Institut Kemahiran Malaysia

Bagamaina Pilih Kolej Kemahiran – 6 Faktor Utama!

Cara Memilih Kolej Kemahiran @ Institut Kemahiran Malaysia

Faktor Pemilihan Institut Kemahiran

Pada masa kini banyak institut kemahiran Malaysia telah ditubuhkan. Secara amnya, program serta persijilan yang ditawarkan sekarang lebih dikenali sebagai TVET

TVET aliran teknikal & vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi  kebanyakkannya ditawarkan oleh Insitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti Politeknik dan Kolej Komuniti.

Manakala TVET aliran kemahiran di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia ditawarkan oleh institut kemahiran Malaysia, awam mahupun swasta. Persijilan yang dianugerahkan adalah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Selepas keputusan SPM keluar awal bulan ini, anda pasti lihat pelbagai iklan dan promosi dilakukan bagi menarik minat anda dan ibu bapa anda, terutamanya di sosial media seperti Facebook Group TVET Malaysia @ JPK Malaysia.

Namun begitu, anda tidak patut sewenang-wenangnya menerima pelawaan atau tawaran dari kolej-kolej kemahiran berkenaan.  Anda perlulah menyelidik latar belakang kolej tersebut dan membuat pertimbangan sebelum memilih kolej kemahiran yang sesuai dengan  minat anda, lokasi dan beberapa faktor lain.

Faktor Yang Anda Perlu Pertimbangkan

1. Pengiktirafan

Sistem Akrreditasi Tungga

Selain ilmu dan kemahiran yang anda pelajari, pasti anda pun ingin sijil anda tu diiktiraf kan?

Sijil TVET aliran teknikal & vokasional diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), begitu juga Sijil Kemahiran Malaysia yang juga telah diiktiraf oleh MQA bawah sistem jaminan kualiti tunggal TVET. Bukan itu sahaja, SKM juga diterima oleh industri serta luar negeri.

Dalam pasaran, banyak juga sijil-sijil luar negeri yang ditawarkan, terutamanya dari UK dan bukan semuanya diiktiraf oleh MQA.  Boleh tanya/semak dari portal MQA. 

2. Kualiti Kolej Kemahiran

TEM
WIM

Selain akreditasi / pengiktirafan MQA dan industri, kualiti kolej kemahiran juga perlu diambil kira. Ia boleh dilihat dari segi:
i) Peralatan/bengkel yang disediakan – agak penting terutamanya untuk bidang TVET/kemahiran ni
ii) Tenaga pengajar – lebih baik sekiranya pengajar mereka ada pengalaman industri, bukannya yang fresh lepasan SKM/DKM tanpa pengalaman kerja. Dan syarat untuk jadi pengajar bertauliah program SKM @ Pegawai Penilai adalah sijil pengajar vokasional@sijil VTO
iii) Kurikulum latihan – samada subjek tambahan /modul tambah nilai diberi.

Namun, semua ni sebenarnya adalah asas kepada pentauliahan semua Pusat Bertauliah JPK, anda boleh guna panduan ni sebagai soalan tambahan untuk membezakan kualiti antara kolej kemahiran yang anda minat daftar.

Untuk Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), salah satu lagi aspek yang boleh diambil kira adalah penarafan bintang yang diberi oleh JPK (dilakukan setiap 2 tahun).

Namun, bagi PB yang tiada bintang atau rendah tidak semestinya tidak bagus kerana kriteria penarafan agak tidak adil untuk kolej kemahiran yang kecil. Jadi, mungkin boleh semak dalam laman web tentang reputasi kolej/institut kemahiran Malaysia tersebut ataupun testimoni pelajar mereka yang terdahulu.

Tak pasti kolej kemahirarin mana yang baik?

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan program yang anda minat (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

3. Program Yang Anda Minat

Institut Kemahiran Malaysia

Pada pendapat min, faktor minat adalah paling penting. Minat ini penting kerana ia boleh menyebabkan anda lebih fokus, memberi tumpuan sepenuhnya, seronok dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang terbaik dalam bidang kursus yang anda ikuti. Minat ini merujuk kepada kecenderungan, kesukaan, kegemaran, keseronokan anda dalam melakukan sesuatu. Ianya akan mendorong anda agar berusaha sedaya upaya dengan penuh yakin walaupun anda berdepan dengan berbagai cabaran.

Adakah anda bersetuju? Tak pasti kolej kemahiran mana (swasta) yang menawarkan bidang yang anda minat?

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

4. Lokasi Kolej Kemahiran

Katakan anda dah jumpa kolej kemahiran yang baik dan program yang diminati anda ditawarkan tetapi ia sangat jauh dari tempat tinggal anda. Biasa kan situasi begini?

Jika anda seorang yang tidak kisah berjauhan dengan keluarga pada waktu yang lama, ini pasti tidak akan menjadi masalah buat anda.

Namun, jika anda seorang yang risau tidak dapat pulang ke kampung halaman selalu, diwajarkan untuk mengkaji dahulu di mana lokasi kolej kemahiran pilihan anda. 

Perkara ini sering menjadi isu apabila anda mempunyai kerja tambahan di kolej yang membuatkan anda tidak boleh pulang ke rumah selalu, homesick merupakan perkara yang biasa berlaku kepada pelajar yang duduk berjauhan dengan keluarga.  Malah, kos pergi dan balik termasuk pengangkutan awam juga perlu diambil kira untuk memudahkan anda dapat pulang ke rumah terutama sekali pada waktu musim perayaan.

Dan jika ini bukan halangan anda, tanya samada asrama disediakan ke tidak. Ada yang sediakan asrama percuma, ada yang caj kos minima dan ada yg tolong anda carikan tempat tinggal berhampiran dengan kolej kemahiran.

Tak pasti kolej kemahiran mana (swasta) yang baik,  menawarkan bidang yang anda minat serta dekat dengan anda?

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

5. Pembiayaan/Pinjaman

Belanjawan 2024 - PTPK

Walaupun faktor ini tidak sepatutnya menjadi halangan kepada pilihan anda, namun bukan semua ada kemampuan unutk membayar sendiri, walaupun secara ansuran. Lagipun sekarang ekonomi agak teruk, ramai ibu bapa yang mungkin hilang kerja atau pendapatan berkurangan disebabkan PKP yang terlalu kerap sejak Mac 2020, akibat COVID.

Sekirananya keluarga anda tidak mampu bayar yuran secara tunai, anda perlu tanya samada kolej kemahiran tersebut menyediakan pinjaman ke tidak, tidak kira melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) ataupun bank/koperasi/Yayasan.

Kalau ada tajaan Yayasan/Kerajaan Negeri tu lagi baguslah.

6. Pasaran Kerja

Anda perlu juga kaji samada program yang anda ambil tu ada permintaan di pasaran ke tidak.

Pastikan juga sama ada berapa ramai yang mengambil kursus tersebut. Ini amat penting untuk memastikan anda tidak mengalami masalah pengangguran mahupun persaingan yang kuat selepas tamat pengajian.

Program seperti kulinari, automotif, elektrik, mekatronik, IT semua ni memang sentiasa ada permintaan dari industri.

Kesimpulan

Jadi, anda dah kenalpasti semua faktor di atas tetapi masih tak dapat cari program atau kolej yang menepati kriteria anda?

Takpa, min akan bantu.

Boleh isi borang di sini agar min boleh tolong carikan (kolej kemahiran swasta sahaja).
Untuk kolej kemahiran awam, sila baca sini.

Diploma Kemahiran Malaysia - Mohon Kursus
Link ini hanya untuk permohonan ke kolej kemahiran swasa sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *