(PP vs TP) Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar
PP-vs-TP: Tahukah anda persamaan dan perbezaan pegawai penilai (PP) dan tenaga pengajar (TP)?
Pertama sekali, mari kita lihat apakah takrif kedua-dua istilah ini.
“Pengajar Penilai@Pegawai Penilai” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar dan menilai keterampilan pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
“Tenaga Pengajar” ertinya personel di pusat bertauliah yang memenuhi kelayakan dan diperakui oleh Ketua Pengarah untuk mengajar pelatih di pusat bertauliah yang ditetapkan;
Kepentingan Pengetahuan Mengenai Pegawai Penilai dan Tenaga Pengajar
- Paling penting sekali, anda tahu apakah kriteria lantikan PP dan TP supaya tidak silap mengikuti kursus dan membazir wang dan masa mengikutinya!
a) Dari 2 jadual di atas, jelas menunjukkan kedua-dua PP dan TP WAJIB lulus kursus induksi PP/PPD/PPB.
b) Dari segi pemilikan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), adalah TIDAK WAJIB untuk TP (dan PP jika bawah pentauliahan COPTPA) tetapi WAJIB untuk PP (pentauliahan KAPPK)
c) Juga, PP WAJIB ada Sijil Operasi Latihan Vokasional @ VTO atau Pengajar TVET @ TVETi (yang merupakan syarat asas lantikan sebagai Pengajar Vokasional) atau Sijil Teknik Mengajar yang diiktiraf oleh JPK (rujuk jadual di bawah).
Jika anda ada sijil NCS-TTT sahaja, anda cuma boleh dilantik sebagai PP program Modular sahaja
2. Kedua, anda perlu tahu peranan dan tanggungjawab PP & TP.
4.6.1 Peranan dan tanggungjawab Tenaga Pengajar (TP)
a. Mengajar pelatih dengan kebolehpercayaan, telus dan sahih;
b. Mematuhi arahan yang ditetapkan oleh PP
Gabungan PP & TP
Sekarang, mari kita lihat bagaimana untuk menggunakan PP & TP untuk mengoptimumkan kapasiti pelatih di Pusat Bertauliah SLaPB anda.
Pm
Sudah emel anda. Lain kali, sila tanya dgn spesifik. Jangan suruh pm sahaja. Macam mana min tahu apa anda nak?
Assalam
Admin, saya ada beberapa pertanyaan di sini.
1. Adakah sijil SKM dan VTO mempunyai tempoh sah laku?
2. Sekiranya ingin memohon sebagai pusat bertauliah (Program Modular), adakah terdapat tempoh masa bagi pusat bertauliah tersebut untuk beroperasi? Contohnya, adakah perlu perbaharui permohonan semula selepas beberapa tahun dan sebagainya.
Terima kasih
Hi Azimah,
1. Tiada
2. Tempoh pentauliahan adalah 3 tahun, pembaharuan perlu dilakukan setiap 3 tahun. Cuma sijil induksi PP-PPD-PPB shj ada tempoh sah laku (tupun jika tidak dilantik/diperakukan sebagai PP, PPD atau PPB)
Hi Admin,
Saya ada beberapa soalan:
1. Kelas VTO ini merangkumi semua bidang?
1.Sekiranya saya merupakan graduan diploma perakaunan dan mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak memiliki sijil kemahiran bagi bagi bidang itu. Adakah saya layak menjadi Tenaga Pengajar?
2. Apa perbezaan pemegang VTO dan pemegang Diploma Lepasan Ijazah perguruan?
3.Sekiranya saya layak menjadi TP dan ingin menjadi PP adakah saya perlu mengambil SKM Tahap 3 bagi bidang itu?
Terima Kasih Admin
1. Ya, VTO adalah berpadanan dengan sebarang bidang SKM
2. Ya, untuk jadi tenaga pengajar, kena ikuti kursus induksi PP-PPD-PPB
3. Sijil VTO untuk jadi Pegawai Penilai @ Pengajar Vokasional/Kemahiran
Diploma Lepasan Ijazah Perguruan adalah untuk bidang akademik (tak silap saya)
4. Ya, anda perlu ambil SKM3 dan juga VTO selepas tu.
Salam sejahtera,
Saya mempunyai 11 tahun pengalaman kerja dan mempunya DLKM.
Adakah saya layak untuk menjadi PP-PPT?
Dan untuk menjadi pegawai penilai-PPT,apakah sijil atau kursus yang perlu saya ambil?
Salam kemahiran Irsaad, anda layak dilantik jadi PP-PPT jika ada sijil induksi PP-PPT (17-18 Julai – tinggal 2-5 tempat terakhir), selain pengalaman & DLKM anda
Maaf, saya mempunyai sijil fesyen dan pakaian dan diploma rekabentuk fesyen pakaian, adakah sy memerlukan skm tahap 3 juga?
Hi Fatin, perlu SKM3 ke tidak, bergantung kpd halatuju anda.
Sekiranya anda ingin terlibat dgn Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia, samada sebagai Pusat Bertauliah yang menawarkan SKM kepada pelajar anda nanti ataupun sebagai personel pentauliahan, pegawai penilaian & verifikasi, maka SKM3 tu Wajib ada.
Juga, anda perlu ada SKM3 dulu sebelum boleh mohon untuk mengikuti kursus sijil teknik mengajar@VTO
Harap membantu.
sekiranya saya perlukan pp tp1 tp2 dimanakah saya dapat memohon untuk mengambil mereka mengajar di kolej saya
Anda perlu iklan untuk mencari PP & TP
Salah satu platform media sosial ada kumpulan FB seperti TVET Master.
Salam Sejahtera Admin.
Apa syarat atau sijil (SKM)yang perlu ada (WAJIB) bagi Coach dan Trainer dalam menjalankan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) berasaskan Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (CODE OF PRACTICE FOR TVET PROGRAMME ACCREDITATION – COPTPA) memandang COPTPA wajib bagi semua pusat latihan bermula 1 Januari 2026?
Pagi En Warner, semua personel dalam SLDN WAJIB ada sijil induksi SLDN.
Selain tu, Coach perlu ada sijil NDTS Coach (selain pengalaman kerja dalam bidang >3 tahun) & Trainer perlu ada sijil NDTS Trainer (selain SKM/DKM/Dip/Ijazah dalam bidang berkaitan serta pengalaman mengajar bidang berkaitan >1 tahun).
Untuk jadual kursus induksi & NDTS Trainer/Coach, boleh rujuk sini