Trainer Certificate - VTO (Eng)

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – 5 Perkara Asas Anda Wajib Tahu

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

1. Apakah itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

Sijil Kemahiran Malaysia adalah persijilan rasmi kebangsaan yang dianugerahkan oleh Kerajaan Malaysia (diterima di industri dan luar negeri) kepada individu yang telah menunjukkan keupayaan serta kompetensi untuk melaksanakan tugasan ataupun aktiviti kerja untuk diambil kerja dalam bidang tertentu. 

Sijil Kemahiran Malaysia in English is Malaysian Skills Certificate (MSC)

2. Lima (5) tahap persijilan:

  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM Tahap 1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM Tahap 2)
  • Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM Tahap 3)
  • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
  • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 

3. Tempoh Masa Belajar

Tempoh masa belajar secara amnya (tertakhkluk kepada  NOSS setiap program):

SKM Tahap 1: 6 bulan
SKM Tahap 2: 6 bulan
SKM Tahap  3: 12 bulan
DKM Tahap 4: 12 bulan + 3bulan On Job Training
DLKM Tahap 5: 18 bulan

4. Persijilan Kemahiran Malaysia boleh diperoleh melalui tiga (3) kaedah

Sijil Kemahiran Malaysia - 3 cara mohon, tawar

1. Melalui Latihan di Pusat Bertauliah SLaPB Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang diiktiraf. Kaedah melalui program TVET di pusat-pusat bertauliah SLaPB JPK bagi bidang & tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

2. Melalui Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan). Anda dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

3. Melalui Latihan Berorientasikan Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

Kami menawarkan khidmat runding untuk mendapatkan pentauliahan program dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

5. Faedah Sijil Kemahiran Malaysia

yes Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.

yes Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.

yes Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.

Baca sini untuk baca 10 Kelebihan Sijil Kemahiran Malaysia
Adakah anda tahu SKM diterima di industri / luar negeri ke tidak? Sila baca sini.
Trainer Certificate - VTO (Eng)
CONTOH Sijil Kemahiran Malaysia - Sijil VTO

Sila klik link berikut jika nak tahu/mohon:

1. Belajar program TVET/kursus kemahiran (senarai kursus Sijil Kemahiran Malaysia) di Pusat Bertauliah swasta atau awam.

2. Sambung SKM Tahap 3 ke DKM/Ijazah Sarjana Muda/Ijazah 

3. Sambung SKM Tahap 3 ke Diploma Profesional/Bachelor Eksekutif

4. Panduan Gaji Permulaan mengikut Tahap SKM anda (Malangnya, tiada penguatkuasaan)

5. Borang Permohonan Pengeluaran Sijil Penuh / Sijil Hilang / Sijil Ganti kemaskini 14 Oktober 2021 

(1) Isi borang JPK/S/PERSIJILAN/01 (Borang permohonan sijil ganti – hilang) boleh dimuat turun di link
(2) Kemukakan dokumen yang dikehendaki
i) Salinan Kad Pengenalan;
ii) Bayaran Fi RM55 (Sijil SKM hilang) atau Fi RM20 (Sijil SKM rosak) atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (Bank Draft / Wang Pos);
iii) .Surat Akuan Sumpah – JPK/U/1022-1
iv) Salinan sijil SKM yang hilang atau Slip Pengesahan Pensijilan boleh dimuat turun di pautan:

Dokumen borang sijil hilang/akuan sumpah harus dihantar ke:
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Tingkat 7 – 8, Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 Putrajaya

6. Semak SKM online

 

Trainer Certificate - VTO (Eng)
CONTOH Sijil Kemahiran Malaysia - Sijil VTO

* Kami menawarkan khidmat runding pentauliahan pusat bertauliah. Sila hubungi 012-3123430 ataupun emel ke ismarteducare@gmail.com. Sebelum tu, baik kenalpasti kod program yang ingin ditawarkan, dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari sini. 

967 thoughts on “Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) – 5 Perkara Asas Anda Wajib Tahu

    1. Salam kemahiran Nabil, adakah anda memiliki SKM dari KV? Kalau tidak, ada pengalaman kerja sebelum ni ke fresh?

      Syarat perlantikan sebagai PP (Pegawai Penilai) di Pusat Bertauliah JPK adalah:

      1) Sijil Induksi PP-PPD-PPB
      2) SKM (Min Tahap 2)
      3) VTO

      Tapi kalau takda 1 & 2 lagi, boleh ambil dulu kursus VTO & pada masa yg sama dapatkan sijil-sijil tersebut.

      Kalau anda di Lembah Klang & lapang hari Ahad, anda boleh sertai batch VTO Jan 2016 di Kepong Metro Prima.
      Hubungi saya di 012-3123430 (Melvin) untuk maklumat lanjut jika berminat.

      1. saya habis practical 23/3 dan grad pada bulan 8 insyallah andai kata saya grad saya memiliki diploma kemahiran malaysia tahap dan diploma vokasional malaysia

        1. Nabil, maksud anda bila grad dapat DKM (Tahap 4) & DLKM (Tahap 5) ke?
          Kalau macam tu, boleh ambil VTO. Tolong rujuk emel anda, urgent.

          1. inysallah jika saya grad saya dapat diploma vokasional malaysia (DVM) dan diploma kemahiran malaysia tahap 4 (DKM),boleh saya tahu kebaikan serta kelebihan VTO dan tempoh masa pembelajaran keseluruhan serta kos pembayaran wajib bayar.

          2. Nabil, kelebihan sijil VTO boleh didapati disini (serta modul yang anda akan belajar)

            Ringkasan:

            Berpeluang menjadi tenaga pengajar (TP)/ Pegawai Penilai (PP) di Pusat-pusat bertauliah JPK/ Swasta.
            Berpeluang menjadi Tenaga Pakar dan didaftarkan dalam Direktori Pakar Industri Negara (DPIN).
            Berpeluang membuka/ membangunkan Pusat Bertauliah di dalam bidang kemahiran tertentu di mana Sijil Operasi Latihan Pokasional menjadi pra-syarat untuk tujuan tersebut.

            Tempoh masa serta yuran kursus telah diemel kepada anda sebelum ni (semalam)

          3. Admin, saya nak sambung SKM level seterusnya. Pengalaman berkerja dalam hotel industry 15 tahun. Ada harapan.?

        2. Saya nak tanya..anak saya ada skm tahap 1 dan ingin melanjutkan skm 2 jahitam..tapi x de spm..dan sbln ni dia ambik giatmara tapi bahagian bakery ..skrg berminat kpd bidang jahitan..skrg saya nak cari kolej yg ada bwh tangguan zakat.

          Sbb saya seorang asnaf

          1. Anak saya ada skm3 dr IKM jurusan kejuruteraan mekanik industri ..
            Juga ada SPM.
            Saya cadang nak suruh dia sambung Ambik diploma (skm4 dan skm5)..

          1. Kalau dari kolej vokasional tapi x sampai diploma ade svm sahaja boleh x mohon? Danutk tahun 2019 bila permohonan dibuka?

          2. Ezi, mulai 1/1/19, pra-syarat adalah SKM3, tak kira ada DVM ke Ijazah.
            Anda bertanyakan untuk kursus VTO di negeri mana? Swasta ke awam?

      2. Selamat petang admin, saya seorang pelajar di salah satu pusat bertauliah di Perak, saya akan melanjutkan pengajian di tahap 3 dalam bidang pembuatan pastri,
        Soalan saya , apakah cara atau inisiatif lain untuk saya mendapatkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) tanpa melanjutkan pengajian ke tahap 4 .

        1. Izzati, kalau ada pengalaman kerja, boleh mohon secara PPT (panduan ada kat laman ni juga) tapi kalau fresh, kenalah juga belajar di Pusat Bertauliah JPK

          1. Salam admin. Saya bekas pelajar giatmara ambil bidang pendawaian elektrik domestic(pw2) pada tahun 2012, saya perlukan sijil tu skrang tapi masalahnya sijil saya tu dh hilang jadi mcm mana nk dptkan balik sijil tu ye?

      3. Assalamualaikum.. Saya tnya Bagaimana utk Saya nk mendapatkn sijil yg pernah Saya dpat..kerana sijil ori telah hilang Akibat banjir

      4. Assalamualaikum… sy ingin bertanya kenapa peluang untuk menyambung skm dari level 2 utk level seterusnya dlm bidang jahitan pakaian lelaki agak sukar … maksud saya, dalam bidang pakaian lelaki tidak banyak pusat bertauliah yg ada menyediakan bidang tersebut ..

          1. Admin , sy ingin bertanya … jika ingin mengambil induksi kena ikut bidang yg kita ambil ke ..?? Cth nya bidang sy jahitan so , kena ikut bidang itu ke ..??

            Soalan sy lagi …
            Kalau dah hbis ambil vto mcm mna nak apply bekerja sbg tenaga pengajar dkat kv ..??

          2. Aisyah, induksi adalah umum, sama dengan VTO.
            Bersama dengan SKM bidang kemahiran anda akan tentukan anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai program apa.

            Untuk prosedur permohonan tu baik rujuk dengan KV terus.

      5. Assalamualaikum admin , saya fadzira dan ingin bertanya, saya cuma ada SKM tahap 1 bgi khusus jahitan, dlm sijil skm tahap 1 ni sudah dpt memohon pekerjaan sbg pengajar di mana2 skolah Kolej mcm tu ka ??😅

        1. Salam Fadzira, nak jadi pengajar di sekolah/kolej kemahiran, tak menjadi masalah jika majikan tidak memerlukan anda dilantik sebagai Pegawai Penilai.
          Tapi, biasanya mereka lebih memerlukan seorang pengajar yang juga ada sijil VTO kerana dengan adanya sijil VTO, bersama SKM3 & sijil induksi PP-PPD-PPB, anda boleh dilantik jadi Pegawai Penilai yang boleh ajar & tandatangan/nilai portfolio calon.

          Namun, anda perlu ada SKM3 dulu dan kalau ada pengalaman kerja, boleh mohon secara PPT. Bila dah ada SKM3 baru boleh mohon ikuti kursus VTO.

      6. Salam tuan , saya bakal lepasan kolej vokasional skm level 3 , dimanakah tempat sesuai yang saya ingin sambung belajar untuk ke sijil diploma

          1. salam. sy sedang menunggu skm 3 sy dari kv keluar sekarang. boleh tolong saya suggest kn tempat sy boleh smbung bljar utk ambil DKM ? sy ada skm sama spmn setara ja. skm thp 4 tu dkm ya ? so dvm tu utk apa ? sy kurang faham. boleh tak jelaskan sma sy ? tq

          2. Umee,

            SKM3 anda bidang apa? Kat negeri mana?

            Aliran Vokasional – Pelajar akan mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) & Diploma Vokasional Malaysia (DVM).
            Aliran Latihan Kemahiran – Pelajar akan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (hingga Tahap3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) (Tahap4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) (Tahap5)

            Diploma Kemahiran Vokasonal adalah persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ia adalah mengikut Akta Kemahiran Pembangunan Kebangaan (Akta 652).
            Diploma Vokasional Malaysia (DVM) pula adalah persijilan bagi program Kolej Vokasional. Ia adalah program yang diiktiraf oleh MQA, kerana untuk melaksanakannya, Akta Pendidikan telah dipinda dan pindaannya telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 April 2015 dan di Dewan Negara pada 29 April 2015 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.

            Untuk tujuan melanjutkan pelajaran ke Universiti atau IPT, laluan alternatif bagi pelajar lepasan:

            DKM adalah dengan melanjutkan pengajian ke MTUN untuk program Bachelor Technology (kursus tertentu shj)

            DVM yang tidak memiliki kelayakkan setara dengan SPM adalah dengan melanjutkan pengajian melalui Pengkreditan Pengalaman – Pembelajaran Terkumpul (APEL – Acreditation Prior Experiential Learning) dengan menggunakan pengalaman bekerja di industri selama 2 tahun.

            Bagi pemegang SPMV dan DVM, mereka juga berpeluang melanjutkan pengajian ke universiti atau institusi pengajian kemahiran tinggi yang lain seperti ADTEC, JMTI dan Institut Kemahiran Tinggi MARA.

            Namun, mulai 2020, semua pemegang SKM/DKM/DVM juga berpeluang melanjutkan pengajian ke Universiti Tun Abdul Razak di Jalan Tun Razak, KL untuk program URise (Diploma Profesional & Eksekutif Bachelor bidang pengurusan/kempimpinan)

      7. salam , saya ilham saya ada skm 2,3 serta Dkm jikalau ingin menyambung ke peringkat ijazah u mcmana? dan pengalaman hanya praktikal

        1. Salam Ilham, ia bergantung kpd halatuju anda.
          Pilihan pertama: Mohon belajar Ijazah Sarjana Muda bidang Teknologi di MTUN
          Pilihan kedua: Sekiranya anda rasa kemahiran teknikal anda dah cukup buat masa ni, lebih baik anda ikuti ijazah sarjana muda bidang pengurusan kerana ia akan membantu dalam kerjaya anda nanti untuk menjadi penyelia, pengurus & mungkin pengarah kerana kelebihan anda yang bukan sahaja ada kemahiran teknikal tetapi juga pengurusan. Sila emel ke tvetuni@gmail.com jika ingin tahu lebih lanjut untuk haluan ini, tq.

      8. Spm saya tak kredit, hanya luluas, jika saya sertakan SKM adakah boleh menggantikan atau menambah kredit dalam SPM untuk saya mohon kerja dengan kerjaan

          1. Assalammualaikum,sy sekarang kerja kilang,Dan banyak mengunakan mesin manual..bos sy suru sy Cari mana² tempat yg ble bagi sy sijil skm atau vto untuk part time..sijil in boleh membantu sy di tempat kerja sy sekarang…saya sangat memerlukan..

          2. Ismail, rata-ratanya, program SKM adalah sepenuh masa, kecuali mungkin program modular (sebahagian dari SKM penuh).
            VTO juga ada mod separa masa tapi terhad di KL shj dan internship pula biasanya sepenuh masa, ikut masa Pusat Bertauliah.

          3. Salam admin, moga admin sentiasa dlm rahmat Allah.. sy hanya ada spm dan sekarang sedang berkhidmat sbgai ptpo, berminat untuk ambil skm berkaitan it. Ada cara atau syarat kelayakan bg penjawat awam? Terima kasih admin

      9. salam bg. saya dah ada svm,skm lvel 3 pemasangan & penyelenggaraan dan skrang otw nak hbis practical 6 blan lpas tu dpat sjil diploma vokasional malaysia(dvm) . kalau saya dah ada svm,skm level 3 & diploma dlam electrical tech apa hala tuju saya? dan boleh saya tahu apa kelelbihan yg saya akan dapat dah ada 3 sjil ni. boleh penerangan tuan?

        1. Hi Fadel, dari segi alam kerja bidang elektrikal, min tak berani nak komen, bukan kepakaran min.

          Tapi dari segi kesinambungan dalam bidang pengajaran, anda boleh pertimbangkan untuk jadi Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah SLaPB, ajar & nilai program SKM2 atau SKM3 bidang elektrikal.

          Anda cuma perlu lagi 2 sijil:

          1. Sijil induksi PP-PPD-PPB – Kursus 2 hari, terdekat 17-18 Jun ini, online (RM350).
          2. Sijil VTO/TVET-i – Kursus 9-12 bulan, bergantung kepada yg mana anda ambil dan modnya, separa masa atau sepenuh masa.

      10. Admin saya nk tnya. Saya bakal jadi lepasan kv dlm kos pemesinan dan saya ada skm tahap 3, boleh ke lepas ojt saya mohon vto?dan lesen vto ni dpt ke guna untuk menjadi guru di kv?

        1. Bergantung bila anda habis OJT anda dan di mana anda tinggal.

          Nak jadi guru di KV program SKM tak silap saya kena ada sijil VTO/TVET-i & juga ijazah tak silap min.

      11. hai, mohon pencerahan. saya ada sijil kemahiran tahap 3 untuk makeup artistry. bagaimana cara untuk saya sambung pelajaran saya ke diploma kemahiran? dan bagaimana cara untuk saya cari pekerjaan yang tetap dengan gaji bulanan dengan kelulusan yang saya ada?

        1. Zahierah, sekiranya anda ada pengalaman kerja sebagai MUA selama 2 tahun ke atas selepas dapat SKM3 anda ataupun ada >5 tahun pengalaman sebagai MUA, boleh pertimbangkan untuk mohon DKM anda secara PPT.

          Pastikan buat penilaian kendiri dulu.

          Sekiranya tidak memenuhi syarat untuk mohon secara PPT, kenalah mohon di pusat yg tawarkannya secara sepenuh masa, kalau ada.

          Untuk cari kerja tetap, anda perlu rajin mencari mana-mana tawaran kerja untuk bidang anda di pelbagai platform, samada pameran kerjaya, portal kerjaya ataupun terus hubungi syarikat/organisasi yang memerlukan anda sebagai MUA secara tetap.

          Sementara tu, mungkin boleh ambil kerja secara freelance untuk timba pengalaman.

        1. Salam Alif, kursus VTO cuma ditawarkan di beberapa pusat bertauliah JPK swasta yang lesennya masih sah.
          Tempoh kursus adalah 3-6 bulan, bergantung kepada separa atau sepenuh masa. Ia diikuti oleh internship selama 6 bulan di Pusat Bertauliah bidang SKM anda.

          Yang kata seminggu tu ada 2 kemungkinan:
          1. Tidak mengikut cara perlaksanaan kursus yang sepatutnya
          2. Ia bukanlah VTO tapi mungkin kursus intensif TVET-i sebelum anda boleh mohon TVET-i secara PPT.
          Untuk tahu TVET-i dengan lebih lanjut, sila baca sini.

      12. Salam admin.. sye nk Tanya..saya dah ada skm 3 kimpalan di giatmara dulu Dan hanya belajar 1 proses welding saja DLM masa singkat..Dan Sekarang Lagi sekali saya Ambik skm 3 kimpalan tapi Di lain institut iaitu Di ilp kuantan..ilp kuantan ada 4 proses welding..SBB Tu saya sambung Di ilp..

        Jadi soalan saya..boleh ke Kita ada 2 sijil skm Kos yg Sama ?…adakah masa graduasi nanti sye tk dpt sijil skm ilp punya..?

        1. Nurhakim, anda pasti dapat SKM3 kimpalan semasa di Giatmara dulu?
          Sebab kalau dah ada, anda sepatutnya tak dapat didaftarkan untuk program & tahap yang sama.

    2. Assalam.. Sy ade dkm tahap 4 dlm bidang automatif..5 tahun pengalman kerja..Dan sy ingin mengambil vto..blh x vto diambil secara pjj? Jika ya bagaimana caranya? Sbb skrg sy sedang bekerja..
      Saya berasal dri muar johor

      Trima kasih..

      1. Maaf, buat masa ni, VTO tak boleh diambil secara PJJ.
        Semua yang bekerja pun kena belajar, caranya, separa masa, hujung minggu.
        Cabaran untuk anda adalah samada ambil di JB ataupun di KL sebab Melaka/NS takda.
        Peserta yang paling jauh di KL datang dari Pahang, Perak & Melaka (ulang alik setiap minggu).

        Jika anda bersedia menerima cabaran ini, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

        1. Assalamualaikum admin.. saya memiliki dkm bidang komputer, saya ingin bertanya untuk mengambil degree lepasan dkm hanya boleh diambil 4 universiti awam sahaja kan? Iaitu Unimap, UMP , UTHM dan UNITEM. Semua ada tahuj kemasukan pertama. Maksudnya 4 tahun. Kalau saya bekerja bolehkan saya mengambil degree secara pjj ?

          1. Maaf Fatin, setakat ni degree PJJ hanya di OUM. Bagaiamapun ada satu cara lagi iaitu melalui APEL utk calon yang dah bekerja. Boleh dptkan maklumat dari mana2 uni tsb. Atau terus kepada Dr Saifullizam Puteh Unit APEL UTHM.

            * Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), bukan UNITEM

        2. Jika saya tiada SKM 1,2,3
          dan tak de DKM.atau ape2 sijil kemahiran.

          bagaimane cara nk mohon VTO atau seumpama dengan nye?
          Saya bekerja sebagai penjawat awam?

          1. Salam kemahiran Pn Hamidah, mohon SKM secara PPT dengan pengalaman kerja yg anda ada. Sila baca Panduan permohonan yg dah ada dalam laman ni.
            Lepas tu baru fikir nak belajar kursus VTO. Puan tinggal kat negeri mana?

        3. Hai, untuk skm ada separuh masa tak? Saya tiada lagi sijil SKM. Saya dah habis ijazah tapi bidang ijazah saya agak susah untuk menjadi tenaga pengajar di kolej atau institut tempatan. Saya nak ambil VTO tapi tiada skm. Apa yang perlu saya buat? ada nasihat?

    3. Assalam nk tnye . sye dari ikm . khusus elektrik . tapi saya tidak layak menduduki oral bersama ST . adakah saya akan dapay sijil SKM juga?

    4. Hii, sya amirah bekas graduan kolej vokasional, sya ingin bertanya,

      1) adakah skm ini wajib bagi pelajar vokasional untuk mendapatkan pengiktirafan diploma vokasional?
      2) apakah syarat kemasukan untuk sya masuk skm bagi tahap 3&4 bagi perakaunan?
      3) walaupun sekarang ini sya tiada skm lagi, adakah sya bole ambil vto?
      4) apakah fungi vto?

      Sekian Terima Kasih Atas Khidmat Yang Diberi

        1. Salam admin.
          Saya Penolong Kanan gred 42 sek rendah pend. Khas.
          Saya juga bergiat dalam bidang bakeri di rumah.
          Soalan saya:
          1. Adakah saya boleh memohon/belajar untuk dapatkan SKM?
          2. Adakah saya boleh menjadi tenaga pengajar di sekolah menengah pend khas vokasional atau mana mana kolej vokasional kerana saya amat berminat untuk mengajar subjek kemahiran vokasional.
          Terima kasih.

      1. 1. saya nak tanya saya pemegang sijil tahap 2 dan ingin melanjutkan pengajian boleh tolong suggest kan pusat pusat bertaulian untuk sijil tahap 3 dan seterusnya , dalam bidang penyejuk bekuan dan penyaman udara komersial
        2.Apa kah laluan untuk saya menjadi pengajar dalam bidang aircond ini?

        1. Assalam admin. Saya amira. Sy mempunyai diploma rekabentuk fashion. Layakkah saya untuk membuat vto?

          1. Salam kemahiran Amira, mulai 1/1/19, anda perlu ada SKM 3 dalam bidang kemahiran anda, walaupun dah ada diploma rekaabentuk fashion.

    5. saya merupakan pelajar lepasan UTHM dalam bidang ijazah sarjana muda pendidikan vokasional katering dengan kepujian,tiada skm,cuma ad pengalaman praktikal sahaja,saya perlu bermula dengan skm tahap berapa ya?

      1. Syahmi, anda kena mula dari bawah sekali, Tahap2. Dicadangkan anda kerja selama >3 tahun ke atas supaya boleh mmohon SKM secara PPT kelak (tak perlu berkursus lagi)

    6. Saya blajar kemahiran moto mekanik di pusat perkembangan kemahiran kebangsaan serendah…blh kah siji kemahiran sya ditukarkan kepada sijik kemahiran malaysia..

      1. Md Saiful, jika pusat tu bukan ditauliahkan oleh JPK untuk menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia, maka tidak.
        Namun, jika anda dah ada pengalaman kerja 2-3 tahun, boleh mohon SKM secara PPT

    1. Wei Kit, saya tak pasti sebab SKK tu bawah CIDB. Ia mungkin setara tapi tak sama. Mungkin anda boleh rujuk dgn mereka.

  1. assalamualaikum encik.. maaf tanya. saya ada buat vto di pkz maju, tapi saya takada skm.. kalau saya dah habis buat vto ni, adakah saya boleh memohon untuk menjadi tenaga pengajar?

    1. Farrah, sepatutnya soalan ini diajukan kpd pkz, tapi takpa, saya jawab 😀
      Kalau sekadar menjadi tenaga pengajar, tak menjadi isu tapi kalau nak dilantik sebagai Pegaawai Penilai (PP), wajib ada SKM 2 (dan ke atas)

      1. salam tuan…sya jika tiada skm..tapi diploma politeknik layak tak sy ambil vto..pengalaman 3 tahun..boleh tak nk jadi tenaga pengajar secara part time kepada sesiapa..

        1. Salam Danial, kalau nak jadi tenaga pengajar shj, tak wajib perlu ada VTO tapi ia membantu.

          Untuk dapatkan VTO, disyorkan mohon SKM secara PPT juga memandangkan anda dah ada 3 tahun pengalaman kerja.
          Juga, ambil kursus induksi PP-PPD (kursus 2 hari) kerana bersama VTO & SKM barulah lengkap untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai (biasanya mengajar juga).

  2. Saya mempunyai Diploma dalam bidang Seni Kulinari dan mempunyai pengalaman bekerja di Hotel sebagai Chef. Saya tidak mempunyai SKM. Adakah saya layak mengambil Sijil VTO? Sekiranya layak bilakah tarikhnya?

    1. Salam Azizah, anda layak ambil VTO & pada masa yang sama, disyorkan memohon SKM secara PPT untuk bidang kulinari.

      Tarikh mula 14hb Feb tapi pendaftaran tutup minggu ni.

  3. salam.. saya lepasan diploma perhotelan dan katering.. saya nak bertanya..saya layak ke memohon vto..dan apa syaratnya serta bila saya boleh memohon?

    1. Salam kemahiran Hayati, adakah anda ada pengalaman bekerja? Jika ada, boleh mohon SKM secara PPT dan pada masa yang sama, ambil kursus induksi PP-PPD-PPB pada 20-21 Feb & VTO (mula 14hb Feb – Ahad ni)

      Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Melvin di 012-3123430, tq

  4. Salam,

    Saya ada 2 soalan.

    1. Cadangan pusat pengajian yang menawarkan kursus food and beverages tahap 3 di melaka dan johor. calon pelajar berumur 17 tahun. lepasan Skm tahap 2 di Kolej Imperia .

    2. Cadangan pusat pengajian yang menawarkan kursus penulisan kreatif bagi calon lepasan PT3 di melaka

      1. Aslamualaikum.. saya tengah tnggu sijil skm tahap 3 kluar.. klw sijil skm sdh kluar.. Apakah langkah pertama yg patut sya buat untuk lanjutkan pengajian dan apakah yg perlu saya lakukan untuk layak memasuki kejuruteraan elektrikal?

  5. Salam admin…

    Saya telah berada di dalam industri lebih 15 tahun dengan melalui pelbagai cabang kemahiran i.e pengurusan restoran, operasi ladang ternakan serta pembangunan perniagaan. Saya mula sedar akan kepentingan agar kemahiran dan pengalaman saya ini diiktiraf oleh pihak berwajib demi masa depan saya.

    Apakah pihak saudara menawarkan perkhidmatan utk orang spt saya mendapatkan SKM-PPT seterusnya menjadi VTO? Ada cadangan untuk batch yang akan datang?

    1. Iswazi, untuk permohonan SKM-PPT, anda memang layak, boleh mohon terus dgn JPK Cyberjaya (03-83214800).

      Berkenaan dgn VTO, saya akan emel anda butirannya. Intake akan datang: 16/30 April (tentatif)

      1. Salam! Sya jalison.saya nak tnya sikit.actually sya bakal lepasan kolej vokasional tpi sya tak layak untuk DVM tapi sya teruskan dengan skm4 saya.so soalan sya pensijilan untuk skm4 tu macam mna?adakah sya kena memohon untuk diploma kemahiran malaysia lgi ke ataupun sijil tu memang dah ditulis untuk DKM.thank you

  6. Saya mempunyai ijazah dlm Kejuruteraan Pembuatan. tiada SKM @ pengalaman kerja. bolehkah saya memohon?

  7. Salam,

    Saya nak tanya SLDN ni boleh ke disertai oleh orang perseorangan? Atau melalui syarikat sahaja? Apakah kursus yang ditawarkan oleh SLDN ? kalau nak sertai SLDN ni kena bayar yuran pendaftaran ke?

    Terima kasih.

    1. Atifah, sila rujuk dgn JPK Cyberjaya (03-83214700) pasal SLDN, saya tak berpengetahuan sangat pasal SLDN.

  8. aslmualaikum tuan, saya memiliki spm shj dan tiada pengalaman bkerja lg, bagaimana cara saya nak mohon utk menjadi tenaga pengajar dan pegawai penilai? apakah kursus pertama dan sterusnya yang saya perlu ambil? mohon sangat pendapat dari tuan, trima kasih

    1. Pertama sekali, ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB. Namun, oleh kerana anda tiada SKM & tiada pengalaman kerja, kena kumpulkan pengalaman kerja yg berkaitan selama sekurang-sekurangnya 3 tahun sebelum anda boleh mohon SKM secara PPT. Lepas tu baru boleh ambil VTO.

      PP-PPD-PPB dijalankan minggu ni, kalau berminat & sempat, sila muat turun Borang Permohonan KIP

      1. trima kasih tuan, saya ada lagi 2 soalan tuan. Bolehkah saya ambil kursus SKM tanpa secara PPT? dan adakah saya perlu mengikuti Kursus induksi terlebih dahulu dan selepas itu baru mengikuti kursus SKM? trima kasih tuan

        1. Anda boleh ambil SKM secara berkursus di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan program yang anda minati. Samada ambil kursus induksi ke SKM dulu, terpulang kepada anda.

  9. tumpang tya sya ada diploma kejuruteraan elektrik dan elektronik…klau saya ambil vto perlu ka saya SKM??..dan layak dk saya jdi tenaga pengajar

    1. Firdaus, anda layak ambil VTO tapi kena juga mohon SKM melalui PPT.
      Layak jadi tenaga pengajar tapi kalau nak dilantik sebagai PP (Pegawai Penilai), kena ambil kursus induksi PP-PPD-PPB bersama SKM2 (atau lebih tinggi) & VTO.

  10. saya mempunyai diploma in culinary arts dan ada pengalaman bekerja selama 15 tahun di industri.Sekarang saya bekerja sebagai pensyarah di kolej hospitaliti dan telah masuk tahun ke 3…adakah saya boleh terus ambil vto?jika boleh bagaimana caranya…terima kasih.

    1. Dina, anda kena mohon dapatkan SKM secara PPT dulu. Pada masa yg sama, anda boleh daftar untuk program VTO. Anda kat negeri mana?

      1. Encik saya mempunyai skm tahap 2 dalam bidang f&b management jadi bolehkah saya teruskan tahap 3 & 4 dalam bidang yang lain…

  11. Salam tuan, sy hnya memiliki spm, tiada pngalamn bekerja, sy brcdg untun mngambil kursus sijil kimpalan. Tp di pusat kemahiran tu hnya ada sijil tahap 3 sahaja. Boleh ke saya ambil? Ataupun saya memerlulan sijil tahap 2 atau sebagainya? Maaf saya benar2 tak tau.

    1. Syafiq, mungkin pusat tu hanya ditauliahkan untuk salah satu program ni.

      MC-024-3:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Shielded Metal Arc Welding Process (16-07-98) (08-07-99) (18-12-2012)
      MC-025-3:2012 Proses Kimpalan Gas Logam Gas Metal Arc Welding Process (08-07-99) (12-04-96) (18-12-2012)
      MC-026-3:2012 Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten Gas Tungsten Arc Welding Process (16-07-98) (18-12-2012)
      MC-027-3:2012 Proses Kimpalan Arka Berteras Logam Flux Core Arc Welding Process

      Jadi, teru ke tahap 3, anda boleh ambil, tiada masalah.

  12. Salam 1 Malaysia,

    Saya ingin bertanya, sekiranya ade sijil kolej komuniti dlm bidang servis kenderaan ringan, SKK (M) adakah saya layak mengambil VTO? sekiranya layak bagaimana ingin membuat permohonan.

    1. Noraliza, anda ada pengalaman kerja tak?
      Kalau ada, boleh mohon SKM secara PPT dan pada masa yg sama ambil VTO.
      Anda tinggal negeri mana?

  13. saya nak tanya.. klu nak ambl SKM secara PPT, bolehkah saya direct ambil SKM tahap 3? pengalaman kerja sy dah lebih 3 Tahun..

    1. Sylvia, anda boleh mohon secara single tier tapi risikonya adalah kalau anda tak cukup bukti untuk mana-mana duty/task @ CU, anda tidak dapat apa-apa pun.

  14. Helo…sy nak tanya..dlu lepas abis belajar saya xpg convo untuk ambil diploma sy..jd nak tanya mcmna sy nak dapatkan sijil sy tu?

  15. Saya dah call…. dorg ckp sijil tu dah d htr ke putrajaya..so mcmna sy nak dptkn dari putrajaya…admin blh tak bantu saya bagi info bahagian apa n mcmna saya nak dptkan sijil tu…tq

    1. Carla, info ni patutnya dapat dari kolej tersebut, itu adalah tanggungjawab mereka. Kamu cuba hubungi 03-88865482 (kaunter JPK) dan beritahu mereka masalah kamu. Siap sedia dgn maklumat bila grad, dimana belajar dsgbnya.

  16. Assalamualaikum. Saya nak tanya, adik saya lepasan KV dan dah ada skm tahap 3, ke mana patut dia pergi sebab dia berminat nak sambung belajar.

      1. Assalamualaikum. Saya pelajar kv dan ingin berhenti di skm tahap 2dan berhasrat nak sambung belajar di tempat lain. Boleh ke mcam tu ? Kat mana boleh saya sambung belajar ? Boleh beri penjelasan.

          1. salam saye lepasan dri kolej vokasional ambil sijil skm tahap 3..bile boleh dapat sijil skm tahap 3 ye??

          2. Assalamualaikum admin, sy dari kolej komuniti selayang. Sy mempunyai sijil skm tahap 1-3 dan berminat utk menjadi tenaga pengajar. Adalah saya layak untuk memohon vto?

          3. Ya Wan, anda layak mohon jadi pengajar / Pegawai Penilai (kena ambil VTO serta induksi PP-PPD-PPB).

            Tempat kursus dekat dengan Kolej Komuniti Selayang, iaitu Metro Prima Kepong shj.

            Induksi PP-PPD-PPB
            Tarikh: 3-4 Mac (minggu depan)
            Masa: 8.30-5pm
            Yuran: RM350

            VTO
            Pengambilan: April 2018 (6 bulan separa masa – hujung minggu je) & 6 bulan internship – mengajar di Pusat Bertauliah yang menawarkan SKM. Adakah Kolej Komuniti Selayang menawarkan SKM?

  17. saya lepasan spm . saya terima surat tawaran diploma kemahiran malaysia . saya cuma ada 2 krdt . adakah saya layak ? . lagi satu kalau saya masuk , dkt mana tmpt yg saya akan belajar

  18. Salam admin.

    Nak tanya, saya seorang pelajar ijazah sarjana muda dan baru tahun pertama sesi 2015/2016 ini. Tapi saya rasa nak berhenti buat degree sekarang dan masuk ke ilp untuk ambik kursus teknologi automotif. tapi boleh ke? sebab saya sebelum masuk degree saya belajar kat matriks. Sijil yg saya maksudkan tu, adalah SIJIL TEKNOLOGI AUTOMOTIF (SKM TAHAP 2 & 3) , BE006.

  19. Assalamualaikum. Nak tanya, saya sudah 12 tahun buka kedai jahitan. Hanya ada sijil tak rasmi sahaja. Seandainya saya ingin kursus VTO, adakah perlu ambil skm tahap 1,2,3 secara ppt dulu.
    Boleh saya tau, area negeri sembilan di mana boleh saya rujuk perkara berkaitan

    1. Hidayu, ya, kalau nak ambil VTO, kena ambil SKM, kurang-kurangnya sampai Tahap 2.

      Kalau area NS, JPK Cyberjaya paling dekat (untuk SKM melalui PPT).
      Untuk VTO, anda boleh rujuk dengan kami sebab kami akan ada kemasukan baru pada 18/6 nanti.

  20. Assalamualaikum,saya nak tanya untuk kemahiran elektrikal bagi tahap 1 2 dan 3 mengambil masa berapa lama?Adakah saya akan mendapat elaun sepanjang mengikuti program tersebut.

    1. Syamil, kalau 3 tahap, lazimnya 2 tahun. Untuk program SLDN atau program tajaan khas tertentu baru ada elaun. Tolong rujuk kpd bahagian SLDN JPK Cyberjaya untuk maklumat lanjut.

  21. Salam admin,saya nursyamimi nak bertanya,saya ada skm 1 dan 2 dalam pelukis pelan. Boleh ka saya trus smbg vto atau perlu ambil skm 3 dahulu dab di mana saya perlu sambung pengajian itu? Saya dari area kedah.mohon admin bantu saya.

    Terima kasih.

    1. Mimi, anda boleh terus sambung VTO sebab syarat min adalah SKM2. Namun, kalau ada pengalaman kerja, digalakkan mohon SKM 3 secara PPT pada masa yg sama supaya anda boleh jadi PP untuk Tahap 2.

  22. assalammualaikum admin, sy nk brtnya, sy kelulusan diploma IPTA, kalau sy ingin mengambil SKM tahap 3, adakah saya layak ? atau sy perlu mula dri bawah iaitu skm 1&2 ?

    1. Atifah, bergantung pada bidang apa kelulusan diploma anda. Juga, adakah anda ada pengalaman kerja?
      Kiranya bidang anda tiada Tahap 1 & 2, jadi terus mohon Tahap 3 tapi kalau ada SKM1&2, mesti mula dari 1, namun boleh mohon serentak, 1 hingga 3.

  23. Salam tuan..saya minat dalam bidang wiring dan nak jadi kontraktor wiring..adakah saya perlu skm?bagaimanakah caranya?saya duduk di n9.

    1. Adi, untuk wiring, baik anda rujuk dgn Suruhanjaya Tenaga untuk maklumat yg lebih terperinci & tepat. Saya tak berani komen sebab ia di bawah bidang kuasa ST tak silap saya.

  24. Sye ad skm tahap 3 dalam teknologi peyejukbekuan dan penyaman udara. . .jika nak sambung DKM brape tahun tempoh pengajian?

    1. DKM sahaja
      800 ~ 1200 jam (merangkumi Projek Akhir) + 3 bulan Latihan Industri

      DKM (bagi NOSS yang bermula dengan Tahap 4)
      2400 ~ 3600 jam (merangkumi Projek Akhir) + 3 bulan Latihan Industri

  25. Saya merupakan tingkatan empat. Baru baru ini, sekolah saya ada membuka aliran PVMA yang mana dulunya kelas katering biasa. Kelebihannya mempunyai sijil SKM, sijil MPAK, sijil SPM. Cikgu beritahu bahawa masa depan akan menjadi cerah. Tetapi banyak saya dengar tentang sijil SKM tidak membawa langsung apa apa makna. Saya takut saya akan dipersiakan oleh kerajaan setelah sekian lama belajar untuk mendapatkan sijil itu, saya risau. Saya masih buntu apakah hala tuju saya akan menjadi baik apabila besar nanti. Saya banyak berbincang dengan guru PVMA saya. Kalau saya sudah habis sekolah menengah nanti bolehkah saya memohon aliran lain contohnya memohon kolej lain. Walaupun cikgu dah menetapkan kolej mana yang sesuai untuk aliran PVMA saya?

    Tolong WhatsApp saya di nombor: +60136084413

    1. Noor, memandangkan anda akan dapat 3 sijil- sijil SKM, sijil MPAK, sijil SPM, saya tidak nampak ada apa-apa kekurangan.
      Masa anda hanya akan dipersiakan oleh diri sendiri sahaja, bukan kerajaan ataupun guru anda. Timbalah ilmu sepenuh jiwa, ia akan menjadi milik kamu selama-lamanya. Sijil tu hanyalah batu asas kepada perkara yang lebih besar, ilmu tu yg paling penting.

      Dan kiranya anda ada SKM & keputusan SPM pun bagus, nak mohon kolej lain memanglah tidak menjadi masalah. Hanya diri anda shj dapat tentukan hala tuju anda, jadi buat masa ni, memandangkan anda masih tidak tahu lagi apa yang anda betul-betul minat, terokailah semua bidang yang anda diberi peluang.

      Harap nasihat ni dapat sedikit sebanyak membantu walaupun saya bukan guru kaunseling kerjaya 🙂

      1. saya juga merupakan pelajar PVMA…banyak tempat belajar yang letak syarat 5 kredit dalam SPM…sedangkan saya hanya belajar 3 subjek dalam SPM…saya rasa macam nak duduk rumah dan main PS4 sepenuh masa

  26. Nak tanya kalau kina nak ambil skm menggunakan kaedah ppt perlukah kita semua core dalam cpc kan.. jikalau bidang yang kita ambil itu ada elective skali perlukah kita lengkapkan juga atau hanya CORE sahaja? terima kasih

    1. Salam saudara Muhammad, sijil kompetensi anda tu dianugerahkan oleh pihak mana? Sijil kemahiran yg anda nak bandingkan tu Sijil Kemahiran Malaysia ke?

  27. Asskum saya nak tanye anak saya habis berlajar pd hujung bulan ni 30.6 2016 skm 2 di giat mara ambil jurusan jurutrapis sekarang ni beliau mahu melanjutkan lagi utk ambil skm 3 dimana kah perlu anak sy rujuk..sy di johor bahru

  28. Sy berkerja sebagai pengasuh & pengajar pra sekolah swasta dlm masa yg sama selama 3 tahun.Boleh ka sy mohon SKM?Jika boleh,perlukah sy mohon SKM-PPT dahulu atau boleh terus mohon SKM tahap 1 & 2 sekaligus?dan adakah ia mengambil masa yg lama?

    1. Nofa, kamu boleh terus mohon SKM untuk CC-011-3:2-13 (Early Childhood Education) berdasarkan pengalaman anda. Ia terus ke Tahap 3, tiada 1&2. Kaedah PPT.

  29. Salam admin,
    Tumpang tanya. Saya ada skm tahap 3 bidang teknologi binaan Bangunan. boleh ke saya menjadi pengajar di institut kemahiran tanpa sijil VTO?

    1. Roger, kalau setakat jadi pegajar, tak menjadi masalah walaupun tanpa VTO asalkan institut kemahiran tersebut perlukan pengajar dan bukannya pegawai penilai (PP).
      Untuk PP, perlu juga sijil induski PP-PPD & VTO.

  30. Salam admin.. saya merupakan pemegang sijil kompetensi PW2 dan chargeman AO serta telah bekerja selama 3bulan.. Boleh kah saya ambil SKM melalui kaedah PPT?? Jika boleh, tahap berapa yang saya layak ambil?? Bagaimana cara untuk memohon??

  31. Hi admin, sy mempunyai diploma bridal & fashion make up tp keluaran academy dan pengalaman sy br setahun sy nak tnya adakah sy perlu ambi skm dahulu atau bagaimana caranya dan apa syarat-syarat yg perlu untuk mengikut kursus lanjutan? terima kasih admin . 😊

  32. Assalam admin. Saya pernah mengikuti kursus di giat mara secara part time dan telah menghabiskan semua modul pembelajaran.Namun malangnya Atas faktor-faktor tertentu saya memperoleh keputusan tidak terampil. Di sini saya ingin bertanya adakah saya layak memohon skm secara PPT atau saya perlu belajar semula kesemua modul berikut? ..untuk pengetahuan admin juga sy telah pun bekerja dlm bidang hmpir 3 tahun..mohon penjelasan admin. terima kasih.

    1. Farahain, memandangkan anda dah ada pengalaman kerja 3 thn, anda boleh mohon secara PPT. Jika ada bukti mana-mana duti yg kamu telah terampil pun boleh disertakan nanti sebagai sebahagian dari bukti dalam portfolio anda nanti.

  33. Asalam admin.. Saya pelajar Vokasional.. Saya masih belajar lagi .. masih ada setaun untk dapatkn DKM.. tapi saya ingin behenti di Tahap 3..sbb hal tertentu..Kira saya cuma sah ada SKM tahap 2.. Boleh ka saya dapatkn kolej lain untk smbng belajar..menggunakn skm2 sbb saya x dak spm

  34. Salam..sy baru dpt sijil skm2 &skm3.sy daftar di pusat bertauliah swasta.kalau sy nk mohon secara online diploma dan langkah seterusnya yg perlu sy buat.tq.

    1. Maaf Eryn, untuk tu, anda kena rujuk dengan PB/Kolej yang menawarkan DKM/Diploma program yg anda hendak ambil.

  35. salam. admin saya ada skm tahap 3 dalam bidang komputer soalan saya bolehkah saya memohon ke ilp walaupun keputusan spm saya agak teruk?

  36. Salam tuan. saya mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun dalam bidang elektrik. saya baru ambil skm tahap 3. pertanyaan saya;
    1) sy pernah menghadiri induksi pada tahun 2005 (mlvk). bolehkan diterimapakai lagi.
    2) sy bertukar tempat kerja dan tidak lagi mengajar dlm elektrik (memegang jwatan peg); bolehkan sy mengambil vto?

    terima kasih.

    1. Zairi adakah anda pernah dilantik sebagai PP, PPD ke PPB selama ni? Jika ya tapi dah berhenti, dah berapa lama tak dilantik?
      Ya, boleh ambil kursus VTO. Anda kat negeri mana?

  37. Assalamualaikum tuan, dahulu saya bersekolah di sekolah vokasional kemaman mengambil kos Elektrik & Elektronik dan mempunyai sijil SPM. Setelah itu, saya berjaya menamatkan pelajaran Diploma of Engineering Technology in Electrical & Electronics di UniKL British Malaysian Institute(BMI). Sekarang saya berhasrat untuk mngambil sijil teknologi kejuruteraan elektrik kuasa(chargeman a1). Persoalan saya, adakah SKM tahap 1, 2, 3 (juru elektrik) perlu diambil sebelum sambung kepada chargeman? WAJIB diambil atau tidak? Adakah SKM ni berkaitan juga dengan modul chargeman? Atau SKM ini berkaitan dengan modul chargeman? Dan adakah SKM tu sama dengan PW?
    *hal ini kerana ada kenalan saya, dia mengambil SKM 1,2,3 dan menyambung diploma lanjutan elektrik kuasa. Jadi baru lah dia memperolehi sijil chargeman.

    1. Ikmal, saya rasa SKM tidak wajib ada sebelum sambung kepada chargeman, tapi patutnya ada kaitan.
      Baik rujuk dgn ST.

  38. salam,saya ad pertanyaan saya bru abis skm level3 electronic dan berhasrat untuk sambung pelajaran..di manakah tmpt yg sesuai dan jika saya ambil kos lain contohnya electric adakah saya kene mula dri bawah atau terus smbung…

  39. Salam, saya ingin bertanya. Saya sedang belajar SKM Pastri tahap 2 dan sekarang umur saya sekarang 16 tahun. Kalau saya sambung terus tahap 3 maknanya saya akan habis tahun depan umur 17 tahun. Memandangkan tahun depan sepatutnya saya akan ambil spm, tetapi saya tidak ambil sebab telah mengambil skm tahap 3. Jadi, kalau saya minta kerja dengan sijil skm tanpa sijil spm adalah saya boleh mendapatkan pekerjaaan tu. Sebab saya takut kalau tiada sijil spm saya x boleh dapat kerja walaupun saya ada sijil skm..Saya nak tahu pendapat samada saya perlu ambil spm atau pun tidak?

    1. Ira, ini pandangan saudara Rizan- Exco Majlis Belia Malaysia (MBM)

      “1. Boleh bekerja menggunakan SKM Tahap 3 dalam bidang yang anda mahukan.
      2. Jika anda bercita-cita ingin bekerja dalam bidang PASTRI di bawah sektor kerajaan (ada ke bidang n i? kerajaan ada hotel ke? hehehehe), pastinya SPM di jadikan asas perjawatan.

      Nasihat saya:
      Terus gunakan SKM 3 apa b idnag pun untuk bekerja.
      Timba pengalaman bekerja antara 2-3 tahun
      Kemudian, pohon masuk UMP ambil bidang pengurusan atau penyeliaan yang boleh membantu anda pertingkatkan kemahiran pekerjaan anda. UMP ialah Universiti Malaysia Pahang yang sudah membuka laluan kepada lulusan SKM”

      BANGGA dengan pilihan yang anda buat. Jangan asik momokkan dengan hal SPM ni. Paling penting anda belajar bersungguh2 dan mahir dalam bidang yang anda pilih di mana akhirnya anda akan menjadi pekerja mahir dalam usia yang muda 🙂

  40. Salam. Saya baru habis dkm tahap 4 . Kolej atau university mana yang terima skm untuk sambung dklm tahap 5 ??

  41. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah syarat memohon kursus Chargeman A1 secara sepenuh masa di sebarang institusi yang menawarkannya jika sudah mempunyai Diploma Kejuruteraan di IPTA.

  42. Assalamualaikum admin, saya lepasan diploma dari politeknik dalam kursus penyejukan dan penyaman udara adakah saya layak untuk memohon jawatan sebagai guru di sekolah vokasional..?

  43. As salam

    saya ingin bertanya, berapa lamakah tempoh peserta akan memperolehi sijil SKM selepas mereka tamat belajar? Misalnya peserta mengambil Kursus Jurudandanan Rambut Tahap 1 di institusi yang diiktiraf oleh JPK.

    1. Rata-ratanya 2-3 bulan, kadangkala mungkin lebih lama & bukannya silap institusi kerana pihak JPK lambat proses.
      Semak dgn institusi anda kiranya ada kelewatan, tanya mereka kenapa.

  44. assalamualaikm tuan..saya lepasan ijazah sarjana muda kejuruteraan awam di salah satu ipta..saya ingin mintak pencerahan dari pihak tuan..saya berminat untuk mengambil skm..apa yang perlu saya lakukan untuk langkah pertama dan baru-baru ni saya ade memohon jawatan guru di kolej vokasional untuk pengambilan tahun 2016..dinyatakan pada syarat2 permohonan tersebut keutamaan akan diberikan pada calon yang mempunyai skm tahap 3..tetapi lepasan ijazah juga masih boleh memohon..saya mohon pencerahan pihak tuan..apa yang sepatutnya saya buat?

    1. Salam Lin, anda boleh mohon SKM secara PPT, sila rujuk sini.

      Jika anda ada SKM, anda boleh mengajar program SKM & diploma KV. Kalau takda, cuma boleh mengajar program diploma KV.
      Kalau ada VTO & SKM3, boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai program SKM pula.

  45. Assalamualaikum tuan. Saya lepasan sijil modular kebangsaan. Saya nak tahu adakah saya layak untuk memohon dkm tahap 4? Atau perlu mengambil skm tahap 1-3 juga? Mohon penjelasan.

  46. salam..
    saya mempunyai sijil kemahiran tahap 1&2 dandanan rambut.pengalaman bekerja selama 14 tahun dalam bidang rambut.saya berminat dengan skm 3 ,dkm dan Vto.Bagaimana nak mohon Ppt dan diamana tempat untuk saya ambik kursus vto.saya sekarang menetap di perlis.Terima kasih

  47. Assalamualaikum, saya lepasan diploma kejuruteraan mekanikal dan berminat untuk menjadi pengajar , namun begitu saya tidak berhasrat untuk menyambung ijazah dan berminat untuk mengambil sijil VTO,adakah sy layak untuk mengambil sijil VTO? dan adakah diploma mekanikal+VTO saya layak untuk menjadi tenaga pengajar? seandai nya perlu mengambil SKM dahulu, adakah saya perlu mengambil dari SKM 1?

    1. Shima, anda layak ambil VTO, boleh mengajar tahap diploma dgn kelulusan anda sekarang+VTO.
      Dah ambil kursus induksi PP-PPD belum?

  48. Assalamualaikum tuan.
    Saya seorang guru. baru 6 tahun mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Ekonomi Rumah Tangga. Boleh tak saya mohon SKM?

    macam mana saya nak mohon program yang sesuai dengan pengalaman saya kerana saya mengajar asas memasak dan menjahit.

    1. Pn Asilah, anda boleh rujuk dgn Daftar NOSS untuk semak program apa yg berkaitan.
      Baik puan beli NOSS program HT-012-2/3 & TA-011-1/2/3 untuk mengkaji samada anda terampil & layak memohon SKM secara PPT.

  49. assalamualaikum tuan..

    saya sedang berkhidmat di salah sebuah pusat latihan swasta..
    saya memiliki skm 1 2 3, vto serta kursus induksi dalam bidang pembuatan pastri..

    soalan saya..
    bagaimanakah cara permulaan saya untuk membuat PPT tahap 4 dalam pembuatan pastri..

    terima kasih..

  50. Asalamualaikum Tuan,

    Saya ingin bertanya,adakah DLKM Tahap 5 setaraf dengan Ijazah Am?

    Terima Kasih Tuan,

  51. assalamualaikum en, mohon bertanya..

    Bagaimana hendak menjadi pegawai penilai di IKBN @ILP? Saya mempunyai skm tahap 1, 2, 3 dalam bidang pelukis pelan senibina dan sijil vto.. saya ingin menjadi tenaga pengajar di IKBN @ ILP.

    1. Leena, kalau ada sijil induksi PP-PPD, dah boleh mohon dgn IKBN@ILP@ mana-mana PB swasta ke awam.
      Dah ada sijil ni tak? (kursus 2 hari). Anda tinggal mana?

  52. Salam.. sy merupakan plajar ijazah sarjana muda pendidikan teknologi maklumat..baru habis blaja.. tgh tunggu konvo bln 9.. sy berhajat ingin menjdi tenaga pengajar di kolej vokasional..boleh ke? Apakah y perlu sy lakukan? Perlukah sy mengambil SKM?

    1. Salam Nur, boleh. Kalau setakat jadi tenaga pengajar, tak perlu SKM & VTO. Kalau nak jadi PP, perlu ambil kursus induksi & VTO

      1. Asslmmualaikum admin..kalau ade bachelor degree+diploma+lowess than 2 year working experience..kalau nak jdi tenaga pengajar blh kn..atau kena ambil vto dulu baru dpt jdi tenaga pengajar..dan untk jdi pegawai penilai msti ade skm tahap berapa admin?

        1. Salam Fauzi, nak jadi pengajar takda masalah.
          Tapi kalau nak jadi PP, mesti ada VTO + SKM Tahap 3 (jika jadi PP Tahap 1-3).
          Kalau PP Tahap 4 shj, cuma perlu ada VTO (tak perlu SKM)

  53. Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

    Saya mempunyai sijil kecekapan latihan tenaga pengajar NIOSH dan CIDB.
    Background saya dalam bidang HSE / SHO. Sebelum itu, pengalaman saya juga pernah bekerja didalam bidang elektrikal. Boleh saya join VTO?Boleh admin email saya untuk sedikit penerangan dan saranan berkaitan VTO?

    Email saya : muhamad.rozaly@gmail.com

    1. Salam kemahiran En Muhamad, kalau ikut kriteria, sijil kecekapan latihan tenaga pengajar NIOSH dan CIDB tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran untuk mengajar bidang kemahiran, jadi tuan kena juga ambil VTO.

      Namun, anda boleh rujuk NOSS VTO dulu, mungkin ada peluang ambil secara PPT (Pentauliahan Pencapaian Terdahulu), tak perlu ikuti kelas seperti calon yg fresh, cuma perlu kumpulkan bukti ketrampilan anda, bangunkan WIM yang sedikit & bentangkan kepada panel nanti.

      Jadi, langkah pertama adalah beli NOSS dulu. Boleh beli dari JPK ataupun dari kami, cuma RM20 shj.

  54. Selamat Petang, Sy pelajar lepasan form 4.Baru habis SKM1 & SKM2 dlm kemahiran Megatronik tp minat sy lebih kepada automotif. Since kolej yg sy daftar ni tiada kursus aotomotif. Adakah sy masih boleh memilih automotif sebagai intership sy atau mesti teruskan dengan Megatronik? Sy dlm kekeliruan.

    1. Salam Karthi, anda perlu teruskan dgn program Mekatronik. Jika nak belajar automotif, kena daftar di Pusat Bertauliah lain, mula dari Tahap terendah sekali, swasta ataupun awam.

  55. Salam.. sy nak tanya.. sy ada skm tahap 1, 2, & 3.. dh 3tahun habis.. sekarang ni sy nk sambung nak ambil skm tahap 4.. tp nak buat pembelajaran jarak jauh(PJJ).. belajar sambil bekerja.. jadi soalan sy.. skm tahap 4 boleh buat PJJ atau tidak?? Dan kalau boleh, tolong cadangkan di mana tempat belajar yg sesuai dan mengambil berapa lama untuk habis skm tahap 4 jika PJJ.. tq..

  56. Salam Rosli, DLKM & VTO adalah 2 bidang yg berlainan.
    DLKM adalah persijilan dlm bidang kemahiran anda, contohnya multimedia kreatif .
    VTO pula adalah sijil teknik mengajar, DIWAJIBKAN jika anda nak jadi Pegawai Penilai mana-mana Pusat Bertauliah JPK & berguna juga untuk menjadi sebagai seorang tenaga pengajar.

    Dari apa yg anda tulis, Diploma multimedia kreatif anda tu bawah MQA (akademik)? Jika ya & ada nak lanjutkan ke diploma lanjutan ke ijazah (akademik), rujuklah dgn universiti IPTA/IPTS yg menawarkan program ni, tiada kaitan dgn DKM/DLKM, kecuali anda nak pilih jalan kemahiran.

  57. Assalamualaikum ,saya nak tanya ,saya ada sijil kemahiran malaysia tahap 1 ,kat mana saya boleh sambung sijil tahap 2,3 dan 4 ,sebab saya tidak mempunyai SPM ,kalau boleh bantu tolong saya eh ,berharap sgt ,

  58. Salam admin , sy lulusan sijil teknologi kejuruteraan elektrik dkt ikm . sy plan nak smbg diploma teknologi kejuruteraan fabrikasi logam dkt Unikl Mfi . Soalan sy: boleh kh sy ambil diploma kejuruteraan tek. fabrikasi logam sedangkan sy lulusan tek.kejuruteraan elektrik?

  59. Assalamualaikum …admin sy nk tanye,klau lepasan kolej vokasional, nak ambil vto pjj ade ke? Sebab Adik sy akn grad Dari kV dgn dkm@ sijil tahap empat… Harap admin dpt reply di email..terima kasih

  60. Asalammualaikum. nama saya muhamad firdaus. sya nk tnya SKM LVL 1 dan 2 yang saya ada sekarang layak x kalau saya nk memohan vto. minx maaf saya x bca yang first td sbb saya nk twu dri EDMIN sendri. saya ambik sijil skm untuk teknologi komputer dan rangkaian. jdi sekarang sya masih dalam practikal. sya hbis dlm bulan 20.9.206. jdi sya masih lagi belum dapat colect sjil skm 3 lgi. sbb practikal blum hbis.
    jdi saya kalau sya nk memohon vto .
    jdi soalan saya
    1. mcm mna nk memohon vto
    2. andai kta kalau sya da dpt memohon vto tu. jdi vto tu sya bt di tempat sya belajar atau boleh cri tmpt lain.

    sya bnyk seach dkt google untk cri kerja. tngtang kursus yang sya ambik tp kebnyakan yg sya tngok kelayakan diploma lbih bnyk dri SKM.
    jdi jalan yg sya nampak cerah amik vto. atau pun lau ada job yang sma dengn kemahiran yg sya ada.
    jdi sya harap admin boleh reply. terima kasih
    #SatuMalaysia

    1. Salam Firdaus,

      Anda layak mohon VTO
      a) Mohon VTO dgn CIAST – PERCUMA tapi kena cuba nasib & buat sepenuh masa
      b) Mohon VTO dgn PB Swasta – Berbayar, yuran & jadual masa bergantung mana kamu belajar. Anda kat negeri mana?

  61. Salam sejahteta.
    Saya ada diploma teknologi maklumat dan ada pengalaman kerja lebih dr 4 tahun dlm bidang. Jika saya ambil skm ppt dan vto adakah saya layak utk menjadi tenaga pengajar atau apa-apa jawatan yg sesuai di pusat2 kemahiran seperti ilp/adtec/kolej komuniti/giat mara?

    Terima kasih admin

    1. Khairi, anda cuma layak mohon SKM secara PPT untuk teknologi maklumat. Untuk VTO, kecuali anda ada pengalaman MENGAJAR bidang teknologi maklumat, mungkin layak mohon secara PPT, kalau tidak, kena ikuti kursus, separa masa di PB swasta (berbayar) ataupun CIAST secara sepenuh masa (Percuma).
      Dengan adanya SKM & VTO (dan juga sijil induksi PP-PPD-PPB), anda bukan sahaja layak jadi pengajar tetapi Pegawai Penilai (tandatangan/nilai portfolio calon) di pusat2 kemahiran awam seperti ilp/adtec/kolej komuniti/giat mara & juga swasta.

      Khairi kat negeri mana?

      1. Boleh admin cadangkan apa yg perlu saya ikut dahulu.
        1) skm ppt
        2) induksi pp-ppd-ppb
        3) vto

        Satu lg kalau saya ambil dgn pb swasta, boleh cadangkan pb swasta yg boleh saya daftar?

        Terima kasih

        1. Khairi, kalau ikutkan prosedur, patut ambil

          1) Induksi
          2) VTO
          3) SKM secara PPT pada masa yg sama

          Akan emelkan anda butiran PB di Penang

  62. as salam saya nak tanya tarikh keahlian/sijil ape maksud nya??saya ada isi borang tapi x taw ape maksud tarikh keahlian/sijil…ke tarikh first kita masuk??boleh tolong x admin??terima kasih..

      1. Assalamualaikum nak tnya, klw isi borg spa8i . bagi sijil vokasional.kn dia minta tarikh keahlian sijil sma nombor tu.yg mana satu mw d tulis? Tarikh mula masuk skolah kah atau masa ambl exam kah atau tamat skolah? Mohon pencerahan

  63. Assalamualaikum admin.. Sy berumur 21 tahun… Semasa tingkatan 4 dan 5 sy belajar di skola vokasional dan mengambil sijil skm tahap 1 dlm bidang pelukis pelan senibina.. Then after tu sy lari daripada course pelukis pelan.. Sy sambung sjil diploma boradcasting and film.. So skrg sy sgt nak sambung balik sijil skm tahap 2 dlm course pelukis pelan senjbina.. So boleh tak admin bantu sy jelaskan bagaimana untuk sy sambung sijil skm tahap 2?

    1. Nur, anda cuma perlu cari Pusat Bertauliah, tak kira swasta ke awam, yg menawarkan SKM2 bidang pelukis pelan senibina.

  64. salam admin..sy nk tanya..
    sy ade skm tahap 1 juruteknik kenderaan. dan sy sudah 2 tahun berpengalaman kerja dalam bidang automotif. soalan saya bagaimana sy hendak mohon skm 2 dan 3 bidang yg sama dan bolehkah skm 2 dan 3 diambik pada masa yg sama.. akhir sekali bape lamakah pengalaman yang diperlu untuk sampai skm tahap 3.

  65. Salam En Abd Rahim, anda buntu dari segi apa?
    Kalau anak memang tiada minat dalam akademik, bolehlah cuba. Kalau tahu anak berminat bidang tu, pergilah ambil kursus tu.
    Tapi yang saya tak tahu, anda tinggal mana, kursus tu percuma ke berbayar dsbgnya.

  66. Selamat sejahtera. Saya mempunyai pengalaman bekerja di sektor perbankkan selama lebih 22 tahun dan sekarang umur saya 45 tahaun. Soalan saya
    1. Adakah saya masih layak memohon utk mengikuti kursus yg dianjurkan oleh SKM
    2. Jika layak, bagaimanakah cara untuk saya memohon
    3. Boleh tak saya nak mendapatkan penjelasan lebih detail tentang SKM dan mendapatkan nasihat mengenai kursus apakah yg layak atau yg sepatutnya saya mohon.

    Terima kasih.

    1. Salam Intan, kalau anda sekadar nak dapatkan SKM bidang anda (perbankan), sila rujuk Daftar NOSS dari link ni samada NOSS tersebut telah dibangukan ke belum. Jika ada, anda boleh mohon SKM secara PPT, sila baca
      Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014

      Tapi jika nak ikuti kursus lain (program yg berlainan dari pengalaman anda), juga rujuk Daftar NOSS & kemudian cari Pusat Bertauliah yang menawarkan program yg anda minati. Anda kena hubungi Pusat Bertauliah tersebut untuk maklumat lanjut.

  67. Assalamualaikum ,

    Sekarang saya sedang bekerja sebagai designer furniture untuk mendapat yang lebih khususnya dalam laluan manfacturing dan production kelayakan saya sekarang (IJAZAH SARJANA MUDA REKABENTUK INDUSTRI).Tujuan saya apakah saya menyertai vto mendapatkan kelayakan untuk mengajar kepada pelajar-pelajar khususnya ilp,ikbn,@kolej voksnal malaysia di sebabkan kpli dan dpli sekarang tidak pembukaan lagi?

    Soalan ke 2.

    Adakah pasti apa bila pekerjaan yang tetap? Di mana link yang harus buat selepas memiliki sijil vto

    Soalan ke3

    Sijil tahap berapa yang saya harus peolehi untuk melepas syarat mengajar.Sedangkan saya memiliki diploma dan ijazah.

    Soalan ke4

    Untuk memiliki sijil kemahiran,tidak ada ke cara lain selain ciast (FULL-TIME),
    iaitu melalui kolej-kolej kemahiran yang lain.

    Soalaan ke5

    Ciast ada tidak menerima pelajar yang menggunakan sistem (PJJ) peljaran jarak jauh seperti ijazah atau master.

    Soalan ke6

    Adakah selepas melengkapi semua syarat adakah tangga gaji mengikut kelayakan dan pengalaman yang kita ada?

    1. Salam Syahrul,

      1) Tak berapa faham soalan anda
      2) Anda kena cari Pusat Bertauliah JPK swasta mahupun awam untuk mohon kerja. Tiada siapapun boleh JAMIN anda pekerjaan, ia bergantung pada usaha anda mencari kerja. Boleh rujuk http://www.dsd.gov.my untuk Carian Pusat Bertauliah.
      3) Jika sekadar mengajar, anda layak mengajar diploma kemahiran dgn kelayakan ijazah & VTO anda. Tapi jika nak dilantik sebagai PP, perlu dapatkan SKM Tahap 3 ke atas.
      4) Untuk dapat SKM, anda boleh mohon secara PPT jika ada pengalaman kerja.
      5) Tak silap saya tiada
      6) Sepatutnya ya

  68. hello admin, saya pun mengalami msalah yg mcm wan katakn, bgaimana kita nak tau no. ahli untuk sijil kemahiran malaysia?

    sya ada masalah untuk mngisi bhagian tersebut di borang spa.gov.my di bhgian maklumat tambahan… tq admin…

  69. Assalamualaikum. Tuan admin. Sy sakinah dri kuala kangsar Perak. Mcmna cara saya nak mohon sijil kemahiran Malaysia tahap 2&3? Sy sedang bkrja bhg pembantu tadbir pt/po bhg pendidikan.

    1. Sakinah, anda boleh mohon secara PPT jika ada pengalaman kerja. Sila baca Panduan Permhonana secara PPT dalam laman web ni untuk maklumat lanjut.

  70. saya ada diploma dari Unikl,layakah saya untuk mengikuti kursus vto dan menduduki spmv pada tahun 2009

    1. Masturina, anda boleh ambil VTO, cuma internship – praktikal mengajar nanti mungkin kena buat di ABM (bidang berkaitan).
      Anda kat negeri mana? Boleh ambil secara separa masa?

      1. salam En. saya merupakan lepasn kolej vokasional dlm bidang awam. (pembinaan) adakah boleh utk saya menjadi tenaga pengajar kemahiran? apa yg perlu saya buat?

  71. Saya nak tanya

    dalam sektor kerajaan ada tulis
    Spm/svm/skm/sijil

    Saya ni nak mohon kerja kerajaan boleh ke guna skm tahap 2 saja.saya tak ada spm

  72. Salam admin,blh mohon dkm dgn cara ppt. Harap pihak admin dpt jelaskan dgn lanjut,pensyarah ilp sy prnh ckp dgn pengalaman kerja pihak jpk akan mengesahkan yang kita akan dpt skm4. Btl ke??

  73. Salam Tuan. Jika individu memiliki sijil tahap 4 dalam bidang IT dan telah mendapat pekerjaan, adakah individu tersebut layak untuk menjalani pembelajaran jarak jauh di Universiti yg sedia ada?

  74. Untuk menjadi tenaga pengajar SKM, adakah terdapat had umur tertentu untuk mendapat PPT?

    Bolehkah warga tua yang berumur 60 tahun ke atas masih boleh menjadi PP in Pusat Bertauliah?

  75. Mohon pandangan admin: suami saya berpengalaman bekerja dlm bidang pereka grafik selama 20 tahun…baru tau kewujudan skm ni…dia bercadang utk menjadi pegawai penilai. Apakah langkah pertama dan seterusnya yg perlu diambil. Apakah ada had umur utk menjd peg penilai

    1. Salam Azizah, jika suami anda nak dilantik sebagai Pegawai Penilai, pertama sekali kena ambil kursus induksi PP-PPD (8-9 Oktober di Kepong Metro Prima, yuran RM350).

      Sementara menunggu kursus ni, dia perlu mohon SKM bidang pereka grafik secara PPT.

      Akhir sekali, dia juga perlu ikuti kursus VTO (dapatkan sijil pengajar vokasional) secara separa masa (hujung minggu, pengambilan tak tahu lagi)

  76. As Salam Admin..

    Saya ada soalan..saya berjawatan ft19 di salah sebuah jabatan kerajaan. sebelum ini ada kenaikan pangkat ke fa29 melalui sijil2 tertentu..boleh saya tahu adakah sijil skm level 3 sama taraf dengan sijil politeknik terutama dalam bidang teknologi maklumat?..

  77. Assalamualaikum..

    Saya ada soalan. Saya mempunyai SKM 2&3, VTO and sijil induksi dalam bidang akaun. Layak kah saya menjadi tenaga pengajar? Jika layak. Bagaimana cara nak mohon jadi tenaga pengajar? Soalan sy kdua. Saya mempunyai hajat untuk menyambung pengajian dalam bidang akaun dan mengambil ijazah secara separu masa. Adakah saya layak untuk memohon pendidikan jarak jauh (pjj) d mana-mana universiti awam? Jika ya. Bagaimana untuk saya mengemukakan permohanan tersebut?

    Terima Kasih.

    1. Salam Aisyah, anda bukan shj layak jadi tenaga pengajar tetapi juga dilantik sebagai Pegawai Penilai bidang akaun.
      Anda kena berkhidmat di Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan program perakaunan, mereka akan melantik anda sebagai PP mereka.

      Untuk soalan kedua anda, saya tidak layak menjawab kerana tak cukup pengetahuan, sila rujuk dgn universiti awam/swasta pilihan anda.

  78. Salam admin.. saya lepasan stpm .. saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar.. macam mana kalau saya nak menjadi tenaga pengajar dalam bidang terapi kecantikkan.. apa yang perlu sya ambil untuk menjadi tenaga pengajar.. mohon penjelasan admin…

    1. Aishah, pertama sekali, anda kena dapatkan SKM untuk bidang terapi kecantikkan, melalui Pusat Bertauliah, swasta ke awam pun boleh. Kemudian baru ambil kursus induksi & VTO.

    1. Yiting, bergantung kepada program tersebut. Jika ada Tahap 1&2, anda perlu dapatkanny dulu. Jika program tu tiada Tahap 1&2, jadi terus ambil Tahap 3.

  79. saya mempunyai sijil kulinari dari kolej komuniti. dan sudah 2 tahun bekerja di bidang ini. Saya ingin menjadi tenaga pengajar. bagaimanakah caranya?

    1. Zul, anda boleh mohon SKM secara PPT.
      Kalau setakat nak jadi tenaga pengajar, anda kena tanya pusat latihan masing-masing apakah kriteria mereka tetapi jika nak dilantik sebagai Pegawai Penilai (mengajar juga), anda perlu ada:

      1) Sijil induksi PP-PPD (8-9 Oktober di Kepong Metro Prima, 8.30-5pm, RM350)
      2) SKM bidang penyediaan makanan (kulinari) – HT-012-2/3
      3) VTO (Sijil Operasi Latihan Vokasional) – Kursus separa masa di Kepong Metro Prima, pengambilan bulan Nov/Dis nanti.

      Jika ada sebarang pertanyaan, boleh emel ke ismarteducare@gmail.com atau hubungi 012-3123430

  80. Salam encik , saya lepasan DKM Tahap 4 . Disini , saya ingin mengajukan soalan . Adakah saya seorang lepasan DKM Tahap 4 , boleh ataupun layak untuk mengambil ijazah dalam luar bidang kemahiran ? Contohnya , ijazah dalam pengurusan perniagaan atau lain – lain yang di luar bidang kemahiran . terima kasih 🙂

    1. Salam Amirol, anda boleh ambil ijazah dalam luar bidang kemahiran, tidak salah.
      Cuma kelayakan tu adalah satu persoalan besar, sila rujuk dengan IPTA/IPTS yang anda ingin masuk.

  81. Salam admin,

    saya adalah bekas calon skm 1&2 pereka grafik pada tahun 2010. bagaimana saya boleh dapatkan transkrip yang hilang? dan no.ahli sijil skm saya untuk isi di spa. no.ahli ada tercatat tak di sijil skm?

  82. Sya ada skm 3 ,saya dapat tahu kalau hendak mnyambung tahap lagi ke tahap 4.n 5 ianya mngambil masa setahun, mksud smbung setahun lagi dapat tahap 4 n tahap 5…persoalannya,adakah maklumat yang sya tahu itu betul?

    1. Saya tak pasti berapa lama tapi pastinya setahun tak cukup, rasanya 2 tahun lebih. Semak dgn PB lain yg menaawarkan Tahap 4&5 untuk pendapat kedua.

  83. Hye admin. saya memiliki Diploma Teknologi Maklumat (Networking) dari IPTA. Adakah saya layak memiliki sijil kemahiran melalui kaedah PPT? dan berapa lama masa yang di ambil untuk dapatkan sijil tersebut.

    1. Maaf Nohaz, Diploma anda adalah bersifat akademik manakala SKM adalah kemahiran. Jadi, tak layak mohon secara PPT.
      Anda perlu ada pengalaman kerja dlm bidang ini (untuk mohon SKM secara PPT)

  84. Salam, kalau diploma dari politeknik, dapat ke sambung kursus nak ambik vto?
    atau kursus pengajar kemahiran vokasional?

    1. Nurul, jika setakat diploma tapi bukan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), anda masih boleh ambil kursus VTO tapi anda cuma boleh mengajar program DKM nanti di Pusat Bertauliah (PB).
      Juga, pastikan anda ambil sijil induksi PP-PPD-PPB. Anda kat mana?

  85. pertanyaan

    saya mempunyai sijil IKM(tidak pasti SKM atau tidak) ,diploma dan ijazah serta pengalaman kerja melebihi 5tahun..bagaimana cara untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran..harap dpt membantu

    email saya
    zadelhayat@gmail.com

    1. Sala, Zadil, jika siji IKM tu bukan SKM, anda boleh mohon SKM secara PPT kerana anda ada >5 thn pengalaman kerja.
      Pada masa yg sama, anda perlu ikuti kursus induksi PP-PPD & kursus VTO (Operasi Latihan Vokasional).

      Anda tinggal mana?

  86. salam..bagaimanakah Cara utk menjadi pegawai penilai Terdahulu secara part time? saya ada SKM 2&3 electric.Dan pengalaman dlm bidang berkenaan selama 8thn?

    1. Salam Shairuldin, anda perlu ikuti kursus induksi PP-PPT pada 17-18 Disember di Kepong Metro Prima. Bila dah lulus, boleh daftar dengan CIAST sebagai PP-PPT. Semua ni akan diajar masa kursus induksi PP-PPT nanti.

  87. salam . sy lepasan iktbn chembong skm tahap 3. skrg baru nk smbung dip .dan ada ke diploma lanjutan untuk lukisan senibina ye? kalau ada, kt mana ye?

  88. salam admin.. sy nak tanya…sy hnya ada spm.. tetapi sblom ni prnah ambl dip mechnical..mlgny dismiss pd smster 6.. slps sy dsmiss… sy ambil sijil dlm welding 3g smaw n gtaw.. then sy kerja sbgai welder.. bru 6 bln bkrja..dlm berkerja… sy ambil sijil cswip 3.0( visual welding inspection)… soalan sy…dpat tak sy ambil skm .. sbb sy nak ambil dip in welding.. klayakan utk ambik dip in welding msti ada skm thp 3.

  89. Apa beza noss C-050(juruteknik elektrik) dengan noss EE (elektrik)?
    Pertnyaan…sya ada skm thap 1,2&3 utk juruteknik elektrik & berniat utk smbung DKM.Dapat tawarn utk dptkn DKM tp noss EE secara PPT. …klu tgk job profile chart sama shaja….adakah sya perlu ulang utk buat portfolio 1-3?

  90. saya nk tanya,sya mempunyai SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA mekanik kenderaan motor tahap-1 dan tahap-2,apakah peluang pekerjaan yg paling tepat dan sesuai dgn sijil kemahiran saya utk mengisi spa,sbb dh tiga tahun sya isi spa,tk penah panggil sekali pun… harap bantuan….

  91. Slm tuan , sy ada ijazah dlm bidang kejuruteraan elektrik(elektronik) .. sekarang sy berkerja sebagai jurutera di sektor kerajaan .. Sy berminat utk menjadi tenaga pengajar dlm subjek elektrikal seperti wiring dan berhasrat ingin menubuhkan training centre sendiri .. Persoalan sy, bagaimanakah utk sy mula ? Adakah salah jika mengajar tanpa ada apa2 sijil kemahiran? .. harap tuan bole bg feedback kpd soalan sy …. Tq

    1. Jimmy, kalau sekadar mengajar tanpa sijil kemahiran tu tak bersalah.
      Tapi kalau dalam sistem pentauliahan persijilan kemahiran Malaysia, mengajar atau lebih tepatnya menilai di Pusat Bertauliah (swasta ke awam) perlu ada:

      1) Sijil induksi PP-PPD
      2) SKM bidang kemahiran anda
      3) Sijil mengajar@VTO

  92. Salam admin. Saya ingin bertanya, saya baru sahaja grad dalam bidan seni kulinari dan ingin meneruskan bidang ini sebagai tenaga pengajar. Apakah langkah terbaik untuk saya ambil selepas ini?

    1. Munirah, anda berkelulusan SKM3 penyediaan makanan ke?
      Jika ya & berminat nak jadi tenaga pengajar/Pegawai Penilai, anda perlu ambil 2 jenis kursus.

      1) Kursus Induksi PP-PPD
      Tarikh: 5-6 Nov
      Masa: 8.30-5pm
      Yuran: RM350

      2) Kursus VTO
      Tarikh mula: 11 Dis (tentatif)
      Masa: 10-5pm setiap minggu sehingga 6 bulan (maks)
      Internship: Mengajar di Pusat Bertauliah yang menawarkan program penyediaan makanan selama 6 bulan.
      Yuran: RM2,700 atau RM500x6bulan

      Tempat kursus: I Smart Educare, Kepong, KL
      No akaun Maybank 514589203020, I Smart Educare

      Jika berminat, sila isi borang yang boleh dimuat turun dari sini, isi & emel bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat anda.

  93. Salam… saya nak tya kat mna blh buat diploma lanjutan ndt? Sya baru hbs bljr diploma electronik di politeknik tapi blm konvo lg

        1. Man, sila cari di sini sini. Bila dah dapat tahu mana Pusat Bertauliah yg menawarkan NDT, hubungi pusat tersebut untuk maklumat pinjaman pula.

  94. Boleh tak ambil bidang welding ataupun wayering dan tukang simen …tapi saya xda sijil lepasan spm yg ada je cuma UPSR…tapi saya dh pandai mewelding melalui pengalaman…TQ ADMIN

    1. Mohammad, kalau dah ada pengalaman kerja dlm welding, boleh mohon SKM secara PPT je. Sila rujuk Panduan Permohonan dlm laman ni juga

  95. Salam En Abdul Aziz, jika sekadar nak buka kedai, cuba nasib dulu mohon lesen perniagaan tanpa SKM sebab bukan semua pegawai daerah minta sijil SKM.

  96. Assalam admin. Saya aiman pelajar tingkatan 3 baru sahaja selesai PT3. Apa saranan admin jika saya terus mendaftar diri untuk kursus kemahiran? Adakah saya perlu menghabiskan SPM dahulu atau terus masuk ke institut kemahiran. Mohon pencerahan sebab saya buntu.

    1. Anuar, kalau memang tak minat akademik, tak salah terus masuk ke institut kemahiran. Namun, jika akademik anda tidak terlalu lemah, baik habiskan SPM dulu kerana sehingga hari ni, masih banyak benda yg masih perlukan SPM sebagai pra-syarat.

      Itu cuma pandangan saya, harap fikir baik-baik sebelum buat keputusan.

  97. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Disini saya ada skm lvl 123 & diploma. Sekarang saya bekerja sebagai wireman. Skop kerja lebih kepada menyelenggara mesin & maintanence facility shj. Jadi saya ingin meminta pendapat apa yg saya patot ambil kalau nk upgrade.

    1. Salam Ariff, pertama sekali, anda tak nyatakan bidang apa SKM3 & diploma anda.
      Kedua, anda tak nyatakan apakah halatuju anda, macam mana nak beri nasihat?

  98. saya nak tanye, sy lepasan SKM. bidang sy Hospitality & Culinary. sy mempunyai pengalaman bekerja di Hotel. layakkah sy ambil VTO ?

  99. Salam admin.Saya ada Diploma Penyiaran televisyen dan mempunyai pengalaman 10 tahun sbg jurukamera televisyen di stesen tv swasta. Apakah tahap skm ppt yg layak sy ambil dan berminat ambil vto. Sy di n9.

    1. Jonathan, anda nak belajar ke mohon SKM secara PPT?
      Ataupun hubungi JPK Wilayah Sabah 088-270420/413 untuk tanya lebih lanjut.

  100. salam admin, saya nurul saya ada sijil skm dalam bidang cadd mechanical tahap 1,2 dan 3. saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar apa langkah yang perlu saya ambil untuk sampai ke tahap tenaga pengajar. terima kasih.

    1. Nurul, anda cuma perlu ikuti 2 kursus:

      1) Induksi PP-PPD (7-8 Jan 2017)
      2) VTO (mula 11 Dis 2016)

      Kedua-dua kursus ni dijalankan di Kepong Metro Prima, KL.

      Kiranya jadual & tempat sesuai untuk anda, saya akan emel butiran serta borang kepada anda (atau boleh muat turun dari laman web ni)

  101. Salam 1 malaysia……saya ingin menanya sesuatu pekara,baru baru ini terdapat satu program diploma kemahiran malaysia yang akan diberikan kepada calon calon yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman kerja melebihi 5 tahun….utk pengetahuan pihak tuan/puan saya memiliki sijil teknologi elektrik keluaran ikm di mana sijil ini mengiktirafkan saya sebagai orang kompeten di dalam mengendalikan pepasangan elektrik mengikut akta bekalan elektrik malaysia..jadi persoalannya ketika saya hendak mengisi borang program DKM tu saya terpaksa mengisi dan membuat portfolio NOSS bermula dari SKM tahap 2….borang tersebut adalah borang penilaian analisa jurang(teori&praktikal)…dari item item yang tercatat dalam borang tersebut itemnya adalah berkaitan pendawaian satu fasa di mana pekara ini telah pun saya belajari dan ketahuai ketika ikm dulu…jadi pada pendapat saya,saya sepatutnya terus mengisi borang PAJ tersebut pada level 4 berikutan item di level 4 barulah berkaitan dengan kerja kerja chargeman dan bukannya item berkaitan dengan pendawai….mohon pencerahan pihak tuan atau puan apakah sijil teknologi elektrik PW4 ini tidak boleh dikategorikan di dalam skm tahap 3?jika boleh ini memudahkan saya untuk membuat portfolio bermula dari level 3….

  102. Hi admin, saya nak tanya saya tidak ada sijil SPM dan PMR cuma UPSR sahaja dan sekarang kerja saya dalam achithecture senior site supervisor pengalaman 9tahun kursus SKM boleh setara sijil SPM ? saya HARAP BOLEH lanjutkan diploma .

    1. Pagi Leaw, SKM tidak setara dengan SPM.
      Jika nak lanjutkan Diploma, anda boleh pertimbangkan kursus kod BC-0504:2013 ARCHITECTURAL TECHNICAL ADMINISTRATION (Diploma Kemahiran) setelah anda mohon SKM 3 secara PPT.

  103. HI Salam sejahtera admin
    Saya kerja dalam bidang contractor wiring lebih 10tahun pengalaman bekerja, tidak mempunyai apa apa sijil skm, Cuma memiliki spm, sijil penyertaan basic wiring dari kojadi institute dan sijil basic electronic repair , saya ingin meminta panduan dari admin , apa macam nak daftar sijil skm, setakat dari pengalaman kerja saya Dari mana saya patut mula? Boleh minta info sikit…

  104. Assalamualaikum…

    Saya sedang mencari tempat untuk internship VTO bg bidang sistem komputer.
    Adakah pihak tuan mempunyai senarai kolej atau institut swasta yang sesuai untuk tujuan tersebut?

    Terima kasih.

    1. Maaf Irwan, saya tiada senarai tu tapi anda boleh cuba cari PB yg terdekat (www.dsd.gov.my – Carian Pusat Bertauliah) dgn tempat anda yg menawarkan program bidang anda.

  105. Salam.
    Saya nak tanya bbrapa soalan.
    1. Apa beza SKM dan VTO
    2. Anak saya sedng mengikuti Sijil Kulinari di Kolej Komuniti Bkt Beruang, Melaka. Bila tamat belajar, dia kena memohon SKM atau memang sedia dapat?
    3. Tahap.berapakah kelayakannya.
    4. Macamana saya nk tahu kelayakkan unt SKM 1 – 5

    Terima kasih tuan.

  106. Selamat sejahtera admin…
    Anak saya baru habis pt3.bagaimanakah saya nak buat permohanan untuk belajar ke SKM.dia berminat dalam bidang masakan.saya tinggal di johor bahru.terima kasih.

  107. selamat petang Tuan/ Puan, saya memiliki Ijazah sains komputer (kejuruteraan perisian) tapi pengalaman kerja dalam bidang kawalan kualiti 3 tahun. jadi saya bercadang untuk mengambil SKM dalam bidang kawalan kualiti secara PPT. soalan saya:

    a) Adakah dengan berbekalkan SKM tahap 2 & 3 sudah memadai untuk menjadi pengajar?

    b) sekiranya layak menjadi pengajar hanya dengan SKM, apakah pula keperluan memiliki VTO?

    c) Adakah PB yang menawarkan kursus VTO separa masa dan PP-PPD di sabah?

    1. Petang Rozy,

      a) Ya, tapi lebih kukuh jika ada VTO
      b) VTO diperlukan untuk lantikan sebagai Pegawai Penilai
      c) Saya akan maklumkan melalui emel nanti

  108. Salaam admin, saya SPM sahaja. Kemudian berkecimpung dgn NGO melakukan kerja-kerja sosial sehingga diberikan T.O.T bawah badan berkanun dgn modul bagi rawatan pemulihan dadah selama dua tahun. Adakah bidang seperti saya layak utk mendapatkan SKM memandangkan saya sering selaku urusetia motivation & training , penceramah berkaitan dadah, hiv dan sosial selama 6 tahun.. layakkah saya memohon ?

    1. Fauzi, sila rujuk Daftar NOSS, kalau ada, boleh mohon SKM secara PPT, kalau takda, tak dapatlah.
      Kalau tak pasti, tolong hubungi unit PPT/NOSS di JPK Cyberjaya, 03-83214700

  109. Assalamualaikum saya syamirul dari kolej vokasional melaka tengah saya baru habis belajar khusus penyaman udara dan penyebukan sijil sldn tahap tiga boleh tak kasi pendapat kemana saya harus sambung belajar thank

  110. Asskum tuan,adakah apa kursus kemahiran untuk saya dah berumur 41 tahun.Sy sejak lepas sekolah buat macam2 kerja,niaga kecil kecilan sehingga hari ni.

  111. salam admin.. saya nk btanya apakah kelebihan kursus kemahiran yg sy ambil tahap 3 aircraft maimtanence sy ada dgr je dr kawan tpi xsbrapa sure mohon admin bg pencerahan dan gaji bg bidang ini?

    1. Maaf, saya tak berapa arif tentang bidang ni.

      Tapi beza kemahiran dgn akademik, anda bukan setakat tahu teori je tapi betul-betul hands-on. Itulah kelebihannya.

  112. Assalamualaikum, saya merupakan lepasan IKTBN dan ada SKM 3 Pembuatan perabot dan hiasan dalaman.

    Layakkah saya untuk memohon VTO?

    Atau ada pendapat yang lain?

    1. Salam Afifi, anda layak & wajib jika cadang nak jadi Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah/tenaga pengajar.
      Anda tinggal kat negeri mana?

  113. Salam sejahtera..
    Saya merupakan pelatih pelukis pelan c&s di salah sebuah pusat bertauliah swasta. Sampai masa ini saya masih tak faham dengan konsep ataupun cara yang diamalkan oleh pusat tersebut.. Sebabnya mereka menggalakkan konsep copy paste drawing padahal pelatih perlu faham dan buat sendiri.. Perkara ini dilihat apabila kami sebagai pelatih bertanyakan soalan / bahagian yang tidak pasti namun mereka hanya memberitahu supaya buat sahaja ikut contoh…sedangkan mereka sendiri tidak memahami soalan tersebut apatah lagi memberi jawapan..soalan diputar belitkan sampai kami tak faham.. perkara yang paling mengejutkan apabila saya dapati mereka memberikan soalan/drawing yang bakal digunakan pelatih untuk exam kepada pelatih berkenaan dan bagi saya perkara tersebut satu penipuan dan tidak dapat menguji kemahiran sebenar pelatih tersebut kerana sudah dipraktiskan atau dihafal terlebih dahulu soalan yang sama untuk exam… mohon pendapat pihak tuan mengenai situasi saya ini dan nasihat/tindakan yang perlu saya lakukan..memandangkan pihak kolej x serius mengkaji tahap kemahiran kami..sekadar meluluskan kami agar rekod kolej baik…tetapi hasil yang kami dapat tidak berbaloi dengan bayaran yang telah kami buat lebih-lebih lagi buat pinjaman belajar..

    1. Nur, saya tak pasti apa yang boleh dilakukan sekarang, takut nasi sudah menjadi bubur. JPK setakat meluluskan Pusat Bertauliah mengikut syarat yang telah dilakukan, namun kualiti/cara pengajaran adalah bergantung kepada pusat individu.

      Samada ada anda cuba berbincang dengan pihak pengurus pusat ataupun kalau masih tidak mengendahkan pendapat kamu, mungkin boleh cuba buat laporan kepada pihak JPK di 03-88865589.

      Harap dapat bantu.

  114. salam admin,saya merupakan lepasan ILP dan mempunyai SKM tahap 3 juruteknik elektrik kanan,dimanakah saya boleh sambung SKM tahap 4 dimana2 institut atau IPTS???

  115. Salam , saya Salahudin , bakal graduan dalam Ijazah Elektrikal dan Elektronik.

    Saya hendak tanya, bolehkah saya ambil sijil kemahiran elektrikal ?

  116. selamat petang saya ingin bertanya soalan saya memang berminat untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran. sebelum ini saya telah mengambil diploma di politeknik tetapi malangnya tidak dapat dihabiskan cuma sampai semester 6 dan gagal satu subject,selepas itu saya terus berkerja dari tahun 2008 sehingga sekarang disamping itu saya pjj untuk chargeman ao saya 2003 dan bercadang mengambil degree dari open universiti tahun hadapan.total pengalaman saya lebihkurang 8thn dalam bidang electrical dan facilities managment…. saya ingin bertanya pendapat tuan patutkah saya sambung degree tersebut ATAU ambil VTO disamping ambil PPT manakah tuan rasa yg terbaik untuk saya. jika saya ingin meneruskan kerjaya sebagai pengajar…… x larat kerja kilang dah tuan hehehe

    1. Salam Rizal, jika minat menjadi tenaga pengajar kemahiran, tak perlu sambung degree.
      Anda boleh mohon SKM secara PPT & ambil VTO serentak. Juga, jangan lupa ambil induksi PP-PPD supaya anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah JPK.

      Rizal kat negeri mana?

        1. bagaimana pula dengan tangga gaji tuan jika saya mempunyai degree adakah ia mempengaruhi tangga gaji saya saya harap tuan dapat penjawap persoalan saya.seperti yg tuan maklum sepanjang 8 tahun saya berkerja saya juga ada mengikuti berberapa kursus kompitan lain seperti ST saya mempunyai chargeman
          Jabatan alam sekitar saya mempunyai kompetan scrubber operation dan JKKP saya ambik safety officer…. semua ini bagi membolehkan saya pergi lebih jauh dalam bidang facilities/eng managment dan juga disarankn oleh boss saya… tetapi seorang pengajar adalah cita2 saya… saya harap satu hari nanti jika saya ditakdirkn menjadi pengajar semua pengalaman saya di kilang dan kekompitanan ini dapat membantu saya mengajar dengan lebih berkesan insyaallah

          1. Maaf Rizal, pasal gaji tu agak subjektif, masih tiada 1 penanda aras, tapi saya rasa kalau ada kelayakan sebagai PP (ada sijil induksi PP-PPD, SKM & VTO), peluang kerja memang tinggi, lebih-lebih lagi ada pengalaman industri.

            Kalau Pusat Bertauliah (PB) kecil mungkin tak mampu nak ambil kamu kerja jika minta tinggi, cubalah nasib dgn PB besar.

            Anda boleh rujuk muat turun Panduan Permohonan SKM secara PPT dlm laman web ni. Untuk induksi PP-PPD & VTO pula, ia dianjurkan di Lembah Klang.

            PP-PPD pada 7-8 Jan 2017
            VTO: Pengambilan Jan 2017, tarikh mula tak pasti lagi

  117. salam admin..
    dalam sijil SKM tu.. kat mana letaknya TARIKH KEAHLIAN/ SIJIL DAN NO KEAHLIAN.

    saya keliru ketika mengisi borang online seperti SPA8 terdapat ruang untuk sijil profesional/ iktisas/ skm/ sum yang meminta TARIKH KEAHLIAN/ SIJIL DAN NO KEAHLIAN.

    diharap dapat membantu kesulitan ini. TERIMA KASIH

  118. assalam tuan…sy sabri…nak tanya…sy ada dip kjuruteraan mekanikal lpasan politeknik…sy sdang berkerja di agensi kerajaan…tmpat kerja sy ade membuat pmbyaran elaun bagi pekerja yg memiliki klyakan berikut

    1) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1
    2) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
    3)Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
    4) Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
    5) Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

    adakah diploma sy boleh disetara kn dgn diploma DKM tahap 4…dan bagaimana cara nya sy hendak mendapat kn sijil atau sebarang pengesahan mengenai kelayakan tersebut

    1. Salam Sabri, diploma anda adalah tidak setara namun, jika ada pengalaman kerja dlm bidang ni, boleh mohon SKM secara PPT. Anda boleh muat turun Panduan Permohonan SKM secara PPT, baca, faham & mohon sendiri (bayar RM300/setahap kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran)

      Jika masih tak yakin buat sendiri, boleh ambil kursus induksi PP-PPT pada 17-18 Dis di Kolej New Era, Kajang, untuk belajar cara-caranya.

      Induksi PP-PPT

      Siapa yg patut hadir?

      1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
      2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
      3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

      Yuran: RM350
      Bank: Maybank 514589203020
      Borang: Boleh muat turun borang permohonan di sini. Isi & emel kembali bersama slip bayaran ke ismarteducare@gmail.com

    1. Salam Epul, jika anda ada pengalaman kerja, anda boleh muat turun Panduan Permohonan SKM secara PPT, baca, faham & mohon sendiri (bayar RM300/setahap kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran)

      Jika masih tak yakin buat sendiri, boleh ambil kursus induksi PP-PPT pada 17-18 Dis di Kolej New Era, Kajang, untuk belajar cara-caranya.

      Induksi PP-PPT

      Siapa yg patut hadir?

      1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM)
      2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
      3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

      Yuran: RM350
      Bank: Maybank 514589203020
      Borang: Boleh muat turun borang permohonan di sini. Isi & emel kembali bersama slip bayaran ke ismarteducare@gmail.com

  119. Salam admin. saya mempunyai diploma pengurusan hotel dan katering, graduate pada 2006. kemudian saya bekerja di sektor perbankan sehingga thn 2013. sekarang saya bekerja sbg pembantu pengurusan tadika. soalannya :

    1. diploma dari skm ni melayakkan kita utk jadi pensyarah/tenaga pengajar ikm @ giatmara ke?

    2. macam saya ada diploma hotcat, anak jadi tenaga pengajar utk student skm bagaimana?

    pengalaman saya dalam bidang pehotelan sedikit. tapi sanggup belajar semula…

    1. Salam Puan Haliatie,

      1. Adakah Diploma anda tu Diploma Kemahiran?
      Rasanya jika sekadar mengajar, tiada masalah tapi tak boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai untuk program SKM/DKM di IKM/Giatmara jika program tu bertaraf SKM.

      2. macam saya ada diploma hotcat, anak jadi tenaga pengajar utk student skm bagaimana?
      Tak faham soalan ni

  120. Salam Admin,

    anak saya akan tamat pengajian kv dan mendapat diploma dari kolej voksional tidak lama lagi. Diploma dari kv bersamaan SKM tahap ke berapa dan apa perlu lakukan untuk jadikan di tenaga pengajar di vokasional/teknik/giat mara etc…minta pencerahan sikit …

    dan bila boleh mohon vto dan DLKM..tk

    1. Salam kemahiran En Shah,

      Diploma dari KV adalah tidak bersamaan dgn SKM, namun, boleh mohon SKM secara PPT setelah ada pengalaman kerja nanti.
      Jika ingin jadi tenaga pengajar atau lebih baik, sebagai Pegawai Penilai (boleh menilai/tandatangan portfolio calon), perlu ada 3 kelayakan berikut:

      1) Sijil induksi PP-PPD (7-8 Jan 2017 di Kolej New Era, Kajang) – RM350
      2) Sijil SKM bidang berkaitan (boleh mohon secara PPT kemudian) – RM300/setahap
      Nota: Jika tiada SKM, boleh juga dilantik sebagai PP, tapi cuma boleh menilai DKM (Tahap 4) shj
      3) Sijil VTO (pengambilan Jan/Feb 2017 di Kajang nanti) – RM3,000

  121. Salam
    Sy ada spm,dan mngambil kursus d abm kos drafting,skiranya sy sd dpt sijil dri cidb,apa kh hala tuju sy selepas itu?blh bg komen

  122. Salam,maaf bertanya,saya fresh graduate daripada giatmara dan saya mempunyai skm tahap 2 dalam bidang teknologi penghawa dan penyaman udara,boleh ke saya sambung untuk ambk skm tahap 3 di mana mana institut,boleh suggest kan ? terima kasih

    1. Salam Shafiq, VTO=Vocational Training Operation@Sijil Pengajar Vokasional, wajib (bersama sijil induksi PP-PPD & SKM) untuk dilantik sebagai Pegawai Penilai di mana-mana PB JPK.

      Sijil IKM tidak bersamaan dgn SKM, jadi boleh mohon SKM secara PPT dgn pengalaman kerja anda.

  123. Assalamualaikum tuan..mohon pencerahan..sy lepasan mempunyai Diploma Teknologi Mekanikal Marin dari UTM. Saya tiada sijil SKM. Pengalaman kerja 15 tahun dalam bidang Mekanikal Marin.Boleh ke saya mohon untuk SKM tahap 4 atau tahap 5 melalui PPT. tanpa mengambil SKM tahap 1,2, dan 3.

    1. Salam En Mohd Zulkifly, kalau tak silap saya, kod bidang anda tu adalah TP-021-3:2013 Penyelenggaraan Marin Mekanikal & ia bermula dari Tahap 3.

      Jadi, anda kena mohon dari Tahap 3, walaupun layak hingga ke Tahap 5

  124. hye , nak tanya saya bakal tamat skm 3 dari giatmara dalam bidang teknologi sistem komputer . persoalan saya dekat mana saya nak sambung pengajian dan adakah skm3 saya melayakkan untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran

  125. saya telah mendapatkan skm3 dan ada pengalaman berkerja selama 5 tahun . adakah saya layak jadi pengajar kemahiran ?

    1. Perlu ditauliah sebagai PB selama sekurang-kurangnya setahun & ada penyelaras PPT (yg sudah ikuti & lulus induksi PP-PPT)

    1. Pertama sekali, buat laporan polis. Lepas tu hubungi 03-88865589 untuk tanya apakah borang yg perlu diisi sebab saya pun dah lupa 😛

  126. Saya lepasan sijil kemahiran malaysia tahap dua bahagian elektril satu fasa.layak kah saya memohon untuk pegawai penilai?

    1. Maaf Faizul, anda kena ambil SKM 3 – EE-320-3:2012 secara PPT (kalau ada pengalaman kerja, min setahun).
      Kalau fresh, samada kerja dulu ataupun ambil kursus EE-320-3:2012.

      Andaikan anda layak mohon SKM3 secara PPT, anda boleh ikuti kursus induksi PP-PPD & VTO serentak.
      Jika anda di Lembah Klang, kursus induksi PP-PPD & VTO yg akan datang adalah seperti berikut:

      VTO
      Tarikh mula: 18 Feb
      Tempat: Kajang
      Yuran: RM3,000 atau RM500X6+300

      PP-PPD
      Tarikh: 4-5 Mac
      Tempat: Kepong Metro Prima
      Yuran: RM350

      Bank: Maybank 514589203020, I Smart Educare

      Anda boleh muat turun borang dari laman web ini & emel ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat. Atau masih perlu tahu maklumat lanjut, samada emel atau hubungi 012-3123430, Melvin.

  127. Salam tuan, saya ingin bertanya…berapa lamakah tempoh menunggu untuk saya dapatkan Sijil SKM selepas tamat pengajian SKM Tahap 2 di Giatmara?

    1. Salam Afiqah, sila rujuk balik dgn Giatmara. Biasanya sebulan 2 tapi sejak bulan Oktober 2016, ada kelewatan disebabkan perlantikan Ketua Pengarah JPK yg baru, jadi kalau Oktober 2016 punya mungkin dapat bulan ni. Bulan Nov, Dis & Jan lagilah lambat 🙂

  128. Salam Tuan , saya miliki sijil SKM Tahap Tiga dalam bidang Pemasangan Dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa…adakah saya layak pergi kursus Vto?

  129. Sy nak tanya apa beza skm yg diktiraf jpk dan skm yg diiktiraf suruhanjaya tenaga? Setahu sy yg diiktiraf suruhanjaya tenaga hanya untuk pw2-pw4. Tolong jelaskan sy perlukan kepastian sebelum menyesal dikemudian hari. Tq

    1. Salam Nazrul, untuk ni, sila rujuk dgn Suruhanjaya Tenaga. Takut bagi maklumat salah. SKM tu sama je, ikut bidang.
      Samada ST iktiraf SKM ke tidak, kena rujuk dgn ST.

  130. Saya nak tanya andai kata saya takda spm saya hanya pelajar voaksional boleh ke sata menjadi cikgu saya amik bidang sistem rangkaian dan komputer

    1. Salam kemahiran, jika program sistem rangkaian dan komputer anda tu bertaraf SKM, anda boleh terus ambil VTO & induksi PP-PPD. Dengan ketiga-tiga sijil ini, anda layak dilantik sebagai pengajar kemahiran@pegawai penilai (PP) di mana-mana Pusat Bertauliah JPK swasta ke awam.

      VTO
      Tarikh mula: 18 Feb atau 4 Mac (TBC)
      Tempat: Kajang
      Yuran: RM3,000 atau RM500X6+300

      PP-PPD
      Tarikh: 4-5 Mac
      Tempat: Kepong Metro Prima
      Yuran: RM350

      Bank: Maybank 514589203020, I Smart Educare

      Anda boleh muat turun borang dari laman web ini & emel ke ismarteducare@gmail.com bersama slip bayaran untuk pengesahan tempat. Atau masih perlu tahu maklumat lanjut, samada emel atau hubungi 012-3123430, Melvin.

  131. saya nak tanya. saya ada SKM,1,2,3 dan DKM. Blhkah saya memohon dalam SPA sebagai pembantu pegawai latihan vokasional tanpa ada VTO & kalau ada VTO kena apply kerja lagi atau diserap masuk bkerja trus?

  132. as salam admin, saya ada ijazah tetapi luar dr bidang kemahiran, (Pengurusan Harta Tanah). sekarang saya bekerja di bahagian Pentadbiran (xde kena mengena dengan apa yang saya belajar) ,saya berminat untuk menjadi tenaga Pengajar melalui program ni, macam mana cara nya?

    1. Salam Nor, sekiranya anda nak jadi tenaga pengajar bidang kemahiran, anda perlu mohon SKM melalui PPT (perlu ada pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun ke atas untuk mohon hingga SKM Tahap 3. Bidang yg dicadangkan untuk anda adalah Pengurusan Pejabat (FB-024-2/3:2012).

      Sila baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 melalui Page ni.

      Pada masa yang sama, anda perlu mengikuti kursus induksi PP-PPD pada 25-26 Mac di Sunway (RM350) & juga kursus pengajar vokasional (VTO) yg akan bermula bulan April.

      Jika masih ada pertanyaan, sila hubungi 03-62429999 ataupun 012-3123430 (lewat petang ni sebab HP kena curi, takda HP lagi)

  133. Selamat pagi…saya nak ambil skm melalui ppt…pengalaman bekerja 3 thun…bagaimana cara untuk memohon..?

  134. assalamualaikum w.b.t
    nak tanya no keahlian sijil yg mna stu kt bawah belah kiri ad dua msalahnya.mna stu..
    contoh
    H-100-1-K01007-122012 atau A 207886

  135. Salam sejahtera.
    Saya mengambil bidang dandanan rambut.
    My qualifications
    1.Skm 1,2 &3 sudah ada
    2. PP-PPD sudah ada
    3. Pengalaman kerja dlm bidang 10thn
    4.VTO belum habis.
    5.Pengalaman mengajar 6 thn di pusat bertauliah swasta.
    Soalan
    1.vto separuh 10% buat folio Dan noss sudah. Cara sambung hingga dapat sijil.
    2.Cara menjadi PP & PPT
    3.Bagaimana mendaftar kedai saya sendiri sebagai PB Jpk.
    Terima kasih.

    1. Salam Kogilavany, ini adalah jawapan kpd persoalan anda

      1.vto separuh 10% buat folio Dan noss sudah. Cara sambung hingga dapat sijil.
      Anda mohon secara PPT ke Pusat Bertauliah?

      2.Cara menjadi PP & PPT
      Untuk dilantik sebagai PP, anda perlu 3 kelayakan, sijil induksi PP-PPD, SKM & VTO (walaupun belum habis, boleh mohon dilantik tapi bersyarat)
      Untuk dilantik sebagai PP-PPT, perlu ikuti kursus induksi PP-PPT & kemudian daftar dgn CIAST sebagai DPIN.

      3.Bagaimana mendaftar kedai saya sendiri sebagai PB Jpk.
      Ni panjang cerita, tapi 1 woman show memang tak boleh.

      Untuk bidang dandanan rambut, kalau nak menawarkan SKM 2, perlu ada:
      1) PPB (kena ada sijil induksi PP-PPD)
      2) PPD (kena ada sijil induksi PP-PPD & SKM Tahap 3)
      3) PP (kena ada sijil induksi PP-PPD & SKM Tahap 3 & VTO)

      Untuk kursus induksi (PP-PPD, PP-PPT, PPL), kami ada menganjurkan kursus ni di sekitar Lembah Klang.
      Untuk khidmat runding permohonan sebagai PB JPK, kami juga tawarkan perkhidmatan ini.

      Terima kasih.

  136. Salam, sy nk mohon skm thp 3, brpa yuran kne byar? Brapa lama proses pngeluran sjil skm thp 3? Sy dri ikm, hnye ad sjil elektrik. Lps sy dpt skm thp 3, untuk smbung lgi skm adkah sy akan dpt DKM 4 seterusnya DLKM 5? apakah taraf DLKM 5 ni? Skm thp 5 ni sme ke dengan DLKM 5? Adkah sama dengan ijazah? Mohon pencerahan dalam aliran kemahiran ni, sy xbrpa fhm. Kalau aliran akademik lps dpt diploma smbung lgi akn dpt ijazah kn. Blh trang kn aliran kemhiran ni mcm mana?

    1. Salam kemahiran Man, kalau nak mohon SKM secara PPT (syarat ada >3 tahun pengalaman kerja dlm bidang kemahiran anda), bayaran cuma RM300/setahap kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
      Lepas SKM3, boleh sambung ke DKM (Tahap 4) atau DLKM (Tahap 5).
      Kemahiran adalah tidak bersamaan dgn akademik. Buat masa ni, DLKM (Tahap 5) adalah tahap tertinggi untuk aliran kemahiran.

  137. Salam. Saya baru tamat SKM 2 bidang automotif dan ingin melanjutkan kemahiran ke SKM tahap 3 dimanakan tempat yang ada SKM tahap 3 tersebut..
    Mohon pencerahan

  138. Assalamualaikum cik, saya memiliki skm level 2/3 Mekatronik dan sudah habis study untuk tahap 4 ( Diploma Teknologi Mekatronik) adakah bolh untk saya sambng study ( degree) di university.

  139. Assalamualaikum admin,

    Saya merupakan fresh graduate (2016) untuk Ijazah Sarjana Muda di UNIMAS. Kini saya sedang menjalanin Graduates Enhancement Training Sarawak (GETS) di sebuah institusi pendidikan tinggi swasta di Sarawak. Berkaitan dengan SKM ini, saya sekarang sedang menguruskan untuk sebuah unit baru disini yang memerlukan SKM untuk para pelajar disini. Bagaimana proses-proses untuk mendapatkannya dan apakah prosedur yang perlu saya buat? kerana saya sedar bahawa pentingnya SKM tersebut.

    Terima kasih.

    1. Salam Nur, maksud anda nak mohon SKM untuk pelajar IPTS tersebut?
      Kalau takda pengalaman kerja, tak boleh mohon SKM secara PPT. Jadi perlu tubuhkan Pusat Bertauliah.
      Harap dapat lebih maklumat lanjut untuk saya bagi maklumat yg lebih tepat.

      Boleh hubungi saya di 012-3123430

  140. Salam sy nak tanya… skm 3 tu mcm mna? Sy lulusan degree dlm bidang industrial design klu nk jd tnga pengajar perlu ada skm 3 ke atau mcm mna? Dan perlu mnjalani kursus dlu ke untk mjd tenaga pengajar tu? Maaf bertanya..sy xbrapa fhm skit.tq

    1. Salam Dina, anda kena rujuk Daftar NOSS untuk kenal pasti bidang program NOSS mana yg sama dgn kelulusan anda.

      Oleh kerana anda tiada SKM, anda cuma layak jadi Pegawai Penilai (PP) untuk Tahap 4 atau 5.

      Kursus yg anda perlu ikuti adalah:
      1) Induksi PP-PPD selama 2 hari (RM350)
      2) Kursus VTO (Vocational Training Operation) selama 3-6 bulan separa masa & 6 bulan internship (RM3,000-3,300)
      3) Kalau nak jadi PP tahap 3 & ke bawah, perlu kerja >3 tahun dlm bidang berkaitan & kemudian mohon SKM secara PPT

  141. salam…
    saya nk tanya..
    anak saya akan abis SKM2 (automotif) kolej vokasional, insya allah hujung tahun nie…
    saya nk tanya serba sikit lah pasal SKM3 ni… saya x tau bab-bab mcm ni…
    1) Dimanakah tempat untuk sambung belajar SKM 3(automotif)? Adakah di CIAST Shah Alam terdapat kursus tersebut?
    2) Lepas SKM 3 tu boleh ke anak saya memohon untuk jadi tenaga pengajar?
    3) Saya ada terbaca kat web CIAst.. ada tawarkan SKM3 dengan sijil tenaga pengajar… disekali kan sijil tersebut… boleh ker anak saya memohon?

    1. Salam Mai, banyak tempat yang tawarkan SKM program automotif tapi kalau nak percuma, boleh cuba nasib kat CIAST.
      Sila hubungi CIAST untuk maklumat lanjut.

    2. Salam, Mai.

      Boleh tau anak Mai sekarang tahun berapa di KV? Pelajar2 KV akan grad dgn DVM di akhir tahun 4. Kalau tak silap saya DVM equivalent to SKM 4

  142. Hai saya nak tanya.. sekarang saya ade buka spa sendiri dan saya ada sijil skm 2 .. kalau saya nak buat vto sambil menjalankan spa saya boleh ??? Dan bagai mana ??

  143. Apa beza DKM dan DVM (lepasan Kolej Vokasional) ? Dari segi ranking DKM lebih tinggi taraf, atau DVM ?

    Adakah lulusan Kolej Vokasional dengan DVM layak untuk buat VTO ?

  144. Asalamualaikum.saya nk bertanya.saya mempunyai skm tahap 2.boleh ke saya ingin sambung ke tahap 3,4 tuan.dan boleh tuan jelaskan bagaimana cara dan kaedanya untuk sambung pengajian ni terima kasih.

  145. Hai..sy nak tanya..sy lepasan spm..kalau sy ambil kejuruteraan perkapalan di politeknik ungku omar,lepas sy habis bljr boleh tak sy mohon jd tenaga pengajar di mana2 institut kemahiran?

    1. Bonie, kalau sekadar pengajar, institut kemahiran mungkin mengambil anda jika mereka menawarkan program SKM yg berkaitan dgn kejuruteraan perkapalan.
      Tapi lebih baik kalau anda kerja kat industri, timba pengalaman kerja untuk 2-3 tahun & lepas tu mohon SKM secara PPT.
      Bila dah ada SKM, mohon pula ikuti kursus VTO & induksi PP-PPD-PPB, masa tu anda bukan shj layak jadi tenaga pengajar tapi juga layak dilantik sebagai pegawai penilai.

  146. Assalamualaikum,sy nk bertnye klau sy ad sijil skm1&lepasan spm 2014 lyk x untk memohn upu 2017,cnth sy terlps tarikh untk bli no pin so mcm mne sy nk bt yew &upu online rayuan tu mcm mne plk kne bli no pin kew@x mohn pencerhn

    1. Salam Saini, biasanya ia ambil masa 2-3 bulan untuk pemprosesan permohonan sehingga ke pengesahan oleh PPL-PPT. Namun, anda cuma boleh mohon sehingga Tahap 3 shj. Bila dah ada SKM3 baru mohon DKM (Tahap 4).

      1. Sy ada sijil elektrik drp giat mara tahun 2001 dan pw4 tahun 2010… skrg berkerja sebagai maintenance… tiada skm…

  147. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya berminat untuk mengikuti kursus Teknologi Sistem Komputer ambilan sesi Julai. Di sini saya ada sedikit pertanyaan. Adakah lepasan ursus Teknologi Sistem Komputer mempunyai prospek yang cerah untuk memperoleh pekerjaan? Bagaimana dengan alumni tahun 2016, adakah semuanya berjaya memperoleh pekerjaan?

  148. Salam admin saya pelajar dari Kolej vokasional dalam bidang teknologi kimpalan . Insya Allah akan gred dan mendapat Diploma vokasional malaysia (DVM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) . Sekarang saya baru habis praktikal di Syarikat NUFA ENG&CONSALTANCY SDN BHD dan tunggu untuk Konvo . Selama saya belajar 4tahun dlm bidang ni dan praktikal selama 4 bulan lebih banyak yang dapat saya belajar tentang Kerjaya dalam bidang Kimpalan . cth : 1)Rig Operator / Operator pelantar minyak
    2). Welding Inspector
    3). Welding QC Co-ordinator
    4). Plant Inspector
    5). Offshore Inspection
    6). Non-destructive Testing
    7). Plastics Welders
    8). Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan cth yg paling top underwater welding)
    saya datang bukan dari keluarga yg senang . Jadi saya berazam untuk menjadikan keluarga saya senang . dalam semua bidang diatas saya tahu basic kerana sudah didedah kan semasa belajar dan praktical . Jadi disini saya memoho Jasa baik admin . Berdasarkan pengalam admin , apa langkah terbaik yang perlu saya ceburi selepas konvo untuk mendapatkan pekerjaan yang berpendapatan tinggi ?

    1. Maaf Rohimi, saya bukan arif sangat dengan bidang kimpalan tetapi saya dengar kimpalan dasar laut (underwater welding) tu memang bayar gaji yg lumayan.
      Namun, untuk menjadi pakar bidang ni, saya tak pasti apakah langkah seterusnya yg anda patut ambil. Mungkin saudara boleh buat penyelidikan melalui Google search & juga tanya syarikat-syarikat yg terlibat dalam bidang kimpalan.

  149. Assalammualaikum & selamat sejahtera admin,

    Saya merupakan pelajar lepasan giatmara.
    Saya mempunyai sijil SKM tahap 3 dalam jahitan.
    Tetapi saya buntu, ke manakah saya bole menyambung pelajaran saya.
    Diharap admin boleh memberikan beberapa pendapat mengenainya.

    Terima kasih.

    1. Syida, jika anda nak sambung ke Tahap 4, anda boleh cari di sini (Carian Pusat Bertauliah)> pusat yg menawarkan DKM idang jahitan.

      Tapi jika nak jadi tenaga pengajar kelak, anda perlu ambil kursus induksi PP-PPD & VTO. Shida tinggal mana?

  150. salam admin..
    sy mempunyai skm 1 Dan 2 dlm. senibina..bekerja dgn firma lbh kurg 10 thn…blhkh sy mohon vto dan brapa tempoh masanya kerana sy masih dan sedang bkerja .

    1. Salam Aishah, anda boleh mohon VTO, namun cabarannya ialah masa internship (praktikal mengajar nanti), ia adalah selama 6 bulan sepenuh masa di Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan program senibina. Jika anda boleh atasi cabaran ni, tiada masalah untuk anda melengkapkan VTO anda.
      Aishah tinggal mana? Dah ada siji induksi PP-PPD?

      1. Terima kasih admin.
        Saya tinggal di melaka.Tidak pernah menghadiri sebarang kursus induksi. Ok…maknanya saya perlu mengambil sijil tersebut? tetapi dimana.Bilakah kursus dijalankan dalam masa terdekat ini. Admin blh berikan detail di email saya.
        Terima kasih sekali lagi admin.

        1. Salam Aishah, kursus induksi PP-PPD selepas ni adalah pada 8-9 Julai di Kepong Metro Prima.

          Boleh muat turun Borang Permohonan KIP-01 di sini. Lepas isi, tolong emel kembali ke ismarteducare [at] gmail [dot] com

          Yuran adalah RM350, termasuk makan tengah hari, minum pagi & nota/sijil dari JPK sekali.

  151. Salam admin,sy adalah lepasan sijil senibina dri ikm dan brmnat utk mnjdi tnga pngjar,adakah dgn sijil ikm ni melayakkan sy untuk mengikuti kursus vto ?

    1. Salam Lina, anda digalakkan mohon SKM secara PPT pada masa yg sama kerana tanpa sijil SKM, sijil VTO tidak cukup untuk melayakkan anda untuk dilantik sebagai PP (Pegawai Penilai)

  152. Saya ada skm tahap 3 dalam bidang komputer & networking.

    Soalan
    Dimanakah tempat sesuai untuk sambung belajar sambil membuat tahap 4 dan 5

  153. Salam admin , saya akan habis skm tahap 2 dalam bidang food and beverage .
    Umur saya 17 dan pada pndapat admin , kemanakah saya sesuai sambung belajar yang kerajaan ?

  154. Salam admin..saya nk tanya sikit macam mana nak dapatkan SKM tahap 3 dan DKM..???saya mempunyai pengalaman kerja lebih kurang 20 tahun dalam bidang elektrik dan juga saya mempunyai SKM tahap 2 dan Chargeman AO

    1. Salam En Muhamad, anda dah baca panduan permohonan SKM melalui PPT yg boleh dimuuat turun dari laman ni (Page ni juga)?

  155. Assalammualaikum,saya Sijil Kemahiran Malaysia
    Tahap 3 apakah yang perlu saya ambil dalam bidang berkaitan dengan jawatan PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19?
    Sekian,Terima Kasih.

  156. Salam admin, saya baru habis belajar di sebuah politeknik dalam bidang diploma kejuruteraan awam . Grad pada tahun hadapan . Saya berminat untuk menjadi Pengajar dalam bidang tersebut tetapi masih belum mempunyai SKM . Dalam pada masa sama , saya turut berminat untuk menyertai kursus2 di ABM . Adakah Sijil Kecekapan Kemahiran dari ABM setaraf dengan SKM ? Bolehkah tuan senaraikan kepada saya langkah pertama dan seterusnya yang patut dilakukan sehinggalah menjadi seorang PP ? Saya agak keliru . Mohon pencerahan .

    1. Salam Nur,

      Anda layak dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) sekiranya ada:

      1) SKM atau diploma kejuruteraan awam dgn 2 tahun pengalaman kerja (boleh jadi PP DKM shj)
      2) Sijil VTO
      3) Sijil induksi PP-PPD-PPB

      Jadi, berdasarkan status anda sekarang, 2 sijil yang perlu diambil sekarang, iaitu

      1) Induksi PP-PPD-PPB (8-9 Julai di KL atau 15-16 Julai di Penang)
      2) VTO separa masa (samada di KL mulai 23/7@20/8 atau di Penang – Ogos/Sept)

      Kalau nak ambil SKM supaya peluang dilantik sebagai PP lebih tinggi (boleh jadi PP tahap 1,2 atau 3), kenalah ada pengalaman kerja dlm bidang berkenaan selama 3 tahun ke atas.

      * SKK tak sama setaraf dgn SKM

  157. Salam admin, saya adalah pelajar tahun akhir dalam sarjana muda kejuruteraan elektrik dan baru sahaja menghabiskan pengajian. Saya dijangka grad pada bulan 11 tahun ini. Persoalannya, adakah saya perlu tunggu untuk mendapat ijazah terlebih dahulu barulah boleh memohon vto? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. Salam Fatin,

      Tujuan utama untuk mengambil VTO adalah supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah (walaupun ada yang perlukannya untuk mengajar secara kontrak di agensi-agensi kerajaan tertentu). Berikut adalah kriteria perlantikan Pegawai Penilai.

      4.6.3.2 Kriteria

      a. Warganegara Malaysia ;
      b. Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun;
      c. Berkhidmat di satu PB sahaja;
      d. Lulus Kursus Induksi PP/PPD/PPB* (dianjurkan oleh I Smart Educare setiap 2 bulan);
      e. Bagi bidang-bidang yang mempunyai kaitan dengan badan penguatkuasaan dan pelesenan, perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh badan berkuasa berkaitan seperti di Lampiran 2;
      dan
      f. Memiliki :
      i. SKM dalam program yang berkaitan pada satu tahap yang lebih tinggi atau tertinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi program tahap 1 dan tahap 2;
      ii. SKM/DKM/DLKM dalam program yang berkaitan pada tahap yang sama atau lebih tinggi untuk mengendalikan penilaian program bertauliah bagi tahap 3 ke atas;
      iii. Diploma dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM;
      iv. Ijazah dengan dua tahun pengalaman kerja dalam program yang berkaitan untuk mengendalikan latihan dan penilaian program bertauliah untuk DKM/DLKM;

      Jadi, cabarannya adalah anda tiada pengalaman kerja, jadi bila dah habis VTO pun tak boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) buat masa ni sehingga ada pengalaman kerja 2 tahun. Dan sekiranya nak mohon SKM secara PPT pun tak layak sebab tiada pengalaman kerja.

      Saya nasihatkan kerja 1.5 tahun dulu sebelum ikuti program VTO secara separa masa supaya bila dah cukup pengalaman kerja 2 tahun, anda dah boleh jalani internship VTO (6 bulan sepenuh masa di pusat latihan kemahiran/PB)

  158. Saya Shah, ada SKM Tahap 3 , Graphic Designer & Advertising. Macam mana caranya saya nak dapatkan Sijil Kemahiran saya? Saya baru saja habis belajar 3 bulan lepas.

  159. salam, en/cik saya da ada skm 1 2 3 dalam bidang elektrik..
    kalaw nak smbung tahap 4 di kedah dekat mna ya??

  160. Salam Tn,
    Anak saya lepasan KV
    Tahun 1&2 tidak memenuhi syarat utk mendpt sijil SVM .
    Pelajar meneruskan pengajian smpi thn 4 di KV.Telah selesai OJT lbh krg 4 bln.
    Malangnya pelajar masih tidak layak dianugerah SKM wlpon pada tahap 1 & 2@3 setelah 4 thn menghabiskan masa di KV.
    Saya sebagai ibubapa ingin bertanya sekiranya anak saya layak untuk mengulang paper SKM di luar…di mana2 kolej2 yg menawarkan peluang kedua kepada pelajar yg gagal mendapat sijil di KV.Sekian.T.Kasih.

    1. Salam Pn, sijil SKM cuma boleh diperolehi melalui:

      1) Pusat Bertauliah seperti KV & PB swasta yg lain-berbayar
      2) PPT (jika ada pengalaman kerja)
      3) SLDN (skema perantisan, juga kena belajar + kerja di syarikat latihan)

  161. hello nak tanya ni,,,,,saya belajar kelas masakan di sekolah menengah selama tiga tahun dan telah mendapat sijil skm tahap2 soalannya boleh ke saya memohon kerja kat restoran mewah2″ tanpa spm hanya menggunakan sijil skm tahap2….admin sila jawab pertanyaan saya di no watsap saya 01119554428….

    1. Salam Arman, saya bukan dari industri masakan, tak dapat nak jawab anda. Samada restoran mewah ada polisi WAJIB ada SPM ke tidak, itu bergantung kepada setiap restoran.
      Namun, saya rasa yang lebih penting adalah kemahiran masakan serta komunikasi anda. Jika bagus, pasti ada restoran ataupun mungkin hotel yang akan ambil anda bekerja tapi biasanya bermula dari peringkat bawah/kerja asas.

  162. as salam saya nak tanya tarikh keahlian/sijil svm dgn no keahlian ape maksud nya??saya ada isi form di laman web spa tapi x taw ape maksud tarikh keahlian/sijil…ke tarikh first kita masuk??boleh tolong x admin??terima kasih..

  163. Assalamualaikum, saya ingin bertanya, ada tak mana2 pusat pengajian yang menawarkan pengajian jarak jauh untuk SKM tahap 4 dalam bidang teknologi komputer sistem?

  164. Salam Admin.. kat sijil skm tu.. mne 1 no. Keahlian dan tarikh keahlian.?? Baru2 ni sy ada isi SPA.. ada tnya no.keahlian n tarikh kehlian

  165. Assalamualaikum tuan. Anak saya baru grad diploma kejuruteraan awam politeknik. 1hb okt start kerja dgn sebuah syarikat constraction. 24 okt ni kena interview vto ciast. Anak sy belum ada sijil induksi dan pengalaman kerja. Mana satu yg perlu dia dahulukan. Saya tinggal di alor setar. Klu nak ikuti kursus induksi pp ppd (betul tak), perlu mohon kat mana. Terima kasih

    1. Salam kemahiran Pn Latipah

      Kalau anak anda berjaya diterima untuk ikuti VTO di CIAST, induksi PP-PPD akan diberi sekali.

      Sekiranya gagal diterima masuk (sebab percuma, terlalu ramai yang mohon), puan boleh hubungi saya di 012-3123430 untuk maklumat lanjut kursus induksi PP-PPD & VTO anjuran pihak swasta.

  166. Assalamualaikum..ingin bertanya..saya bekerja d sektor awam dalam bidang IT..sebelum ini ada ambil kursus giatmara dalam bidang komputer selama 6 bulan dan akan dapat SKM tahap 1 namun pada tahun tersebut kami tercicir untuk daftar skm namun saya dapat menghabiskan latihan 6 bulan tu..jadi adakah saya bole apply sijil skm tahap 1 dengan menyertakan fail-fail nota,latihan dan ujian selama di giatmara tersebut?

  167. assalamualaikum admin….sya nak tnya kalau ada skm sampai tahap 3 …apa kelebihan …. dan peluang apa yg boleh minta ya?? terima kasih

  168. Tuan,

    Saya SABI BIN CHE SAID IC 570305-09-5069 ada lah pemegang Diploma Kemahiran Malaysia bagi Pembantu Jurutera Pembinaan dan Penyelenggaraan Mesin, Sijil saya H-100-4-T01001-0807-21/08/2007….no sijil D 08686 melalui PPT
    Pertama…saya ingin mendapatkan transkrip untuk Diploma tersebut
    Kedua…Boleh kah saya dapatkan salinan Diploma tersebut kerana terkoyak
    ketiga….Diploma dalam bahasa Inggeris
    terima kasih

  169. Salam Sejahtera Cik, adik saya memiliki sijil kemahiran malaysia, program Pemasangan & Penyelenggaraan Elektronik Satu Fasa, Tahap Dua (EE-320-2:2012). Adakah saya boleh menyambung sijil kemahiran malaysia Pemasangan & Penyelenggaraan Elektronik Tiga Fasa (EE-320-3:2012) ?

  170. Assalamualaikum . Saya nak tanya saya mempunyai sijil kemahiran tahap 3 krsus kimpalan dari giat mara . Bolehkah saya melanjutkan pelajaran di Unikl mfi dgn sijil skm 3 saya tu? Terima kasih . 😁

  171. Assalamualaikum tumpang tanya saya lepasan ilp pasir gudang dlm kos elektronik skm tahap 3 . Adakah bole saya masuk politeknik dan tidak mula dari sem 1 hanya mula sem yg lain sebab dh ptong course yang saya belajar kat ilp dlu ????

  172. Saya ingin majukan 2 soalan:-

    1) Apakah proses bagi membolehkan Akademi Laut Malaysia didaftarkan sebagai pusat bertauliah dibawah JPK?

    2) Adakah kursus-kursus yang berkaitan dengan industri perkapalan layak untuk didaftarkan dibawah JPK?

  173. hai min.saya nak tanya.saya pernah belajar di giatmara tahun 2007.dlm bidang pedawaian elektrik.adakh sijil kemahiran giatmara sama dengan SKM?dan macam mana cara nak cek nama?Dan bolehkah saya membuat lanjutan kemahiran?minta pencerahan.thanks

  174. Sy ingin ambil sijil kemahiran Malaysia kimpalan Secara part time. Boleh tak beri pusat pembelajaran swasta yang terletak di Pulau Pinang. Terima Kasih.

  175. Salam admin..nk tanya saya dalam lepasan dkm sistem maklumat..ingat nk sambung dgree tpi saya ni tiada spm..mohon bantu admin .

  176. Salam tuan , saya nak tanya kalau saya ada skm tahap dua menjahit, boleh tak saya nak ambil skm tahap 2 masakan ? atau kena ada tahap 1 ?

    1. Pagi Nurul, semua program kena mula dari Tahap terendah, tak kira bidang.
      Namun, untuk Masakan (Penyediaan & Pembuatan Makanan – HT-012-2:2012), ia bermula dari Tahap 2 (tiada Tahap 1)

  177. Asslamualaikum,tuan saya nak tanya.
    Kalau saya nak mohon Vto perlu ke saya ambik SPM?
    Saya lepasan Pt3 terus mohon untuk ambik SKM.
    Sekarang saya ambik SKM tahap 3 dalam Pengajian awal kanak kanak.

          1. Nur Syrina, kalau anda di Lembah Klang/Seremban/Melaka, boleh ambil kursus di Kepong.
            Jika jauh (negeri lain), kami akan syorkan berdasarkan mana anda tinggal.

  178. hai admin, sy ada Diploma kolej kemahiran tinggi mara dalam jurusan Digital Media Design dan bachelor Multimedia Technology (HONS) In Interactive Multimedia design.. saya berminat nak apply VTO.. adakah saya layak dan boleh tau mcmna nak apply?

    1. Amalina, anda di negeri mana?
      Layak tu memang layak tapi apa tujuan nak ambil VTO? Sekadar nak jadi tenaga pengajar ke Pegawai Penilai?
      Dah ada sijil induksi PP-PPD-PPB belum?

  179. Anak lelaki saya kini 16 tahun ini belajar di Sekolah Khas Di Bandar Sunway. Kemahirannya dalam bidang komputer. Dia boleh membaca, menulis dan mengira. Dia fasih dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

    Bulan lepas pergi temuduga di Sekolah Pendidikan Vokasional Shah Alam tidak berjaya, 900 pemohon hanya 100 sahaja sekolah ambil. Kami pergi institusi atau kolej di Lembah Klang, Ipoh dan Pula Pinang untuk kursus komputer sistem tapi tak berjaya juga. Sebab yang tertentu ialah keputusan yang gagal tidak PMR atau SPM tapi bukan golongan OKU yang high functioning seperti anak saya. Saya sangat kecewa dengan kolej kolej yang berkenaan menyingkir atau tidak member peluang langsung. kepada remaja yang tidak bernasib baik ini sebagai insan istimewa yang berkaliber dengan potensi mereka.Kami sekeluarga juga berasa hampa dengan sekolah menengah khas yang tidak memberi peluang untuk mereka mengikuti Kelas inklusif yang menyebabkan mereka tidak mengambil sebarang peperiksaan seperti PMR dan tidak mencukupi Sekolah Pendidikan Khas Vokasional Di Malaysia.

    Tolong berikan nasihat kepada saya, ibu yang menghadapi jalan buntu dan tidak tahu manakah tempat yang sesuai untuk dia pada tahun depan sebab dia tidak ada minat langsung dengan pengajaran di sekolah kini.

    Terima kasih.

    1. Salam Pn Lee, merujuk kepada kenyataan anda
      “Kami pergi institusi atau kolej di Lembah Klang, Ipoh dan Pula Pinang untuk kursus komputer sistem tapi tak berjaya juga”, adakah anda maksudkan institusi awam atau swasta?

    1. Syafiq, anda ada berapa tahun pengalaman kerja?
      Kalau cukup tahun (>3 thn), boleh mohon secara PPT (sila baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014) untuk maklumat lebih lanjut.

          1. Nur, kursus dijalankan di Kepong. Kalau minat, bolehlah daftar. Pengambilan akan datang dijangka bulan April.

  180. Hi, sya nak bertanya. kolej mana yg menawarkan skm 3 hingga DKM? Selain di kolej komuniti batu pahat. Sya dulu mempunyai skm level 1&2 dlm pembuat pakaian wanita dan skm level 1&2 dlm pembuat pakaian lelaki.

  181. Salam Admin…

    Saya ingin bertanya,mohon admin membantu… Pada tahun 2004, saya telah tamat pengajian di sebuah pusat latihan kemahiran MLVK bagi sijil kemahiran tahap 2 – pembantu tadbir sistem maklumat. Saya cuma diberi Academic transcript oleh pihak kolej. Soalan saya ialah, bagaimana saya boleh mendapatkan no keahlian ? kerana di dalam academic transcript ini hanya di nyatakan code D-060-2 sahaja…adakah itu no keahlian SKM?

    1. Khasidah, anda sepatutnya terima SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) dari JPK melalui Pusat Bertauliah anda, jika telah terampil.
      D-060-2 tu adalah kod program pembantu sistem maklumat.
      Sijil SKM tiada no keahlian tetapi cuma ada no siri sijil, biasanya di bahagian bawah kiri sijil (sila rujuk imej sijil yang ada dalam halaman ni – atas sekali)

  182. Selamat Petang admin,
    Saya memiliki SKM TAHAP 1, 2, 3 dibidang eletrikal.
    Pengalaman kerja sudah hampir 5 tahun (juruteknik) sebab saya grad pada tahun 2012 dan terus bekerja.
    Soalan saya:
    1. adakah saya layak memohon VTO?
    2. jika saya layak, bagaimana untuk mohon sebagai partime mengikuti VTO. sebab saya masih bekerja sepenuh masa.
    3. adakah saya akan dicari atau mencari sendiri (kerja) selepas mendapatkan VTO.
    Terima Kasih.

    1. Petang Taqiudiin,

      1) Layak
      2) Anda tinggal/kerja di negeri mana? Cuma perlu isi borang & buat bayaran sahaja 🙂
      3) Anda kena cari sendiri, termasuk tempat untuk latihan internship (6 bulan mengajar di Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan bidang elektrikal) setelah habis kursus teori & pengesahan PPL (lawatan pertama)

  183. Selamat Petang admin,
    Saya sedang mengikuti PPT tahap 2,3,4 di MCS.
    Pengalaman kerja sudah hampir 12 tahun dalam bidang pentadbiran
    Soalan saya:
    1. adakah saya layak memohon VTO? Jika ya, boleh sy dapatkan maklumat lanjut.
    2.Bagaimana untuk mohon sebagai partime mengikuti VTO sebab saya sedang bekerja sepenuh masa di Shah Alam.

    Terima Kasih.

    1. Hi Diya, maksud anda, sedang ikuti program SKM di MCS?
      Sebab mohon SKM secara PPT tak perlu berkursus, ataupun kamu mohon melalui PB-PPT?

      Apapun, tujuan untuk ambil VTO supaya layak dilantik jadi Pegawai Penilai (PP).

      Jadi, anda perlu ada:
      1) >> SKM 2 ataupun 3
      2) SIjil induksi PP-PPD-PPB (2hari – 20-21 Jan di Kepong Metro Prima, RM350)
      3) Sijil VTO – Kursus separa masa hujung minggu di Kepong, diikuti oleh internship 6 bulan di Pusat Bertauliah (cth MCS)

      Anda boleh muat turun borang permohonan dari sini – Borang Permohonan KIP & VTO0 & emel kembali bersama slip bayaran jika nak sahkan tempat anda.

      Kalau masih ada pertanyaan, sila hubungi 012-3123430

  184. Hi admin.
    Saya Shira. Sy ada dua soalan.

    i ) sy skrg study di sebuah IPTA di Selangor dalam bidang MSc. In Communication Engineering dan inshaAllah akan tamat pengajian pada May 2018. Sy nak tanya, jika saya berminat utk menjadi tenaga pengajar dan PP, sy patut apply ape ye? Pengalaman kerja saya kurang 2tahun sebagai part time lab demonstrator uni tersebut. Dan bolehkah sy dptkan SKM 4 or SKM 5 dgn adanye sijil Master tu? Sebab buat masa ni, sy takde langsung sijil SKM.

    ii) saya ada adk yg sedang study di Kolej Vokasional dalam bidang bakeri , dan akan tamat pengajian DVM ni pada April 2018. Adakah dia juga layak untuk memohon sebagai tenaga pengajar dan PP?

    Terima Kasih.

    1. Pagi Shira,

      Syarat perlantikan sebagai PP (Pegawai Penilai) di Pusat Bertauliah JPK adalah:

      1) Sijil Induksi PP-PPD-PPB
      2) SKM (Min Tahap 2) atau Dip (PP untuk DKM) atau Ijazah/Master (PP untuk DKM@DLKM)
      3) VTO

      Jadi, anda cuma perlu ambil:
      1) Sijil induksi PP-PPD-PPB (20-21 Jan di Kepong)
      2) Sijil VTO (pengambilan Feb 2018 di Kepong)

      untuk melayakkan anda jadi PP program DKM/DLKM bidang anda.

      Tak kira Master ke PhD, anda tidak boleh dapatkan SKM, DKM atau DLKM kalau tiada pengalaman kerja.
      Baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 untuk mengetahui syarat & caranya jika nak mohon SKM/DKM/DLKM.

      Untuk adik anda, sila rujuk balik syarat perlantikkan sebagai PP

  185. Selamat petang admin.

    Saya adalah lepasan degree Sains & Teknologi Makanan (fresh grad). Saya berminat untuk menjadi tenaga pengajar/ PP, ada pengalaman kerja dalam industri makanan selama 3 bulan je dan tiada sijil SKM serta VTO.. saya ingin bertanya, apakah langkah yang patut saya buat?

    1. Pagi Siti, pertama sekali, sila muat turun Daftar NOSS dan kenalpasti program mana yang setara dengan kelayakan anda.
      Jika ada, beli NOSS tu dari JPK Putrajaya atau Cyberjaya untuk kaji kandungannya untuk memastikan kelayakkan anda betul-betul setara dengan kandungan NOSS yg telah dikenalpasti (supaya anda boleh jadi tenaga pengajar/PP untuk bidang NOSS tersebut).
      Bila dah buat demikian, anda perlu ambil kursus induksi serta VTO.

      Untuk menjadi PP, anda kena ada:

      1) SKM 3 ataupun Diploma/Ijazah yg berkaitan dgn NOSS (tapi cuma layak jadi PP untuk Tahap 4 atau 5 shj)
      2) VTO
      3) Induksi PP-PPD-PPB

  186. Tuan,

    Saya masih bekerja di agensi kerajaan, mempunyai ijazah/diploma akademik, hadir kursus induksi PP -PPD- PPB Sijil Kemahiran Malaysia pada tahun Disember 2017 (belum terima sijil), Jawatankuasa Penyelarasan Program Penjagaan Ibu Bersalin, Panel Penilai Jawatankuasa Teknikal Penilaian (JTPS) Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan Bidang mamacare Hybrid (Tahap 4 dan 5), Technical Advisory Committee (TAC) Mamacare Level 4 & 5 dan Teknikal Prosedur mamacare dalm WIM dan akhir sekali bakal hadir kursus indusksi PP-PPT (13-14 Jan 2018) anjuran I Smart Educare.

    Soalan saya: Adakah saya layak SKM 3 secara PPT dan VTO secara khas ? atau lain kelayakan kemahiran yang bersesuaian

    1. Salam kemahiran Tn Hj Ramli,

      Anda layak mohon SKM secara PPT tapi untuk VTO, rasanya perlu ikuti kursus melalui Pusat Bertauliah seperti I Smart Educare.

  187. Salam tuan admin.

    Sy mempunyai pengalaman bekerja lebih 15 tahun dalam bidang pembuatan kek & pastri dan sudah berumur 44 tahun .
    Saya tidak pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh SKM .

    Namun sy amat berminat untuk menjadi tenaga pengajar & pegawai penilai yg bertauliah .
    Adakah saya masih layak untuk mengikuti mana2 kursus yg dianjurkan oleh SKM ?

  188. hai.. salam tuan admin , sye lepasan skm tahap 3. mcm mana cara untuk sye semak jika sijil sudah keluar ataupun belum..

  189. I have completed my Certificate in Mechatronics Engineering (SKM 2&3). Should I enrol for DKM 4 and continue my Bachelor Degree in Mechatronics Engineering or I can enrol direct for my Bachelor Degree?

  190. assalammualaikum Tn. saya sudah hbs belajar dia kolej komuniti muar pada tahun 2012(kecantikkan dan dadanan rambut) tapi course saya tiada SKM… tapi sekarang saya sudah kerja selama 6 tahun.. macam mana saya nak mohon SKM? berapa kos untuk mohon SKM

    1. Norfaizah, anda boleh baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 dari laman ini.
      Jika masih tak faham, boleh hubungi admin di 012-3123430, tq

        1. Norfaizah, dah baca Panduan Permohonan ke tak? Ataupun dah baca tapi masih tak faham dan perlukan khidmat runding?
          Jika ya, sila hubungi saya di 0123123430

  191. Sir/Madam,

    I’m degree holder from local U, course IT.
    if i wish to make some short courses and want issue cert to my student.

    how can i do or what is the process?

    1. Hi Chin, I can only advise you if it’s Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) cert that you want to issue to your student.
      Generally, it takes about 6 mths for Level 2, 1 year for Level 3 cert.
      So if it’s just short courses, then this system is not suitable for you.
      But if you are ready for longer term courses (duration as per mentioned), then I can advise you on that.
      You may also call me at 012-3123430

  192. assalammualaikum tuan, sy cikgu kemahiran salah sebuah institut swasta,, sy guna ijazah, vto dan induksi untuk memohon jawatan tersebut,, tapi sy tiada skm,, niat nk buat trus buat single tier tahap 3,, bolehkah saya dapatkan infomasi pp ppt bidang TA-010 pembuat pakaian lelaki dan TA-011 pembuatan pakaian wanita area muar/johor. terima kasih, salam hormat.

    1. Salam kemahiran Siti, jika nak buat PPT secara single tier, cuma boleh buat di PB-PPT. Admin tiada senarai/tak tahu mana PB-PPPT yg tawarkan bidang ni di Johor.

      Jika ada pengalaman kerja, baik mohon secara PPT biasa.

  193. Aslmkm Saya adalah bakers sambilan dan telah mengikuti pelbagai kursus pendek dan juga buka kelas ajar kulinari kpd yg berminat.
    1. Jika saya nak ambik skm melalui ppt adakah saya perlu ambil kursus induksi?
    2.. adakah kursus induksi tersebut ada ujian/ pwperiksaan utk melayakkan dpt sijil induksi tersebut?

    1. Azizan,

      1. Jika saya nak ambik skm melalui ppt adakah saya perlu ambil kursus induksi? – Tak perlu
      2.. adakah kursus induksi tersebut ada ujian/ pwperiksaan utk melayakkan dpt sijil induksi tersebut? – Ya, ada ujan. Induksi PP-PPT adalah untuk melayakkan sebagai PP-PPT (Pegawai Penilai sistem PPT) (jika anda dah ada SKM, >10 thn pengalaman kerja & sijil induksi PP-PPT)

  194. Sy dh memiliki sijil tahap 3 sekirnya ingin sambung ke tahap 4 ada ke disediakan untuk study part time atau pjj sbb sudah berkerja..

  195. assalamualaikum,saya merupakan pelajar lepasan Diploma kemahiran (DKM) tahap 4 dalam jurusan pengurusan teknologi percetakan. saya berminat untuk ambil Kursus sijil pengajar vokasional (VTO) , tetapi saya tidak ada SPM. saya ada SKM tahap 1,2 & 3. Dan DKM tahap 4 sahaja

    1. Salam kemahiran Fatin, kalau belajar kat swasta, syarat SPM adalah TIDAK DIWAJIBKAN.

      Dan untuk perlantikan sebagai Pegawai Penilai (PP), TAK PERLU SPM

      Anda cuma perlu ada SKM, sijil VTO & Induksi PP-PPD-PPB.
      Fatin tinggal kat negeri mana?

    2. Salam kemahiran Fatin, kalau belajar kat swasta, syarat SPM adalah TIDAK DIWAJIBKAN.

      Dan untuk perlantikan sebagai Pegawai Penilai (PP), TAK PERLU SPM

      Anda cuma perlu ada SKM, sijil VTO & Induksi PP-PPD-PPB.
      Fatin tinggal kat negeri mana?

    1. Amiey, jika anda ada pengalaman kerja dlm bidang SKM yg ingin dimohon, boleh mohon secara PPT. Panduannya telah ada dalam laman ni, sila muat turun & bacanya.

  196. Salam sya ada 2 pertanyaan.

    1) situasi pertama ada skm tahap 3 dri ikm & bakal menamatkan diploma di politeknik. Layak ka untuk memohon mnjadi tenaga pengajar & macam mana ya cara untuk memohon??

    2) situasi ke 2..hanya ada diploma daripada politeknik dan tiada skm. Tetapi berminat untuk mnjdi tenaga pengajar. Boleh &layak ke untuk memohon menjadi tenaga pengajar dan masuk vto ??

    Boleh saya tahu macam mana cara untuk memohon andai layak??

    Terima kasih tuan & mohon pencerahan…

  197. Hai admin, saya adalah pelajar DKM tahap 4 dan saya menjalani latihan industri sekarang. Saya akan tamat latihan industri pada bulan April nanti. Saya bercadang ingin menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah di Universiti Awam. Bagaimana cara untuk saya menyambung peringkat ijazah disana?

  198. Slmt ptg admin…saya seorg baker yg mpunyai skm tahap 1&2..n sudah brdaftar lesen pniagaan enterprise…ramai yg minta saya buka kelas kek…apakah saya layak jd tenaga pengajar utk kelas kek persendirian?…

    1. Petang Tiz, jika sekadar nak tawarkan kelas kek tanpa menawarkan sijil SKM, anda tak perlu ambil apa-apa sijil.
      Tetapi, jika nak tawarkan SKM kepada pelajar anda, anda kena mohon menjadi sebuah Pusat Bertauliah JPK. Panjang ceritanya pula, jika berminat, sila hubungi 0123123430

  199. selamat petang admin

    saya bakal habis SKM 3 dalam lukisan bidang senibina dan bercadang melanjutkan pelajaran saya dalam DKM, boleh saya tahu dimana saya boleh melanjutkan DKM saya dan dalam bidang apa saya boleh pilih?

  200. Salam admin.. Macamana sy nak cek.. Tempat utk pngambilan VTO, tarikh, masa, sebab sy rasa, nk sambung VTO. Sy ada SKM LV 123 shj dlm bidang juruteknik sistem komputer.

    Apa yg merunsingkan adalah, sy sdah berkerja & tempoh perkhidmatan sy sdah 6 tahun. Masih bolehkah sy mengikuti program VTO ini tuan.

  201. Hi, saya ingin meneruskan pengajian saya dalam bidang kejuruteraan awam. Adakah sijil kemahiran ini perlu saya dapatkan terlebih dahulu sebelum memohon untuk mengambil diploma dalam bidang kejuruteraan awam di ipta?

    1. Robin, kalau kejuruteraan awam, tak perlu. Tapi kalau teknologi kejuruteraan awam, rasanya perlu.
      Sila rujuk dengan mana-mana IPTA bawah MTUN.

      1. Tetapi sewaktu saya melawati portal permohonan Politeknik (IPTA),selain lulusan SPM, mereka juga memerlukan sijil kemahiran Malaysia tahap 3 *perlu mengikuti program peralihan (bridging) yang ditetapkan.

  202. Selamat sejahtera,

    Saya ada SKM 2 & 3 ( Early Childhood Education ), dan saya pun telah menghadir kursus induksi ( PP-PPT). Apa yg perlu saya buat utk langkah seterusnya? Adakah saya layak menjadi tenaga pengajar ?

    1. Pagi Yean, anda sepatutnya ikuti kursus induksi PP-PPD, bukan PP-PPT.
      Dan jika nak dilantik sebagai Pegawai Penilai, anda kena ada sijil VTO juga.
      Tinggal mana?

  203. Salam sejahtera,

    Saya memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam. Semasa mengisi borang SPA8i, saya diminta untuk mengiisi Tarikh Keahlian/Sijil dan no. Keahlian. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat tersebut?

    Terima kasih.

    1. Stanley, sila rujuk contoh sijil SKM yg dipaparkan di laman ni, No. Sijil bahagian bawah kiri (A998349).

      Tarikh & no. keahlian tu saya tak tahu apa tu

  204. Salam sejahtera admin,

    Sy dah ada skm 1-3 dan Dkm( automotif) .
    Saya ingin berkerja di sektor kerajaan. Selain berkerja sebagai pengajar dan tempat pusat servis, boleh tak sy berkerja sektor kerajaan seperti tentera,tntra laut,polis,jpj dan sebagainya ataupun ada tak selain itu ?Sebab keputusan SPM sy tak berapa bagus. Boleh tak sy guna sijil and diploma ni ?
    Sekian terima kasih

  205. Salam Admin,
    Saya ada degree dlm Sns. Agri (Fresh grad), bagaimana saya nak jdi Tenaga Pengajar di Kolej Vokasional?

  206. salam, boleh saya dapatkan senarai pusat pengajian yang menawarkan

    DKM / Tahap 4 dalam bidang pentadbiran pejabat ?

  207. Assalamualaikum admin.. saya zul .brumur 31..saya ada diploma kejuruteraan elektronik komputer dari pooiteknik dan mempunyai pnglmn kerja lebih 4 tahun dalam bidang telekomunikasi…apakah step yg perlu saya buat utk jadi pengajar?adakah saya perlu bermula dari bwh dgn mengambil skm tahap 1 & dimana saya boleh ambik sijil skm & vto..lagi satu..berape tahun diperlukan utk hbskan skm n vto

    1. Salam kemahiran Zulkarnain, anda cuma perlu mohon SKM secara PPT (sila baca Panduan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui PPT) memandangkan anda ada pengalaman kerja 4 tahun dlm bidang ni. Rata-ratanya ia ambil masa 6 bulan.

      Untuk VTO pula, jika ambil secara separa masa, 6 bulan teori (kelas hujung minggu) & 6 bulan internship (praktikal di Pusat Bertauliah yg menawarkan program SKM anda).

      Pengambilan VTO di I Smart Educare di Kepong dijangka pada hujung bulan Julai/Ogos nanti.

  208. Assallam…saya nk tanye…contohlah saya ada sijil kejuruteraan elektrik kuasa..saya ingin menjadi jurutera ..blh terangkan lbh lanjut x dan blhkh saya menjadi jurutera

    1. Maaf Saz, admin tiada kepakaran pasal isu ni, sila rujuk dengan institusi yg menawarkan program kejuruteraan

  209. Asslmkm tuan, anak saya berkelulusan Diploma Multimedia Kreatif Tahap 4 dari KYPJ JB. Saya ingin tahu dimanakan boleh beliau melanjutkan pelajaran, samada ke Diploma Lanjutan atau Ijazah dalam bidang Seni Permainan (games) selain dari IPTS?

    1. Salam kemahiran En Mohd Rasid, saya rasa cuma IPTS je yg sesuai. Pusat Bertauliah JPK tidak sesuai untuk dia sambung ke Dip Lanjutan kerana ia adalah aliran kemahiran tetapi Diploma Multimedia Kreatif Tahap 4 dari KYPJ JB adalah aliran akademik tak silap saya.

  210. Selamat pagi. Boleh tanya. Saya ada sedikit keliru berkenaan dgn sijil SKM sy. Di SPa8 sy isi permohonan krja. Ada senarai Bahagian Sijil2. jadi apakah number “ Tarikh keahlian/Sijil” dan “No Keahlian” bagi sijil SKM. Puas saya cari. dan ada juga DKM saya tiada dalam list SPA8i. plz email saya. Sebab saya perlu sangat anda bantu saya. Sekian terima kasih.

  211. assalamualaikum admin, saya nak bertanya , sekiranya sebuah kursus yang ditawarkan di IPTA tidak menawarkan SKM, adakah pelajar-pelajar tersebut perlu mengambil kursus untuk mendapatkan SKM di luar IPTA tersebut setelah tamat pengajian?

  212. Aslm admin..Saya asal dri Johor.. Saya nk tnya.. Saya mempunyai sijil elektrik tahap 2&3.. Dulu nya saya bljr di KYPJ Kluang Johor yg bidangnya hanya sekadar sijil tahap 2&3 tiada diploma…. Skrng ni sya mahu menyambung pelajar saya ke diploma untuk memiliki sijil tahap 4.. Tetapi saya tidak tahu dimana ingin saya sambung pelajaran saya.. Saya tidak mahu ulang semula pelajar tahap 2&3 saya dari awal.. Apa pendapat admin? Ada tempat tak untuk saya sambung belajar dri tahap 3 ke tahap 4..

    1. Shafiq, maklumat ni telah dikongsi di laman ni

      2. Nak tingkatkan SKM anda dari 2 ke 3 atau 3 ke 4 (Carian Pusat Bertauliah JPK)

      Cuma sekarang link tu mungkin ada masalah sikit, cuba semak lagi dari direktori tersebut esok ke lusa.

  213. Salam kemahiran admin mntk pendapat saya dah habis skm3 dalam welding technology kemudia saya sudah ada level 1 untuk scalfolder dan telah menghadiri kursus 3S saya nak mntk pendapat admin saya nak ambik diploma dalam welding mana kolej yang elok dan ada peluang pekerjaan selepas taman kursus

    1. C-031 tu bidang sama ke? Kalau ya, tu kod lama, format DACUM, guna Duty & Task
      EE-320-2/3:2012 tu kod baru, format baru DESCUM, guna CoCU.
      Kalau tak faham, mohon ikutilah kursus induksi PP-PPD-PPB pada 28-29 Julai di UniKL MIAT, Sepang (8.30-5pm)

  214. Assalamualaikum….saya bekerja dh 15 tahun disektor awam…dan baru je habis DKM tapi belum konvo lagi…bagaimana cara utk saya dapatkan sijil pengajar(VTO)

    1. Zuryati, anda kat negeri mana?
      Kursus VTO ni kena belajar hujung minggu, lepas tu ada praktikal mengajar selama 6 bulan, boleh ke?

  215. Assalam admin , sy bkl konvo bulan 9 thn ni.. sy mempunyai skm 3 dan dkm di kolej vokasional dlm bidang yg diambil Pengurusan Perniagaan.. nk tny blh ka sy amik vto utk pegawai penilai ?

  216. assalamualaikum admin, saya memiliki skm tahap 2 office management. saya ingin bertanya adakah saya masih memerlukan spm jika saya ingin memohon jawatan pembantu tadbir gred n17 disektor kerajaan?

  217. Assalamualaikum, berapa lama ye tempoh pengajian untuk menyambung tahap 5 (DLKM)? Boleh saya tau sijil DKM layak tak untuk memohon penyambungan di UA? saya berminat juga untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah teknologi kejuruteraan sistem komputer, tapi saya tak pasti dengan taraf sijil DKM ni

    1. Hi Asmawi, DKM layak untuk teruskan ke Ijazah, UTHM, UTEM mungkin menawarkan kursus yg anda minat tu.
      Kalau DLKM bidang anda, boleh cuba tanya Kolej Yayasan Pahang.

    1. Boleh Siti, sila muat turun Panduan & baca caranya. Kalau tak faham juga, boleh pertimbangkan untuk ikuti kursus induksi PP-PPT pada 11-12 Ogos di UniKL-MIAT, 8.30-5pm.
      Yuran kursus: RM350 termasuk minum pagi, makan tengah hari, nota & sijil dari JPK.
      Jika berminat, sila muat turun Borang Permohonan KIP-01, isi & emel ke ismarteducare@gmail.com

  218. admin.
    saya ada kelulusan diploma dan pengalaman kerja selama 14 tahun di bidang IT dan ingin mengambil SKM ini. bolehkah saya terus ke tahap 3 atau saya perlu mula dari tahap 1? terimakaseh

    1. Adie, untuk bidang IT, rata-ratanya mula dari Tahap2, jadi anda kena mohon dari Tahap 2, melalui PPT (baca Panduan yg anda boleh muat turun dari laman ni)

  219. Admin saya sedang memohon jawatan d spa8i dengan menggunakan SKM tahap 3 geomatic and land servay, tetapi tidak tahu dimana no keahlian sebab kena suruh isi wajib. Boleh bantu?

    1. Maaf, saya pun tak pasti apa No keahlian yang dimaksudkan tu sebab dalam SKM, cuma ada No siri sijil di bahagian kiri, bawah sijil.

  220. Assalammualaikum, saya nak tanya.. Saya lepasan diploma uitm (tourism management&hospitality). Kalau saya ambil sijil VTO ni, then apa kelebihan dia ya?
    Tapi saya graduate bulan Nov 2019 so before graduate boleh tak nak apply sijil VTO ni?

    1. Salam kemahiran Natasha, anda boleh baca lebih mengenai VTO di sini – https://tvetmaster.com/vto/
      Jika dah baca, dah faham & rasa ia sesuai dengan tujuan/halatuju kerjaya anda, anda boleh daftar untuk kursus VTO dengan CIAST jika sepenuh masa & dengan ISE Education Sdn Bhd (ismarteducare@gmail.com) jika secara separa masa.

  221. Salan Admin
    Saya mempunyai Bachelor Degree in Mechanical Engineering dan sudah berkerja selama 4 tahun sebagai Mechanical Engineer.
    1)Apakah langkah yang perlu saya lakukan untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran ?
    2)Bolehkan saya memohon SKM dan VTO secara serentak dan berapa lamakah tempoh untuk mendpatkan SKM dan VTO.
    3)Berapakah bayaran untuk SKM dan VTO

    Terima Kasih
    khairul (Perak)

    1. Maaf Khairul, baru nampak pertanyaan anda di spam.

      Anda perlu mohon SKM3 secara PPT (harap anda dah buat demikian). Sila baca panduan yang min dah beri link di laman ni jika tak tahu macam mana.
      Lepas dapat SKM barulah mohon VTO (yurannya RM3,500 di Perak)

  222. Salam Admin
    Saya ada persoalan mengenai SKM dan VTO
    Saya mempunyai degree Mechanical Engineering dan sudah bekerja sebagai Mechanical Engineer selama 4 tahun… dan sekarang ingan menceburi bidang Tenaga Pengajar untuk kemahiran..
    1) Apakah langkah2 yang saya patut ambil untuk menjadi tenaga pengajar.
    2) Adakah saya perlu ambil SKM dan VTO. Dan adakah ia boleh diambil serentak. Dan jika boleh berapa lamakah tempoh masa dan yuran.
    3) Bolehkah saya dapatkan Contact no jika terdapat persoalan lain.

    Terima kasih
    Khairul(Perak)
    (Memastikan Kebolehpasaran Pelajar Adalah Matlamat Utama)

    1. Salam kemahiran Mohd Khairul,

      1) Jika anda sekadar nak jadi tenaga pengajar, tak perlu ikuti kursus VTO tapi jika nak jadi Pegawai Penilai (PP), anda kena ambil kursus VTO sert induksi PP-PPD – sila baca sini
      2) Dengan pengalaman kerja anda selama 4 tahun, anda layak mohon SKM secara PPT (sila baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 yang boleh didapati di laman ini)
      3) Melvin: 012-3123430

  223. Saya ada skm elektrikal tahap 3 yg diiktiraf, dari sebuah kolej swasta.. kalau saya ingin melanjutkan ke tahap seterusnya, adakah mustahil?

  224. Salam Admin

    Saya ada persoalan mengenai SKM dan VTO
    Saya mempunyai ijazah Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Power Plant) tapi bekerja sebagai Quality Control Engineer selama 4 tahun… dan sekarang ingin menceburi bidang Tenaga Pengajar untuk kemahiran..
    1) Layak ke saya ambil skm secara PPT untuk bahagian kualiti tapi bukan bidang ijazah yang saya belajar? maksudnya bidang belajar dan bidang pekerjaan lain?

    saya lebih berminat ke arah kualiti berbanding kursus ijazah saya ambil di universiti

    Terima kasih

  225. Assalamualaikum Admin.

    Saya ada beberapa persoalan dan nak minta pendapat daripada admin. Sekarang ni adik saya sedang ambil Kursus Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam (SKM 3) di Giatmara. Adik saya 16 tahun. Tinggal di Johor.

    Persoalan saya,

    1. Apakah langkah seterusnya selepas adik saya tamat kursus tersebut? Adakah perlu masuk sekolah semula dan ambil SPM?

    2. Jika tidak ambil SPM, apakah tahap yang lebih tinggi yang adik saya boleh ambil? Adakah sambung ke DKM/Tahap 4/VTO? Bagaimana ye caranya?

    3. Untuk memohon kerja nanti, adakah peluang untuk mendapat kerja tu tinggi dengan menggunakan sijil SKM ni sahaja tanpa sijil SPM?

    Jadi, apa pendapat Admin ya? Sama ada masuk sekolah semula dan ambil SPM atau sambung ke tahap paling tinggi? Saya cuba nak tolong adik saya buat pilihan dan terangkan pada dia.

    Terima kasih.

    1. Mimi, bergantung kepada Majikan mana dia nak apply. rata2 syarikat (MNC, agensi kerajaan) sekarang memerlukan SPM untuk formaliti. dan ada syarikat yg tidak memerlukan sijil SPM pun. terpulang kepada individu atau syarikat berkenaan.

      Ada pelatih SKM yg tiada SPM. mula2 bekerja agak konsisten, tetapi syarikat ada masalah dan dia diberhentikan kerja. dia mengalami masalah utk apply kerja ditempat lain dan mula “down” nak mintak kerja biasa2 pun memerlukan SPM, apply tentera pun syarat SPM..
      tetapi ada kawan saya yg ada SKM3 tapi tiada SPM dan berjaya diluar dan mmg luar sungguh (offshore)

      Sumbangan: Ahli kumpulan FB Malaysian Vocational Training Network – Moshsenn Abdul II

    2. Assalamualaikum Eck..
      Boleh brtanya sekiranya tiada sijil PT3(sekarang memang dah tiada dimana-mana sekolah pon) serta tanpa sijil SPM.Adakah sekolah kemahiran yang boleh menerima kemasukan berumur 15 tahun ini kerana sy tidak lagi bersekolah.Jurusan pendawaian eletrik pilihan

      1. Salam kemahiran En Eman, boleh.
        Syarat kemasukan biasanya 3 atau 4 M shj:
        1. Membaca
        2. Menulis
        3. Mengira
        4. Minat

  226. Salam..sy belum pernah ada apa2 sijil kemahiran..boleh kah sy ingin mendapatkan sijil itu dgn belajar part time..sbb sy berkerja

    1. Salam kemahiran Azahar, kalau anda ada pengalaman kerja, tak perlu ikuti kursus kecuali anda nak belajar bahagian teori.
      Dgn pengalaman kerja anda (>3 tahun), anda mohon SKM sehingga Tahap 3 bidang kemahiran anda.
      Sila baca Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014 yg ada dalam pautan ini.

  227. Hi admin, sy nk tnya. Sy baru tamat master in telco engineering di salah satu ipta di selangor. Sy nk tanya, mcm mana sy nk apply utk skm ye sbb sy tak ade pengalaman kerja,sekadar part time teaching assistant je. Adakah sijil master sy blh convert ke skm? Tq for your response 😊

  228. Salam min..sy penah mengikuti sijil kemahiran malaysia sehingga tahap 2..tapi masih x dpt sijil..dh tamat n convo…sijil x di beri…bagaimana nk dpt kan sijil tersebut…

    1. Maaf Fatin, tanpa pengalaman kerja, anda tak boleh mohon SKM secara PPT (Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu).
      Jadi, samada kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dulu dlm bidang berkaitan baru mohon ataupun anda kena belajar di mana-mana Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan SKM bidang yg anda kehendaki.

  229. Hi, Saya mpunyai skm tahap 1 Dan 2 (culinary art) dari sebuah kolej swasta, Dan pengalaman kerja selama 2 tahun 5 bulan dlm bidang tsbt , sy bermint menjadi tenaga pengajar,namun kurang pendedahan ttg selok belok utk mlnjutkn pmbljrn. Adkh sy perlu mengambil sijil kemahirn tahap 3 sebelum boleh membuat permohonan sbg tnga pengajar.?? Mohon pencerahan 🙏🏻🙏🏻

    1. Salam kemahiran Lizzy, kalau anda ikuti kursus VTO tahun ni, pra-syarat kemasukan SKM3 belum kuatkuasa lagi.
      Anda kat negeri mana?

      1. Sabah. Dgn pncpaian yg sy miliki,, Boleh x terangkn scra jelas langkah seterusnya yg perlu sy lkukn utk mjdi tenaga pngjr dan pusat utk mlnjutkn pmbljrn. Tq admin.

  230. Assalamualaikum tuan,
    Saya mempunyai sijil pertanian malaysia, diploma pertanian dan juga ijazah pendidikan sains pertanian. Perlukah saya ambil SKM atau DKM untuk mengesahkan kemahiran yang saya miliki?. Untuk makluman tuan, untuk mengajar di kolej vokasional memerlukan SKM untuk mengesahkan kemahiran saya miliki. Boleh saya tahu penjelesan yang saya perlu lakukan untuk mengesahkan kemahiran yang saya miliki tersebut.

    1. Sila baca panduan permohonan Panduan persijilan kemahiran malaysia melalui ppt – Ogos 2014, kalau masih tak faham, sila rujuk dengan JPK Cyberjaya Bahagian PPT di 03-83214700

  231. Assalammualaikum Tuan,
    saya dari kolej komuniti… kolej saya tiada skm…dan saya ada pengalaman kerja 5tahun macam mana nak mohon skm??? saya ada kedai sendiri kecantikkan dan dadanan rambut

  232. Hai sy mai,adakah dkm diiktiraf?,dgn dkm kita dpt lanjutkn pelajaran ke universiti tempatan mana?layakkah kita bekerja kerajaan atau swasta,dgn ad dkm?

    1. Hi Mai, DKM memang diiktiraf, boleh kerja dgn kerajaan ataupun swasta.
      Boleh lanjutkan ke jaringan universiti MTUN , jika DKM anda tu adalah bidang kejuruteraan (tak silap saya)

  233. Assalamualaikum tuan/puan…saya bekas pramugari..dh bekerja selama 20 thn tpi sijil skm saya hilang thn 2016….bagaimana saya nk dptkan sijil yg baru balik? Sekurang2 nya saya bole apply as part time trainer.

  234. salam admin. Saya merupakan bakal graduan ijazah sarjana muda. Saya ada beberapa soalan :

    1-Adakah sijil kemahiran ini wajib saya dapatkan untuk memohon kerja kelak ?
    2- Adakah semua pekerjaan memerlukan sijil kemahiran ini ?

    Terima kasih.

    1. Pagi Rohaya, SKM bukan wajib untuk semua jenis pekerjaaan, ia bergantung kpd industri tertentu, seperti automotif (bengkel kenderaan), kecantikan/rambut (perlu untuk mohon lesen perniagaan di PBT tertentu), pengajar (Pegawai Penilai) kemahiran dll

  235. aslm slmt pagi… sy lepasan adtec melaka batch 2011..
    sy kehilangan sijil skm4@dkm … bgaimana ya bole saya dapatjkan semula dan berapa
    denda yang di kenakan.. ada saya perlu buat report polis atau rujuk ke Adtec Melaka..Saya sangat memerlukan bntuan untuk rujukan/bukti tempat saya mengajar terima kasih ..

    1. Juliana, tak semestinya ada SSM kecuali:
      1. Hanya bekerja sendiri dan takda pengesahan majikan lalu (sah tempoh pengalaman kerja)
      2. Pernah bekerja tapi takda/hilang surat pengesahan/lantikan majikan lalu.

      Sila baca panduan yang dikepilkan.

  236. salam admin…..saya ada pegalaman kerja selama 5tahun dan mempunyai skm tahap 1…saya ingin mengambil skm tahap 2 dan 3 secara ppt….boleh admin tolong saya…..saya area melaka

    1. Hakim, anda boleh baca Panduan Permohonan yg ada di laman ini. Jika masih tak faham, mungkin boleh ikuti kursus induksi PP-PPT pada 1-2 Disember (minggu depan) di Kepong, KL

  237. assalam admin.sy ada sijil kolej komuniti bidang fesyen dan ada pengalaman bekerja.boleh ke sy ambil vto ?atau sy kena ambil dulu tahap 2 &3?

    1. Fatin, kalau daftar VTO tahun ni (bulan ni je yg tinggal sebab lepas ni dah tutup pendaftaran), boleh lagi.
      Tapi mulai 1/1/19, pra-syarat min adalah SKM3

    1. Zainul, sila klik pautan yg telah diberi untuk mencari Pusat Bertauliah bagi program yang anda ingini, jika tiada senarai keluar, maksudnya tiada lagi PB yg menawarkan program DKM bidang tu. Anda kena kerja dulu & mohon secara PPT kemudian.

  238. Saya nak tanya apakah jawatan yang saya boleh perolehi di bahagian industri seperti kilang jika saya mempunyai sijil kemahiran Malaysia SKM dlm bidang mekatronik mekanikal

  239. admin minta bntuan macam mana nak semak sijil cara online yer…saya masih x faham mcm mana nk semak sijil ppt cara online

  240. Assalam admin,

    Saya inginkan maklumat lanjut utk anak saya, pelajar madrasah dan berminat dengn pendidikan awal kanak2. Berapakah yuran? Tahun depan umur 17thn tanpa spm

  241. Salam tumpang tanya,
    Saya pernah mengambil kursus culinary dkt giatmara selama 6 bulan,dan mempunyainpengalaman bekerja selama 3 tahun lebih dlm hotel/kitchen.. giat mara tu skm tahap 2 atau 3 ya? Sebab sy tgk syarat untk smbung study untk menjdi tenaga pengajar kena ada skm tahap 3.. dan sy tkde SPM

    1. Hariz, tak pasti tenaga pengajar yang anda maksudkan tu adalah Pegawai Penilai, sila baca lebih lanjut di sini https://tvetmaster.com/vto/ untuk ketahui perbezaannya.

      Jika anda nak jadi Pegawai Penilai, 3 sijil yang kamu perlu ada.

      1. Sijil Kemahiran Malaysia-SKM 3 kod HT-012-2/3:2012 (Boleh mohon secara PPT memandangkan anda dah ada pengalaman kerja >3 tahun). Anda yang lebih tahu apa sijil yang anda ada dari Giatmara.
      2. Sijil induksi PP-PPD-PPB (Kursus 2 hari di Kepong, KL – https://tvetmaster.com/our-services/ untuk jadual & butirannya)
      3. Sijil VTO – Hanya boleh mohon setelah anda telah ada SKM3 (pra-syarat mulai 1/1/19)

  242. SALAM. NAMA SAYA KHARSHA. SAYA SEDANG MENGISI BORANG SPA DAN DI RUANGAN SIJIL ADA MEMINTA NOMBOR KRAHLIAN. DIMANA SAYA BOLEH DAPAT NOMBOR KEAHLIAN NI?

  243. assalamualaikum admin…
    mohon pencerahan sedikit ye..
    saya baru habis penilaian dari ppl saya ambil skm tahap 3 pada 14.12.18
    1.berapa lama jpk akan keluarkan sijil skm saya?? dh disemak terampil..
    2.selepas jpk keluarkan sijil macam mna saya nk dptkn sijil itu ?? adakah jpk pos atau sya kena ambk dkt office jpk ??

    1. Salam kemahiran Ammar,

      1. Sijil biasanya ambil masa 2-3 bulan untuk proses.
      2. JPK akan pos kepada anda jika permohonan melalui PPT & melalui PB anda jika anda dinilai melalui PB.

  244. Salam admin. Minta maaf sy nk tanya.. Sy lepasan diploma dan telah mengambil kursus vto (sekarang sedang menjalani internship sehingga 24/2/2019).. Bagaimana boleh sy mohon SKM?

    1. Isa, jika anda ada pengalaman kerja >3 tahun dlm bidang kemahiran anda, boleh mohon SKM3 secara PPT (sila baca MANUAL PENGGUNA PPT 2018 yg ada di laman ni)

      1. Saya tiada pengalaman kerja >3 tahun. Sekadar 6 bulan berkerja(latihan industri) dalam bidang pengajian.

        1. Isa, kalau tiada pengalaman kerja yg cukup, anda perlu belajar sepenuh masa di Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan program bidang kemahiran anda.

  245. Hi admin,, sya mempunyai skm tahap 2 bidang jahitan pakaian wanita, saya ingin mengambil skm tahap 3 cara ppt kemudian nk buat vto . Boleh beri nasihat ?

    1. Pagi Hazimah, sila muat turun Manual Pengguna PPT di laman ni untuk mohon SKM3 anda.
      Lepas dapat SKM3 baru ikuti kursus VTO.

      Anda kat negeri mana?

  246. salam . sye sekarang belajar di satu kolej swasta yg menimbulkan keraguan pada pihak kami . macam mana nak pastikan sama ada kami belajar di tempat yg betul ataupun tidak ?

    1. Aina, apa keraguan anda?
      Setiap pusat bertauliah yang ditauliahkan oleh JPK ada no pusat, cth kalau swasta, ia bermula dengan L02266.
      Anda boleh minta mereka tunjukkan sijil pentauliahan dari JPK, yang menyatakan tempoh pentauliahan mereka serta program yang ditauliahkan.

  247. Hello admin, saya Peter, dari Sarawak. Jika saya sudah ada SKM tahap 2 dari pusat bertauliah dan ingin menyambung ke SKM tahap 3 atau setursnya dan saya mempunyai pengalaman bekerja selama 5 bulan, boleh kah saya memohon PPT untuk SKM tahap 3 ?

  248. Assalamualaikum admin.. Saya ada Sijil SKM Tahap 3 Pembuatan Pakaian Wanita Tahap 3(Kod Kemahiran:TA-011-3). Apakah alternatif untuk saya meneruskan DKM tahap 4 ye? Saya dah semak untuk kursus yang disediakan oleh IKBN.. Hanya ditawarkan Diploma Teknologi Tekstil (Rekaan Fesyen) untuk kursus TA-010-3. Bantuan dan panduan Admin saya dahulukan dgn ucapan terima kasih.

  249. maaf bertanya saya graduan dari kolej vokasional ingin mengambil kursus VTO tetapi SKM dan DKM masih belum dapat. bolehkah saya terus memohon VTO atau tunggu sehingga SKM diberi.

  250. salam, sudah lama saya ambil skm tahap 4 di kolej vokasional, tapi sampai sekarang kolej masih belum mengeluarkan skm saya. bagaimana saya mahu semak online? saya cuba buka sistem e-sijil. nama saya tak keluar. kenapa?

    1. Salam Solehin, sistem atas talian masih tak stabil. Anda boleh hubungi 03-88865589 (kaunter JPK Putrajaya) ataupun semak dengan KV tersebut.

  251. Saya nak tanya, saya telah bekerja dengan sebuah syarikat membuat pemasangan and penyelengaraan air cond selama 12 tahun. Saya tiada apa apa buku log sepanjang tempoh saya bekerja. Bolehkah saya memohon untuk SKM PPT?

    1. Addie, jika anda tiada buku log, apakah dokumen lain yang boleh membuktikan anda telah terampil semua CU yang ada dalam NOSS (Standard Pekerjaan) untuk program ini? Jika anda tak tahu apakah kandungannya, sila buat penilaian kendiri dulu di http://www.skkm.gov.my. Jika anda masih tak pasti apakah kandungan CU yg tersenarai di penilaian kendiri, sila beli NOSS program ni dulu (RM20 shj) dari kami atau JPK Putrajaya/Cyberjaya atau Pejabat Wilayah negeri.

      Kod program anda samada ME-020-2:2012 (1 Fasa) atau ME-021-3:2012 (3 Fasa) & ME-030-2:2012

  252. Saya ibu kepada seorang anak yg mempunyai skm dlm operasi sistem komputer tahap tiga.. Disini saya ingin bertanya blh ke dia minta kerja di spa..anak saya cuma lepasan pt3..dan ada skm..mohon pencerahan dr pihak tuan..

    1. Maaf puan Anita, kalau nak minta kerja di SPA, WAJIB ada SPM, lulus BM & Sejarah

      Pembetulan* Boleh mohon kerja pembantu am rendah shj kalau tiada SPM

  253. Hi nak tanya,sy baru hbis skm 3 dlm seni kulinari,n akan hbis prktikal bulan 5 nh,sya nak smbung sklah ,but smua sjil sya blum dkluarkan lagi mcm mna tu aa?

    1. Chlerena, anda kena habis praktikal dulu, bila dah ada lawatan PPL & lulus, baru boleh mohon DKM.
      Anda di negeri mana? SKM3 belajar di Pusat mana?

  254. Slm admin, sy baru abis diploma kejuruteraan mekanikal dari IPTA, boleh kah saya ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran & ingin mengambil kursus VTO? Sy ingin mendapatkan kemahiran dlm bidang automotif
    1. Bagaimana sy boleh mendapatkan vto ini?
    2. Berapa tahun sy perlu habiskan untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran bertauliah?
    3. Adakah sy perlu mengambil sijil SKM 1,2,3,DKM untuk mendptkan kemahiran? Brp tahun pula untuk sy belajar?
    4. Adakah tindakan sy ini untuk mendptkan kemahiran ini rugi walaupun sy mempunyai Diploma IPTA?

    Mohon penjelasan admin, sy xtau apa perlu sy buat…

    1. Salam kemahiran,

      1. Anda kena dapatkan SKM3 untuk mana-mana bidang dulu sebelum boleh ikuti VTO
      2. Kursus VTO adalah setahun, kalau separa masa
      3. Jika ingin dapatkan SKM2,3 & DKM bidang automotif, anda kena belajar 3 tahun & 3 bulan OJT
      4. Adalah tidak merugikan untuk tambah kemahiran anda kerana ia membuka peluang yang lebih luas, namun, ia mengambil masa yang panjang.
      Mengapa pula tidak terfikur untuk sambung Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal (sila semak dengan IPTA berkenaan) di IPTA seperti UTHM, UTeM, UMP dan UniMAP?

      1. Sy rasa xmampu utk belajar ijazah, dlu sblm msuk UA, ingtkan ttg belajar kemahiran ttpi tidak sama sekali,
        Jadi bolehkah sy mengambil diploma lanjutan kemahiran terus tanpa ambil skm1,2,3,dkm

  255. Hi admin, saya dari kolej komuniti mempunyai sijil modular kebangsaan. Boleh kah saya apply vto dgn menggunakan sijil tersebut?

    1. Maaf Chriss, anda kena ke JPK Putrajaya untuk semak program anda tu setara tak dengan SKM, sebab bukan semua setara.
      Jadi, jika sememangnya ia setara dengan SKM3, barulah boleh mohon ikuti kursus VTO.

  256. Saya nak tanya. Boleh seorang peguam apply untuk SKM? Saya ingin menjadi tenaga pengajar kemahiran dan mungkin ingin buka kolej kemahiran. Please assist me or email me apa yg boleh saya buat. tq

    1. Pagi Jay, boleh, jika bidang anda ada dalam Daftar NOSS
      Tak silap saya, paling hampir mungkin kod bidang FB-025-3:2012 (Executive Secretaryship).
      Sila beli & kaji NOSS tu dulu, kalau anda ada pengalaman kerja sebagai legal secretary, min rasa boleh mohon dapatkan SKM3 bidang ni.

      Lepas tu, anda boleh ikuti kursus induksi PP-PPD pada 30-31 Mac di Kepong, KL nanti sebagai langkah pertama ke arah menubuhkan kolej kemahiran.

  257. Boleh saya tahu adakah SKM, DKM dan DLKM ini merupakan tahap selepas SPM kerana saya kurang jelas. Di mana SKM, DKM dan DLKM ini boleh diambil, adakah di IKM (institute kemahiran mara)? Saya harap ada yang sudi beri saya pencerahan kerana ada adik kenalan saya yang ingin meneruskan tetapi sekarang dia masih di tingkatan 5.

    1. Hana, SKM/DKM/DLKM adalah persijilan kemahiran dan SPM adalah akademik.
      Kursus kemahiran boleh diambil di institut awam seperti IKM ataupun swasta tapi biasanya institut awam perlu LULUS SPM BM & Sejarah sebagai syarat kemasukkan. Jadi, disyorkan adik kenalan anda tu tumpukan perhatian untuk habiskan SPM & LULUS kedua-dua mata pelajaran tersebut.
      Kalau tak, kena masuk institut swasta & yuran biasanya belasan ribu untuk 2 Tahap (SKM2&3)

  258. Saya akan menamatkan sijil SKM tahap 3 dalam bidang penyejukbekuan dan penyaman udara di Giat Mara…dimakah saya boleh sambung belajar tetapi saya tidak mempunyai SPM

  259. Assalam tuan, anak saya merupakan pelajar skm tahap 2 dalam jurusan pengurusan pejabat (IT) di PLPP. Beliau merupakan pelajar OKU Fizikal (Hanya speech sahaja bila bercakap akan menjadi gagap tetapi kekadang gagapnya hilang disebabkan saraf). Soalan saya dimanakah anak saya layak untuk sambung belajar tahap 3 dalam jurusan yang sama? blehkan anak saya menjadi tenaga pengajar? kami asal Kelantan.

    1. Salam En Nik, PLPP tu negeri mana?
      Banyak penyedia latihan untuk bidang ni di seluruh Malaysia tapi Kelantan je takda. Sepatutnya tempat dia ambil SKM2 tu patut nasihatkan mana boleh sambung Tahap 3.
      Kalau perlu min rekomen, min tahu 1 PB di KL yg kualitinya bagus (5 bintang)

  260. salam sya mempunyai sijil lanjutan automotif dlm bidang penyelenggaraan kenderaan pedagagan…..boleh kah sya menyambung tahap dkm & dlkm tq..

    1. Salam kemahiran En Azim, sijil lanjutan automotif dlm bidang penyelenggaraan kenderaan perdagangan anda tu dari institusi mana?
      Sebab untuk sambung DKM/DLKM, mesti ada SKM3 bidang automotif yang berkaitan.

  261. Assalamualaikum. Selamat pagi. Boleh saya bertanya dimanakah harus saya pergi untuk sambung sijil saya atau pun menjadi tenaga pangajar? Saya mempunyai sijil skm 3 masakan dan pramusaji. Terima kasih.

  262. Assalamualaikum. Saya bakal menjadi lepasan diploma dalam jurusan kejuruteraan awam selepas hujung bulan 4 ini. Saya merancang untuk mengambil sijil kemahiran sahaja selepas ini tetapi untuk jurusan yang lain. Adakah boleh untuk saya memohon mengambil sijil kemahiran malaysia? Jika boleh, bagaimana cara untuk saya memohon?

    1. Salam kemahiran Anas, jika nak tukar jurusan, anda kena masuk pusat Bertauliah JPK semula untuk dapatkan SKM.
      Persoalannya, di mana, program apa & swasta ke awam?

  263. assalamualaikum.. sy student giatmara bakery.. sy dah lepas skm 1 dan 2.. mcm mna sy nk sambung skm 3 ye? adakah ada kolej yang blh sy sambung tahap seterusnya?

  264. Salam… encik. Anak saya telah memilik Sijil Tahap 3 Kursus Teknologi Motorsikal.
    Dia berhasrat untuk sambung ke Sijil Tahap4 dalam bidang yang sama tetapi saya dapati tidak kursus teknologi motorsikal sehingga Sijil Tahap 4.
    Bolehkah beliau menyambung Sijil Tahap 4 dalam bidang Automotif Kereta

    1. Hi Pn Lim, boleh saya tahu apa kod bidang kemahirannya untuk Tahap 3? Rujuk no di bahagian kiri bawah SKMnya.
      Jika Tahap 3 adalah Motosikal – Perkhidmatan Diagnosis, sememangnya tiada pusat latihan yg menawarkan Tahap 4 bidang ni & TIDAK Boleh sambung ke Tahap 4 Automotif.

      Saya cadangkan di kerja selama 2 tahun ke atas & mohon DKM nanti melalui PPT

  265. sy tidak mempunyai apa2 sijil kemahiran… tapi mempunyai pengalaman kerja di spa dan memiliki spa sendiri melebihi 5 tahun… boleh x sy ambil skm 3 terus…? bagaimana caranyanya…?

    1. Salam kemahiran Farid, anda perlu beli NOSS spa dulu & kaji samada pengalaman kerja anda tu memenuhi kehendak Standard untuk bidang spa.
      Kod NOSS terapi spa adalah MP-061-3:2012. Jika ia memenuhi semua CU yg tersenarai dalam NOSS, anda boleh mohon SKM3 secara PPT.

      Anda boleh beli dari min ataupun ke JPK Putrajaya/Cyberjaya atau pejabat Wilayah.

  266. Salam tuan, anak saya merupskan pelajar SLDN dan mempunyai SKM3 (elektrik) tanpa SPM. beliau ingin menyambung belajar ke peringkat yg lbh tinggi. Malangnya apabila merujuk kpd IPTA/S, kesemuanya memerlukan SPM. Bolehkah tuan kongsikan IPTS yg boleh menerima SKM3 utk diploma atau advise yg perlu saya lakukan agar anak saya dpt meneruskan pelajarannya

  267. Assalam Encik,
    Anak saya graduan KYPJ Johor Bahru, Diploma Mulmedia Kreatif SKM 4, tinggal di Shah Alam bercadang untuk lanjutkan pelajaran dalam bidang seni permainan digital (esport) jika boleh:
    1. Adakan boleh lanjutkan utk dapatkan SKM5?
    2. Cuba sambung Ijazah tapi tidak berjaya (2018 pernah mohon ASWARA)
    3. Kolej/Universiti mana yang ada kursus esport? (anak saya ada pengalaman esport sehingga bertanding ke Taiwan)
    Mohon bantuan advise.
    wassalam.

    1. Salam kemahiran En Mohamad Rasid, boleh tahu apa kelayakan SPM anak anda?
      Antaran kursus Multimedia (Tahap 5) dengan esports, mana yg lebih minat?

      1. Salam tuan,
        1. SPM anak saya 2013, 2C, 2D, 2D
        2. Lebih minat bidang esport pilihan pertama dan Multimedia tahanp 5 pilihan ke dua

        1. Petang En Mohamad Rasid, sementara menunggu jawapan dari pusat latihan mengenai penawaran kursus esport, boleh tak saya tahu DKM Multimedia anak anda tu kod apa?
          Sebab bawah Multimedia Kreatif banyak lagi cabang

          1. Oh, kod bidang ni tiada pengambilan oleh mana-mana pusat di seluruh Malaysia buat masa ni.
            Jadi samada sambung kursus esport ataupun Ijazah IPTS

  268. Salam. Saya ingin menjadi tenaga pengajar. Sekarang masih bekerja. Sudah ada skm tahap 2, macam mana untuk apply skm tahap 3 secara pjj? Dan apa langkah yang saya boleh teruskan untuk menjadi tenaga pengajar? Terima kasih

  269. Adakah diploma dari kolej swasta diiktraf .Bukan DKM..Cthnya sy ambil Diploma In Hotel Managment.Pengalaman 8 tahun kerja dlm bidang hotel.Mcm mana nak sambung Vto.

    1. Hi Kevin, Dip anda tu adalah akademik, jadi tak sama/diiktiraf setara dengan DKM.
      Nak sambung VTO, kena ada SKM3, boleh mohon secara PPT mengikut pengalaman kerja anda.

      Jadi, langkah pertama, kenal pasti bidang kod NOSS anda dulu dengan muat turun Daftar NOSS.
      Bila dah kenal pasti, beli NOSS tu dari admin (kalau ada), kalau tidak, kena pergi ke JPK Putrajaya/Cyberjaya, pejabat Wilayah masing-masing.
      Dah dapat NOSS tu baru buat penilaian kendiri (boleh rujuk balik sini)

    1. Morning Elya, he has SKM3 in what program? Where did he study?
      Where is he staying now? Need PTPK loan or self fund?

    1. Assalamualaikum… sy mempunyai sijil skm 3 dalam bidang pakaian lelaki , selepas sahaja tamat skm 3 sy bekerja sendiri mengambil tempahan sendiri di rumah tidak kira baju lelaki dan wanita … soalan sy, skrg sy berniat ingin mengambil skm 2&3 dalam bidang pakaian wanita … boleh ka sy mengambil bidang tersebut melalui ppt ..??

      1. Boleh, kiranya anda ada bukti ketrampilan yg memenuhi kehendak NOSS pembuat pakaian wanita 2&3 & pengalaman kerja tu >3 tahun

  270. Sy dah hbs belajar skm tahap 2 thn 2002.tp sy xambil sijil lg terus bekerja.skrg sy memerlukan sijil asal skm tahap 2 tu.mcm mn cr sy nk dptkn sijil asal tu?

  271. hi, Bagaimana cara atau prosedur tukar sijil skm tahap 2 dan 3 versi bahasa melayu kepada bahasa inggeris

  272. Saya sedang bekerja dengan sebuah syarikat pemasangan dan membuat maintenance aircond. Saya tiada buku log. Apakah cara bagi saya untuk mendapatkan sijil SKM? bolehkah saya belajar dimana mana institusi pembelajaran swasta? Saya telah berumur 40 tahun ketika ini. Pengalaman bekerja selama 10 tahun.

    1. Addie, jika tiada buku log, anda perlu kemukakan bukti ketrampilan lain.
      Dengan pengalaman kerja 10 tahun, anda sebenarnya layak juga dilantik sebagai Pegawai Pengesah Verifikasi (PPV).

      Saya cadangkan anda ikuti kursus induksi PP-PPT pada 29-30 Jun ini di Kepong Metro Prima, untuk mengetahui jenis bukti-bukti ketrampilan (kukuh, sederhana, lemah) & juga melayakkan anda dilantik jadi PPV nanti.

  273. Saya ada diploma teknologi elektrik (kuasa), skm tahap 2&3, bolehkah saya ambil chargeman AO? Apakah syarat2 untuk chargeman AO

    1. Sera, diploma dari mana? Ikutkan syarat ST, kena ada juga sijil wireman & buku log kerja. Tapi kalau ambil secara part time lain cerita.
      Baik rujuk terus dengan ST.

  274. salam anak saya belajar skm tahap 3 di kv bentong bidang sistem penghawa dingin, nak tanya selepas tahap 3 kemana lagi ingin belajar, dimana ,bagaimana cara mohon tq

    1. Salam En Asri, sila Google untuk no telefon ADTEC Shah Alam ataupun IINSTITUT KEMAHIRAN MARA KUALA LUMPUR.
      Dua pusat ni menawarkan DKM bidang penghawa dingin.

  275. saya tidak mempunyai SPM tapi saya mempunyai SKM tahap 2 bidang aircond . adakah saya boleh meningkatkan sijil saya ke SKM thp 3 , DKM dan seterusnya ?

  276. as salam admin…
    anak sy umur 15thn dan skrg dia bljr di giatmara dlm bidang bengkel motosikal…lps dia exam seandai nya dia lulus dia akan dpt sijil skm tahap 1 & 2 (mengikut kata cikgu yg mengajar ank sy)…blh sy tau kalo ank sy nak sambung bljr lg selain dr giatmara admin ada cadangan tak yg blh untuk sy hantar dia sambung bljr dlm bidang yg dia ambil skrg di mn2 kolej awam..

  277. Selamat petang, saya Nadia dari K.Terengganu. saya sudah mempunyai SKM thp 2 Penyediaan dan Pembuatan Makanan, dan saya ingin sambung ke tahap 3, dimanakah institut kerajaan yg mmpunyai aliran trsebut?

  278. salam kemahiran..sy nak tny dekat mana sy nak ambil sijil skm saya ya??sebab sijil asal dah hilang…

  279. Assalam Tuan,

    Nama saya Amirah. Saya merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal Sistem. Saya berminat untuk mengambil sijil kemahiran, tetapi saya kurang jelas mengenai langkah pertama yang saya perlu buat untuk mengikuti sijil tersebut.

  280. saya ada diploma pendidikan awal kanak2.. ada juga sijil kursus asas asuhan kanak2.. blh ke sy mohon skm..sy berminat utk mnjdi tenaga pengajar..layak ke?? dgn siapa sy blh rujuk ye??

  281. Hi! saya Philip..umur 38 thn dan sampai tingkatan 3 (Pmr) sahaja.
    Saya sudah bekerja selama 19 thn.
    Bolehkah saya memohon Skm tahap 2 dan 3 @Pw2 dalam bidang elektrik?.
    Terima kasih.

  282. Hi…Saya ada SKM Tahap 1(PPT-2009) dalam bidang elektrik dan sijil wireman PW2. Bolehkah saya terus mengambil Tahap 3 tanpa mengambil tahap 2? Saya difahamkan tahap 1 sudah tiada lagi.

  283. Saya ada Sijil IKM (Kejuruteraan Electronik Instrumen) & ada pengalaman kerja lebih 10 Tahun. Adakah saya layak untuk memohon kursus DKM separuh masa dalam bidang berkaitan?

  284. salam. saya mempunyai skm tahap 2 dalam penyediaan dan pembuatan makanan. Saya bercadang untuk melanjutkan ke skm tahap 3 tetapi kewangan saya terhad. ada tak kolej yang percuma dan di beri elaun seperti pusat giat mara . pusat giat mara hanya ada skm tahap 2 sahaja

  285. Salam
    Saya kehilangan sijil institut kemahiran mara johor bahru dalam bidang kejuruteraan mekatronik..bagaimana cara nak mendapatkannya semula?

    1. Perbezaan di antara sijil kompeten dan SKM adalah SKM tu adalah satu persijilan. Sijil Kompeten pula lesen yg diperakui.

  286. As salam admin, sy ade skm 2 & 3..sy berminat utk sambung DKM..soalannya,boleh sambung dkm melalui ppt?kalau boleh,nak tau detail lg psl ppt ni..

  287. Assalamualaikum Admin,
    Saya ada soalan nak tanya min. Saya sekarang masih belajar dalam jurusan kemahiran dan pendidikan Ijazah Sarjana Muda tapi kursus saya ni tiada pengiktirafan SKM. Adakah saya perlu ambil semula SKM1 memandangkan hampir 4tahun saya belajar dalam kursus ni? Apakah patut selepas tamat pengajian saya, saya apply ciast untuk dapatkan vto? boleh min bagi pencerahan. Terima Kasih

    1. Salam Tengku Asykin, anda perlu ambil SKM dari tahap terendah bidang kemahiran tersebut, ada yg mula dari Tahap 1, ada yg Tahap 2, ada yg Tahap 3. Sila rujuk Daftar NOSS.

      Min cadangkan anda kerja 3 tahun dulu, untuk dapatkan pengalaman industri & juga melayakkan anda mohon SKM3 secara PPT

  288. assalam admin. saya ada skm4 (DKM) dari kolej vokasional dalam bidang elektrik, jadi boleh ke saya nak buat sijil pw4 pada suruhanjaya tenaga (ST)?

  289. Saya ingin maklumat lanjut untuk menjadi Tenaga Pengajar di Pusat Bertauliah dan PP dan PPD. bagaimana ke arah sebagai TenagaPengajar. Sekarang sedang belajar IT.

  290. Assalamualaikum admin, saya student dri politeknik dan mengambil kursus diploma civil engineering. Boleh ke saya mohon sijil skm ? Selepas itu, adakah saya selepas grad nnti akan dpt dua sijil iaitu sijil diploma dan sijil skm sekali ? 😅 Sebab kawan ayah saya bagitau pasal benda ni tapi saya tk pasti betul ke tidak apa yang kawan ayah saya katakan

    1. Salam Hafiz, kalau anda maksudkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma MQA, tak boleh tapi jika anda kerja swasta, tak perlu diploma MQA, boleh.

      1. Ok mcm ni admin..saya cuma ada skm tahap 2 iaitu skm 2 pembantu industri pembuatan ( Mechatronics ) belajar dekat Perda-Tech.
        Adakah sijil tahap dua dari Perda-Tech memenuhi syarat untuk sambung diploma di Politeknik..harap sangat admin dapat beri sedikit pencerahan..terima kasih banyak2 admin.

        1. Hafiz, seperti yang telah dijelaskan, SKM2 tak boleh sambung terus ke Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma MQA (Politeknik).
          Dan untuk Politeknik, rasanya mereka perlukan keputusan SPM dengan 3 kredit ataupun SKM3 dengan 1 kredit.
          Sila semak dengan Politeknik terus untuk dapatkan kepastian.

          Tapi jika anda cadang kerja swasta nanti, anda boleh pertimbangkan diploma tanpa MQA yang dikeluarkan oleh IPTA/IPTS.

  291. Assalamualaikum.

    Saya lepasan pelajar kemahiran Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Tahun 2008 mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam bidang Mekanik Penyejukbekuan Udara Domestik TAHAP 2 dan mempunyai Sijil Kecekapan Kemahiran daripada CIDB dalam bidang yang sama dan tahap yang sama.

    Saya masih keliru.

    Saya ingin menjadi tenaga pengajar dalam bidang tersebut atau mana-mana kemahiran lain.

    Apakah yang perlu saya buat?
    Apakah langkah-langkah yang betul perlu saya buat?
    Dimanakah perlu saya pohon untuk menjadi tenaga pengajar?
    Berapa tahun dan kos yang diperlukan?

    Saya ingin menceburi bidang tenaga pengajar disebabkan mengalami kemalangan dan patah kaki. Kerja-kerja berat dah tak boleh buat.

    Jadi harapan saya agar dapat masuk bidang ini secepat mungkin . Boleh saya dapatkan nombor telefon encik tak? Senang nak direct whatsapp. Ini nombor saya 013-2733069.

  292. Assalamualaikum admin..tumpang tye..kawan sy ada memiliki sijil electronik skm 1&2 ..dan dia bekerja sudah 3 tahun di site supervisor…kalau dia ingin mohon kerja lain..kerja apa lagi sesuai untuk dia?

    1. Maaf Farhana, min bukan pakar bidang ni tapi kalau kerja lain daripada sekarang, bidang elektronik la sebab ada SKM2 elektronik.

    1. Ash, boleh saya apa kod NOSS anda? Kalau PR-020-4, tiada lagi PB yg tawarkan PR-020-5 (DLKM) bidang ni.
      Mungkin boleh pertimbangkan untuk sambung ke Ijazah Sarjana Muda bidang ni di IPTS.

  293. Salam , saya baru lepasan ijazah, tapi tiada apa apa sijil kemahiran. Boleh ke saya nak apply untuk VTO. Dan saya nak tanya satu lagi, untuk apply ni terbuka setiap bulan ke mcam mana?

  294. Selamat hari, saya mempunyai SKM3 melalui PPT.
    Saya ingin tahu bagaimana cara saya untuk mendapat DKM4.
    Dan adakah sambung belajar ke Ijazah Sarjana Muda ataupun mendapat DKM4/VTO lebih baik?

  295. Admin..saya nak tanya..saya baru habis diploma in pastry art di uitm..so skrng saya nk ambik sijil shja…blh ke? Dan saya perlu ambil sampai skm 3 ke baru blh dapat sijil tu?

  296. assalamualaikum, saya ada SPM dan SKM tahap 3. boleh ke saya masuk vto ni? saya ni tak berapa ingt sangat kos saya punya pelajaran. boleh ke saya masuk?

  297. Hai, saya nak tanya, saya ada skm level 3 utk kimpalan (smaw), saya belajar di Niats. Suda berapa tahun lepas, saya tidak intern, saya buntu perlu buat apa dengan sijil saya, adakah nasihat yang boleh saya guna untuk sijil saya?

  298. Salam. Saya ada degree dalam pemeriksaan kualiti kimpalan di UniKL. Bekerja dalam bidang pemeriksaan kualiti kimpalan selama 3 tahun. Saya berminat untuk mengajar. Dan berminat untuk ambil VTO. Saya tiada sijil. Untuk masa sekarang, nak amik VTO wajib ada SKM tahap3. Soalan saya, bagaimana kah jalan untuk saya dapat kan SKM tahap 3 dan VTO tanpa saya berhenti kerja. Atau dalam maksud lain ambil sksm tahap 3 dan VTO secara sambilan. Dan berapa anggaran kos semua untuk skm dan VTO tersebut. Terima kasih.

  299. Assalamulaikum / salam sejahtera.

    Saya mempunyai tahap SKM 1-3 ( mekanik industri ) lepasan pusat bertauliah dan DKM tahap 4 dalam kursus mekanikal industri ( PPT ).

    1- Apa yang perlu saya lakukan untuk layaknya saya menjadi pegawai penilai ( PP ) dan Pegawai Pengesahan Luaran ( PPL )
    2-Kursus apakah yang perlu saya lalui dan berapa kos untuk kursus tersebut.
    3- Dimanakah kursus tersebut dijalankan.

    Terima Kasih.

    1. Hi Mohd Safuan, selain DKM3/DKM anda,

      1. Untuk jadi PP, anda perlu:
      a) Sijil induksi PP-PPD-PPB (4-5 Jun, 2 hari kursus secara online, RM350/pax)
      b) Sijil VTO (yuran & jadual kursus 9 atau 12 bulan, bergantung kpd mod sepenuh/separa masa & lokasi)

      2. Untuk jadi PPL, anda perlu:
      a) Sijil induksi PP-PPD-PPB (2 hari kursus secara online, RM350/pax), sijil induksi PPL (18-19 Jun, 2 hari kursus secara online, RM350/pax) + 10 tahun pengalaman kerja dalam bidang kemahiran anda.

      Anda boleh hubungi Melvin di 012-3123430

  300. selamat sejahtera tuan admin, saya adalah kakitangan awam yg bertugas sebagai pembantu tadbir dan mempunyai pengalaman kerja selama 13 tahun. Bolehkah saya memohon DKM 4 dalam bidang pengurusan pejabat secara PPT? Jika boleh, dapatkah saya memohon melalui institusi tuan admin?

    1. Salam kemahiran Haizad, anda mungkin layak mohon sehingga ke DKM secara PPT.
      Namun, anda perlu mohon SKM3 dulu.

      Akan emel anda.

  301. Boleh tak ambil skm 3 terus tanpa skm 2 untuk krusus menjahit? sebab tempat krusus untuk skm 2 sangat jauh dari daerah yang saya tinggal sekarang.

  302. Hi nak tanya. Kalau sya sblm ni pernh ambil SKM 1&2, lepastu sya sambung belajar di kolej komuniti, layak masuk ke DKM ke?

  303. Saya ada sijil kemahiran MARA IKM 1991-1993 Bidang General Mechanic. Saya layak dak memohon skm ? SKM tahap berapa setara sijil IKM?

    1. Ahmad Rimi, semua sijil kemahiran lain yang bukan dianugerahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran adalah tidak setara dengan Sijil Kemahiran Malaysia.

      Untuk kes anda, boleh mohon Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT dengan pengalaman kerja terdahulu anda.

  304. Saya mempunyai pengalaman bekerja sebagai seorang pensyarah universiti selama 20 tahun. Kelayakan akademik adalah sehingga PhD. Terlibat dengan banyak latihan, ceramah dan bengkel kepada para pelajar (sekolah rendah, menengah, pengajian tinggi) dan orang luar (dalam dan luar universiti). Adakah saya layak memohon SKM?

    1. Dari segi tahun pengalaman kerja, layak. Cuma kena semak samada pengalaman anda tu setara tak dengan Aktiviti Kerja yg tersenarai dalam program NOSS yang anda ingin mohon, melalui kaedah PPT.

  305. Assalam boss, mau tanya ba, sya baru sja graduate diploma events management ba ni, jadi bole atau layak ka sya mohom SKM ni boss?

    1. Hi Daus, memandangkan anda fresh graduate, tak layak mohon SKM melalui kaedah PPT.
      Jadi, kalau nak ambil SKM bidang ni, anda kena belajar program ni di Pusat Bertauliah SLaPB, cuma ada 3 di Malaysia buat masa ni.

  306. Jika seorang itu pemegang sijil chargeman dan berkerja Selama 11 tahun di dalam bidang elektrik kuasa adakah layak untuk memohon dlkm melalui kaedah PPT

    1. Afizan, dari segi tempoh pengalaman kerja, layak.
      Namun, sila buat penilaian kendiri dengan merujuk kepada NOSS bidang yang nak dimohon terdahulu, samada pernah lakukan setiap Work Activities yang tersenarai dalam NOSS tersebut.

  307. Assalamulaikum admin nak tanya kalau dah dapat sijil diploma kemahiran tahap 4 bidang Management operations security pekerjaan apa yang boleh di apply maaf iya sya nak tahu je.

  308. Admin hai, sy skg dah ada sijil skm123 svm dan dvm, tapi sy sambung degree course lain. Dari diploma pelancongan ke degree pengurusan acara. Kira kira sy layak x jadi guru kv untuk pelancongan? 🙁

      1. Maksudnya kv tempat yg kita nak mohon untuk jadi guru lah kan? So masih ada harapan utk diterima kalau mereka kekurangan guru kemahiran kn?

  309. Selamat pg admin.. Saya nak tanya, saya ada skm tahap 3 dalam operasi pemulihan dalam komuniti. Boleh saya tahu apa peluang pekerja yg saya boleh mintak & apa pendapat admin untuk kerjaya yg lebih baik lagi

    1. Maaf Anis, saya tak berapa kenal sangat bidang anda.
      Dari segi peluang untuk jadi tenaga pengajar di Pusat Bertauliah SLaPB atau SLDN memang tiada buat masa ni sebab masih tiada pusat yg tawarkan program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *