google ada tak kampus satelit CIAST kat Sarawak, ataupun hubungi HQ di 03-55438200 untuk tanya.

  17. saya lpsan graduan politeknik dlm jurusan diploma akauntansi.saya ada pengalaman kerja dalam bidang yg diceburi selama 2 tahun dan berminat utk mnjadi tenaga pengajar ciast.apakah kelayakn yg sy perlu ad dan ambil utk mnjadi tnaga pngajar tersebut beserta kos keseluruhan sekali.layakkah saya utk mngambil ciast mengikut bidang yg sy ceburi?

    1. Iera, anda nak jadi pengajar di CIAST shj ke mana-mana pun boleh? Kalau bidang akauntansi, CIAST tak tawarkan program ni.
      Juga, nak pastikan anda sekadar nak jadi tenaga pengajar ke Pegawai Penilai?

  18. assalamualaikum,saya nak tanya saya nak mohon vto,saya ada sijil,diploma mekanikal dari politeknik dan ijazah mekanikal dari IPTA dalam kejuruteraan mekanikal..dan sekarang saya sambung dalam master pendidikan teknik dan vokasional..boleh x saya ambil krusus vto separuh masa?layak x saya?dan saya x ada skm?

    1. Syikin, kamu ambil master pendidikan teknik dan vokasional kat mana? Saya rasa anda perlu rujuk dengan CIAST untuk kes anda, mungkin dapat pengecualian 🙂

        1. Syikin, saya dah semak dgn JPK, anda layak ambil VTO kerana ada ijazah mekanikal.

          Kami ada pengambilan baru mulai 16 atau 30 April di Kepong Metro Prima, KL. Kalau minat, saya akan emel butirannya kepada anda.

  19. Assalamualaikum.saya ingin bertanya sama ada saya layak atau tidak menyertai kursus vto hanya dengan memiliki diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang senibina landskap di UiTM. saya tiada pengalaman kerja dan merupakan bakal graduan pada april 2016 ni bagi program ijazah sarjana muda. sya juga tiada skm.layakkah sy menyertai vto?

        1. Farah, kursus hari minggu je, kat KL. Kalau takda saudara kat sini, susah juga nak berkursus selama berbulan-bulan lamanya.

  20. assalamualaikum,,sy lepasan diploma kejuruteraan elektrik dari politeknik..adkah sy layak memohon kursus vto..

  21. saya ada diploma skm 4 system komputer ,ijazah muda dalam pengurusan perniagaan.macam mana saya nak sertai VTO ini?adalakh layak untuk kursus separuh masa dan berapa bulan?

    1. selamat malam admin,saya aqilah, nak tanya, saya ada sijil skm tahap 4 di bidang seni kulinari, dan sijil skm tahap 3 di bidang urut terapi… adakah saya layak utk mohon vto ? Saya nk mohon utk urut terapi.. tapi utk urut terapi , saya bekerja sendiri buka perkhidmatan spa di tempat rawatan saya ..

      Dan soalan ke 2.. adakah sijil vto ni layak digunakan utk kedua dua bidang saya ambil ? Bidang urut terapi skm 3 dan bidang seni kulinari tahap 4 + dkm + dvm ? Dan sekiranya perlu pilih salah satu, saya nk ambil utk urut terapi sbb saya berminat utk jadi tenaga pengajar @ boleh anjurkan kursus dan sijil yg saya keluarkan diiktiraf pada student bidang urut terapi

  22. Saya nak tanya kalau saya nak belajar skm kecantikan secara percuma tahap 123 termasuk vto.di mana saya boleh apply kat Kelantan ni takpon kat Malaysia ni?

    1. Ila, kalau nak kursus VTO percuma, boleh cuba mohon dgn CIAST (Shah Alam) ataupun kampus satelit. Cuba hubungi 03-55438200 untuk pertanyaan lanjut.
      Tapi untuk SKM kecantikan percuma, saya rasa cuma sistem SLDN je boleh dapat percuma, tapi lebih banyak praktikal dari teori.

  23. Assalamualaikum admin.. saya ada diploma rekabentuk grafik dari politeknik boleh ke saya memohon kursus vto ni?

  24. Hai encik…
    Sy ain,sy ade diploma elktrik kuasa (kktm)+ lesen pw4 dan degree elktrik (unikl bmi).sy skrg bekerja sbg sales promoter. Adakah sy layak utk mengikuti kursus vto?sy Nak buat secara partime. Sy tinggal di manjung,perak…

  25. dear admin,saya berminat menceburi bidang pengajaran namun nasib tidak menyebelahi saya untuk terlibat dalam bidang ini.saya mempunyai diploma dan ijazah dalam perbanklan dan business dan pengalaman kerja lebih dari lapan.saya berminat dgn vto setelah saya explore tentang bidang ini dgn lebih lanjut.masalahnya adakah saya layak?saya ada mbaca requiment kursus vto di ciast,lepasan diploma dan ijazah layak memohon.boleh dapatkan sedikit pencerahan dari admin?saya berminat untuk sertai kursus vto separa masa.

    1. Maaf Nurul, terlepas pandang komen anda sebelum ni. Ya, anda layak, cuma perlu mohon SKM secara PPT (kod NOSS bidang anda)pada masa yang sama.
      Kami menjalankan kursus VTO separa masa (kelas hujung minggu shj), tetapi cuma di KL (Ogos nanti) & mungkin ada satu batch kat Kuantan.

      Kalau jadual & lokasi sesuai untuk Nurul, sila maklumkan ataupun emel kepada kami di ismarteducare@gmail.com.

  26. Assalamualaikum encik…
    saya Fatin, saya mempunyai diploma dalam kejuruteraan elektronik (komputer) dari politeknik… dan sekarang saya di semester akhir ijazah dalam bidang kejuruteraan sistem komputer dan komunikasi di UPM. saya dijangka menamatkan pengajian ijazah saya akhir bulan 6 2016 insyaAllah.. adakah saya layak memohon kursus VTO ini? dan bila boleh saya memohon?

    1. Ya Fatin, anda layak. Batch akan datang mula 18/6 di Kepong Metro Prima. kalau berminat, saya akan emel anda butirannya.
      Kelas setiap hujung minggu je, 10-5pm.
      Yuran: RM2,700-3,000.

  27. salam admin,

    sy Huda, sy mempunyai diploma sains kuantitatif dan ijazah Matematik Pengkomputeran dr Uitm dan skg sdg bekerja sbg admin exec. Adakah sy layak utk memohon kursus VTO? Boleh kah belajar separuh masa? Kursus apa yg ditawarkan?

    1. Salam Huda, kalau tak silap saya, bidang pengajian anda tiada NOSS lagi (sila rujuk Daftar NOSS yg boleh dimuat turun dari laman web ni).
      Jika tidak, tiada gunanya anda dapatkan VTO sebab tidak dapat dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) nanti di mana-mana Pusat Bertauliah JPK.
      Kita memang menjalankan kursus VTO secara separa masa.

      Jadi, sementara tu, jika betul-betul berminat untuk jadi tenaga pengajar dalam sistem pentauliahan JPK, mungkin anda boleh pertimbangkan ikuti kursus induksi PP-PPD yg dijalankan minggu ni, 28-29 Mei. Kursus ni akan memberi anda pemahaman tentang sistem pentauliahan & juga merupakan kursus asas yang WAJIB untuk perlantikan anda sebagai Pengurus Pusat Bertauliah, Pegawai Pengesah Dalaman ataupun Pegawai Penilai.

      Kalau nak ikuti, tolong muat turun Borang Permohonan KIP-01 dari laman web ni.

      1. so, kalu sy nak jadi tenaga pengajar, sy kene amik kusus VTO dan PP-PPD ke?
        kursus induksi PP-PPD tu bila lagi buka ye? bayaran berapa? dan tempat di mana?

        1. Huda, kalau nak jadi Pegawai Penilai di mana-mana Pusat Bertauliah JPK, kena ada SKM, sijil induksi PP-PPD & VTO.

          Induksi PP-PPD esok & lusa. Lepas ni, 6-7 Ogos.
          Tempat: Kepong Metro Prima, KL
          RM350

          VTO: Mula 18/6
          Tempat: Kepong Metro Prima, KL
          RM2,700-3,000

          1. salam admin..

            kursus induksi PP-PPD dekat shah alam ada x?
            plan nak ambil dekat Ciast shah alam.

            saya tak faham sangat flow nak jd tenaga pengajar ni. dan kursus yg ditawarkan (NOSS). sy nak mengajar dalam bidang IT.
            boleh admin terangkan?

            terima kasih.

          2. Maaf Huda, kalau tak silap saya, kursus induksi PP-PPD kat CIAST cuma untuk pelajarnya shj. Anda boleh cuba tanya mereka.
            Kalau mereka terima anda, terus boleh rujuk pada CIAST untuk flow nak jadi tenaga pengajar.

            Kalau tidak, barulah kami akan syorkan tempat kursus induksi PP-PPD serta penerangan yg lebih lanjut.

  28. Salam.hai admin.saya pelajar KV dan kami ada mengambil Diploma Kemahiran Malaysia bidang agroindustri tanaman.adakah saya layak untuk memohon sijil VTO NO?

    1. Ya Alifah, anda layak mohon. Kelas akan datang di Kepong, KL akan bermula 18/6 (Sabtu depan).

      Adakah anda tinggal di Lembah Klang?

  29. Saya ingin bertanya.
    Adakah program ini di kelantan?.
    Saya kakitangan kerajaan adakah kelas separuh masa di kelantan.

  30. salam / hi…
    ada pengambilan baru tak..????
    kalau saya buat permohonan sekarang bolehh…???
    boleh bg senarai tempat pengajian yang buka pemohonan vto..???

  31. Assalam

    Saya pemegang MBA dan ingin mengajar di sebuah PB. Saya mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun. Perlukah saya mendapat VTO? Bagaimana?

    1. Siti, kalau sekadar mengajar shj, tak wajib ada VTO, walaupun lebih baik kiranya ada. Tapi kalau nak dilantik sebagai Pegawai Penilai program tersebut, ya, WAJIB ada VTO.
      Pengalaman anda tu industri ke mengajar? Kalau mengajar, akademik ke kemahiran?

  32. Dear Admin,
    sy HR dari syarikat oil & gas. sy nak hantar staff sy untuk kursus VTO nie,
    separuh masa ada tak? sbb die bekerja. mohon utk jd pengajar fabrikasi.

    1. Salam kemahiran En Suhaimi, kami memang menjalankan program ni secara separa masa, hujung minggu je.
      Batch baru akan mula 20/8/16 di USJ Sentral 3. Akan emel butiran kepada anda nanti kalau jadual & tempat sesuai.

  33. saya mempunyai diploma dalam bidang kulinari dari kolej swasta, dan sekarang sedang mengambil Epjj Degree bagi course yang sama, bekerja dalam bidang F & B, adakah saya layak memohon, jika ya apa caranya

    1. Ya Zuhaila, anda memang layak mohon & boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai nanti di mana-mana PB yg menawarkan program ini.
      Batch baru akan mula 20/8/16 di USJ Sentral 3. Akan emel butiran kepada anda nanti kalau jadual & tempat sesuai.

  34. saya lepasan sijik elekrrik dan elektronik dan diploma elektronik politeknik..mempunyai pengalaman berkerja menyelengaran dan servis mesin( mekanikal, elektrik) selama 3 tahun.. adakah sy layak untuk ambil VTO.. jika layak..bolehkah saya mengambil secara part time.. jika boleh.. bagaimana tempoh praktikal, adakah saya perlu berhenti bekerja utk melakukan praktikal..mohon pencerahan tuan..

    1. Salam Danial, anda memang layak mohon & boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai nanti di mana-mana PB yg menawarkan program ini.
      Program ni part time, cuma isu praktikal anda nanti (6 bulan). Anda kat Penang ke KL/Selangor?
      Batch baru akan mula 20/8/16 di USJ Sentral 3. Akan emel butiran kepada anda nanti kalau jadual & tempat sesuai.

    2. Assalam admin, Saya ada skm fashion tahap 2 Dan lpsan degree fashion design. Tapi ada pnglmn dlm bdg industri. Layakkah saya mohon kursus vto di ciast?

      1. Mai, rasanya tidak sebab syarat ambil VTO sekarang adalah SKM3. Jika anda dah ada pengalaman kerja, boleh mohon SKM secara PPT.
        Lepas tu, sila hubungi CIAST terus untuk permohonan VTO. Min cuma jaga kursus VTO untuk Pusat Bertauliah swasta.

  35. salam Tuan,
    saya ada Ijazah Pengurusan Peniagaan Antarabangsa kemudian saya ikuti kursus senireka gaya rambut sebab minat dan fokus untuk jadi tenaga pengajar, skm tahap 2, dengan giatmara. apkah saya perlu lanjutkan pengajian kemahiran di bidang senireka gaya rambut lagi hingga tahap 3 untuk mohon VTO. dan boleh tuan jelaskan kursus induksi pp~ppd tu yang mana pulak ya dan flow utk join vto. terima kasih atas maklumbalas. tuan.

    1. Hidayati, anda boleh mohon VTO (separa masa) & senireka gaya rambut tahap 3 (sepenuh masa) serentak.
      Ini kerana kiranya anda ingin dilantik sebagai Pegawai Penilai nanti, perlu ada:

      1) SKM 3 (sebab program senireka gaya rambut mula dari Tahap 2)
      2) VTO (Mulai 20 Ogos di USJ Sentral)
      3) Sijil induksi PP-PPD (6-7 Ogos di Kepong)

      Kiranya jadual & lokasi sesuai, saya akan emel butiran kepada anda.

  36. Salam admin.saya adalah lepasan diploma pengurusan ladang.adakah saya layak utk mohon vto ni? Mcm mna cara utk membuat permohonan vto.tq

  37. assalamualaikum admin.. Saya lepasan diploma perancang bandar dan wilayah.. Tidak mempunyai apa apa sijil skm.. Ada pengalaman kerja .. Saya berminat untuk sertai VTO ni.. Adakah saya layak? Dan bagaimana pula cara permohonannya? TQ

    1. Salam Iwana, tujuan ambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk bidang kemahiran tertentu. Sila rujuk
      Daftar NOSS version 4 Feb 2016 ni dulu, samada diploma anda tu ada NOSS tak. Kiranya tiada, anda perlu rujuk pula kepada pengalaman kerja anda, samada bidang tu ada tak NOSS yg sedia ada.

      Kiranya tidak, ada masalah untuk habiskan VTO anda kerana ada elemen internship nanti dan anda perlu mengajar di mana-mana Pusat Bertauliah yang menjalankan program kemahiran anda.

  38. Hai , kalau macam kami pelajar lepasan kolej vokasional dengan D.Vokasional Malaysia dan DKM , boleh kami apply terus CIAST ?

  39. Assalamualaikum admin , sy seorang student Kktm , sy mengambil jurusan diploma biomedical engineering , adakah sy layak untuk mengambil VTO , sdangkan sy tidak mmpunyai SKM 2 , tapi ad yng mngatakan diploma kluaran Kktm same dengan SKM 4

    1. Zaim, saya tak pasti diploma KKTM = DKM tak tapi jika ada Diploma & VTO, layak menilai program DKM shj. Program SKM tak boleh.
      Nak kepastian, sila rujuk dgn JPK kat no 03-88865589

  40. Trima kasih admin , tpi sy ad satu soalan last , maaf klau bnyak ptanyaan , boleyhkah UnikL atau mana2 University mnerima plajar diploma lpasan Kktm myambung degree dengan hanya transfer credit .. ? Klau admin tahu boley tolong sharekan x ? Trima ksih lagi skali 😁

    1. Zaim, mungkin anda kena rujuk dgn MQA
      Kalau skm yes…jika ada pelepasan dr MQA…sbb dah disetarakan level tu

  41. SALAM,

    SAYA AZLAN SAYA MERUPAKAN GRADUAN DARI ADTEC MELAKA DALAM JURUSAN DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (SKM TAHAP 4) SAYA LAYAK ATAU TIDAK MOHON? SAYA GRADUATION 2014 BULAN 10. TEMPAT BELAJAR INI DEKAT MANA? KENA BAYAR BERAPA?

    1. Salam Azlan, anda layak mohon. Tempat belajar untuk batch yg paling dekat nak mula pada 20/8 adalah kat USJ Sentral (bertentangan Mydin Summit USJ).
      Kursus adalah separa masa, setiap Sabtu.

      Yuran RM2700 atau RM500x6 bulan (dah masuk pendaftaran & sijil).
      Maybank 514589203020, I Smart Educare

      Kalau tempat, jadual & yuran sesuai dgn anda, tolong muat turun borang permohonan VTO & emel ke ismarteducare@gmail.com.

  42. Salam sy Hajar..sy graduan degree fizik elektronik dan Instrumentasi UMT..sy xde skm..bole ke sy apply vto?

    1. Salam Hajar, boleh mohon VTO. Cuma internship tu yg ada masalah sebab anda tiada SKM & isunya bagaimana nak jalani sesi praktikal mengajar.

  43. Assalamualaikum..saya harun..graduate diploma drpd Kolej Kemahiran Tiggi Mara (KKTM) Balik Pulau & degree UniKL (Iprom) Institut Produk Design & Manufacturing dlm bidang Tool & Die..saya dh bkerja dan masih bekerja selama lebih kurang 4tahun..saya amat brminat utk VTO tpi saya masih bkerja & dh brkahwin..di CIAST nk fulltime..apakah saya ada option lain?..part time ke?..kalau ada berapakah kos keseluruhannye?..

        1. OK, kalau kat Selangor ok lagi.

          Kursus separa masa VTO yg akan datang akan mula pada 20/8/16 (setiap Sabtu) di USJ Sentral 3.
          Yuran: RM2,700 @ RM500x6

          Kalau jadual sesuai dengan anda, tolong muat turun borang dari laman web ni, isi dan & emel ke ismarteducare@gmail.com

          1. Selalunye die pnye schedule mcm mne..setiap sabtu the whole day?..dan berapa lame tempoh total pengajian & practical?..

  44. Saya berkelulusan diploma beauty and health daripada university geomatika college tahun 2015. Saya berminat mengikuti program di ciast cuma saya kurang pasti nak memohon yang mana satu adakah vto,skmt3tvto dan sebagainya. Sebelum ini saya ada cuba memohon secara online sebanyak 2 kali,tidak berjaya.

    1. Anda kena mohon VTO je, jika kamu dah ada SKM tahap 3 dari Geomatika.
      Mohon kat CIAST memang tak senang kerana ia percuma, jadi permintaan jauh melebihi tempat yg ditawarkan. Kalau takda bajet, terus cuba, jika tidak, anda mungkin nak ambil dengan PB swasta.

      Batch akan datang akan mula 20/8, setiap Sabtu.
      Yuran RM2700-3,000.

      Kalau jadual & bajet sesuai, akan emel anda butiran lanjut.

  45. assalam..tuan…ada tak kursus vto yg lebih singkat masanya dan dibuka dalam masa terdekat…lokasi sabah…sijil vto ni bole beli x?

    1. Salam En Mohd Iskandar, kursus VTO separa masa anjuran swasta dah kira singkat dah. Sabah tak pasti.
      Kalau nak beli sijil, saya tidak tahu caranya & ia tidak bernilai sesen pun kalau anda beli.
      Cara yg lebih baik & benar adalah mohon secara PPT sekiranya anda ada pengalaman mengajar bidang kemahiran sekurang-kurangnya 4 tahun.

      1. Salam Admin

        saya ilyas, ingin bertanya tentang mohon secara PPT, bole saya request cara-cara mohoon secara PPT? borang?

        terima kasih..

          1. salam. admin.
            sy ada pengalaman mengajar dalam bidang teknikal lebih 4 tahun. berminat memohon melalui PPT.

  46. Assalam, saya berkelulusan ijazah pengurusan sistem pejabat(minor human resource management) grad pada 2015 dan sekarang sedang bekerja sebagai human resource officer. Adakah saya layak untuk memohon kursus separuh masa VTO? kursus VTO ni anjuran swasta or ciast ye?

    1. Aishah, kursus separa masa hanya dianjurkan oleh pihak swasta, berbayar. Kalau anda boleh berhenti kerja & ambil kursus sepenuh masa, boleh hubungi CIAST.
      Kiranya nak ambil separa masa, intake akan datang mula Sabtu ni, 20/8/16 di USJ Sentral 3.
      Maklumat lanjut akan diemelkan kepada anda sekiranya sesuai.

  47. hi admin. kalau sabah dimana boleh ambil vto. sbb sy ada skm 2 dlm jurusan juruestetik and mau sambung skm 3+vto.. layak kah sy memohon vto sbb sy cuma ada skm2 sja.

  48. Salam admin, saya mempunyai kelulusan ijazah Sains Kemasyarakatan dan DKM Teknolgi Telekomunikasi. Adakah program ini terdapat di Pulau Pinang?saya sudah bekerja sekarang dan adakah sesuai untuk memasuki program VTO ini?boleh admin email detail sebab saya sudah email admin tapi error.
    Terima Kasih

  49. Salam Admin,saya mempunyai kelulusan ijazah Sains Kemasyarakatan dan Diploma Kemahiran Teknologi Telekomunikasi.Sekarang saya masih bekerja di Penang. Adakah saya layak untuk mengambil kursus vto ini? dan kursus ini ada di penang tak?.

    1. Salam Muhamad, anda tak dapat mohon SKM secara PPT kalau tiada pengalaman kerja. Jadi, kalau ambil VTO pun tak dapat jalani internship & lengkapkan kursus.
      Kerjalah 2-3 tahun dulu.

  50. Salam Admin, saya ada sijil skm automotif tahap 3. Saya bekerja di Pulau Pinang. Adakah saya layak mengambil khusus vto? Sekiranya saya layak boleh saya mohon separuh masa?

  51. saya tanya bagi pihak ibu saya. dia mempunyai diploma jahitan dan seni reka fesyen. pengalaman bekerja 20 tahun. adakah dia layak mohon VTO. adakah had umur utk permohonan ini. bilakah tarikh intake yg akan datang? dimana?

    1. Ya Ainin, ibu anda layak mohon VTO. Tiada had umur.
      Intake akan datang tak confirm lagi, mungkin Nov/Dis nanti di Kepong Metro Prima.
      Ibu anda tinggal kat KL/Sel ke mana?

  52. Salam,
    Saya Besari,msh bljr untuk bidang diploma teknologi jaminan kualiti di adtec shah alam last semester….sya minat nak ambl vto…sya ad skm tahap 2,3,4…layakkah saya? Apa course yg sesuai.
    Tq

    1. Ya Besari, anda layak mohon VTO. Juga, dinasihatkan ambil kursus induksi PP-PPD kerana bersama sijil SKM & VTO anda, ia diperlukan untuk perlantikan sebagai PP (Pegawai Penilai) di Pusat Bertauliah JPK (awam/swasta).

      Tarikh induksi PP-PPD: 8-9 Oktober
      Masa: 8.30-5pm
      Yuran: RM350
      Bank: Maybank 514589203020, I Smart Educare
      Tempat: I Smart Educare, Kepong Metro Prima

      Sila muat turun borang di sini & emel ke ismarteducare@gmail.com setelah isi borang anda, bersama slip bayaran.

      Untuk VTO pula, pengambilan akan datang pada bulan Dis/Jan nanti.

  53. hai. saya graduan jurusan Ekonomi sumber manusia. dan mempunyai pengalama berkerja lebih 4 tahun. tetapi dalam 4 tahun itu bidang kerja adalah berbeza.Maksud saya bukan semua dalam Sumber manusia. tetapi semuanya adalah dalam bidang pentadbiran. adakah saya layak memohon vto ini? terima kasih

    1. Yati, tujuan ambil VTO tu paling penting adalah untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai(PP) nanti.
      Dan jika nak dilantik sebagai PP, perlu ada sijil SKM 2 ke atas & sijil induksi PP-PPD.

      Jadi, pertama sekali, kena mohon SKM, sila rujuk NOSS bidang anda – rasanya FB-024-2:2012 Pengurusan Pejabat Office Administration sesuai dgn pengalaman kerja anda. Akan emelkan anda panduan permohonan SKM secara PPT.

      Dan juga kena ambil induksi PP-PPD pada 8-9 Oktober (minggu depan)

        1. Asyraf, buat masa ni Perak tiada sesi VTO. Kalau nak pilih P. Pinang & KL, mana lebih sesuai untuk anda? Kena ulang alik setiap minggu.

          1. Asyraf, kalau sepenuh masa, cuma CIAST@Shah Alam (tak pasti kampus satelit mana lagi ada, cuba hubungi 03-55438200) & jika boleh pergi Kedah, ada juga.

  54. Salam admin,
    Kursus VTO separuh masa ini ada tak di Sarawak masa sekarang, kalau ada bagaimana hendak memohon untuk pengambilan seterusnya?

    tq

  55. Salam admin. Saya merupakan graduan Diploma Sains. Saya berminat utk menjadi tenaga pengajar institut kemahiran tapi tiada sijil kemahiran. Adakah saya layak utk mengikut mana mana kursus utk mendapatkan sijil kemudian mengikuti program utk menjadi tenaga pengajar?

  56. assalamualaikum..saya nur arlina lepasan diploma reka bentuk fesyen dan pakaian dari politeknik.adakah saya layak untuk memohon sijil vto?

  57. Salam admin, sy aisyah.. sy berminat utk bermint nk ambil vto.. sy dlu belajar diploma teknologi perkayuan dan ijazah teknology perabot.. ade pengalaman 4tahun dlm industri.. ade ke kursus yg berkaitan untuk jd tenaga pengajar nnt? biasenye selain ILP, IKM, KKomunity, kat mana sy boleh apply lg utk jd tenaga pengajar..

    1. Salam Aisyah, kursus berkaitan untuk jadi tenaga pengajar tu adalah VTO.

      Anda tinggal mana?

      Selain ILP, IKM, K. Komuniti, semua PB swasta pun boleh namun untuk bidang anda, rasanya cuma sektor awam je.

  58. Assalamualaikum admin..
    Saya dpt mesej dari ciastppk d mn sy dpt tawaran temuduga pd 25 Oct ni.. She xde skm … Sy ade degree pengurusan pelancongan.. Pgalaman keje hnye mlalui internship dan keje biasa2 je kat restoran dn jadi cashier .. Sy confuse knp sy dpt twaran sedangkn sy xde skm??

  59. Assalam,admin . Saya baru dpt msg yg saya dapat temuduga pada 1.11 ni . Saya lepasan politeknik dlm jurusan teknologi maklumat . Saya kurang faham mengenai skm tu?boleh jelaskan

  60. Assalamualaikum, saya amirul. Saya nk tanya ada tak lagi kursus utk vto pada masa sekitar hujung tahun ini dibuka ?

  61. Assalam..saya sedang mengambil Dip kemahiran..saya jg mempunyai dip bus.studies dri uitm..dan skm sampi tahap 3,saya blh apply vto tak..kalau blh saya ingin menjadi tenaga pegajar di sektor awam..apa syarat2 diperlukan..saya dri Ipoh Perak..berumur 33 thun skrg.

    1. Mastura, anda boleh mohon untuk VTO, bersama DKM & juga sijil induksi PP-PPD nanti, anda boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana Pusat Bertauliah swasta/awam bidang kemahiran anda.

      Langkah pertama: Ikuti induksi PP-PPD pada 5-6 Nov di Kepong Metro Prima, KL
      Langkah kedua: Ikuti kursus VTO separa masa yang bakal mula 11 Dis di Kepong Metro Prima, KL

      Buat masa ni, tiada penganjur di Perak.

      Kalau berminat, akan emelkan borang & butirannya.

  62. Sy ada ijazah sarjana muda pengurusan pentadbiran tetapi tidak berkerja.bolehkah sy memohon vto utk menjadi tenaga pengajar?

    1. Maaf Mazliana, syarat ataupun tujuan ambil VTO adalah supaya layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) yg biasanya adalah tenaga pengajar juga.
      Tapi tanpa SKM, anda tak layak dilantik. Oleh kerana anda tiada pengalaman kerja, jadi tak dapat mohon SKM secara PPT.

  63. Hi,,
    Saya Aqilah, saya ingin bertanya , layakkah saya untuk mengikuti kursus VTO kerana mempunyai diploma dalam bidang English Communication dan berpengalaman bekerja 2 tahun dalam bidang komunikasi. Mohon pencerahan atas sebab saya berminat untuk mengambil kursus secara separa masa di KL/SEL. Terima Kasih

    1. Salam Aqilah, sila rujuk Daftar NOSS dulu, rasanya bidang anda tiada NOSS. Jadi, kalau takda NOSS, anda tak boleh mohon SKM secara PPT dan kalau tiada SKM, tak guna ambil VTO.

  64. Assalamualaikum, sy nk tanya sy ad kelulusan diploma teknologi makanan Dr politeknik, Dan sy berminat dgn vto, adakah sy layak utk memohon dan ad ke kursus yg bersesuai dgn kelulusan sy? 😃

    1. Faridah, cuba rujuk Daftar NOSS, mungkin program ni AF-018-3:2014 PengeluaranMakanan Food Production paling dekat dgn kelulusan anda. Namun, baik anda beli NOSS dari JPK Putrajaya/Cyberjaya dulu untuk kenal pasti.

      Namun begitu, jika anda ambil VTO, mungkin ada satu cabaran nanti, mana nak jalani internship (praktikal mengajar) kerana setakat ni, mungkin tiada Pusat yang menawarkan program ni. Baik anda rujuk dengan JPK HQ di 03-88865589 untuk kes anda. Kalau tiada masalah, saya akan syorkan tempat VTO kepada anda nanti.

  65. Assalamualaikum.. sy nak tye.. sy bru hbis bljar mengmbil kos tek.pembinaan bangunan dan sy tiada pengalamn bkerja . So adakh sy blh mengambil vto?

    1. Salam Fatini, adakah kos tek.pembinaan bangunan anda tu bertaraf SKM?
      Kalau tidak, anda tidak boleh ambil VTO sebab bila anda ada VTO kelak tapi tiada SKM, ia tak boleh digunapakai untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah. Lagipun, anda akan ada masalah menjalani internship nanti.

  66. Assalamualaikum… saya pelajar jurusan graphic design dan bukan dari bidang kejurateraan.. adakah saya layak untuk memohon VTO ini… Terima kasih

        1. Hafiz, kalau ada pengalaman kerja, boleh mohon SKM secara PPT. Pada masa yg sama, boleh ikuti kursus VTO. Anda kat negeri mana?

  67. salam…saya nak tanya..saya ada diploma fesyen design dari politeknik.
    ada pengalaman kerja dlm bidang berkaitan..dan pernah bekerja sendiri..
    1-Jika saya mohon vto layak ke.
    2-Adakah saya perlu mohon skm semula.
    3-Boleh bagitau apa tu kursus skm secara ppt.
    Terima kasih.

  68. assalam..saya nk tnya …saya lepasan graduan politeknik dalam bidang kejuruteraan mekanikal…sekarang saya tengah brkrja dan pengalaman krja saya x smpai 1 tahun lg..sya juga x da skm..bolehkah sya mohon untuk ambik vto..saya tinggal di penang.mohon pencerhan

    1. Sufyan, kalau gitu, anda digalakkan terus kerja & pada masa yg sama ambil kursus VTO secara separa masa (ambil masa setahun untuk legngkapka semuanya).

      Anda perlu 2 tahun pengalaman kerja jika ada diploma/ijazah bersama sijil induksi PP-PPD sebelum boleh dilantik sebagai PP tahap DKM/DLKM jika tiada SKM.

      Ni kriterianya
      a. Warganegara Malaysia ;
      b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
      c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
      d. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB;
      e. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan seperti di Lampiran 2;

      dan f. Memiliki :

      i. SKM dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1 dan tahap 2;
      ii. SKM/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
      iii. Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
      iv. Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM; atau v. Mana-mana kelayakan kemahiran berkaitan yang diluluskan oleh KPPK dengan sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman kerja yang berkaitan seperti di Lampiran 1.

      dan

      i. Sijil Kemahiran Malaysia dalam program Pegawai Latihan Vokasional (I-031-3)

  69. jd sya perlu ambk sijil PP-PPD?untk bt skm walaupn pengalaman sya x ckup 2 thun lg?sya da dpt info kursus tu da di bt kt sbrang jaya blan 12 nie.

    1. Ya Sufyan, boleh ambil induksi PP-PPD dulu pada 3-4 Dis. Namun, sekarang anda perlu cari kerja di Pusat Bertauliah yang menawarkan kerja sebagai tenaga pengajar program anda, bila cukup 2 tahun, bersama sijil VTO, anda layak dilantik sebagai PP untuk DKM program anda.

  70. Hai there..I’m regarding VTO in Hairdressing Course. I have complete SKM 1 & 2..so can I know what’s the procedure to apply.. Hope there will be kind feedback.. TQ

  71. hye slamat petang ..sy Maxey Dri sabah daerah keningau kampung Kikiran..sy ada SKM Tahap 1 dan 2 bahagian Mekanik kenderaan motor..tapi sy tiada pengalaman kerja..Boleh kah sy mengikuti krusus Tahap 3 d sna ciast?

  72. Hai..saya fida….saya mempunyai skm 2 bidang jahitan dn mempunyai ijazah sarjana muda psikologi pembangunan belia dan komuniti….adakah saya layak untuk mengikuti kursus vto?

    1. Ya Fida, anda layak. Pastikan anda ambil kursus induksi PP-PPD 2 hari juga untuk melengkapkan kelayakan anda sebagai Pegawai Penilai nanti.

  73. Hello..saya riduan, saya ada skm thap 3 dlam
    Bidang welding..tetapi keputusan spm sya lurang memuaskan..saya boleh join tak dalam krusus vto nie..kalau boleh beri saya nomber telefon pihak berkenanan untuk saya hubungi

    1. Salam Riduan, boleh.
      Kalau kat Lembah Klang, nak belajar separa masa (hujung minggu), berbayar & tempat terjamin, boleh hubungi 012-3123430.
      Kalau di luar Lembah Klang, nak belajar sepenuh masa & tak perlu bayar yuran (tapi tempat tak terjamin), sila hubungi CIAST di 03-55438200

  74. Hai admin,
    Saya berasal dari penang
    Saya mempunyai diploma dan ijazah dalam bidang sistem elektrik. Saya mempunyai pengalam 3 tahun sebagai jurutera elektruk kawalan dan industri. Dalam masa yanh sama sy minat mengajar kepada anak2 muda tentang teknologi elektrik dan automasi. Adakah dengan mnyertai kursus VTO ini boleh membantu sy menjadi seorang trainer yg profesional? Saya juga bercadang untuk membuka pusat training sendiri…..

    1. Salam Hafiz, anda boleh jadi tenaga pengajar untuk Tahap 4 atau 5 program kemahiran bidang elektrik jika ada VTO & sijil induksi PP-PPD.

      Jika ada SKM pula (boleh mohon secara PPT untuk automasi industri berdasarkan pengalaman anda), boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk Tahap 2 atau 3.

      Saya dah emel sedikit butiran induksi Pp-PPD & Permohonan SKM melalui PPT. Sila semak.

  75. Salam, saya ada Diploma dan Degree Art and Design Fashion dari UITM. Dan saya mempunyai pengalaman bekerja selama setahun dalam bidang yang berkaitan. Dalam masa yang sama saya mempunyai minat untuk menyertai kursus VTO untuk mengajar golongan muda dalam seni rekaan fesyen. Adakah saya layak untuk menyertai VTO?

  76. Saya sda skm 3 dandanan rambut, dan sekarang ditawarkan untuk buat ppt ,boleh jelaskan kepada saya 1)apakah perbezaan ppt dan dkm ,2) bolehkah saya menjadi pengajar selepas tamat kursus ppt 3) jika selepas ambil ppt bolehkah saya menjalani kursus di ciast ??

  77. Hi salam, saya ingin bertanya tentang VTO. Saya mempunyai Diploma Vokasional Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1-4. Adakah saya layak untuk menyertai program Vto? Apakah yang perlu disediakan oleh saya jika keperlua atau syarat tidak mencukupi? Berapa lamakah tempoh pembelajaran dan yuran kemasukkan? Dimanakah tempat belajarnya?

  78. sy lepasan kolej vokasional dan mengambil program diploma vokasional hospitaliti pelancongan selama 4 tahun. tahun ini akan mencapai umur 20 tahun. penganugerahan sijil sekitar bulan 9 tahun ini. ianya mengambil masa yang amat lama untuk sy menunggu. selepas sy mendapat sijil, adakah sy layak memohon? sekiranya layak, apakah yg sy patut lakukan?

  79. Asalamualaikum Admin, Saya nak bertanya. Saya mempunyai Diploma dan Degree dalam Seni Rekaan Fesyen dari Uitm. Saya mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan dan juga freelance..
    1. Jika saya memohon VTO adakah layak?
    2. Adakah saya perlu memohon SKM?
    3. Boleh admin beri penerangan tentang kursus SKM secara PPT?
    4. Adakah saya perlu berkhusus secara sepenuh atau separuh masa?
    Terima Kasih

    1. Salam kemahiran Fiz, ni jawapan kpd setiap persoalan anda.

      1. Layak mohon VTO tapi kena ikuti kursus secara separa masa/sepenuh masa.
      2. Ya, anda perlu mohon SKM secara PPT Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014
      3. Jika masih tak faham lepas baca panduan, anda boleh ikuti kursus induksi PP-PPT selama 2 hari untuk mengetahui lebih lanjut. Kursus akan datang pada 11-12 Mac di Kepong Metro Prima.
      4. Rujuk jawapan 1.

  80. salam saya mohd mubarak berasal dari kedah ,saya mempunyai diploma kejuruteraan mekanikal(pembuatan) .mempunyai pgalaman lebih 4tahun .bleh x saya memohon kursus vto.Bilakah tarikh terkini untuk memohon kursus vto ini dan bagaimana caranya.

  81. Saya Haniff Omar..saya baru tamat SKM tahap 2 tapi tiada pengalaman kerja bolehkah saya mengikuti kursus VTO secara sepenuh masa…tq

  82. assalamualaikum.. nak tanya ,, operasi latihan vokasinal dengan sijil latihan pengajar vokasional ni adakah sama.?.. sebab semasa sy memohon ciast, sy memilih sijil latihan pengajar , tetapi bila dapat pggilan temuduga sy di tawarkan operasi latihan vakasional… mcm mana? sama ke?

  83. Salam..saya ada dkm level 4.nk tnya utk kursus separuh masa ni ada dibuat di seremban tak?sebab saya tggl di seremban..terima kasih ya..

    1. Salam Din, Kajang adalah kumpulan & pengambilan terdekat. Tiada pengambilan di Seremban.
      Akan emel jadual kursus & butiran kepada anda, kalau ok, bolehlah sertai 🙂

    1. Salam Rezal, Kajang adalah kumpulan & pengambilan terdekat.
      Dah emel jadual kursus & butiran kepada anda, kalau ok, bolehlah sertai 🙂

  84. Terima kasih..minta tolong hantar jadual sekali lagi sebab email saya kene hack,alamat email yg lain terima kasih sekali lagi maaf atas kesulitan

    1. Ya Sahidah, anda layak. Cuma ingat ikuti kursus induksi PP-PPD pada 25-26 Mac nanti.
      Saya dah emel anda jadual & butiran VTO pengambilan kat Kajang bulan April.

  85. salam, saya riduan, berumur 32 tahun memiliki SKM 1,2,3, dan juga diploma dalam building & construction. sy mempunyai 9 tahun pengalaman bekerja, ingin beralih ke bidang mengajar dengan menjadi tenaga pengajar. soalan saya, selain VTO, adakah terdapat kursus lain yang layak utk sy menjadi tenaga pengajar (dengan kelayakan yang saya ada)?atau hanya melalui VTO?terima kasih admin

    1. Salam Riduan, untuk mengajar di Pusat Bertauliah JPK, cuma VTO shj yg dapat melayakkan anda dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) untuk program SKM/DKM.
      Kecuali anda BUKAN mengajar program SKM, VTO tidak diperlukan.

      Ada 1 lagi kursus yg anda perlu, iaitu kursus induksi PP-PPD yg diperlukan untuk melengkapkan kelayakkan anda dilantik sebagai PP nanti.
      Kursus induksi PP-PPD pada 25-26 Mac nanti.

      Sila semak emel anda untuk jadual & butiran VTO pengambilan kat Kajang bulan April.

  86. Salam Wbt admin

    Saya Lepasan Dip.Pengurusan Pelancongan dr Politeknik & b’bekalkan pengalaman Intership saja. adakah saya layak utk memohon VTO ? 😊

    1. Layak, tapi nanti cuma layak jadi tenaga pengajar/Pegawai Penilai untuk program Pelancongan Tahap 4 je.
      Satu lagi kursus yg perlu diambil adalah kursus induksi PP-PD (25-26 Mac) nanti.

  87. salam…saya ryna… baru lepasan graduan sijil tahap 3 skm dalam bahagian multimedia interaktif… boleh ke saya mohon untuk kursus vto? dan bahagian mana saya boelh masuk…

    1. Boleh. Muat turun borang dari laman web ni, isi & emel kembali bersama slip bayaran.

      Pendaftaran tutup 24/3/17 (kumpulan Kajang)

  88. Salam admin… sy shahrul, brrminat untuk menjadi tenaga pengajar dimana2 kolej kemahiran. Sy mempunyai degree dlm bidang automotif dan pengalaman kerja 1 tahun setengah di perodua. Bolehkah sy memohon untuk menjadi tenaga pengajar.
    Bagaimana cara untuk memohon.tq

    1. Salam Mohamad Shahrul, anda layak jadi tenaga pengajar di Kolej Kemahiran, namun jika ia menawarkan sijil SKM/DKM, anda perlu ada kelayakan berikut:

      1) Sijil induksi PP-PPD
      2) Sijil SKM bidang automotif (jika anda dilantik sebagai Pegawai Penilai Tahap 3 ke bawah)
      3) Sijil pengajar vokasional@I-031-3:2014

      Anda boleh cari Penyedia Latihan Kemahiran dari sini

      Untuk sijil 1&3, anda boleh hubungi kami di 012-3123430 (Melvin)

  89. salam admin..sy farhana dan ad degree pengurusan teknologi.sy ada pengalaman kerja bhgian pentadbiran slama 4 thn.sy xde skm dan smbg degree dr stpm.layakah sy mohon utk jd tenaga pengajar? mohon pencerahan admin

    1. Salam Farhana, anda boleh mohon SKM 3 bidang pengurusan pejabat dgn pengalaman kerja yg anda ada.
      Pada masa yg sama, anda kena ikuti kursus induksi PP-PPD selama 2 hari (RM350) & kursus pengajar vokasional (3-6 bulan separa masa + 6 bulan praktikal).
      Lepas dapat ketiga-tiga sijil ni barulah layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (juga mengajar) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK, awam mahupun swasta.

        1. Maaf Farhana, kami tidak ada cukup peserta untuk jalankan di Terengganu kerana permintaaan tak banyak.
          Tengah cuba kumpul peserta untuk buat kat Gambang, itupun masih tak cukup (6 je sekarang), min 10

          1. admin blh email sy lebih detail cara tok dptkn ketiga-tiga sijil tersebut..terima kasih

  90. Assalam… sy sudah ada Diploma Accountancy dr Politeknik n sekarang sy smbung pengajian baru. Kursus jahitan SKM1 nk… saya boleh mohon x? Sy nk jadi tenaga pengajar kursus jahitan. Saya dari negeri pulau pinang

    1. Salam Fairuz, anda boleh mohon jadi tenaga pengajar nanti tapi baik sambung sehingga SKM2 ke atas. Kemudian, ikuti kursus induksi PP-PPD & VTO. Bila kamu dah ada SKM2 nanti baru saya nasihatkan caranya nanti.

  91. Assalammualaikum/Hai Admin,

    Saya ada SKM tahap 2..tapi diperolehi pada tahun 2005 dalam bidang senibina. Saya sambung diploma di politeknik dalam bidang yang sama dan sekarang saya berkerja sebagai Pelukis Pelan. Saya harap admin boleh email details.Saya sangat berminat untuk menjadi tenaga pengajar tapi ada beberapa soalan yang saya inginkan kepastian:-

    1:- Berpandukan kenyataan diatas..layak ke saya memohon?
    2:- Saya berkerja di Cheras,Kuala Lumpur..boleh tak saya mohon secara
    separuh masa?bayaran?
    3:- Untuk mengajar di Pusat Bertauliah JPK..maksimum umur yang diterima
    adalah berapa?boleh ke umur 35 memohon sebagai tenaga pengajar?

    1. Salam Nurul, tahniah!

      1. Anda layak mohon jadi tenaga pengajar tapi kena ambil VTO dulu.
      2. Ya, boleh, memang separa masa. Bergantung pada tempat anda tinggal, saya akan syorkan tempat yang sesuai.
      3. Tiada had umur maksimum, selagi masih berupaya mengajar.

          1. maaf saya nak tanya lagi..latihan internship selama 6 bulan..bagaimana saya yang mengambil kursus secara separuh masa?saya perluambil cuti selama 6 bulan ke?mohon pencerahan.

          2. Nurul, anda boleh ambil secara separuh masa & perlu jalani internship selama 6 bulan. Sila hubungi saya di 012-3123430 untuk tahu cara mengatasi cabaran anda.

  92. Assalamualaikum Admin. Saya ika. Saya berminat utk kursus vto.Dan mempunyai sijil kemahiran giat mara. (Solekan dan terapi kecantikan ).Adakah sy layak utk lanjutkn vto?. Mcm mna cara sy nak memohon vto?

  93. Salam. Sy ain dr Pulau Pinang. Sy ingin bertanya sekiranya sy fresh grad dlm electronic engineering adakah sy layak memohon vto? Jika ada bilakah tarikh terdekat?

    1. Salam Nurain, anda layak mohon VTO tapi cuma nanti anda hanya boleh dilantik sebagai PP untuk Tahap 4 atau 5 sahaja kerana tak layak mohon SKM tanpa pengalaman kerja.

      Akan emel butiran kursus VTO di Pulau Pinang kepada anda.

  94. As salam.. Tumpang tanya.. Saya telah berkhidmat (badan berkanun) selama lebih 5 tahun.. Saya memiliki skm tahap 2.. Boleh kah saya memohon utk menaiktaraf sijil melalui PTT? Adakah pihak tuan boleh membantu dalam urusan ini? Terima kasih banyak tuan.

    1. Salam En Zariman, ya, anda layak naik taraf (mohon Tahap 3) kiranya pengalaman kerja 5 tahun anda tu sama bidang dgn SKM Tahap 2 anda. Jika tidak sama bidang pun boleh mohon untuk bidang yg berkaitan dgn pengalaman kerja anda tu.

      Anda boleh baca Panduan Permohonan SKM melalui PPT di sini. Kalau masih tak faham dan perlu khidmat runding baru rujuk balik dgn kami 🙂

  95. Assalammualaikum/Hai Admin,

    Saya ada SKM tahap 3 dalam spa terapi dan kecantikan ..tapi diperolehi pada tahun 2016 . Sekarang saya bekerja sebagai tenaga pengajar si sebuat syarikat swasta. Saya harap admin boleh email details.Saya sangat berminat untuk menjadi tenaga pengajar yang berkelayakan dan di iktiraf oleh jabatan kemahiran tapi ada beberapa soalan yang saya inginkan kepastian:-

    1:- Berpandukan kenyataan diatas..layak ke saya memohon?
    2:- Saya berkerja di subang jaya boleh tak saya mohon secara
    separuh masa?bayaran?
    3:- Untuk mengajar di Pusat Bertauliah JPK..maksimum umur yang diterima
    adalah berapa?

    1. Salam Hani, saya dah emel anda. Namun, untuk pengetahuan pembaca yg lain, saya juga terangkan di sini.

      1. Layak
      2. Boleh separa masa.
      3. Tiada umur maksimum, asalkan masih berdaya.

  96. Assalamualaikum admin. Sy ita dari rawang, selangor. Sy ada diploma pengurusan acara, sy nak tanya ada tak vto utk kos pengurusan acara dan boleh ke saya ambil vto?

    1. Ita, saya sudah jawab semalam.
      VTO tu adalah untuk semua program, tiada khas untuk bidang-bidang tertentu sebab ia adalah teknik mengajar.
      Ita ada pengalaman kerja tak? Kalau ada, boleh mohon SKM secara PPT. Kalau takda, boleh juga ambil VTO tapi bila ada sijil VTO nanti tanpa SKM, anda cuma layak mohon jadi tenaga pengajar atau Pegawai Penilai (PP) Tahap 4 (DKM) bidang pengurusan acara sahaja.

      Jika anda dari Rawang, tempat kursus VTO kat Kepong paling sesuai dengan anda. Dijadualkan kelas mula 13/5.

  97. Assalamualaikum. Wani nk tanya. Wani dh habis diploma in biomedical electronic engineering. Wani berminat nk jd tenaga pengajar di kolej vokasional. Kat mana dan macam mane ye untuk wanj mohon kursua vto n sijjl skm ni ye?

    1. Salam Wani, anda ada pengalaman kerja tak?
      Sebab kalau ada VTO tapi takda SKM, tak layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP).

      Wani tinggal mana?

  98. Utk kursus vto yuran sebanyak 3000 tu tu yuran keseluruhan kursus atau kena tmbah lg. Kursus vto ni selama brp bulan. Buat kat mna. Kalau kat penang .buat kat mna.

    1. RM3,000 tu adalah di KL.
      Sekiranya di Penang, yurannya adalah RM3,300.
      Tempat & tarikh mula belum tetap lagi.

  99. hi salam saya rohaizirin dari negeri sembilan . sy ada diploma dalam kejuteraan electronik komputer . sekarg sy bekerja sebgai technician dah selama 2 tahun .Sy ingin buat vto . adakah sy layak? apabila sudah berjaya buat adakah peluang pekerjaan?

    1. Salam Rohizirin,

      Anda layak.
      Sementara menunggu tarikh induksi & VTO, mohonlah SKM sehingga Tahap 3.

      Saya dah emel panduan & borang permohonan SKM secara PPT kepada anda.
      Kalau masih tak faham cara nak mohon & nak ketahui lanjut bukti-bukti yg bakal dinilai oleh PP-PPT, anda boleh juga ikuti kursus induksi PP-PPT pada 5-6 Ogos di Kepong (RM350)

      Memandangkan anda nak jadi pengajar/Pegawai Penilai, anda perlu ada 3 sijil berikut:

      1) VTO (RM3,000-3,300)
      2) SKM 3
      3) Sijil induksi PP-PPD (paling dekat minggu ni, 8-9 Julai di Kepong, RM350)

      Bila dah ada ketiga-tiga sijil ini, anda boleh jadi PP atau PPD atau PPB di mana-mana PB yg menawarkan program bidang SKM anda.

  100. salam.. nak tanya, jika saya ingin menjadi tenaga pengajar,. apakah syarat atau kursus yang kne saya lalui ya? sebab saya hanya ada sijil degree in mekatronik sahaja.

    1. Salam Soliha, pengambilan VTO di CIAST cuma untuk sepenuh masa, kalau nak separa masa, kena ambil dgn pihak swasta.
      Pengambilan akan datang di CIAST (Sept) & kat I Smart Educare, Kepong (22/7 atau 19/8).

      Syarat lain untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai (bukan setakat tenaga pengajar) adalah SKM2 ke atas & sijil induksi PP-PPD-PPB.
      Jika anda setakat ada degree, bersama sijil induksi & VTO nanti, anda cuma boleh dilantik jadi PP Tahap 4 atau 5 je.
      Jika ada pengalaman kerja, bolehlah mohon SKM secara PPT.

      Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 012-3123430

  101. Hi admin, saya berminat untuk untuk menyertai kursus VTO in. cuma sekarang ni saya kurang faham. saya ada diploma n degree dalam electrical instrument. macam mana saya nak jadi tenaga pengajar dan boleh ke terangkan peluang kerja.

    1. Salam Nazirie, anda nak jadi pengajar kemahiran ke akademik?
      Jika kemahiran, baru anda WAJIB perlu ambil kursus VTO secara separa masa (hujung minggu).
      Peluang kerja adalah di pusat latihan kemahiran yg ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), tak kira awam ke swasta.
      Namun, jika anda cuma ada Dip atau Degree, anda cuma layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (boleh tandatangani portfolio pelajar) untuk Tahap 4 atau 5 (jadi lebih sesuai di PB seperti KV, ADTEC & mungkin Politeknik masa kelak). Tapi jika ada SKM juga (boleh mohon secara PPT jika ada pengalaman kerja >3 tahun dlm bidang ni), peluang kerja lebih luas/banyak pilihan.

  102. salam.. saya nak tanya.. mcm mana saya nak amik kursus ni tapi separuh masa. sebab skrg saya bekerja dalam bidang trainer in beauty therapist.. boleh bagi details tak?

    1. Salam Nurul, kami memang menawarkan program ni secara separa masa. Anda tinggal/kerja mana?
      Juga, adakah anda telah miliki sijil induksi PP-PPD-PPB?

  103. Hai Admin, saya mmg berminat untuk mengambil vto ini tp sy kurg jelas mengenai perkara ini. Saya mempunya degree dan bekerja as kaunselor di kolej, dalam masa yang sama sy adalah person in charge front office 2tahun kerana kolej saya mempunyai resort tersendiri. soalan saya perlukah saya mengambil :
    1) vto
    2)skm
    3)ppt
    utk melayakkan saya menjadi tenaga pengajar?

  104. salam admin .. saya merupakan graduan politeknik dalam diploma ukur tanah .. tp saya tiada pengalaman kerja Dan tiada SKM 1/2/3 .. jadi saya layak ke untuk memohon VTO ni ?

    1. Layak, cuma bila dah tamat VTO, bersama dgn sijil induksi PP-PPD-PPB nanti, anda cuma layak dilantik jadi PP Tahap 4 sahaja. Itupun kiranya anda dah ada pengalaman kerja 2 tahun. Namun, masih layak diambil sebagai tenaga pengajar institusi/pusat latihan kemahiran.

  105. Salam admin, saya graduan sarjana dari Uitm, pengalaman kerja setahun dan tiada SKM 1/2/3 . Adakah saya layak ke untuk memohon VTO ini?

    1. Lebih baik kerja setengah tahun lagi sebab untuk perlantikan sebagai Pegawai Penilai (PP) nanti (tapi kalau takda SKM, cuma boleh jadi PP untuk Tahap 4 atau 5 shj), anda kena ada pengalaman kerja 2 tahun ke atas, bersama sijil VTO & induksi PP-PPD-PPB nanti.

      Jadi, sementara kerja setengah tahun ni, anda boleh ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB selama 2 hari dulu.

      Tarikh terdekat:
      26-27 Ogos
      8.30-5pm
      Tempat: Kepong Metro Prima
      Yuran: RM350

      Tahun depan, selepas bulan Feb 18′ cam tu, anda boleh ikuti kursus VTO secara separa masa. Pada bulan ke-6 barulah berhenti kerja & jalani praktikal mengajar selama 6 bulan di mana-mana Pusat Bertauliah bidang sarjana anda.

      Jika masih tidak faham, boleh whatsapp atau hubungi Melvin di 012-3123430/

  106. Sy azlin, mau tau lebih lanjut dkm dan dvm sama ka? Bolehka pelajar vokasional masuk ciast and how? Bolehka sy masuk ciast lepas habis practical atau mesti ada pengalaman berkerja lagi? Sbb btul” minat mau masuk sna

  107. Hai admin, saya mempunyai diploma pengurusa hotel & katering politeknik, ijazah pengurusan hospitaliti & pelancongan politeknik, SKM 2 untuk penyediaan makanan, adakah saya layak untuk VTO?

      1. Saya tinggal di negeri sembilan, boleh admin bg detail utk separuh masa dan full time..

  108. saya ada diploma kejuruteraan mekanikal,cuma ada 2tahun pengalaman kerja dalam bidang diploma dari tahun 2007-2010. selepas itu saya tidak lagi bekerja di dalam bidang mekanikal hingga sekarang. tiada langsung skm tapi berminat nak jadi tenaga pengajar. kursus di gambang bila bermula? dan dimana?

    1. Maaf Izwan, nampaknya tak jadilah batch kat Gambang ni.
      Jika setakat nak jadi pengajar atau Pegawai Penilai Tahap 4 (sebab cuma ada Diploma tapi tiada SKM), anda boleh ikuti kursus VTO.
      Satu lagi kursus yg anda perlu ambil adalah induksi PP-PPD-PPB (26-27 Ogos di Kepong Metro Prima, KL)

  109. Salam admin… saya ada SKM level 1,2,3 and DKM. Layak kah saya memohon untuk vto???? Boleh beri penjelasan lebih lanjut. Tq

  110. sy mempunyai SKM Level 3 Automotif, dan sy juga mempunyai pengalaman selama 2 tahun.. adakah sy perlu lanjutkan dalam krusus ppt dahulu sebelum boleh dilanjutkan ke vto? adakah sy layak untuk memohon vto? sama ada di ciast ataupun anjuran tuan..

    1. Salam, anda tak perlu ikuti kurssu induksi PP-PPT, tapi perlu ikuti induksi PP-PPD-PPB pada 26-27 Ogos di Kepong (kalau tak boleh, 30/9-1/10).
      Sijil induksi ni adalah wajib untuk dilantik jadi Pegawai Penilai (PP) nanti, bersama sijil VTO.

      Jika ingin belajar di CIAST, perlu di bawah umur 35 thn (tak silap saya) & belajar sepenuh masa, namun, ia adalah percuma jika anda berjaya dapat tempat (ramai yg kecewa sebab permintaan lebih dari tawaran)
      Jika anda ada kemampuan bayar sendiri & sedang bekerja, ambil dengan I Smart Educare, PB program VTO di Kepong (mungkin mula 19/8) atau Pudu (Sept) secara separa masa (hujung minggu je)

      Jika anda pilih yg kedua, boleh whatsapp/hubungi Melvin di 012-3123430, tq.

  111. Salam, saya sarah. Saya ada degree dalam bidang matematik dengan ekonomi dan pengalaman mengajar selama 3 tahun.
    1. Adakah saya layak untuk mohon vto?
    2. Jika tidak layak, apakah cara untuk melayakkan diri untuk mohon vto
    Terima kasih

    1. Salam Sarah, lepas dapat VTO, anda nak jadi Pegawai Penilai untuk bidang kod NOSS apa? Baik rujuk Daftar NOSS dulu

  112. Hye… Saya wawa.. Saya bru habis diploma pengajian awal kanak2.. Dn skm thap 3 jdi boleh kah sya ikuti vto

  113. salam … sya ada skm 2 automotif .. servis selepas jualan … ada ka sya layak menyertai VTO … mcm mna nak menyertai … terima kasih

    1. Salam Muhammad, anda layak. Soalan saya, anda nak belajar separa masa (dengan swasta, berbayar) ke sepenuh masa (boleh cuba mohon dengan CIAST, percuma kalau anda bernasib baik dapat tempat).

      Anda tinggal di negeri mana? Dah ada sijil induksi PP-PPD-PPB?

  114. Salam kemahiran En Ab Ghani,

    Anak anda memang layak ambil VTO.
    Untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai (biasanya juga pengajar), dia kena juga ada sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus 2 hari)

    Yurannya adalah seperti berikut:
    1) RM350 (induksi 2 hari, 8.30-pm)
    2) RM3,500 (VTO hujung minggu selama 6 bulan, internship 6 bulan lagi di PB yg menawarkan program SKM dlm teknologi binaan)

      1. Salam.. bini sy Pn.Rad tanye sy td..
        Adakah sijil VTO ni melepasi standard syarat sah pertauliahan akademik oleh MQA yg mna ianya diikhtiraf & ‘laku’ di mna2 shj sektor tanpa kompromi. Tlg jap min explain.. 😧duhhh

  115. Salam admin, sy dah apply untuk pemohonan vto kemasukan januari 2018. Sebab sy tengok syrat kelyakan vto asalkan sy lepasan dgree sudah boleh apply vto. Sy xde skm. Dan sekarang sy bekerja selama setahun. So macam mana ye? Memng perlu ke skm tu sblm apply vto? And macam mana untuk apply skm tu?

  116. assalam admin . sy lepasan kolej vokasional bidang pengurusan perniagaan . dan mempunyai DKM tahap 4 . sy ada buat permohonan di ciast untuk ambilan januari 2018 sijil VTO tapi permohonan tersebut tidak berjaya . jadi sekiranya sy ingin mengambil sijil vto menggunakan perkhidmatan ismarteducare, tetapi untuk sepenuh masa. macam mana ya?

  117. Assalamualaikum Tuan,
    sy lepa dalam lepasan Degree dalam bidang Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar..dan mempunyai pengalam dalam bidang construction hampir 3tahun sudah…
    Sy minat nk join kursus ni..dan sy tiada apa2 sijil.boleh tuan ulaskan step yg patot sy lakukan..terima kasih

    1. Pagi Nana,

      Pertama sekali, jika anda nak ambil kursus VTO, tujuannya adalah supaya boleh jadi pengajar bertauliah & juga Pegawai Penilai (PP). Namun, syarat tambahan untuk dilantik sebagai PP adalah:

      1) Miliki sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus 2 hari) – 11-12 atau 18-19 Nov ada, RM350
      2) Miliki sijil SKM bidang kemahiran anda (boleh mohon secara PPT – sila baca panduan yg ada di sini)

  118. saya graduan ijazah sarjana muda kjuruteraan pembuatan, tetapi bidang pekerjaan sekarang(Non-destructive testing) tidak related kejuruteraan pembuatan. Apakah peluang yang ada ditawarkan?

  119. Assalamualaikum, nama saya marwah binti abdul rahim graduan lepasan ijazah perniagaan pentadbiran dalam perniagaan ekonomi buan mei yang lepas. saya ingin bertanya adakan saya layak untuk mengambil kursus vocational training ini dan menjadi tenaga pengajar kelak.

    1. Marwah, anda layak jadi Pegawai Penilai Tahap 4 & 5 (sebab anda tiada SKM) sahaja jika ada ijazah & VTO.
      1 lagi kursus yang anda kena ambil adalah induksi PP-PPD (18-19 Nov ada 1 sesi di Kepong, KL)
      Kalau berminat, sila muat turun borang, isi & emel kembali ke ismarteducare @ gmail.com.

  120. Salam Sejahtera,
    Saya dari Johor Bahru,
    Telah memiliki SKM 1,2,3
    telah Lulus Induksi PP-PPD-PPB
    berminat untuk mengikuti Kursus VTO ini secara separuh masa, boleh saya dapatkan detail lebih lanjut berkaitan jadual kelas dan lain lain..

  121. Assalamualaikum, saya nik nurul hazwani saya berminat nak ambk VTO ini . Saya Pelajar lepasan dari kolej vokasional saya mmg ada Diploma Vokasional Malaysia. saya ambk kos kesetiausahaan pentadbiran. saya boleh memohon k?

  122. Assalamualaikum, saya farisha dari Ampang. Saya bakal graduan dari kolej vokasional dalam bidang perakaunan dan mempunyai SKM 3 serta diploma vokasional malaysia. Saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar di kolej vokasional. Bolehkan saya memohon VTO ini selepas sahaja saya tamat latihan industri pada bulan 4 tahun hadapan?

  123. Assalamualaikum saya Najihah..saya ingin bertanya sama ada saya layak atau tidak menyertai kursus vto hanya dengan memiliki ijazah sarjana muda Keusahawanan Hospitaliti. saya masih tiada pengalaman kerja dan sya juga tiada skm.layakkah sy menyertai vto?….

  124. Salam. Saya graduan lepasan diploma vokasional seni kulinari ada skm tahap 4. Saya kena daftar cara biasa ke kena ikut kursus PP-PPT? Ke macam mana.

    1. Salam Aza, kalau nak jadi Pegawai Penilai, anda kena ikuti kursus VTO, samada sambilan ataupun sepenuh masa.
      Kursus induksi PP-PPT tu cuma untuk melayakkan anda sebagai PP-PPT (kena ada juga pengalaman kerja >10 thn).
      Anda tinggal mana?

  125. 1. Salam saya nak tanya adakah ciast di shah alam hanya mempunyai kursus sepenuh masa sahaja?.. jika mahu ambil kursus separuh masa.. dimanakah dan berapa bayarannya?

    2. Jika ambil di ciast shah alam adakah ia percuma.. dan hanya membuat bayaran pendaftaran sahaja?

    Saya tinggal di shah alam, masih bekerja, mempunyai diploma pengajian awal kanak2, dan mempunyai skm tahap 3 dan 4.

    1. Ya Nur, CIAST hanya menawarkan program sepenuh masa untuk VTO. Anda perlu berhenti kerja untuk belajar di CIAST, ia adalah PERCUMA. Umur tidak melebihi 35 tahun dan permohonan tidak dijamin berjaya kerana permintaan terlalu ramai.
      Tak pasti ada bayaran pendaftaran ke tidak.

      Jika separuh masa dan mampu bayar yurannya, boleh ambil di PB swasta. Yurannya antara RM3-3.5K, bergantung pd PB masing-masing.
      Kalau berminat untuk daftar kat swasta, sila hubungi admin, tq.

  126. salam admin. maaf bertanya.. suami saya diploma elektronik dr politeknik dan bekrja di industri perkilangan sejak 2009 hingga kini. soalan saya
    1. adakah dia sesuai utk mengambil sijil vto or apa yg sepatut dia ambil untuk menjadi tenaga pengajar?
    2. dan untuk ambil sijil vto di ciast perlu berhenti kerja kan.. adakah ia menjamin pekrjaan sebagai tenaga pengajar setelah selesai kursus?
    3. dan bila pemohonan pengambilan seterusnya bagi sesi april 2018?
    terima ksh…

    1. Maaf Pn Rosma, admin bukan dari CIAST.

      Suami puan digalakkan ambil SKM secara PPT serta ikuti kursus induksi PP-PPD-PPD (2 hari) supaya bila ada VTO nanti, layak dilantik sebagai PP.
      Nak ambil VTO di CIAST ada had umurnya, bawah 35 thn tak silap saya.
      Sebarang kelayakkan tidak menjamin anda pekerjaan, ia cuma memberi anda lebih peluang pekerjaan.

      Jadi kalau nak tahu pengambilan kat CIAST (sepenuh masa), sila hubungi 03-55438200

  127. Assalamualaikum dan salam sejahtera ncik…sya mpunyai SKM3+PW2+DKM4+AO…pngalaman blum ada…adakah perlu utk sya mdapatkan pngalaman 2 tahun krja dlam bidang sya utk mndaftar kursus spenuh masa sbgai tnaga pngajar (TP) dan layak dilantik sbgai pegawai penilai (PP)..??..dan adakah kursus induksi itu yg akan mnentukan smada layak atau tidak ncik..??..

    1. Salam Awangu, maksud anda daftar untuk ambil kursus VTO sepenuh masa kat Pusat swasta ke kat CIAST?
      Untuk dilantik sebagai PP, perlu ada:

      1) Sijil induksi PP-PPD-PPB
      2) Sijil VTO
      3) SKM

  128. assalamualaikum.. saya ada kemusykilan sedikit. saya mempunyai diploma senibina dari politeknik dan mempunyai pengalaman berkerja dalam bidang construction selama 2 tahun lebih. Baru-baru ni, saya ada memohon untuk sesi kemasukan CIAST Feb 2018.
    tetapi lepas saya membaca komen, puan/tuan ada menjelaskan tentang induksi PP-PPD. sijil VTO dengan PP-PPD ni berlainan ya puan? kiranya untuk tempoh kursus selama 9 bulan akan dapat sijil VTo dengan PP-PPD ya?

    1. Salam ciksue, sijil induksi PP-PPD-PPB & VTO adalah berlaianan, tapi kedua-duanya diperlukan untuk dilantik sebagai PP nanti.
      Kalau diterima untuk belajar di CIAST, semua akan dibereskan, dapat 2 sijil sekali.
      Tapi kalau ditolak, kena mohon dengan pusat swasta, berbayar untuk kedua-dua kursus yg berlainan ini.

  129. Salam sejahtera, saya ada ijazah dalam manufacturing engineering, dan sudah bekerja selama 2 tahun lebih. Adakah saya masih layak untuk memohon?

    1. Salam kemahiran Afiq,

      Adakah kenyataan ini tidak jelas? Kalau ya, tolong maklumkan supaya kami boleh betulkan ayatnya.

      Bagi pemegang diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, anda masih boleh ambil kursus VTO dan layak dilantik sebagai TENAGA PENGAJAR (bukan Pegawai Penilai) untuk program SKM Tahap 1-3 ATAU Pegawai Penilai untuk Tahap 4/5.
      Namun, digalakkan mohon SKM secara PPT serentak (jika ada pengalaman kerja 3 tahun ke atas) supaya peluang kerjaya lebih luas (boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk Tahap 1 hingga 3 juga

    1. Yashini, anda boleh ambil VTO. Pada masa yang sama, sila mohon SKM bidang
      IT-060-3 (Perekabentuk Multimedia – Animasi & Visual) secara PPT (sila baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014) untuk maklumat lebih lanjut.

      Oleh kerana tujuan anda ambil VTO sebab nak jadi Pegawai Penilai (PP), anda juga perlu ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB.

      6-7 Jan di Kepong ataupun 27-28 Jan di Ipoh (RM350 – kursus 2 hari, 8.30-5pm)

  130. hi admin, saya ada sijil kemahiran mara elektrik dom & industri dan pw4. walaubagaimanapun sy berkerja dlm hospitality industry selama lebih kurang 13thn.
    soalan saya:
    1) layakkah sy mengambil VTO
    2) dan program yg mana sy perlu ikut. elektik atau hospitality.

    tq

    1. Mira, anda layak ambil VTO.
      Samada anda nak jadi Pegawai Penilai (PP) bidang Elektrik ataupun Hospitality pun boleh kerana saya rasa anda layak mohon SKM untuk kedua-dua bidang.

      Bagi pemegang-pemegang sijil kemahiran / kelayakkan lain yang berkaitan dengan keperluan Standard dikeluarkan oleh agensi awam boleh memohon SKM melalui kaedah PPT dengan mengambil kira tempoh pengalaman kerja (untuk bidang elektrik, kena ada pengalaman kerja 2 tahun)

      Sila baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 di What is Sijil Kemahiran Malaysia

    1. sy mempunyai dip kj electrical n electronic dari ipts. tk da skm. pengalaman kerja technician dari 2010 hingga kini. boleh bg langkah step by step dan tempoh serta kos untuk jd pengajar vocational. prefer part time.

      1. Syukri, untuk dilantik menjadi PP (Pegawai Penilai) bidang kemahiran, pertama sekali kena kenal pasti bidang NOSS anda

        Lepas tu, anda digalakkan ambil SKM secara PPT untuk bidang ni walaupun anda dah ada Diploma dari IPTS, supaya anda boleh jadi PP untuk Tahap 2 ataupun 3 juga.

        Jadi, ada 3 sijil yg anda perlu ambil:

        1) Sijil induksi PP-PPD-PPB (20-21 Jan 2018 di Kepong atau 27-28 Jan di Ipoh)
        2) SKM secara PPT
        3) Sijil VTO (pengambilan hujung Feb/Mac)

    2. Maaf Syukri,

      Untuk jadi PP (Pegawai Penilai), anda perlu ada:
      1) Sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus 2 hari pada 6-7 Jan di Kepong Metro Prima, 8.30-5pm. RM360 termasuk makan/minum, sijil, nota & pengeposan sijil)
      2) SKM – 1 tahap lebih tinggi dari pelajar anda (boleh mohon secara PPT – Panduan Permohnan PPT)
      Yuran permohonan – RM300/setahap dibayar kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran – bank draf
      3) VTO – Pengambilan bulan Feb 2018, separa masa (hujung minggu) selama 3-4 bulan, diikuti oleh 6 bulan internship di Pusat Bertauliah pilihan anda.
      RM3,300 – RM3,500

      Sila muat turun borang yang berkaitan dari sini.
      Lepas isi, emel kembali ke ismarteducare@gmail.com.

  131. Hi Admin, saya ada SKM 4 dan Degree UTM, dah kerja 6 tahun, mana satu pilihan yg lebih sesuai kpd saya, boleg tau kan cara daftar dan yuran? terima kasih

        1. Vincent, jika anda nak jadi PP, ada 2 lagi sijil anda perlu ada.

          1) Induksi PP-PPD-PPB (6-7 Jan di Kepong, 8.30-5pm)
          Yuran: RM350

          2) VTO (Kursus separa masa hujung minggu selama 3-4 bulan, diikuti oleh internship 6 bulan di Pusat Bertauliah yg menawarkan program Teknologi Komputer)
          Yuran: RM3,300-3,500

      1. Bila boleh dapat keputusan dan pengambilan untuk vto bulan berapa? Saya tinggal di Pulau Pinang. Ada tak pengambilan untuk vto di Pulau Pinang. Jumlah pengambilan vto adalah terhad atau tidak terhad? Buat pembayaran selepas hantar borang permohonan atau selepas dapat keputusan?

  132. Assalamualaikum, saya nur amirah roslan. Saya pelajar ijazah sarjana muda dalam bidang grafik komunikasi di usm pulau pinang. Saya nak tanya adakah saya layak untuk mengambil kursus vto selepas saya tamat pengajian pada bulan mei 2019?

    1. Salam Nur, pertama sekali, kenalpasti bidang kemahiran anda dari sini (Daftar NOSS).

      Jika ada, anda boleh ambil kursus VTO namun anda cuma layak untuk jadi Pegawai Penilai (PP) untuk Tahap 4 atau 5 shj sebab anda tiada SKM. Jadi cuma boleh berkidmat sebagai PP di Pusat Bertauliah yg menawarkan bidang anda untuk Tahap 4&5 shj.

  133. salam,
    Saya berumur 37 dan pemegang Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara). Dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan selama 5 tahun di sekolah.

    1. Bolehkan saya mengambil VTO (untuk PP sahaja)?
    2. adakah yuran yang dikenekan perlu dibayar kesemuanya pada hari pendaftaran atau boleh membayar secara ansuran?
    3. Jika boleh membayar secara ansuran bolehkah saya mendaftar sebelum 30 Januari ini?
    4. Dimana kursus akan dijalankan? adakah di CIAST? kerana saya tinggal di Sg. Buloh?
    5. Boleh saya dapatkan nombor talian yang boleh dihubungi?

    1. Salam kemahiran Ajmali,

      1. Boleh
      2. Yuran boleh dibayar secara ansuran, RM500*7 bulan
      3. Pengambilan hujung Feb/Mac telah bermula, boleh daftar sekarang
      4. Kursus akan dijalankan di Kepong Metro Prima
      5. Boleh hubungi 012-3123430 (Melvin)

  134. Salam Admin,

    Saya ada diploma Business IT dan sekarang bekerja sbgai IT Program Coordinator di sebuah contact centre di KL.

    1) Sila terangkan NOSS mana sesuai untuk saya kerana ingin mengambil course yang berkaitan dengan pekerjaan saya sekarang.
    2) Berapa byk ansuran sy boleh buat?
    3) Berapa sy kena bayar bila daftar saja?
    4) Berapa lama sijil yg sy dpt itu valid? Perlu ke sy kena renew semula?

    1. Aliff,

      1) Anda kena rujuk kpd Daftar NOSS & beli dari JPK. Boleh rujuk dgn admin dulu kalau takda masa nak pergi beli kat JPK.
      Anda nak belajar kursus sepenuh masa program IT ke cuma nak mohon secara PPT (berdasarkan pengalaman kerja anda?)
      2) Jika anda tanya pasal VTO, bayaran ansuran 7 bulan, RM500 sekali
      3) RM500 (ansuran pertama dari 7)
      4) Sijil VTO tidak perlu diperbaharui buat masa ni.

  135. Salam admin..
    Saya ada SKM 123 teknology kimpalan dan ada diploma welding technology boleh tapi umur saya tahun ini 36 masih layak ka memohon…

  136. Assalam.. saya merupakn pembntu tadbir sektor pendidikn di sek rendah. Sy berminat untuk memasuki pembljarn atau kursus VTO. Sy mmpnyai penglaman kerja selama 7 thun. Sy juga mmpunyai ijazah human resource. Adakah sy layak?

    1. Nur, anda layak ambil dan boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) program FB-073-4:2012 (Pengurusan Perhubungan Pekerja-Majikan) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yang menawarkan program ini (jika ada). Syarat lantikan sebagai PP, selain sijil VTO ini, adalah sijil induksi PP-PPD-PPB (kursus 2 hari, terdekat 3-4 Mac ni) di Kepong.
      Anda dah bersedia belum?

  137. Salam, saya ada Diploma in Culinary Arts dan Bachelor Degree in Food Catering Management dari universiti swasta. Layakkah saya untuk mengambil kursus VTO? dan bagaimana prosesnya? Saya bekerja sekarag dan hanya boleh mengikuti kursus VTO secara separuh masa. Boleh tuan hantar keterangan lanjut ke email saya? Email saya kyleclancy2525@yahoo.com

  138. Salam…Sy sudah mengikuti vto secara ppt bersama ciast di sarawak pada hujung tahun 2016. Sehingga kini saya masih belum menerima sijil vto sy. Setelah disemak bersama pegawai jpk bahagian persijilan iaitu Puan Roslaili, sijil sy telah dipos pada Feb 2017 ke alamat SMK Belaga, Jalan Taman Tipung Tului, 96900 Belaga, Sarawak. Tetapi tidak sampai. Sy juga telah menghubungi Pejabat Pos Belaga dan Pejabat SMK Belaga untuk membuat semakan, dimaklumkan bhwa mereka tidak menerima apa2 pos laju yang telah dihantar atas nama saya. Apakah panduan untuk saya membuat semula sijil vto saya yang telah hilang?

    1. PERMOHONAN SIJIL HILANG

      Borang JPK/SG/H4 – Permohonan Sijil Hilang

      Surat Akuan Sumpah

      Dokumen Sokongan seperti berikut :
      Salinan Kad Pengenalan pemohon; dan
      Surat Akuan Sumpah; dan
      Salinan sijil asal; atau
      Borang Permohonan Pengeluaran Sijil; atau
      Portfolio yang disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

      Bayaran berjumlah RM 55.00 bagi setiap sijil di atas nama KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

      Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diterima

      Mana-mana permohonan yang tidak lengkap, tidak tepat atau tidak disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam panduan umum akan ditolak dan bayaran tidak akan dikembalikan

  139. Salam, saya ada Diploma Kejuruteraan Awam. Layakkah saya untuk mengambil kursus VTO? dan bagaimana prosesnya? Saya bekerja sekarag dan hanya boleh mengikuti kursus VTO secara separuh masa. Boleh tuan hantar keterangan lanjut ke email saya? Email saya mohd_adi3010@yahoo.com

    1. Salam kemahiran Adi, nak maklum balas anda, dah baca info yg diberi disini dan masih tak faham ke tak baca langsung? Maklum balas anda penting supaya admin tahu mana silapnya info/cara penyampaian tak jelas.

      “Bagi pemegang diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada sijil VTO, anda masih layak dilantik sebagai TENAGA PENGAJAR (bukan Pegawai Penilai).
      Jika ambil sijil VTO tapi tiada SKM, masih boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk Tahap 4/5.
      Namun, digalakkan mohon SKM secara PPT serentak (jika ada pengalaman kerja 3 tahun ke atas) supaya peluang kerjaya lebih luas (boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk Tahap 1 hingga 3 juga)”

  140. Boleh bantu saya untuk semak Sijil Induksi PPL saya ada dalam data CIAST atau tidak? Dan bagaimana hendak print out Sijil Induksi PPL berkenan?

  141. salam admin..maaf ggu..sy nk tanya…
    sy hanya ad spm..skrg btugas di sektor awam dlm kumpulan pelaksana lebih dari 3tahun dan tidak mmpunyai sebarang skm…bgaimanakah cara utk sy mhon skm dan vto tu?dan apakh pluang kerjaya y lebih baik utk sy jika mmiliki skm..sekian

        1. Fahmi, kalau kerja anda cuma sebagai petugas kaunter hadapan, ia tidak dapat dipersijilkan kerana tiada NOSS untuk kemahiran ini.
          Nampaknya anda kena ambil kursus di mana-mana Pusat Bertauliah JPK jika nak dapatkan SKM.

  142. salam saya akmal dari kedah , saya ada sijil kolej komuniti dan skrg saya belajar di politeknik , skrg pun saya tengah praktikal 15/4 baru hbis praktikal . habis praktikal saya nk mohon khusus vto ini dan saya berminat nak ambik khusus vto ni . adakah saya layak ?

    1. Ya Akmal, anda layak. Pengambilan sepenuh masa di Kedah adalah bulan Mei tapi sekarang cuma tinggal 2-3 tempat shj. Sila hubungi 012-3123430 cepat untuk daftar.

  143. assalamualaikum, sya mira dari perak. saya ada diploma vokasional malaysia dari kolej vokasional . bidang diploma pengurusan perniagaan . sya berminat untuk khusus vto ini . adakah saya layak ?

    1. Ya Mira, anda layak. Dah baca & faham apa beza pengajar dengan Pegawai Penilai (PP) kan?
      Dah tahu jika tiada SKM, cuma boleh jadi PP Tahap 4 sahaja kan?
      Kalau minat ambil kursus VTO, kat Ipoh ke?

      1. alhamdulillah , terima kasih atas jawapan. jika saya berminat mcm mna saya nak mohon ? saya tinggal di bagan serai, perak. dan ..
        Bila boleh dapat keputusan dan pengambilan untuk vto bulan berapa?
        Ada tak pengambilan untuk vto di tempat yang berdekatan. Jumlah pengambilan vto adalah terhad atau tidak terhad?

        1. Pagi Mira, pengambilan VTO di Ipoh masih dalam perancangan kerana ada permintaan tapi tak cukup pengajar sekarang.
          Jika di KL, dijangka pengambilan bulan Mei/Jun

  144. Assalamualaikum, boleh ke pekerja asing yang mempunyai pengalaman dan menetap di Malaysia memohon PPT secara persendirian?atau pun dia perlu melalui PB-PPT?

    1. En Kamil, bagi pemohon bukan warga negara yang bekerja di Malaysia hendaklah mematuhi syarat-syarat tambahan seperti berikut:

      i. Mengemukakan permohonan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh permit kerja;
      ii. Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah;
      iii. Memiliki permit kerja atau pas yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
      iv. Sedang bekerja di mana-mana syarikat yang sedang beroperasi dan berdaftar di Malaysia;
      v. Telah bermastautin melebihi tempoh dua (2) tahun di Malaysia secara berterusan; dan
      vi. Segala urusan permohonan, kaunseling dan penilaian menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dan dilaksanakan di Malaysia.

  145. Salam admin.. Saya ada jurusan diploma seni reka fesyen dah pakaian..dan berkerja dalam bidang fesyen selama 8 tahun.. Adekah saya layak unyuk memohon menjadi tenaga pengajar? Ataupun pegawai penilaian?

  146. Assalamualaikum. Saya Saifullah dari Sabah. Saya memiliki Diploma Kejuruteraan Elektronik dpd Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Skrng bekerja sbg technician ATM dah dua tahun. Saya ada beberapa soalan.

    1. Adakah kursus VTO yang ditawarkan di Sabah? Boleh nyatakan area mana and ada bila ada pengambilan terkini.

    2. Saya tak ada SKM. Layakkah saya mengikuti kursus ini?

    3. Apa perbezaan VTO dengan CIAST? Kalau utk dah bekerja sprti sya, which one better?

    4. Ada tak biasiswa / pinjaman yang bole disyorkan utk mengikuti kursus VTO ni?

    Terima kasih.

    1. Saifullah, sila hubungi JPK Wilayah Sabah, mungkin ada ditawarkan oleh mereka secara percuma melalui kampus satelit CIAST.
      Anda kena ada SKM untuk dilantik sebagai PP.
      Ada persoalan lanjut, sila tanya kpd JPK Wilayah Sabah

  147. salam. sya nk tnya. klau ambil kursus vto di pusat yang tidak berdaftar di bawah jpk boleh ke?? sbb tgk bnyk jer pusat yg tak berdaftar tapi tenaga pengajar dah diiktiraflah.

    pusat mcm ni menawarkan kursus vto dan mereka akan bntu utk lulus audit dgn jpk slps kelas dan internship.

    mohon penjelasan.

    1. Pagi Saiful, jika Pusat tak berdaftar untuk program VTO, tenaga pengajarnya adalah tidak diiktiraf.
      Ini mungkin isu sewa nama PP kpd pusat yg tak berdaftar ni.
      Anda harus berhati-hati, telah ada 1 atau mungkin lebih Pusat sebegini yang telah dibekukan & disiasat oleh JPK kerana melanggar peraturan.

  148. Assalamualaikum, saya mempunyai sijil kulinari dari kolej komuniti, pengalaman kerja tidak sampai setahun. saya berminat nak ambil kursus vto. Adakah saya layak memohon?

    1. Nurul, baik anda bekerja dulu sebab anda tiada sijil SKM.
      Lantikan sebagai Pegawai Penilai (PP) nanti memerlukan:
      1) Sijil induksi PP-PPD
      2) Sijil SKM 3 ke atas (perlu 3 tahun pengalaman kerja untuk mohon SKM secara PPT)
      3) Sijil VTO

  149. salam nak tanya berapa peratusan lulusan vto ciast mendapat pekerjaan & adakah pihak ciast membantu dalam mendapatkan pekerjaan, t.kasih

  150. Salam sejahtera, boleh ka sijil City & Guild dan pengalaman 2 tahun dalam bidang masih boleh ambil kursus VTO ka?

    1. Boleh Jerrod, namun anda kena mohon SKM secara PPT kerana sijil C&G tak diiktiraf sebagai salah 1 syarat lantikan sebagai Pegawai Penilai (PP) nanti.
      Juga, anda kena ikuti kursus induksi PP-PPD bulan Julai (7-8) nanti.

  151. Selamat pagi. Saya mempunyai diploma food technology dan degree in foodservice management (science) dari Uitm. Saya ada pengalaman bekerja dalam industri retail selama lebih setahun setengah dalam pengkhususan food safety hygiene. Adakah saya masih layak untuk mengambil kursus vto?

    1. Pagi Syairah, disebabkan anda tiada SKM dan pengalaman kerja tak cukup (min 3 tahun untuk mohon Tahap 2 & 3 secara PPT), anda cuma boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) untuk Tahap 4 & 5 shj (Tahap 2 & 3 tak boleh sebab takda SKM) dengan Ijazah foodservice management anda (itupun kalau ada bidang NOSS berkaitan).
      Jadi, nak ambil kursus VTO tu masih layak. Anda di negeri mana?

    1. Pagi Syamsul, pertama sekali, sila mohon SKM secara PPT sebab tanpa SKM, tiada gunanya sijil VTO sebab syarat lantikan sebagai Pegawai Penilai (PP) kena ada:
      1) Sijil induksi PP-PPD
      2) Sijil SKM bidang kemahiran anda
      3) Sijil VTO

      Jadi, anda boleh mohon VTO juga tapi pada masa yang sama, ambil juga SKM & sijil induksi PP-PPD.
      Anda kat negeri mana?

  152. Salam. Saya memiliki SKM lv 2 dan lv3 dan sedang dalam proses DKM/DLKM bidang IETS. Bolehkah dalam masa yang sama memohon untuk membuat VTO. Mohon pencerahan.

  153. Salam sejahtera, Saya ada SKM tahap 2 dan 3 dalam bidang Komputer (Sistem) dan sekarang sudah berkerja dalam sektor swasta selama 9 tahun lebih. Soalan saya, kursus diperingkat apa yang sesuai untuk saya ambil? VTO atau sebaliknya? terima kasih untuk respon.

    1. Salam kemahiran Ahmad, bergantung kpd apa yg anda ingini.
      Jika nak jadi pegawai penilai@pengajar, kena ada sijil induksi PP-PPD & VTO.
      Jika nak jadi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – mengesah penilaian dalaman/pemeriksa peperiksaan akhir di Pusat Bertauliah JPK/menjadi panel lawatan pentauliahan/pembaharuan PB (elaun RM200 sehairi + tambang perjalanan/lojing jika berkenaan), perlu ikuti kursus induksi PP-PPD & PPL.
      Jika nak jadi PP-PPT (Pegawai Penilai untuk sistem PPT), perlu ikuti kursus induksi PP-PPT.

      Sila rujuk sini jadual kursus yang akan datang – https://tvetmaster.com/our-services/

  154. Assalamulaikum, saya nak tanya. amik krusus VTO ini adakah ikut bidang yg kita ajar ? atau random? contoh, saya mengajar dalam bidang visual effect & photographer. Adakah saya amik krusus VTO dalam bidang yg saya mengajar? dan andaikata, lepas saya ada sijil VTO boleh saya tukar utk ajar course lain selain visual effect&photographer?

    Terima Kasih.

    1. VTO adalah untuk semua bidang (generik).
      Anda boleh jadi Pegawai Penilai untuk bidang lain selain kelayakan SKM anda cth: visual effect&photographer asalkan anda ada SKM dalam bidang kemahiran yang lain.

  155. Assalamualaikum. Saya Nabilah, pemegang sijil Aplikasi Perisian Komputer (Kolej Komuniti) dari tahun 2013-2014. Dan pada tahun 2016, saya melanjutkan pelajaran di Politeknik, Diploma Pengaturcaan. Sekarang saya sedang menjalani praktikal untuk menghabiskan Diploma Pengaturcaraan saya, akan habis pada 16 November 2018. Layak ke untuk saya memohon sijil vto

    1. Pagi Nor, ya, anda layak. Cuma perlu tunggu habis praktikal dulu.
      Sila baca secara terperinci laman ini untuk buat keputusan samada anda nak mohon SKM ke tidak (tapi perlu pengalaman kerja)

  156. Salam sy nk tnya…
    Salam saya asri…saya belum ade sijil skm tahap 3 ni tapi ade diploma vokasional malaysia…boleh ke?

    1. Salam kemahiran Asri, anda boleh mohon tapi pada masa yg sama, baik mohon SKM hingga tahap 3 sebab perlantikan sebagai Pegawai Penilai (PP) perlu ada:

      1) Sijil induksi PP-PPD-PPB
      2) Sijil SKM atau Diploma/Ijazah (cuma layak jadi PP tahap 4/5 shj)
      3) Sijil VTO

  157. salam nk tanye ,saye daa mohon ciast tapi tak dpt sbb saye tak buat pengesahan cop/tandatangan utk sijil..macam mana nk buat rayuan ? apa jee yg kena ad ? ataupon kena call or macam mana?

  158. assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang kemasukan VTO pada bulan ogos ini. ada borang yg kami perlukan ke untuk kemasukan itu? dan untuk pengetahuan admin, saya baru lepasan spm 2017 dan mempunyai skm tahap 2 juru estetik. jadi saya lulus atau tidak untuk kemasukan ini?

    1. Murni, anda layak. Borang permohonan boleh dimuat dari laman ni.
      Lepas isi, emel ke ismarteducare @ gmail.com

  159. Salam, saya berminat menjadi pengajar, saya pernah ada DKM level 4/5 dalam Teknologi Komputer, dan kini saya sudah 5-6 tahun bekerja dalam bidang pendidikan swasta (ajar perniagaan). Bagaimana saya boleh jadi pengajar?

    Saya sebenarnya terlepas sesi temuduga Ciast (salah baca SMS), jadi di manakah saya boleh apply? Terima kasih

    1. Salam Mohd Izzat, kalau nak PERCUMA, cuma CIAST shj (20-35 tahun) yg boleh anda cuba.
      Kursus adalah sepenuh masa di sana. Poilteknik tidak menawarkan kursus VTO, jadi, semuanya di CIAST.
      Kalau gagal diterima oleh CIAST setelah cuba, kena belajar di PB swasta pula (berbayar), bergantung mana anda tinggal.

      1. Salam! Ok mohon lebih pencerahan jika tak keberatan:

        1. Adakah laman web https://online.mohe.gov.my/upu/skills/ adalah tempat untuk memohon VTO?

        2. Jika ya, adakah saya kena daftar & pergi interview di CIAST sahaja untuk masuk ke kursus VTO di CIAST?

        3. Atau interview mana-mana tempat yang disenaraikan pun akan dibawa ke CIAST juga? Contohnya adakah interview di Politeknik akan pergi ke CIAST untuk belajar ke? Atau jadi pengajar under Politeknik?

        terima kasih.

        1. Mohd Izzat, sila hubungi nombor CIAST untuk segala urusan yang berkaitan dengan CIAST.

          Kami hanya mengendalikan pengambilan VTO ke Pusat Bertauliah swasta (berbayar)

    1. Maaf Suhaili, anda kena kerja selama 3 tahun dulu supaya ada pengalaman kerja untuk mohon SKM3 bidang kemahiran anda secara PPT. Lepas tu baru mohon ambil VTO.

  160. GREETING TO ADMIN, GOOD EVENING

    I AM RANJANSHARMA, 24. CURRENTLY PURSUING VOCATIONAL TRAINING OFFICER.
    I HAVE TWO MORE WEEKS TO COMPLETE MY INTERN. I HAVE QUESTION ON REAL PP.

    1) I HAVE COMPLETED SKM2&3, DKM. I HAVE NO IDEA HOW MUCH SHOULD I ASK FOR THE SALARY.

    2) WHAT IS NO.KEAHLIAN?

    THANK YOU ADMIN.

    1. Setakat tahun ni masih boleh, mulai 1/1/19 kena ada SKM3 dulu.
      Sila baca Pekeliling ni yang ada kat laman ni – Makluman kuatkuasa SKM T3 untuk ikuti VTO – Mulai 1/1/19, WAJIB ada SKM3 baru boleh daftar program VTO

  161. Hi Admin,

    Saya graduan ijazah Kursus Sains Makanan dan Pemakanan tahun 2013, mempunyai pengalaman bekerja sehingga sekarang di sektor swasta, saya juga merupakan tenaga pengajar Kursus Latihan Pengendali Makanan. Saya dah baca keseluruhan info yang admin berikan, tetapi saya kurang jelas akan beza

    1. Apa itu VTO dan bagaimana peluang pekerjaan di sektor awam?
    2. Apa itu PPT?
    3. Dengan kelayakan saya, apa yang perlu saya lakukan jika saya ingin menjadi tenaga pengajar di sektor awam?
    4. Beza pegawai penilai dan tenaga pengajar, juga dari segi prosedur yang perlu bagi kedua-dua jawatan.

    Jika tidak keberatan, mohon admin untuk membuat maklumbalas di email saya
    fanyzahar@gmail.com

    1. Salam Nur, kalau betul-betul dah baca keseluruhan info tapi masih kurang jelas, sila hubungi admin di 012-3123430 sebab emel pun takkan faham juga.

  162. admin.. saya ada skm tahap 2 dan pengalaman keje di sektor swasta >>7tahun.. adakah saya layak untuk memohon vto dalam tahun ini?? Macam mana cara-cara nya?

  163. Hello, adakah bidang perakaunan dianggap sebagai satu kemahiran.
    Berminat utk ambil vto ini. (mempunyai diploma perakaunan daripada uitm dan sdh pjj bagi degree akaun uitm dan mempunyai pengalaman bekerja dalam bdg akaun selama dua tahun)

    1. Ya Raz, SKM3 bidang perakaunan akan melayakkan calon jadi kerani akaun.
      Jadi, memandangkan anda dah ada degree akaun serta pengalaman kerja, bolehlah mohon SKM akaun secara PPT

      Anda di negeri mana?

  164. Hi admin, saya ada soalan adakah saya berkelayakan untuk menjalani kursus vto skrg, saya mempunyai sijil smv, dan diploma perkhidmatan makanan (Amalan Halal). terima kasih.

    1. Maaf lambat balas Nurul, anda kena ambil SKM3 bidang kemahiran anda (sila rujuk Daftar NOSS – muat turun dari http://www.jpkmalaysia.com/noss/ untuk mencari kod NOSS anda) secara PPT (www.jpkmalaysia.com/skm/) jika ada pengalaman kerja yg berkaitan. Lepas tu baru boleh mohon VTO

  165. Hi admin saya ingin bertanya , sekarang saya sedang bekerja di sebuah kolej komuniti sebagai pekerja kontrak, sekiranya saya ingin mengikuti VTO ini pada tahun depan, adakah saya berkelayakkan , saya mempunyai sijil SMV serta Diploma Perkhidmatan Makanan (Amalan Halal) .

    1. Salam kemahiran Nurul, mulai 1/1/19, pra-syarat VTO adalah SKM3.
      Jadi, anda digalakkan mohon SKM (mengikut bidang pengalaman kerja anda) secara PPT sekarang supaya bila nak ambil VTO nanti takda masalah.

  166. Salam. Adakah VTO hanya khusus kepada satu bidang sahaja ? Saya ada DKM business management dan SKM tahap 2 fashion and dressmaking. Saya lebih minat kearah fashion and dressmaking. Boleh kah saya mohon VTO ?

    1. Salam kemahiran Atiqa, VTO adalah umum, guna pakai untuk semua bidang.
      Ya, anda layak mohon VTO sekarang. Anda kat negeri mana?

  167. salam admin, saya iffah. saya merupakan pelajar kolej vokasional. segala syarat kemasukan vto dari segi lulus bm & sej dan dkm ..saya memperolehi.. saya baru sahaja lepas grad dalam bidang pengurusan perniagaan. tapi saya masih belum menerima sijil dkm tersebut dari pihak kolej. masih dalam tempoh menunggu .. boleh ke saya mohon vto ?

  168. Hi, admin
    Saya ada ijazah dalam bidang marine. dan telah berkerja selama 3tahun. adakah saya layak mengikuti kursus vto bagi kursus separa masa? boleh saya thu VTO training centre berhampiran dengan saya, di cheras.

    1. Hi Azi, anda layak untuk ikuti kursus VTO separa masa kalau sempat daftar tahun ni sahaja sebab mulai 1/1/19, pra-syarat kemasukkan program VTO adalah SKM3 bidang kemahiran anda.https://tvetmaster.com/vto/

      Sekarang tinggal 1-2 tempat sahaja untuk pengambilan VTO di Kolej New Era, Kajang yang bakal mula kelas 18/11/18. Siapa cepat daftar (dgn bayaran), siapalah dapat.

      PS: Pastikan anda tahu juga mana nak jalankan internship anda – Pusat Bertauliah/Pusat latihan SLDN bidang marine (praktikal mengajar selama 6 bulan selepas kursus teori 360 jam – 6 bulan separa masa).

      Muat Turun Borang Permohonan Di Sini
      Yuran kursus serta butiran bayaran juga ada di pautan ini.

  169. Salam admin . Selepas saya habis pengajian di Ciast , ke mana hala tuju saya ye ? Di manakah saya boleh memohon kerja dlm bidang kursus kimpalan ?

  170. Pertanyaan berkaitan Kelayakan yg sesuai secara pencapaian Terdahulu.

    Jika saya berpengalaman mengajar di sekolah/ isntitusi seperti Politeknik selama11 Tahun dalam bidang dan pada masa yang sama mempunyai Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan

    serta telah melalui kenaikan pangkat ke Gred 48. Adakah layak utk DKM?

    1. Helley, maksud anda VTE (Level 4 untuk program pengajar kemahiran) ataupun DKM bidang kemahiran anda?
      Jika Ijazah Sarjan Muda anda tu bidang kemahiran/kejuruteraan, ia adalah setara dengan VTO dan anda layak mohon untuk VTE.
      Tapi untuk DKM bidang kemahiran anda tu, saya pun tak berapa pasti sebab rasanya perlu ada pengalaman industri, bukan mengajar.

      Hujung minggu ni ada sesi induksi PP-PPT, nanti admin tanyakan 🙂

  171. hi admin,
    saya sudah ada tahap 3 skm automotif, sijil induksi pp,ppd,ppb, sijil induksi sldn, coach sldn, pengajar sldn. sekarang ni saya tenaga pengajar di sebuah kolej swasta. pengalaman saya 15 tahun dalam bidang automotif dan saya menjadi tenaga pengajar 5 tahun. Saya tiada VTO, saya sudah ada bengkel sendiri dan bengkel saya telah didaftarkan dengan jpk (syarikat kerjasama). saya nak ambil vto dalam jangka masa pendek ada x, sekarang ni saya buat ppt dalam jurusan servis diagnostik – kenderaan ringan.

    1. Hi Zuhaily, anda memang layak mohon VTO secara PPT berdasarkan pengalaman mengajar bidang automotif anda selama 5 tahun tu. Tak perlu berkursus, kecualilah anda ingin belajar cara pembangunan WIM ataupun CU tertentu yang anda rasa tak begitu yakin/lengkap.

      Dengan pengalaman anda tu, layak juga daftar sebagai Pakar Industri Negara (sila Google DPIN).
      Min syorkan anda ikuti kursus induksi PP-PPT & PPL (>10 tahun pengalaman industri) supaya anda ada rezeki tambahan sebagai PP-PPT & PPL.
      Sila rujuk jadual induksi tahun 2019

  172. Salam admin, sy ada sijil IKM penyamanan udara dan pengalaman kerja sy lebih kurang 4tahun. Bolehkah sy mohon VTO? Atau kena ada SKM T3?

  173. Salam kemahiran admin, nak tnya, sy ada skm tahap 2 kulinari, dn bcdg nk smbung skm tahap 3 tapi tak tahu pusat pmbljrn untuk smbung. Mohon bantuan. Tq admin

  174. 1. Pengalaman kerja bersama PB selama 8 tahun. (Dalam Pentadbiran dan PP).

    2. Freelance (Pengajar) selama 9 tahun.

    Bolehkah saya mengambil VTO? Saya hanya memiliki SKM Tahap 2 melalui kaedah PPT.

    Dalam perancangan mengambil tahap 2, 3 dan DLKM untuk kaedah PPT.

  175. Assalamualaikum admin, saya lepasan pelajar daripada Kolej Vokasional dan mempunyai Diploma Vokasional Malaysia serta berpengalaman kerja tidak sampai setahun. Adakah saya layak untuk memohon VTO ini dan adakah saya dapat peluang yang besar untuk menjadi tenaga pengajar.

  176. saya mempunyai diploma kemahiran malaysia(tahap4) tetapi saya telah bekerja lain dari bidang yang saya telah pelajari..dan semasa baru habis (freshgrad) saya tidak dapat menyambung terus (vto) kerana masalah peribadi,,,dan sekarang saya berminat utk ambik vto…adakah masih boleh??? kerana saya habis dlm 2011 ,,agak lama tempoh masa tu.jadi bagaimana cara utk membolehkan saya untuk mengambil kursus vto tersebut.

  177. ada SKM 2,3, DKM D060-4 Sistem Maklumat dan Sijil Induksi PP, PPD, PPB.
    Pengelaman mengajar 8 tahun. Guru ICT lembaga sekolah.
    tapi sijil VTO belum ada. layak ka untuk ambil PPT? Area Kota kinabalu.

  178. Saya ada SKM 2,3, DKM D060-4 Sistem Maklumat dan Sijil Induksi PP, PPD, PPB.
    Pengelaman mengajar 8 tahun. Guru ICT lembaga sekolah.
    tapi sijil VTO belum ada. layak ka untuk ambil PPT? Area Kota kinabalu.

  179. Selamat sejahtera tuan/puan,

    Nama saya ialah Leela A/P Guna sekaran. Saya seorang pelajar kolej programnya sijil rekabentuk dan pembuatan perabot. Saya berminat menjadi pensyarah rekabentuk dan pembuatan perabot pada masa depan saya. Boleh tak saya membuat diploma pengajar vokasional?

    1. Leela, untuk mengajar & menilai di Pusat Bertauliah JPK, anda WAJIB ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 3 ke atas (termasuk Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia) serta sijil pengajar vokasional (VTO).

      Jadi, pastikan sijil rekabentuk dan pembuatan perabot tu bertaraf SKM

  180. as salam admin.

    mohon bantuan maklumat untuk sambung skm tahap 3 separuh masa (jika ada yang percuma di utamakan). bidang pembuatan cad/cam atau yang berkaitan.

  181. Saya memiliki sijil VTO A908877 pada tarikh 19/10/2016 tapi sijil tersebut telah hilang dan saya tiada salinan. Bagaimana saya boleh dapatkan kembali salinan sijil VTO.

  182. sy farhana dr sabah.. sy bekas graduan kv tahun 2017 dan mmpunyai DKM seni kulinari (thap 4) dan sudah mmpunyai ppt (single tier) sy ingin b’tnya adakah sy boleh trus mmohon vto?

  183. Assalamualaikum saya nak bertanye kalau saya x dapat pangilan temuduga tu macam mana yew

    1. Kalau tak dapat panggilan dari CIAST dan masih minat nak jadi pengajar kemahiran@ambil VTO, kenalah cari PB swasta. Anda tinggal mana?

  184. Salam, nk tanya. Ada degree in hotel management tetpi pngalaman di bidang perbankan 15 tahun. Bolehkah memohon sijil pengajar vokasional ini?

  185. Selamat sejahtera Admin. Saya seorg guru matematik di kolej vokasional. Baru dilantik menjadi Timb. Pengarah(TP)@Penolong Kanan(PK). Telah mengajar selama 23 tahun dan tiada sijil SKM. Sebagai TP@PK, Perlukah saya memiliki sijil VTO ? Terima kasih.

    1. Pagi En Kamil, sebagai TP, tak perlu ada sijil VTO.
      Sijil VTO cuma WAJIB untuk pegawai penilai (biasanya pengajar kemahiran juga) untuk bidang NOSS yg berkenaan.
      Namun, sebagai TP, digalakkan ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB untuk memahami sistem persijilan kemahiran Malaysia.

      Sesi terdekat pada 4-5 Mei di Pudu, KL.

  186. Selamat sejahtera admin. Saya seorang pembantu perikanan berkhidmat di universiti Awam selama 4 tahun. Saya juga membantu pensyarah dalam teknikal bagi amali pelajar mengikuti bidang kemahiran saya. Saya bekas pelajar yang mengambil SKM Tahap 3 dan saya sekarang sedang mengambil diploma secara PPT. Boleh ke saya ambik VTO secara PPT kerana saya sibuk dengan pengajaran teknikal oleh itu saya tidak boleh ambik cuti sepenuhnya.

    1. Boleh Haikal, sekiranya anda cukup bukti untuk setiap CU & Work Activities (WA) untuk program VTO.
      Pertama sekali, beli NOSS VTO untuk RM20 & kaji CU serta WA nya.

  187. saya mempunyai diploma jurusan sains komputer dan rangkaian dari universiti adakah saya layak memohon untuk mendapat latihan sebagai tenaga pengajar?

    1. Salam Ahmad, seperti yang dinyatakan

      “TENAGA PENGAJAR TIDAK SEMESTINYA PEGAWAI PENILAI.
      Jadi, jika anda sekadar ingin menjadi pengajar, adalah TIDAK WAJIB untuk dapatkan sijil VTO. Namun, peluang mengajar adalah lebih tipis berbanding dengan pengajar yang ada VTO.Mengapa begitu? Ini disebabkan pemegang sijil VTO (bersama SKM/Diploma/Ijazah kemahiran & sijil induksi PP-PPD-PPB) bukan sahaja boleh jadi pengajar tetapi juga dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP), personel yang AMAT DIPERLUKAN OLEH SETIAP Pusat Bertauliah, tak kira swasta ke awam”

      Jadi, jika nak jadi Pegawai Penilai, anda perlu ada SKM3 & VTO, selain sijil induksi PP-PPD.

  188. hai admin.. saya sedang mangambil ijazah sarjana muda sains senibina di ipta tempatan. saya berminat nak jadi (pegawai penilai) di vokasional @ institut kemahiran.. tapi saya tidak memiliki apa2 sijil berkaitan SKM. bolehkah saya memohon VTO dengan hanya menggunakan degree yang ada?.. sebab new requirement untk VTO wajib ada SKM 3. then boleh ka selepas tamat belajar saya direct pohon untuk jadi tenaga pengajar (bukan pegawai penilai) tanpa pengalaman kerja dalam industri?

    1. Shaffieq, jika nak jadi PP, memang kena ada sijil VTO dan untuk ambil VTO, memang kena ada SKM3 sekarang.
      Jika sekadar jadi tenaga pengajar, tak kira ada pengalaman kerja ke tidak, boleh asalkan pusat latihan rasa anda layak. Tetapi lebih baik jika ada pengalaman industri dan juga jika ada sijil VTO, peluang diambil mengajar di KV atau pusat latihan bertauliah JPK adalah lebih tinggi.

  189. oww… jadi kiranya saya kena ambik skm3 lagi la yer?…tapi apa beza antara pegawai penilai dgn tenaga pengajar?

  190. hai admin, saya memiliki diploma dan ijazah kejuruteraan teknologi bidang elektrikal. Bagaimana boleh saya mohon VTO kerana berminat untuk menjadi tenaga pengajar bidang kemahiran. Pengalaman kerja sudah 2 tahun. Ada program secara separa masa ke?atau saya tidak layak memohon.

    1. Hi Masrizal, saya cadangkan anda belajar program elektrik, SKM2&3 secara separa masa ataupun kerja setahun lagi & kumpulkan pengalaman kerja minimum (3 tahun) serta bukti untuk mohon SKM3 secara PPT.

      Anda patut beli NOSS elekrikal dulu untuk kenal pasti bukti ketrampilan yg perlu dikumpul (sekiranya ingin mohon SKM secara PPT).

      Bila dah ada SKM3 barulah layak mohon VTO.

  191. Admin..saya memiliki diploma mechanical engineering dari politeknik..sekarang dah berkerja 3tahun lebih
    .saya berminat untuk mengikuti kursus vto..adakah saya layak untuk mengikuti kursus ???

    1. Maaf Mohd Saip, seperti yg dinyatakan dengan jelas, anda perlu ada SKM3 dulu.
      Memandangkan anda sudah ada pengalaman kerja 3 tahun lebih, boleh mohon SKM3 secara PPT.
      Bila dah dapat SKM3 baru boleh mohon ikuti VTO

    1. Hi Jan, jangka pendek takda tapi separa masa. Itupun tak dapat laksanakan lagi kerana tak cukup personel.

  192. admin, nak tanya lagi. adtec bintulu sarawak ada tak kursus VTO separa masa?
    btw boleh tak minta email admin untuk further pertanyaan.

    1. Maaf, semua kampus satelit CIAST cuma jalankan sepenuh masa.
      Nak separa masa kena belajar di PB swasta

  193. Assalamualaikum, saya nak tanya, di Ciast kursus apa yg ditawarkan ya? saya dah bukak website ciast, tapi tak boleh. Terima kasih

  194. hai min, sy mempunyai degree, master dalam pengurusan pejabat (pengurusan perniagaan). pengalaman kerja 2/3 tahun namun tiada slip gaji. sy berminat nk jd tenaga pengajar bidang tvet. tp tiada sijil skm3. mengikut apa yang sy baca.sy x layak utk ambik vto. sy tiada diploma. ( dulu diploma fast-track 1/12 tahun di uitm terus dpt sambung degree)

    jd kalau perlu sy ambil skm3. kena ambil di mana? berapa lama tempoh belajar dan kos berapa?

  195. saya berminat untuk mgambil vto melalui ppt tetapi x tahu cara memohon
    blh rujuk kepada siapa yang berkaitan perkara diatas

  196. Saya ade skm tahap 3 dalam bidang penyedian makanan . Boleh ke saya ikut kursus vto ni ? Dan macam mane cara daftar vto ye ?

  197. maaf bertanya, saya baru sahaja habis pengajian diploma perakuanan kolej vokasional dan mengambil skm3 ttapi sijil belum lagi dikeluarkan. adakah saya layak untuk mengambil VTO?

  198. Saya baru sahaja tamat pratikal dalam kursus Diploma Seni Pastri. Adakah saya layak untuk memohan program ini?

    1. Syazana, Diploma Seni Pastri anda tu MQA kan?
      Kalau ya, anda tak layak ambil VTO lagi sebab perlu syarat SKM3 dan selain belajar di Pusat Bertauliah JPK, anda juga boleh mohon secara PPT bila dah ada pengalaman kerja selama 3 tahun ke atas.

  199. Maaf, saya ada DKM LEVEL 4 didalam bidang kejuruteraan kimpalan bolehkah saya apply untuk jadi tenaga pengajar.?

        1. Kalau sekadar tenaga pengajar, tiada syarat tambahan seperti VTO & induksi PP-PPD, dimana ia wajib untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai.
          Tapi kalau ada VTO peluang lebih tinggi untuk diserap bekerja.

        1. Nur, telah dijelaskan dalam Page ni, beza antara tenaga pengajar dengan pegawai penilai.
          Kalau masih tak faham, sila hubungi min di 012-3123430

  200. Salam, saya fresh graduate dari Kolej Vokasional dan mempunyai SKM tahap 4 tapi saya cuma ada SPM bahasa melayu sahaja . Adakah saya layak memohon ?

  201. Hi admin, sy mempunyai pw4 institute kemahiran mara, tetapi sy bekerja dlm Hotel industrial selama 15 tahun. Bolehkah sy mengambil vto secara ppt secara separa masa? Dan bagaimanakah cara ya?

        1. Takpa, boleh juga mohon secara PPT tapi bukan bidang elektrikal, bidang hotel (sila rujuk Daftar NOSS untuk kenal pasti bidang NOSS yang anda rasa berkait rapat dengan pengalaman kerja anda)

  202. Saya berminat untuk menyertai kursus VTO bahagian awal kanak², bidang pendidikan awal kanak² boleh menyertai kursus VTO x?

  203. hi admin..saya nak tanya sy mempunyai diploma dan ijazah dalam elektrikal..sy fresh graduate..boleh kah saya mohon ciast untuk menjadi tenaga pengajar sahaja?adakah saya perlu ambil vto..

      1. Assalamualaikum saya fresh graduate diploma Vocational dlm bidang business admin, boleh ke saya mohon VTO cause kos saya soft skills tak byk kemahiran. Ada apa2 cadangan yg terbaik tak, tq admin

        1. Pagi Noor, maksudnya anda takda SKM3 kan? Cadang anda kerja dalam bidang pengurusan pejabat selama 3 tahun dulu, lepas tu mohon SKM3 secara PPT. Lepas tu baru layak nak mohon VTO.

  204. hi , saya lepasan kolej vokasional dlm bidang penyejukan , sijil skm 4 sy dalam bulan march 2020 , berminat utk VTO , mohon guide bagaimana , dan adakah panduan utk pembiayaan sekiranya sy kurang modal.tq

  205. Salam hi boleh ke lepasan kolej vokasional untuk membuat vto sebab saya akan graduate tahun ni dan saya bercadang tahun depan sambung untuk membuat vto dan adakah selepas mendapat vto saya terus boleh berkerja sebagai tenaga pengajar dimana ii kolej,mohon penjelasan admin terima kasih

    1. Hi Ahmad, boleh sekiranya ada SKM3 ke atas.
      Peluang pekerjaan adalah bergantung kepada kolej masing-masing, ada ruang, adalah peluang.
      Dengan adanya SKM3/DKM, VTO & sijil induksi PP-PPD-PPB, anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai bidang kemahiran anda.

  206. salam saya nak tanya saya lepasan kolej vokasional dan mempunyai DKM Kesetiausahaan Pentadbiran dan juga mempunyai pengalam kerja dalam bidang pentadbiran 2 tahun. bolehkah saye memohon ? di mana akan ditempatkan untuk latihan vto ? ada kursus untuk separuh masa tak ?

    1. Hi Rasyidah, anda boleh sambung VTO dengan DKM.
      Latihan VTO teori adalah di Kepong (separa masa), internship 6 bulan pula di Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan SKM/DKM Kesetiausahaan Pentadbiran

  207. Sy telah 5 tahun mengajar dlm bidang tvet d sebuah private institut di bangi, , adakah kursus vto ini ditawarkan secara part time dan bila ?

  208. Assalamualaikum wmt, saya berminat kursus VTO, saya Ada SKM 3 Bekam
    Macam mana cara utk Mohon, saya dari Jitra, Kedah…
    Terima Kasih

  209. Salam, saya baru tahu VTO ni, saya nak apply VTO, tapi saya tak tahu dengan siapa berkaitan langkah-langkah nak ambil VTO. Boleh admin tolong saya tak? ni number HP saya 0122854653.

  210. Admin, saya berpindah alamat, manakala sijil VTO sy diposkan ke alamat lama. Boleh sy dapatkan sijil VTO saya semula?

  211. Hi, admin. Saya dh ada diploma kemahiran malaysiai(DKM) TECHNOLOGY ELECTRONIK. kalau saya nk ambil VTO boleh kaa ? Mcm mana caranya ?

      1. Assalamualaikum admin sy nk tnya sy ada DKM kod noss fb-025-4:2012 & sy baru shj hbis DLKM kod noss fb-025-5-2012, dlm bidang pengurusan pentadbiran,blh ke sy mohon menjadi PP/PPL/TP sbb sy minat sy ingin menjadi pengajar..mohon pencerahan admin…tq

  212. Assalamualaikum & Hi Admin,

    Saya mahu bertanya, saya mempunyai DKM lepasan Kolej Vokasional dalam bidang pengurusan pertadbiran, dan mempunyai pengalaman 4 tahun dalam bidang tersebut, dan sekarang saya sedangkan menyambung pelajaran secara PJJ dalam bidang office system management, bagaimanakah proses saya untuk menjadi tenaga pengajar bagi bidang saya? mohon pencerahan dari cik admin untuk membantu saya :). Terima kasih.

  213. Hi admin, saya bekas pelajar KV dalam bidang fesyen dan mempunyai DKM, dan sekarang ni saya ada ijazah pendidikan tapi bukan dalam bidang kemahiran, katakan saya nak ambil sijil VTO adakah saya layak? Ataupun adakah saya layak untuk memohon bekerja sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran tanpa sijil VTO?

    1. Najwa, anda layak mohon VTO sebab dah ada DKM. Juga layak untuk jadi tenaga pengajar tanpa VTO, seperti yang telah diterangkan dalam laman ini.

      Persoalannya, pusat latihan kemahiran bertauliah JPK ada pembukaan untuk jawatan Pegawai Penilai (WAJIB ada VTO) ataupun tenaga pengajar sahaja?
      Min berpendapat peluang adalah lebih luas dengan adanya sijil VTO.

      Najwa tinggal mana?

  214. Untuk intake Sept/Okt di area Johor Bahru masih ada kekosongan ke? Boleh emel kepada saya maklumat yang diperlukan. terima kasih

  215. Hai, saya ingin bertanya, saya mempunyai SKM3 untuk bidang Kesetiausahaan Pentadbiran dan sudah tamat Diploma di Kolej Vokasional pada Mac yang lalu. Adakah saya layak untuk menyertai VTO ini di Ciast ?

  216. Salam,

    saya bekerja sebagai pembantu pensyarah selama dalam 2 tahun, dan pernah bekerja sebagai Jurutera teknikal dalam 2 tahun 3 bulan. Mempunyai sijil ijazah dan diploma dalam bidang jurutera sahaja. Tetapi tiada sijil SKM langsung.

    Soalan saya ialah layak ke untuk saya berdaftar VTO ni untuk bidang elektronik/elektrikal?

    1. Petang Aishah, syarat untuk daftar kursus VTO adalah SKM3 sebarang bidang. Jadi, dengan pengalaman kerja anda selama 4 tahun lebih, mungkin layak mohon SKM bidang elektronik/elektrikal melali kaedah PPT

      Disyorkan beli NOSS bidang elektronik dan/atau elektrikal untuk buat penilaian kendiri dulu, samada anda pernah laksanakan semua Aktviti Kerja yg disenaraikan serta ada bukti ketrampilan untuknya.

  217. Salam saya huda, saya ada skm tahap 3 dalam bidang kosmetologi. Apa boleh saya memohon vto? dan tempatnya di penang dimana ye?

    1. Hi Nurulhuda, anda layak mohon program VTO.
      Sekiranya di Penang, tempatnya di Prai.

      Sila wasap permohonan anda ke 012-3123430, tq.

  218. Saya ada diploma multimedia dari kktm.adakah kena mohon vto untuk jadi pengajar?dan boleh ka separuh masa? Saya tinggal di perak

    1. Shafiq, terma pengajar tu agak longgar.
      Kalau sekadar mengajar, VTO mungkin tidak wajib, bergantung kpd mana yg anda ajar.

      Tapi dari konteks JPK, jika nak jadi Pegawai Penilai (PP), anda kena ada sijil VTO.
      Namun, pra-syaratnya adalah SKM3 sebarang bidang.

  219. hi, nak tanya sy ada diploma dlm bidang fashion. adakah saya boleh apply vto ? atau saya masih perlu mengambil skm 3 juga ?

  220. Hii, sya nk tnya sya dari kolej vokasional matang (cosmetology) nak tanya dekat mana ada tawarankan vto di kuching? dan sya ada skm tahap 3.. Adakah sya layak utk ambik vto?

  221. Salam, saya lepasan Diploma Vokasional Malaysia dan mempunyai SKM tahap 3 dalam bidang Seni Reka Fesyen. Adakah saya boleh memohon VTO? Tempat di Johor dimana yang berdekatan atau bersesuaian? Jika saya boleh memohon bagaimana intake atau kemasukan terkini untuk tahun 2022?

      1. Maaf atas kelewatan membalas mesej admin. Saya tinggal di Johor Bahru. Jika boleh, saya mahu menfambil VTO yang layak & sesuai dengan bidang saya iaitu Seni Reka Fesyen. Jika tempat yg berdekatan seperti Negeri Johor atau Negeri Melaka saya boleh…

        Bagaimana yerr admin?

        1. Hani, bidang apa pun boleh ambil VTO asalkan anda ada SKM3.
          Kalau di Batu Pahat, cuba hubungi KAMPUS SATELIT CIAST ADTEC BATU PAHAT.

  222. salam. saya pernah mengajar online 2 tahun utk pelajar diplima IPT dan ada diploma,degree dan master dalam komputer.sekarng saya tidak bekerja berumur 45. boleh tak saya belajar VTO.

  223. Salam, jika mempunya ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal, tanpa pengalaman kerja (fresh grad) boleh ke untuk ambil VTO? Terima Kasih.

  224. Hai…nak tanya saya lepasan Politeknik Diploma Automotif dan Diesel…saya ada pengalaman dalam bidang automotif sebagai Technician selama 4 tahun dan masih lagi bekerja….soalan saya boleh tak saya mohon VTO separa masa?

        1. Hi Gowri, adanya DKM, anda layak mohon kursus VTO, samada secara separa masa atau sepenuh masa, bergantung kpd lokasi anda.

  225. Salam sejahtera
    Saya Syazwi,
    lepasan ikm kk dan ada diploma (pw4),
    Adakah saya boleh apply utk mengambil vto??
    Sekian.

  226. Hi admin! maaf jika saya ulang soalan dr pihak lain, saya ingin tahu jika saya; pemilik degree kulinari & skm 3 tetapi tiada pengalaman kerja mengajar, adakah saya layak untuk mengambil vto? dan adakah vto holder hanya boleh mengajar di institusi swasta?

  227. Saya Muslim, ada skm 3 bidang perabot dan Sijil TM01
    boleh ker saya nak mohon VTO. saya dah melebihi had usia. saya berusia 44 tahun.
    sekarang saya berkhidmat sebagai kakitangan awam

    1. Hi Muslim, boleh mohon VTO separa masa di Kepong, KL, walaupun dah 44 tahun.
      Sila hubungi 012-3123430 untuk maklumat lanjut sekiranya anda boleh komit dgn masa pembelajaran kursus selama 6 bulan di Kepong (hujung minggu) + 6 bulan internship di PB bidang anda.

  228. Hi saya Aqellah, Saya lepasan sijil kolej komuniti dan diploma politeknik dalam bidang seni kulinari, perlukah saya mengambil skm tahap 3? Tiada pengalaman bekerja tetapi pernah internship di dua buah hotel. Jika saya boleh memohon bagaimana intake atau kemasukan terkini untuk tahun 2023? Saya tinggal di kelantan.

    1. Ya Aqellah, anda perlu ambil SKM3 dulu, kursus sepenuh masa di mana-mana Pusat Bertauliah yg ditauliah untuk program penyediaan makanan.

  229. Hi, saya shafiqah dan tinggal di bangi. Sekarang saya tengah intern untuk degree acc. Sebelum ni, saya adalah alumni kv dan mempunyai skm3 serta dkm dalam acc juga. Boleh saya tahu di mana saya boleh ambil VTO separuh masa & sepenuh masa? serta berapa lama tempoh VTO tersebut & harga yuran? Terima kasih.

      1. Hai admin.. saya wan.. saya ada skm3 automotive baikpulih badan kenderaan kluaran ikm.. saya layak ke mohon vto?

  230. Salam Admin , saya nak tanya saya Diploma Reka bentuk Fashion dan pakaian dari polieknik kemudian saya sambung Skm 1&2 dalam jurusan yang sama adakah saya layak untuk mohon VTO atau saya perlu sambung ke tahap 3 dahulu ?

  231. saya tengah intern dan akan tamat pada bulan oktober, saya pelajar DVM dalam bidang teknologi penyejukan dan penyamanan udara, memiliki SKM 3 , adakah saya layak memohon VTO?, adakah saya perlukan sijil sijil lain untuk memohon VTO? saya tinggal di kedah

  232. Hi admin,

    Saya cikgu kaunseling. Nak tanya adakah jika ada VTO hanya boleh mengajar pelajar Sijil Kemahiran saja?

    Jika pelajar berminat untuk mengajar pelajar diploma dan diploma lanjutan macamana caranya?

    1. Hi Cikgu Radhiah, sekiranya program Diploma Kemahiran Malaysia & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia yang anda maksudkan, sijil VTO masih boleh diterima sebagai syarat kelayakan lantikan sebagai Pegawai Penilai. Cuma menjelang 2026, mungkin wajib perlu ada TVET-I (Tahap 4) atau TVET-M (Tahap 5).

  233. Saya lepasan kolej vokasional tahun 2012. Sekarang saya berumur 28 tahun. Dan saya hanya berpengalaman bekerja di kilang sebagai electrical technician selama 6 tahun. Adakah saya masih layak untuk apply VTO dan menjadi tenaga pengajar?

  234. Saya Ada pengalaman dalam operation Pelabuhan selama 20 tahun, selain itu Saya Ada kemahiran LVL 1 scafolding, TTT HRDF , boleh ka Saya memohon untuk VTO

    1. Hi, anda perlukan SKM3 sebarang bidang untuk mohon kursus VTO ataupun TVETi.
      Sekiranya ada pengalamnan mengajar >5 tahun bidang kemahiran, SPM & pernah lakukan semua Work Activities yang tersenarai dalam NOSS TVETiTVETi, anda boleh mohon TVETi secara PPTPPT.

  235. Hi , saya ada 2 soalan.

    1. Sekiranya ada VTO , perlu tak lgi ambil TVET-i untuk menjadi tenaga pengajar @ guru kemahiran di KV,ILP dan sebagai nya?

    2. Bagaimana nak jdi seorang Guru@tenaga pengajar sekiranya ada VTO sahaja , takde TVET-i ?

    1. 1. Tenaga pengajar TAK PERLU VTO/TVETi, cuma perlu sijil induksi PP-PPD-PPB
      2. Pegawai Penilai sahaj yg perlu VTO/TVETi (kalau dah ada VTO, masih boleh digunakan, tak wajib ada TVETi lagi)

  236. Hai saya ada sijil skm 3 dan ada pengalama 7 tahun dalam bidang.. saya nk jadi pengawai penilai sijil mana yg kena ambil dulu vto atau pp-ppd/

    1. Hi, boleh ambil kursus induksi PP-PPD-PPB dulu (kursus 2 hari), samada 4-5 atau 18-19 Mei (perlu mohon sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kursus ataupun lebih awal, sekiranya penuh). Boleh .

      Lepas tu baru ambil kursus VTO, 6 bulan teori + 6 bulan internship di Pusat Bertauliah bidang SKM anda.

  237. Sy memiliki SKM tahap 2 & 3 bidang elektrik kaedah PPT pada tahun 2017.Penempatan tempat tinggal sy di Nilai Negeri Sembilan dan berkerja di Serdang Selangor.soalan sy adakah sy berkelayakan utk sy menambil kursus VTO bidang elektrik ini dengan kaedah pembelajaran yang flexsible separuh masa dan Berapa kos untuk sy mengambil kusus ini?terima kasih

  238. hi saya nk tanya saya lepasan vokasional ada diploma teknologi permesinan industri dgn skm tahap 3 pengalaman kerja 2 tahun lebih bole saya tahu ada ka kos untuk menjadi guru kemahiran untuk vokasional

    1. Haris, selain sijil VTO/TVETi, anda mungkin juga memerlukan ijazah untuk jadi pengajar di KV. Sila sahkan dengan KV anda.

  239. Hi sy nk tanye sy de sijil skm tahap 2 , sijil kolej komuniti dan lepasan diploma politeknik . Dy layak ke ambik sijil VTO?

  240. Hi saya nak tanya Saya tidak ada lagi sijil SKM tahap 3 tu tapi saya layak ke jadi pensyarah/cikgu/pengajar….. ambil kos multimedia kreatif dan pengiklanan dari kolej komuniti

  241. Hi saya Liyana ,saya nak bertanya sekarang ni saya menjalani latihan industri selama 6 bulan dan akan habis pada bulan Januari 2025,Saya mempunyi ijazah dalam Degree in Computer Science (Information Security) with honours ,Apakah laluan yang melayakkan saya menjadi tenaga pengajar? dan berapa lama masa saya perlukan untuk menjadi tenaga pengajar dan dimana saya layak untuk mengajar? Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *