Penerbitan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) merupakan langkah berterusan Kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seiring dengan Revolusi Industri 4.0.
DATO’ AMIR BIN OMAR
Pengenalan semula kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dimurnikan kandungannya. Panduan ini sebagai satu pengiktirafan kepada graduan TVET yang memaparkan kemahiran bertaraf
antarabangsa dan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,200.00 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai 1 Februari 2020.
Ketua Setiausaha,
Kementerian Sumber Manusia
200 PEKERJAAN TERPILIH INI ADALAH BERASASKAN KEMAHIRAN
- Berdasarkan pekerjaan yang popular dalam pasaran buruh semasa
- Disertakan deskripsi tugas am
- Disertakan pekerjaan dengan kelayakan yang dipersijilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Perbezaan Panduan Gaji Permulaan 2016 Vs 2020
Sekiranya anda buat perbandingan, adalah sedikit pertambahan dari segi gaji permulaan 2016 & 2020.
Pertambahannya meningkat dari 8.4% (DLKM T5) sehingga 17.7% (SKM T1)
Ingat, faktor lain@kompetensi lain seperti kejujuran, disiplin, kelayakan akademik (jika ada) serta soft skills seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa lain (terutamanya English) juga amat penting dalam menentukan permulaan gaji anda serta kenaikan pangkat & gaji seterusnya.
Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS). Setiap pelajar akan dinilai dan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat NOSS sebelum dianugerahkan dengan Pensijilan
Kemahiran Malaysia.
Melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia, lulusan sijil dan diploma kemahiran dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka daripada separuh mahir kepada mahir seterusnya ke peringkat Penyeliaan dan Pengurusan dan Reka Bentuk.
Kumpulan Sasar
- Pencari Kerja
- Agensi Kerajaan
- Majikan
- Kesatuan Sekerja
- Pelajar
- Penyedia Latihan
- Graduan
- Kaunselor Kerjaya
- Pengajar
- Ibu Bapa
Sekiranya anda tidak dapat masuk ke Institusi Latihan Kemahiran Awam yang tersenarai dalam panduan ini, anda boleh cuba mohon di Institusi Latihan Kemahiran Swasta.
Salam kemahiran terima kasih kerana beri maklumat tangga gaji. Majikan sebenarnya masih ada lagi yang mengambil kesempatan meletakan minimum gaji iaitu RM1200. Sedangkan pekerja tersebut mempunyai diploma serta pengalaman industri. Saya berharap isu tangga gaji ini dimasukan dalam star rating bagi setiap pusat bertauliah. Baru majikan khususnya swasta mengikuti tangga gaji tersebut.
Terima kasih Man atas input anda. Min akan cadangkan kepada pihak JPK untuk masukkannya dalam penarafan bintang yang akan datang.
Saya agak terkejut sekiranya pemegang Diploma (DKM kan?) serta ada pengalaman industri cuma dapat gaji minimum, RM1,200.
Adakah ini cuma tahun ni, disebabkan COVID?
Sebelum COVID melanda itu lah realitinya.saya tidak bekerja sambil lewa dan saya berkhidmat dengan jujur dan ikhlas demi mendidik anak bangsa terutamanya bangsa melayu agar tidak lalai diluar sana.sepanjang saya berkhidmat saya dan sepasukan telah mendapatkan star rating sehingga 5 bintang.lama saya berkhidmat tiada apa2 perubahan kenaikan gaji.hanya diberi janji2 melayu.faham2 kn je lh.
Faham perasaan anda.
Sekiranya anda rasa majikan sedia ada tidak menghargai usaha anda, mungkin sampai masanya cari majikan lain yang sanggup memberi anda pakej gaji yang setimpal dengan kelayakan serta usaha.
Salam. Saya pernah gajikan staff yg ada DKM (automotif) dengan gaji RM2800 sebulan. Masalah yg sy hadapi adalah
1) kerja sambil lewa
2) tidak mampu cari punca kerosakan
3) kerap cuti
4) kerap minta advance
5) tidak cekap
6) tidak mahir
7) banyak kereta kembali hasil tangan staff tersebut
8) tidak mahu berkongsi ilmu dgn staff muda level 2
9) pernah menganggur satu tahun sebelum kerja dgn saya
10) kerja tidak pernah lama dari satu tempat ke satu tempat walaupun umur sudah mencapai 40an
Persoalan saya adalah bagaimana individu tersebut boleh mencapai DKM dan menjadi pegawai penilai dengan attitude sebegitu? Adakah sijil / Kelayakan sahaja diambil kira?
Bagaimana dia boleh menjadi pegawai penilai atau menilai orang tanpa sesiapa pun menilai dia atau rekod pekerjaan dia sendiri?
Tq Farid atas maklumbalasa anda.
Sememangnya setiap sistem ada kelemahannya. Penilaian & pengesahan calon adalah berdasarkan sistem persijilan kemahiran Malaysia sedia ada.
Seperti kebanyakan perkara di Malaysia, dasar & polisi sememangnya agak baik tetapi pelaksanaan serta pemantauannya masih banyak kelemahan.
Namun, tidak juga dinafikan ada segelintir calon yg memang tidak layak ditrampilkan tetapi ‘terlepas’ dari sistem penilaian & pengesahan atas sebab kesiankan budak ataupun ada unsur … ahem, anda tahu saya tahu.
ini semua bukan salah mereka yg mengajar atau badan mana yang mengajar atau mengeluarkan sijil..Berdasarkan apa yg dijelaskan, begitu jelas SIKAP dia sebenarnya yg bermasaalah….kalau kerja pun tak pernah kekal lama disatu tempat mesti ada sebab tertentu.
Saya setuju dengan pendapat tuan/puan. Saya pun pernah mengalami masalah yang sama . Dalam 5 orang yang ada SKM kelayakan hanya 1 orang shj ada attitude/ sikap kerja yg bagus . Maka attitude kerja bermula dari diri calon itu sendiri.
Saya lepasan dkm elektrik voltan rendah,bolehkah saya mengambil sijil vto untuk menjadi tenaga pengajar?dan selain sijil vto,apakah syarat untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidang saya?
Hi Alif, anda boleh ambil sijil VTO untuk jadi tenaga pengajar & juga sijil induksi PP-PPD-PPB untuk jadi Pegawai Penilai.
Baca di sini apa beza tenaga pengajar dengan pegawai penilai – http://www.jpkmalaysia.com/pp-vs-tp
Hi. Saya sedang mencari pekerja SKM T1 & T2 untuk fungsi untuk operasi dan pengeluaran. Saya berhasrat untuk membantu memberi pengalaman bekerja sambil mengaplikasikan kemahiran mereka. Boleh membantu saya memberi panduan di mana saya boleh mencari dan memberi peluang kerjaya kepada mereka ? Boleh menghubungi saya melalui Whatsapp: 014-3248840. Terima kasih. 🙏
Deniel, seperti yg min telah balas anda, boleh iklan peluang pekerjaan anda di Kumpulan FB TVET Malaysia
Apakah tahap penguatkuasaan Panduan Gaji Permulaan ini kepada majikan? Adakah wajib dipatuhi atau sekadar pilihan? Saya mempunyai sijil/lesen kompetensi sebagai Penguji Gas Bertauliah dan Penyelia Kemasukan daripada JKKP, namun digajikan hanya Rm2000. Apakah tindakan kepada majikan yang berbuat seperti ini?
Maaf Fredley, ni cuma Panduan. Malangnya tiada penguatkuasaan.
salam sejahtera,, saya seorg staff gov. berjawatan pemandu,, saya yakin tugas saya berhubung kait dgn automotif. jadi saya dah ada sijil penyalian tahap 3, saya nak lengkap kan sijil tahap 3 saya, boleh ke saya mohon melaluai PPT dgn berurusan ketua jabatan/psm/pentadbiran ke JPKM? bagaimana cara dan kaedah nya? selepas tu baru ambil tahap 4@5 DKM
Syed, anda boleh baca lebih lanjut di sini
Assalam..maaf bertanya, jika majikan tu ofer gaji rm1,400 utk fresh grad..saya memgambil dip tek lukisan rekabentuk ade skm tahap 4 , bole menggunakan software autocad,autocad plant 3d dan beberapa software yg lain..nak tanya gaji yg ditawarkan itu relevan atau tidak??
Pagi Zayn, gaji tu mungkin tak setimpal dengan kelayakan anda. Sekiranya anda boleh tunjukkan ‘nilai’ anda kepada majikan sedia ada, dia patut bayar lebih.
Sekiranya anda rasa tidak dihargai, carilah kerja lain yg menghargai prestasi (bukan kelayakkan shj ya) anda.
Asalammualaikum. Saya nak buat survey dan sedikit pertanyaan. Sekarang saya tengah menjalani course Electrical SKM L3 dan ingin bertanya kalau lepasan L3 (Electrical) kalau nak mendapatkan peluang pekerjaan gaji maximum anggaran dalam berapa ya?. Last question, adakah lebih baik sambung DKM Levels lepas SKM L3 or bekerja untuk pengalaman sementara dan dimana Institusi yang bagus untuk kita lanjutkan Sijil Kemahiran? Terima Kasih.
Nor Arif, kalau lepasan SKM3 yg fresh, anggaran gaji permulaan dari RM1,200-1,600 (tak pasti tentang gaji maksimum).
Sambung terus serta merta ke DKM ke tidak bergantung kpd beberapa faktor.
Adakah anda ada bajet untuk sambung terus, adakah anda minat belajar dsbgnya.
Mana nak sambung, tu pun bergantung kpd mana anda tinggal.
Salam sejahtera.. sya kakitangan awam sebagai juruteknik komputer, ingin sya bertanya kenapa dkm 4 tidak layak untuk gred jawatan fa29. Sedangakan dkm4 juga bertaraf diploma. Mohon pencerahan tentang ini.
Maaf Jude, perkara ni baik anda rujuk dengan SPA
salam sejahtera, saya adalah lepasan spm 2022 dan ingin memohon upu. kursus apakah yang paling sesuai jika saya ingin bekerja sebab mekanik ?
Kursus automotif
salam, saya nk tnya saya lepasan skm3 kursus seni reka fesyen jadi saya nak tnya apa yang layak untuk saya mohon dan brp gaji minimum sepatutnya sy dpt?
Dami, ia bergantung kepada industri anda. Panduan gaji tu cuma sebagai panduan, bukan semua majikan patuhinya.
Pendidikan
Saya mempunyai degree in early childhood education Dan mempunyai pengalaman bekerja selama 12 tahun lebih. Berapa gaji yang boleh Saya dapatkan?
Maaf Sankari, saya tiada jawapan untuk anda. Panduan ni cuma sebagai rujukan, malangnya tiada penguatkuasaan.
mcm mane saya nak memohon skm3 untuk urutan
Normaziana, anda boleh mohon secara kaedah PPT sekiranya pengalaman dalam urutan terapi >3 tahun.
masuk tempat kerja bidang kecantikkan . Ad SKM 2&3 . tapi gaji diberi sama rata dengan yang tiada SKM, perlu ka buat report or minta gaji tinggi ? bila diborang confirmation staff . tulis situ basic RM1000 . commitment RM100 . meal RM100 total RM1200 . tapi bila kena tolak epf/socso RM1089 ja . tolak sewa rumah rm800 dah tinggal berapa . keja area Petaling Jaya . kos sara hidup pun hmmm . apa perlu buat ya ?
Cari kerja di salun lain yang menghargai kemahiran anda 🙂
Saya dah berkhidmat 20tahun dalam bidang membaiki alat2 maknikal selama 20 tahun tetapi saya tak dapat kenaikan Jawatan semata2 tidak mempunyai skm
Richard boleh kenalpasti kod NOSS dulu dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari sini.
Lepas tu, boleh mohon SKM bidang tu melalui kaedah PPT