Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – 10 Perkara Anda Perlu Tahu

1. Apakah itu Pegawai Pengesah Luaran (PPL)?

Pegawai Pengesah Luaran merupakan individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN

Ianya  terdiri daripada;

  • Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
  • Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

2. Tugas / tanggungjawab Pegawai Pengesah Luaran

  • Bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.
  • Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian; dan
  • Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkara-perkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.

3. Syarat Kelayakan Lantikan Sebagai Pegawai Pengesah Luaran

  1. Warganegara Malaysia
  2. > 10 tahun pengalaman dalam bidang SKM anda.
  3. Memiliki kelayakan kemahiran – Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/(DKM)/(DLKM)
  4. Lulus kursus induksi PP-PPD-PPB
  5. Lulus kursus induksi PPL

4. Kelebihan Memiliki Sijil Induksi PPL

  • Layak untuk menjadi PPL-SLaPB, PPL-PLV & PPL-SLDN

    Anda berpeluang dilantik sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – PPL ini merupakan individu penting yang bertugas sebagai wakil JPK untuk membuat pengesahan penilaian dan seterusnya status TERAMPIL/TIDAK TERAMPIL pelajar semasa peperiksaan akhir teori dan amali di Pusat Bertauliah JPK. PPL ni bertindak seperti auditor atau pegawai wazir PLK. 
Kursus Induksi PPL

a) Tujuan Induksi PPL

Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada calon mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai PPL serta memenuhi syarat lantikan sebagai PPL.

b) Syarat Kelayakan Induksi PPL

  • Warganegara Malaysia; atau
  • PemastautinTetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas

c) Siapa Yang Patut Hadir?

  • Calon PPL – Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)
  • Calon PPL – Pengawai Latihan Vokasional (PPL-PLV)
  • Calon PPL – Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)
  • Calon PPL Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) – digalakkan

6. Tempoh Sah Laku Sijil Kursus Induksi PPL

Sijil Kursus Induksi PPL adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel, Perakuan Pengiktirafan Kelayakan sebagai Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan anda perlu mengulangi semula kursus induksi berkenaan.

7. Mod & Jangkamasa Kursus Induksi PPL

Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, melalui aplikasi Zoom.
Kursus ini dilaksanakan pada hujung minggu sahaja, Sabtu & Ahad, dari 8.30-5.30pm.

Sila rujuk jadual kursus induksi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) di sini

8. Topik & Jadual Kursus

Pegawai Pengesah Luaran - Jadual Hari 1

9. Elaun

1.  Elaun perjalanan (mileage)

Bagi semua perjalanan untuk tugas rasmi berkaitan verifikasi / mesyuarat / persidangan PPL

2. Elaun penginapan (Hotel / lojing)

  Jika tugas memerlukan PPL bermalam di luar ibu pejabat

3. Elaun makan atau Elaun harian

Jika tempat bertugas di luar ibu pejabat

(Elaun makan – bertugas  > 24 jam)@(Elaun harian  – bertugas > 8 jam < 24 jam)

4. Elaun verifikasi PPL

Bayaran verifikasi di sesuatu PB/Syarikat SLDN bagi tempoh masa yang ditetapkan, maksimum RM320/8 jam ATAU RM 40.00/jam

10. Cara Permohonan

Andainya anda dah faham dan tahu perkara yang perlu anda patut tahu, sekarang adalah masa anda ambil tindakan.

Ya, mula dengan daftar untuk  menngikuti  kursus induksi PPL 

Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus

2 thoughts on “Pegawai Pengesah Luaran (PPL) – 10 Perkara Anda Perlu Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *