UPSR Dimansuhkan, PT3 Dibatalkan – Apa yang anda perlu tahu

UPSR Dimansuhkan?

Isu ni walaupun bukan perkara yang baru, namun ia adalah topik yang hangat dibincangkan setelah kerajaan memutuskan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) @ UPSR Dimansuhkan bermula 2021.

MOHD Radzi Mohd Jidin - UPSR Dimansuhkan. FOTO arkib NSTP

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, susulan pemansuhan itu, pihaknya akan memperkasa secara menyeluruh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Katanya, keputusan besar membabitkan pemansuhan UPSR yang diperkenalkan sejak 1988 itu sudah mengambil kira pandangan banyak pihak termasuk 1,700 peserta sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengulas lanjut, Dr Radzi berkata, selari pemansuhan UPSR, kerajaan membatalkan penilaian Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK).

“Penilaian bagi murid berkeperluan khas ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah mengikut PBD,” katanya yang turut memberitahu kemasukan lepasan tahun enam ke tingkatan satu bagi 2022 akan dibuat berdasarkan peperiksaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Dalam pada itu, beliau mengumumkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) tahun ini dibatalkan, namun konsep penilaian masih dikekalkan dalam Sistem Pentaksiran Kebangsaan.

Sekiranya anak anda memang tiada minat untuk meneruskan lagi pendididkan di sekolah awam/swasta aliran akademik selepas PT3, anda boleh perkenalkan pendidikan kemahiran/vokasional seawal umur 15/16 tahun, samada di Kolej Vokasional ataupun Pusat Latihan Kemahiran Swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Menurutnya, antara alasan utama yang dipertimbangkan sebelum membuat keputusan itu ialah mengambil kira masa yang ada untuk pelajar membuat persediaan khususnya pembelajaran secara bersemuka bersama guru di sekolah pada tahun ini.

“Kita lihat keadaan penularan Covid-19 masih belum dapat ditangani sepenuhnya. Kita mengambil kira keadaan semasa serta tanpa pelaksanaan PT3 untuk tahun ini, kaedah pentaksiran murid boleh juga dilaksanakan.

Penerangan Penilaian Tahun 6

Bagaimana murid-murid dinilai dan ditaksir bagi mengetahui pencapaian mereka?

1. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) mengandungi beberapa elemen Pentaksiran, antaranya :

  • Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

    2. Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-anak dinilai sepanjang tahun (berterusan, sama seperti program kemahiran persijilan kemahiran Malaysia dimana 60% penilaiannya adalah penilaian berterusan). Ia bukan bersifat peperiksaan. Anak-anak dinilai melalui:

    Pemerhatian
  • Pentaksiran aspek pemerhatian oleh guru:
  • Sikap
  • Perlakuan/amalan
  • Amali
  • Kemahiran manipulatif
  • Kemahiran bersosial
  • Kemahiran belajar
  • Kemahiran mereka cipta

    Lisan
  • Kefahaman konsep
  • Pengetahuan fakta
  • Kemahiran mendengar
  • Penggunaan bahasa yang tepat
  • Sebutan dalam berbahasa
  • Gaya persembahan
  • Pertuturan dan sikap
  • Kemahiran lisan boleh ditaksir melalui aktiviti seperti berikut:
  • Soal jawab
  • Bercerita Sains
  • Perbincangan
  • Mendengar dan memberi respons secara lisan
  • Pembentangan
  • Bertulis Pentaksiran secara bertulis murid seperti berikut:
  • Laporan projek/eksperimen kerja kursus/folio
  • Latihan bertulis
  • Ujian bertulis
  • Huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta
  • Projek Pentaksiran projek (murid perlu menghasilkan satu hasil pembelajaran/ merekacipta/ menghasilkan produk)

3. Murid akan diberikan Tahap Penguasaan (TP 1 hingga TP 6) terhadap pentaksiran yang dijalankan.

4. Mudah fahamnya begini, murid yang menguasai kandungan pembelajaran (content knowledge) akan diberikan TP6 , manakala murid sederhana TP5 ,TP4 & TP3 murid yang kurang ataupun tidak menguasai diberikan TP2 dan TP1.

5. Pemahaman konsep Sains secara cemerlang & Cara untuk aplikasi konsep Sains dalam kehidupan seharian adalah tunjang utama untuk mendapatkan Tahap Penguasaan (TP) yang tinggi dalam PBD

6. UPSR dimansuhkan bukan bererti tak perlu belajar, sebaliknya perlu dilipat gandakan. Tingkatkan keupayaan murid dalam aspek penguasaan kandungan pembelajaran (content knowledge), pemahaman konsep yang cemerlang dan dapat mengaplikasikan konsep Sains dalam kehidupan seharian

PKSK dan UKMM

PKSK – Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus di bawah KPM yang akan menilai murid untuk layak ke SBP, Maktab Tentera, SMKA

Komponen PKSK terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Kecerdasan Insaniah (EQ,SQ, SSQ)
  • Kecerdasan Intelek (MT, SN, Pengetahuan AM, KBAT)
  • Artikulasi Penuliasan (Karangan Bertulis)

    UKKM- Ujian Kecederungan Kemasukan MRSM di bawah Mara untuk masuk ke MRSM di seluruh Malaysia

    Komponen UKKM :
  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Keperibadian

Semoga penerangan ini dapat memberikan maklumat serta kefahaman kepada anda sebagai ibu bapa dalam menyiapkan anak-anak untuk 2021

Kredit kpd:
1. Harian Metro
2. Cikgu Shukry Supaat

PS: Sekiranya anak anda memang tiada minat untuk meneruskan lagi pendididkan di sekolah awam/swasta aliran akademik selepas PT3, anda boleh perkenalkan pendidikan kemahiran/vokasional seawal umur 15/16 tahun, samada di Kolej Vokasional ataupun Pusat Latihan Kemahiran Swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).
Daftar Kursus Induksi PPL
Jangan Terlepas Peluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *