Permohonan SKM-PPT PERCUMA? Betul ke?
Sebelum anda lihat apakah syarat serta T&C permohonan SKM-PPT Percuma ini, mari kita lihat apa faedah Persijilan Kemahiran Malaysia
1. Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia
Bagi sektor perkhidmatan kecantikan dan dandanan rambut, sesetengah pihak berkuasa tempatan seperti MPAJ & MPS dikatakan mensyaratkan pengusaha atau pekerjanya perlu ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk memohon lesen premis.
Difahamkan juga sektor air akan mewajibkan sesetengah pekerja dalam bidang tertentu memiliki Sijil Kemahiran Malaysia.
2. Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang menarik setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik. Ini dah terbukti dengan kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90% manakala Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada suku pertama 2019, negara merekodkan seramai 516,600 penganggur dimana seramai 238,286 penganggur termasuk 174,327 siswazah, mendaftar sebagai pencari kerja aktif dengan JobsMalaysia di bawah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung
3. Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Ia telah terbukti bahawa Sijil Kemahiran Malaysia kita ni memang laku dan jauh lebih bernilai dari sijil-sijil lain, tak kira tempatan ke luar negeri seperti UK.
Sudah banyak kes di mana Kedutaan Negara Asing di Malaysia cuma menyokong (endorse) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) tetapi tidak sijil-sijil kemahiran/akademik lain, walaupun ia mungkin datang dari UK, Australia atau Germany, kecuali ia adalah dari badan professional yang dikenali dunia (seperti ACCA, CIBTAC, CIDESCO, TWI dsbgnya).
Apakah kepentingan ini? Jika anda ingin bekerja dalam industri kemahiran di Dubai, Australia, China ke mana-mana di luar Malaysia, majikan dan kedutaan rata-ratanya hanya mengiktiraf SKM/DKM/DLKM. Tak percaya? Cuba pergi tanya pegawai di Kedutaan Asing ataupun Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Jadi, jelas bahawa nilai SKM/DKM/DLKM ini amat besar, cuma ramai yang masih tidak tahu menghargainya.
Persijilan Kemahiran Malaysia menawarkan lima (5) tahap persijilan:
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, 2 & 3
- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
Tetapi permohonan SKM-PPT PERCUMA tajaan khas PSMB ni hanya untuk Tahap 3 & terhad kepada 8 bidang SAHAJA
Sekiranya bidang kemahiran anda tiada dalam senarai ini dan ingin mohon SKM secara PPT (tanggungan sendiri), boleh baca lebih lanjut dari Panduan Permohonan yang boleh dimuat turun dari sini.
Jika dah baca panduan pun masih kabur/tak yakin mohon sendiri, bolehlah belajar melalui bengkel yang kami jalankan (secara online masa PKPB).
Bengkel untuk pembangunan LPKT (Tahap 4 & 5) serta VTO-PPT juga dijalankan. Sila Daftar CEPAT 👇👇👇. Bengkel SKM-PPT mula 12/12/20
hi untuk skm level 3 intake 2020 ada tak ?
Ain, dah emel anda kursus kecantikan yg anda tanya tu ya.
Daftar Dkm
Nurul ada SKM3 bidang apa? Dah baca Panduan Permohonan dari sini?