Kursus Kemahiran Percuma 2022
Harap maklum - Permohonan Telah Tutup pada 31 Dis 2022
Kursus kemahiran percuma 2022 diteruskan lagi walaupun banyak program PENJANA HRDF ataupun PENJANA PERKESO telah/hampir tamat.
Sebelum kita senaraikan kursus kemahiran percuma ad-hoc (seperti Penjana), adakah anda tahu bahawan ada institusi kemahiran awam & swasta yang tertentu juga menawarkan kursus kemahiran percuma sepanjang masa?
Dari 3 cara untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia, salah satu kaedahnya biasanya adalah percuma. Bukan itu sahaja, anda akan diberi insentif (bukan pinjaman) dari kerajaan.
Cara yang dimaksudkan tu adalah kaedah Sistem Latihan Dual Nasional.
Apakah itu kaedah SLDN?
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘ Dual ‘ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.
Jangka Masa | Berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) |
Nisbah Amali- Teori | 70% hingga 80% latihan amali di industri dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan. |
Konsep | Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning) |
Kaedah Penyampaian | Day Release System Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam Block Release System ( jika perlu ) |
Pelatih | Lepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan |
Penganugerahan Kelayakan | Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) |
Lazimnya, jika anda menyertai kursus kemahiran cara SLDN, anda bukan sahaja tidak perlu membayar yuran kursus malah dapat lagi elaun, samada dari syarikat latihan SLDN@tempat kerja dan/atau dari insentif kerajaan, seperti SLDN Berinsentif 2022.
Untuk memudahkan anda, boleh cari senarai program yang ditawarkan oleh pusat & syarikat latihan SLDN di sini yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran percuma.
Namun, harus diingatkan bahawa bukan semua pusat & syarikat latihan yang tawarkannya secara PERCUMA.
Ada yang pakej bersama persijilan antarabangsa/profesional yang lain di mana mereka mengenakan yuran untuk pensijilan tersebut dan pada masa yang sama, daftar anda untuk program SLDN untuk pensijilan sampingan.
Pusat atau syarikat latihan SLDN yang menawarkan program SLDN berinsentif adalah TIDAK dibenarkan untuk mengenakan sebarang yuran kursus kepada calon/anda.
Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Yayasan Peneraju
Syarat Kelayakan
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- 19-35 tahun
- Lepasn diploma dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan
- Latihan 3 bulan DAN WAJIB kerja 3 bulan di industri.
- Elaun bulanan RM350/bulan X 3 bulan
- Penginapan disediakan
Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Skim Pembiayaan PERKASA TVET
Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022 adalah program latihan kemahiran jangka pendek (biasanya 6 bulan atau kurang) termasuk secara modular atau customized atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bergantung kepada permintaan majikan / industry di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani latihan di Penyedia Latihan Awam (PLA) . Penyedia Latihan Swasta (PLS) berdasarkan konsep “Place & Train”
Syarat Kelayakan Am
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 15 hingga 30/45 tahun (bergantung kepada Pusat) pada tahun permohonan;
- Pelatih tidak menerima pembiayaan / geran latihan daripada mana-mana institusi kewangan lain bagi program yang sama semasa permohonan ini dibuat;
- Kriteria pelatih terdiri daripada kategori berikut:
- Keutamaan bagi peminjam PTPK yang terjejas dengan pendemik Covid 19;
atau
Pelajar lepasan sekolah atau pelajar lepasan institut pengajian tinggi; atau
Individu yang mempunyai perniagaan sendiri / bekerja sendiri yang terjejas pendapatan;
atau
Pekerja yang terjejas pendapatan akibat pendamik Covid 19;
atau
Pekerja memerlukan kemahiran baru.
* Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Anda ingin jadi pusat latihan kemahiran yang dapat pembiayaan untuk tawarkan kursus kemahiran percuma?
1. Sekiranya anda menawarkan latihan kemahiran yang lebih cenderung ke arah masa praktikal di industri yang panjang, sila baca dulu Sistem Latihan Dual Nasional.
2. Sekiranya anda menawarkan latihan kemahiran yang 100% dalam pusat latihan (termasuk praktikal di pusat latihan sendiri), anda lebih sesuai untuk mohon sebagai Pusat Bertauliah SLaPB.
Anda juga boleh baca dulu carta alir untuk mohon sebagai pusat bertauliah SLaPB ataupun beli yang sedia ada (artikel dalam English)
Saya ada sijil skm2 pembuat baju wanita dan skm 3 operasi pemulihan dalam komuniti
Adakah saya layak mohon vito? Saya tinggal di selangor
Ya Lianim, layak mohon VTO sebab dah ada SKM3.
Kalau di Lembah Klang, kursus VTO separa masa di Kepong, KL bermula bulan Ogos nanti.
Boleh hubungi 012-3123430 sekiranya ada pertanyaan lanjut.
Ada dk skm tp ada dip? Boleh tak nk mohon vto?
Area kelantan?
Diana, tak pasti apa singkatan semua tu.
Perlu SKM3 untuk mohon VTO.
Kalau di Kelantan, cuba hubungi KAMPUS SATELIT CIAST ILP KOTA BHARU
Sijil pendidikan awal knak knak tadika. Separuh masa
Maaf Rafidah, kursus kemahiran bersijilkan Sijil Kemahiran Malaysia rata-ratanya jarang ada separa masa.
Anda ada pengalaman kerja dalam bidang ni ke?
Adakah saya layak kursus percuma jahitan
Maaf, tiada kursus percuma jahitan.
Ada kursus pengurusan pejabat atau QA/QC Industri yuran percuma? Terima kasih
Maaf Shahril, tiada
Assalamualaikum wbt, ada kursus percuma utk yg berumur 35 tahun ke atas di negeri Melaka?
Maaf, takda di Melaka selain Kursus Certified Production Technician seperti yg diiklankan.
Assalam tuan selamat pagi ni Abdul jali dri Sabah nk tnya sya ada sijil giatmara kota marudu dlm Industrial maintenance 3.78 pointer, adakah peluang utk lanjut ke tahap diploma
Sijil tu SKM3 ke sijil apa? Baik rujuk balik dgn Giatmara
Ada kursus kecantikan percuma untuk umur 16 tahun
Ada, sila klik mohon kursus di sini untuk SKM Tahap 1 di Penang.
aslm…saya ada sijil skm automotif tahap 1 boleh ke saya sambung ke thp 3 atau diploma saya duduk kampar perak
Fitri kena sambung ke SKM2 dulu, sebelum sambung ke SKM3 & DKM
mne nak cari ya skm3 pakainn lelaki puas cri kt google tak jumpa hm
Puteri nak cari pusat bertauliah yang tawarkannya (ada yuran dikenakan) ke nak mohon SKM bidang ni dgn pengalaman kerja anda?