TVETUni (SKM ke DKM/Degree)

TVETUni

Apa itu TVETUni? Ia sebenarnya adalah ringkasan Technical and Vocational Education and Training (TVET) ke Universiti.
Anda pasti ingin tahu apakah halatuju anda sebagai lepasan TVET (SKM/DKM/DLKM/Sijil & Diploma TVET dari Kolej Komuniti & Politeknik).

TVETUni - Vocational Transformation Plan
TVETUni - Vocational Transformation Plan
TVETUni - Artikulasi lulusan SKM/DKM/DLKM ke IPT
Program Artikulasi merupakan laluan pendidikan untuk lulusan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Persoalannya, apakah tujuan utama anda ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti? Pilihan anda juga bergantung kepada sektor mana yang anda kerja/cadang kerja.

Adakah anda seorang penjawat awam yang memerlukan ijazah sarjana muda (Bachelors Degree) /ijazah sarjana (Masters Degree) berstatus MQA untuk kenaikan pangkat?
Kalau nak IPTA, klik sini
Untuk IPTS, klik sini

ATAUPUN

Pekerja kemahiran sektor swasta yang memerlukan diploma/bachelor yang ekonomi dan mengambil jangka masa lebih pendek (<12 bulan) tetapi masih diterima oleh majikan untuk peluang menyertai kumpulan pengurusan?

ATAUPUN

Pekerja yang ingin sambung pendidikan tetapi terkongkong dengan masa kerana perjalanan ke kolej/universiti terlalu jauh dari rumah/tempat kerja ataupun tiada masa hadiri kelas sepenuh masa? (Ada program yang blended, online & bersemuka 2 kali setiap modul/bulan)

Adakah anda sudah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/ Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/ Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) dan ingin ada peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti (walaupun tanpa SPM)?

1. UA/IPTA – awam ataupun
2. IPTS – swasta

Anda juga boleh pilih program berstatus MQA (jika kerja sektor awam/GLC) ataupun tanpa MQA (SME/kerja sendiri – boleh sambung ke program MQA kemudian juga)
1. Permohonan ke UA/IPTA
2. Borang minat program pengurusan (MQA) (dan sesetengah bidang NOSS) ke IPTS
3. Program pengurusan industri (tanpa MQA)

Peluang ni dah terbuka untuk kedua-dua kategori di atas, bukan sahaja untuk bidang teknikal (kumpulan pertama lulusan diploma kemahiran lanjut pengajian di MTUN mulai September 2019) tetapi juga untuk sesetengah bidang dalam NOSS.

Jika anda berminat untuk mendapat Diploma Profesional atau Bachelor Eksekutif (tanpa SPM), isi borang tunjuk minat ini.
Untuk Ijazah Sarjana Muda (Bachelor) ataupun Ijazah Sarjana (Masters) dari Universiti swasta (IPTS) dalam bidang pengurusan secara amnya, isi borang tunjuk minat ini.

Syarat Kemasukan (Diploma/Bachelor tanpa MQA) :
1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan
2. SKM/SPMV/DKM/DLKM ATAU
3. Pengalaman industri >2 tahun

Syarat Kemasukan (Diploma/Bachelor/Masters MQA)
1. Warganegara Malaysia dan
2. SPM (>3kredit) / SKM3/DKM/DLKM ATAU
3. Berumur 20 tahun ke atas (Diploma), 21 tahun ke atas (Bachelor) atau 30 tahun ke atas (Masters) dan ada pengalaman kerja.

Bagi program Bachelor Teknologi, sila rujuk terus dengan ahli Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada:

1) Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
2) Universti Teknikal Malaysia (UTeM)
3) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
4) Universiti Tun Hussein onn (UTHM)