Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK

7 Kriteria Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK – No 7 Rahsia!

Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah JPK bererti penyedia latihan kemahiran, samada  institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.

Kategori Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah Awam​

Pusat Bertauliah JPK Awam

Kod Pusat Bertauliah Awam​

Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod K; contoh K02250

Anda boleh semak senarai Pusat Bertauliah JPK awam di sini. 

Pusat Bertauliah Swasta

Pusat Bertauliah JPK Swasta

Kod Pusat Bertauliah Swasta

Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod L; contoh L02667

Satu lagi kategori adalah Industri, Kod I; contoh I01017

Program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah JPK

Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan.

Senarai Pusat Bertauliah JPK

Sehingga 30 Sept 2021, jumlah keseluruhan Pusat Bertauliah SLaPB seluruh negara adalah sebanyak 1,233 buah pusat.  Daripada jumlah tersebut 808 merupakan pusat bertauliah awam dan 425 pusat bertauliah swasta.  

Pusat Bertauliah JPK di Selangor mempunyai bilangan pusat bertauliah paling banyak iaitu 216 buah pusat  yang terdiri daripada 84 buah pusat awam dan 132 buat pusat swasta.

Dan cuma 2 negeri di mana Pusat Bertauliah SLaPB swasta melebihi awam, iaitu Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

2 negeri ini juga menunjukkan jumlah penurunan Pusat Bertauliah SLaPB swasta yang banyak berbanding tahun 2017. 

Namun, setelah pandemik berakhir, saya yakin 2 negeri ini juga akan menunjukkan peningkatan yang besar semula, berdasarkan permintaan peserta kursus induksi PP-PPD-PPB sejak Jun 2021.

Permohonan Pusat Bertauliah JPK

Bukan seperti lesen IPTS yang dikenakan moratorium, anda masih boleh membuat permohonan pusat bertauliah secara dalam talian di www.myspike.my. Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk membuat permohonan tersebut adalah Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan juga penyelaras PB yang dilantik oleh PPB.

Kriteria Utama Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK (Swasta)

1. Pemilikan Pusat Bertauliah JPK

Butiran – Mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.

Pihak Berkuasa Tempatan:

1.Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Syarikat Sendirian Berhad/Berhad/Pendaftaran   Perniagaan/Perkongsian Liabiliti Terhad).

2.Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan – Borang I (negeri Sarawak)

3.Lesen Perniagaan – Borang B (negeri Sabah)

3. Kewangan – Mempunyai Modal berbayar minimum RM 50,000.00

2. Premis Latihan

i) Memiliki  premis  atau  menyewa  mana-mana  premis  dengan  baki tempoh sewaan tidak kurang daripada satu (1) tahun

ii) Telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan

iii) Bagi kelulusan Bomba atau lain-lain agensi penguatkuasa berkaitan adalah merujuk kepada bidang kemahiran tertentu yang akan dilaksanakan; (contoh: mendapat kelulusan agensi kerajaan bagi bidang berkaitan Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan sebagainya)

iv) Memastikan premis latihan terletak di persekitaran yang kondusif dan selamat untuk menjalankan latihan; dan

v) Penggunaan premis latihan tambahan dalam lingkungan 25 kilometer boleh dipertimbangkan dan hendaklah mendapat kelulusan JPK

3. Nama Pusat Bertauliah

Hendaklah mencerminkan sebuah institusi latihan kemahiran

TIDAK menyamai dengan nama PB lain

TIDAK BERKAIT dengan nama JPK atau BAHAGIAN di bawah JPK atau apa-apa yang berkaitan dengan JPK

TIDAK MENCERMINKAN ENTITI PERNIAGAAN atau SYARIKAT. contohnya ABC SDN BHD, XYZ BERHAD dan sebagainya

4. Kurikulum Pentauliahan

i) Laluan latihan (Training pathway);

Training Pathway VTO
Contoh Training Pathway Program VTO

ii) Bahan pembelajaran bertulis (Written Instruction Material) beserta Jadual Pembahagian WIM (JPW);

WIM

iii) Dokumen penilaian teori dan amali @ KA & PA;

iv) Pakej Pembelajaran Kebolehan Teras (NCS – Core Abilities) termasuk Matriks Core Abilities (Abilities vs CU/Modul program NOSS);

v) Silibus subjek tambahan bagi program DKM, DLKM dan tahap yang lebih tinggi;

vi) Pelan pelaksanan latihan yang merangkumi penilaian berterusan dan penilaian akhir (Gantt Chart); dan

Gantt Chart

vii) Jadual latihan mingguan sepanjang tempoh pelaksanaan program latihan

5. Kemudahan Fizikal

PB hendaklah menyediakan kemudahan fizikal mengikut keperluan program yang dimohon merangkumi kemudahan insfrastruktur, kemudahan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan.

A. Infrastruktur

BILIK KULIAH

BENGKEL LATIHAN

PUSAT SUMBER LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)

B. KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN LATIHAN / TOOLS, EQUIPMENTS & MATERIALS (TEM)

PB hendaklah menyediakan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan mengikut kehendak NOSS bagi program berkenaan di premis latihan yang hendak ditauliahkan seperti berikut:

1. Menyediakan dan memastikan KUANTITI KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN  MENCUKUPI mengikut bilangan pelatih.

TIPS: Rujuk NOSS untuk nisbah kuantiti yang diperlukan.

2. Memastikan PERALATAN BERFUNGSI dengan baik dan selamat untuk digunakan

3. Memastikan PERALATAN MEMENUHI KEPERLUAN PERLESENAN (jika berkaitan)

6. Personel Pentauliahan

PB perlu memastikan bahawa setiap personal memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.  Setiap personal pusat juga perlu mempunyai sijil Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP). 

Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih / perantis di PB.  Ianya bertujuan melayakkan personel diperakukan secara sah sebagai personel pentauliahan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi program yang layak sahaja. 

7. Lain-lain (Rahsia)

Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK
Pusat Bertauliah JPK - I Smart Educare
Dapatkan Khidmat Runding ISE Education Untuk Membantu Anda Menyingkatkan Masa Permohonan PB JPK Anda

14 thoughts on “7 Kriteria Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK – No 7 Rahsia!

    1. Hi Nik, berikut adalah proses umumnya:

      1. Tentukan kod NOSS yang ingin ditawarkan. Kenal pasti dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari sini.
      2. Berdasarkan program/tahap yang ingin dijalankan, hantar bilangan personel yang mencukupi untuk mengikuti kursus induksi PP-PPD-PPB untuk fahamkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. Dari sana, anda bersama pemilik/pengurus, pentadbir dan pengajar akan faham tanggungjawab masing-masing dalam pentauliahan Pusat Bertauliah nanti.

  1. sy berminat untuk buka PB slapb , noss semua sy dah aada, personel pom sy dah ada.. cuma sy nk tahu step seterusnya sahaja untuk buka PB ni..ni contact number 0148136352 . boleh tak tuan/puan whatsapp sy untuk cara seterusnya. TQ

  2. hi, sy admin company sy bekerja. sy perlu daftarkan company sbagai pb. 2 pekerja telah menghadiri kursus induksi sldn. sy sudah mencari kod noss yg mungkin berkaitan. tidak tahu perlu rujuk pd siapa untuk langkah seterusnya.

    1. Maaf Ahmad, kalau anda maksudkan Pusat Bertauliah JPK SLaPB (teori & praktikal di pusat latihan), wajib milik Sdn Bhd dgn modal berbayar RM50,000.

      Tetapi jika anda maksudkan Pusat Latihan SLDN, tak perlu. Sila rujuk pula kaedah perlaksanaan SLDN. Min syorkan anda ikuti kursus induksi SLDN pada 11 Mei (online).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *