Program Micro Credential-Peluang Untuk Sektor Kemahiran@TVET

Takrif Micro Credential

Dalam konteks Jabatan Pembangunan Kemahiran, Micro Credential bererti kelayakan mikro yang dianugerahkan bagi program latihan yang dilaksanakan secara modular dalam tempoh yang lebih singkat. Ia dibangunkan berasaskan kepada Competency Unit (CU) atau Work Activity (WA) atau gabungan CU atau gabungan WA bagi kompetensi spesifik sesuatu NOSS.

Program Micro Credential
Imej kredit: Unesco & Maricopa

Tafsiran lain (terpilih sahaja) yang berkaitan dengan Pelaksanaan & Penilaian Program Micro Credential melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB)

MC-CU – program Micro Credential yang ditauliahkan bagi satu-satu CU atau
gabungan CU

MC-WA – program Micro Credential yang ditauliahkan bagi satu-satu WA atau
gabungan WA

Modul MC – unit pembelajaran yang dibentuk daripada CU bagi program MC-CU atau WA bagi program MC-WA

Pegawai Pengesah Luaran – seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah.

program Micro Credential – program latihan yang dilaksanakan dalam
tempoh yang lebih singkat. Ia dibangunkan berasaskan kepada Competency Unit
(CU) atau Work Activity (WA) yang membawa kepada penganugerahan Penyata
Pencapaian (PC).

Sepenuh masa – pelaksanaan latihan kemahiran selama 20 jam atau tidak lebih 40 jam dalam seminggu

Separuh masa – pelaksanaan latihan kemahiran kurang daripada 20 jam dalam seminggu

Unit Kompetensi (Competency Unit (CU) – satu fungsi kerja utama bagi
sesuatu bidang pekerjaan. Setiap unit kompetensi mengandungi beberapa
aktiviti/tugasan bagi melengkapkan fungsi kerja utama yang boleh dinilai dan
dipersijilkan secara berasingan

Work Activity (WA) – proses kerja lengkap dari permulaan hingga akhir yang menghasilkan samada produk, perkhidmatan atau keputusan.

Program Micro Credential

Program jangka pendek yang boleh dilaksanakan di Pusat Bertauliah (PB) mengikut tempoh latihan yang diluluskan oleh JPK. Program ini terbahagi kepada dua (2) jenis kategori iaitu:

1. Program Micro Credential CU (MC-CU)

i. Satu Unit Kompetensi (CU) atau gabungan beberapa CU daripada NOSS yang sama atau NOSS yang berlainan pada tahap yang sama atau berbeza dalam seksyen/bahagian yang sama;

ii. Program ini membawa kepada penganugerahan Penyata
Pencapaian (PC)

2. Program Micro Credential CU (MC-WA)

i. Satu Aktiviti Kerja (WA) atau gabungan beberapa WA dari NOSS yang sama atau NOSS yang berlainan tetapi dalam seksyen/bahagian yang sama;

ii. Program ini membawa kepada penganugerahan Penyata Pencapaian (PC).

Tujuan Pelaksanaan Program

i. membolehkan pelatih mendapat kemahiran untuk memasuki pasaran kerja dalam masa yang singkat;

ii. membantu memantapkan kemahiran pelatih agar mampu menjadi tenaga mahir yang berkualiti;

iii. membolehkan pekerja sedia ada meningkatkan kemahiran yang dimiliki melalui modul yang relevan dengan pasaran kerja semasa;

iv. menggalakkan pelaksanaan latihan secara fleksibel sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa bagi mendapatkan kelayakan kemahiran;

v. membantu majikan dan industri yang memerlukan pekerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri; dan

vi. meningkatkan bilangan tenaga mahir negara yang diperlukan ke arah negara berpendapatan tinggi.

Pendaftaran Pelatih

Kriteria dan pendaftaran pelatih perlu merujuk kepada Panduan Pendaftaran Persijilan Kemahiran Malaysia melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SlaPB), Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) yang sedang berkuatkuasa.

Pelaksanaan latihan

Pelaksanaan latihan adalah berasaskan kepada struktur kurikulum yang diluluskan
semasa pentauliahan program Micro Credential.

Nilai Mata Kredit

a. Nilai 1 kredit adalah bersamaan 40 jam notional dan jumlah kredit minimum menentukan norma tempoh latihan bagi setiap tahap.
b. Kredit diberikan bagi setiap CU yang telah dilengkapkan oleh pelatih.

Tempoh Latihan

a. Tempoh latihan minimum bagi program Micro Credential adalah seperti yang dinyatakan dalam NOSS bagi setiap CU/WA yang berkenaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan latihan dan penilaian bagi program Micro Credential hendaklah sekurang-kurangnya 20 jam termasuk tempoh penilaian.

b. Program ini boleh dijalankan secara sepenuh masa atau separuh masa.

c. Penetapan julat peratusan masa aktiviti pembelajaran setiap modul MC.
i. Penetapan peratus masa aktiviti pembelajaran dan penilaian adalah merujuk kepada tahap modul MC yang diambil.
ii. Tempoh latihan hendaklah memenuhi peratusan julat masa yang ditetapkan merangkumi aktivititerpandu/ bersemuka, kendiri dan penilaian seperti Jadual 1.

Tarikh Kuatkuasa

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Program Micro Credential Melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ini mula berkuatkuasa pada 1 Julai 2022.

Komen/kesimpulan

Min berpendapat dengan pelaksanaan program micro credential selaras dengan perkembangan semasa, ia memberi peluang kepada pelbagai pihak untuk merebut peluang yang ada, selain kepada pelatih, majikan/industri dan negara seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian Tujuan Pelaksanaan Program.

Peluang untuk Penyedia Latihan Kemahiran (PLK)

Sebelum ini, mungkin banyak PLK yang tidak mohon pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana merasakan tempoh latihan terlalu lama untuk memenuhi syarat NOSS program kemahiran masing-masing. 

Ataupun mungkin tidak menawarkan latihan yang menyeluruh seperti yang terkandung dalam NOSS tetapi cuma CU atau WA tertentu sahaja.

Mungkin juga kerana susah nak mempersijilkan personel yang perlu ada sijil VTO supaya boleh dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP). Jadi, dengan perlaksanaan program modular, bakal PP cuma perlu ada sijil Latihan Pengajar@NCS-TTT.

Jadi, inilah peluang anda sebagai PLK untuk mohon pentauliahan dari JPK supaya dapat menawarkan sijil Penyata Pencapaian (PC) yang diiktiraf & dianugerahkan oleh kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Train The Trainer Course Cert - NCS-TTT
Contoh sijil PC

Peluang untuk Pelatih

Pengenalan program micro credential ini bakal memberi anda sebagai pelatih, terutamanya jika sedang bekerja untuk upskill ataupun reskill.

Fleksibiliti masa (jadual & tempoh masa yang singkat) amat sesuai untuk anda mengikuti kursus kemahiran yang diminati dan diperlukan untuk membantu anda meningkatkan kemahiran sedia ada.

Upskilling

Peluang untuk Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Dengan lebih banyak Pusat Bertauliah JPK yang ditauliahkan, maka lebih lagi PPL yang diperlukan oleh JPK untuk membuat verifikasi.

Kalau ikutkan carta alir pelaksanaan program micro credential, PB perlu pilih 2 nama PPL mengikut program.

Syarat untuk dilantik sebagai PPL adalah memiliki:

1. Sijil Kemahiran Malaysia sebarang bidang (SKM3) ke atas; dan
2. Pengalaman dalam bidang kemahiran SKM selama 10 tahun atau lebih; dan
3. Sijil induksi PP-PPD-PPB; DAN
4. Sijil induksi PPL (pra-syarat lulus induksi PP-PPD-PPB)

Untuk jadual induksi PP-PPD-PPB & PPL terkini, sila rujuk Jadual.

Kursus induksi PP-PPD-PPB
Kursus Induksi PPL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *