SKM-PPT
SKM-PPT (Maksud PPT) – satu kaedah memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Boleh baca PANDUAN PELAKSANAAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
Siapa Yang Layak Diberi Pengiktirafan SKM-PPT?
Semua pekerja industri dari sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memenuhi syarat tempoh pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan. Pekerja industri yang layak akan dianugerahkan Sijil sehingga tahap tertinggi mengikut bidang masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS).
Siapa Yang Boleh Memohon?
Permohonan SKM-PPT adalah dibuka kepada semua bidang yang tersenarai di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) / National Occupational Skill Standard (NOSS)
Jika anda sudah ada Siil Kemahiran Malaysia (SKM) Asas/Pertengahan/Tinggi, anda layak mohon sijil SKM/DKM/DLKM yang lebih tinggi dalam bidang yang sama.
Apakah Faedah Yang Boleh Diperolehi?
Faedah Kepada Individu
- Berpeluang mendapat pengiktirafan dan seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk memajukan diri;
- Penganugerahan SKM-PPT dalam masa yang singkat (tidak perlu menghadiri kelas / latihan / menduduki ujian); dan
- Dapat menyumbang ke arah pembangunan kerjaya.
Faedah Kepada Majikan
- Meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat;
- Menjimatkan kos bagi tujuan latihan dan persijilan pekerja; dan
- Meningkatkan imej syarikat
Faedah Kepada Negara
- Meningkatkan bilangan tenaga mahir yang berkelayakan;
- Menjana sektor industri dengan pertambahan tenaga mahir negara;
- Meningkatkan imej negara di mata dunia dari segi perkhidmatan dan produk yang dihasilkan; dan
- Menjadi tarikan pelabur asing melabur di negara
10 Kelehihan Sijil Kemahiran Malaysia
Berapa Bayaran Yang Dikenakan?
Bayaran permohonan SKM-PPT sebanyak RM300/tahap bagi setiap program hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang, Deraf Bank atau Pesanan Kerajaan (L.O.) atas nama `KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN’ yang memiliki tempoh sahlaku sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dari tarikh permohonan diterima.
Ataupun boleh terus bayar melalui FPX di Myspike.
Cara Untuk Memohon SKM-PPT (Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT@pengalaman kerja terdahulu)
1. Kenal pasti bidang anda dengan muat turun Daftar NOSS.
2. Lepas tu, digalakkan beli NOSS dari:
a) www.myspike.my
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami -jika anda nak masih menghadapi masalah dengan cara a) & b)
3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (pernah lakukan SEMUA Aktiviti Kerja yang tersenarai dalam setiap CoCU dalam NOSS dan ada BUKTI kukuh).
4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my
5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan sijil SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM
PERLU BANTUAN LANJUTAN PERMOHONAN SKM-PPT (walaupun telah baca panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT & manual permohonan PPT secara online) ?
a) Boleh dapat mengenali lebih melalui kursus induksi PP-PPT* yang dianjurkan dari masa ke semasa (purata 3 kali setahun)
b) Khidmat runding atau bengkel (4-6 sesi atau lebih, bergantung kepada perkembangan masing-masing)*
*Induksi PP-PPT
Tarikh: 22-23 Jun 2024 (Rujuk sini untuk jadual 2024)
Masa: 8.30-5pm
Mod: Bersemuka melalui Zoom
Yuran: RM350/pax
Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd
Siapa yg patut hadir?
1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT (syarat lantikan lain adalah pengalaman kerja >10 thn bidang berkenaan & SKM Tahap 3)
2) Berminat mohon Sijil Kemahiran Malaysia secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)
4) Pusat/syarikat yang ingin mohon sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) (perlu ada PP-PPT)
FAQ - PPT
1. | Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah PPT? |
Satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan ketrampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) /National Occupational Skills Standard (NOSS) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. | |
2. | Mengapa saya perlu memohon PPT? |
PPT dapat: Memberi pengiktirafan secara formal kepada kekompetenan individu;Memberi peluang pekerjaan yang luas kepada individu; danMeningkatkan kerjaya individu dalam industri pekerjaan. | |
3. | Siapakah yang layak memohon PPT? |
Terbuka kepada individu yang mempunyai kekompetenan melalui pengalaman kerja, pengalaman hidup atau latihan (formal atau tidak formal). | |
4. | Apakah persediaan yang perlu saya lakukan sebelum memohon SKM-PPT? |
Anda perlu Mengenalpasti bidang dan tahap yang hendak dipohon dengan merujuk kepada daftar NOSS yang terkini.Mendapatkan maklumat mengenai panduan permohonan PPT. | |
5. | Apakah beza diantara daftar NOSS dan NOSS? |
Daftar NOSS adalah senarai semua NOSS dalam lima (5) sektor utama (Pembuatan, pertanian, pekhidmatan, pengangkutan dan perlombongan). Manakala NOSS adalah satu dokumen yang mengariskan ketrampilan yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja dalam sesuatu bidang pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan. | |
6. | Bagaimana saya boleh mendapatkan NOSS? |
NOSS boleh dibeli secara online (myspike.my) atau Setiap tahap NOSS berharga RM20.00 dan boleh dibayar atas talian (myspike.my) atau perlu dibayar dalam bentuk Kiriman Wang/Deraf Bank/Pesanan Kerajaan, atas nama ‘Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran’. | |
7. | Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya kemahiran yang dimiliki tidak memenuhi sebahagian keperluan NOSS? |
Pemohon perlu memenuhi kemahiran seperti yang ditetapkan dalam keperluan NOSS: Melalui latihan di PB-PPT- panduan ini boleh didapati di laman web JPK www.dsd.gov.my; atauMengumpul pengalaman sehingga cukup. | |
8. | Bagaimana hendak memohon SKM melalui kaedah PPT? |
Sila rujuk Langkah Permohonan di atas | |
9. | Berapakah kadar bayaran bagi pemohonan SKM melalui kaedah PPT? |
Kadar bayaran adalah sebanyak RM 300/tahap Resit akan diserahkan kepada pemohon selepas pendaftaran dibuat beserta dengan “Notis Pendaftaran dan Penugasan”. | |
10. | Bagaimanakah saya hendak mengetahui permohonan telah diterima? |
Anda akan menerima notis untuk membuat bayaran (RM300/tahap) sekiranya berjaya. | |
11. | Kenapakah permohonan saya ditolak? |
Borang permohonan tidak lengkap; atauPemohon tidak memenuhi syarat kelayakan memohon PPT. | |
12. | Apakah yang perlu saya lakukan selepas menerima “Notis Pendaftaran dan Penugasan”? |
Calon perlu menghubungi PP untuk menetapkan tarikh sesi kaunseling dan penilaian * Calon adalah digalakkan mengumpul bukti-bukti keterampilan yang dimiliki sebelum sesi kaunseling dan penilaian dijalankan. | |
13. | Berapa lamakah tempoh pembangunan portfolio yang dibenarkan? |
3 bulan – SKM 1/2/3 3 bulan – SKM program VTO 6 bulan – DKM/DLKM (termasuk pembangunan projek/kes pengalaman terdahulu)* Tempoh yang ditetapkan adalah tarikh “Tempoh Penilaian” seperti di dalam “Notis Pendaftaran dan Penugasan”. | |
14. | Siapakah personel yang terlibat didalam menentukan mutu persijilan PPT? |
Calon;Pegawai Penilai (PP-PPT);Pegawai Pengesah Luaran (PPL-PPT); Pegawai pemantau JPK (untuk VTO/DKM/DLKM) | |
15. | Bolehkan saya memohon pertukaran PP-PPT yang telah ditugaskan? |
TIDAK DIBENARKAN. JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK. | |
16. | Bolehkah saya memohon tempoh perlanjutan sesi kaunseling dan penilaian. |
TIDAK DIBENARKAN. JPK akan mempertimbangkan permohonan ini sekiranya calon mengemukakan alasan yang munasabah secara bertulis kepada JPK. | |
17. | Sekiranya saya telah menyelesaikan proses kaunseling dan penilaian, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya? |
PP-PPT akan menghubungi Unit PPT, JPK untuk memohon sesi verifikasi.Calon perlu bersedia untuk diverifikasi oleh PPL-PPT yang akan dilantikKeputusan verifikasi akan diketahui diakhir sesi verifikasi. * Sesi verifikasi wajib dihadiri oleh calon, PP-PPT dan PPL-PPT. | |
18. | Sekiranya saya telah selesai verifikasi, apakah yang perlu saya lakukan seterusnya? |
PPL akan menghantar borang pengeluaran sijil kepada JPK dan sijil akan dihantar terus kepada calon/ agensi yang menguruskan permohonan calon.Calon hendaklah menghantar borang maklumbalas penerimaan sijil. | |
19. | Siapakah yang layak memohon Pengiktirafan Khas melalui PPT? |
Mereka yang layak memohon terbahagi kepada dua jenis permohonan iaitu: i. Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK khususnya, dan negara amnya di mana terbahagi kepada tiga kategori: Kategori 1 : Personel Yang Terlibat Dalam Aktiviti JPK Kategori 2 : Personel Pertandingan Kemahiran Peringkat kebangsaan/Antarabangsa Kategori 3 : Personel ATM Yang Memiliki Sijil Tred ATMCalon yang telah memiliki Diploma yang dikeluarkan oleh Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) ATAU Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) (Rujuk Panduan Permohonan Pengiktirafan Khas di laman web JPK www.dsd.gov.my ). | |
20. | Bagaimanakah kaedah untuk memohon PPT Khas? |
Personel yang telah memberikan khidmat kepakaran serta sumbangan cemerlang dalam aktiviti JPK :Borang Permohonan DKM.DLKM/SKM Melalui Pengiktirafan Khas [JPK/PPT/1008(P3)] rujuk lampiran B yang lengkap diisi. |
Recognition of Prior Achievement (RPA @ PPT)
Recognition of Prior Achievement (RPA) or formerly known as the Accreditation of Prior Achievement is a method to give recognition to any individual who can demonstrate skills outlined in the National Occupational Skills Standards (NOSS) based on prior experience and achievements.
Note: Academic world call it RPEL.
Open to anyone who has the skills and knowledge regardless of when, how and where they were obtained, either through work experience, life experience or training (formal or informal).
All industrial workers from the manufacturing and services sectors who have obtained the required working experience in the related field and have fulfilled other set conditions are eligible. Industrial workers who qualify will be awarded a Certificate up to the highest level according to their respective fields as specified in the National Occupational Skills Standards (NOSS).
How To Apply for SKM-PPT? (Sijil Kemahiran Malaysia via PPT@prior achievement/working experience)
a) Self application via www.myspike.my – Download & read panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT & MANUAL PENGGUNA PPT 2018 OR
b) Learn from a 2 days course – kursus induksi PP-PPT** that’s organised from time to time (average 6 times a year)
c) Consultation or attend workshop (3 days for SKM, 5 days for DKM/DLKM)* – Please whatsapp or call 012-3123430
**2023 PP-PPT Induction Course
Date: 4-5 Feb 2023
Time: 8.30-5.30pm
Mode: Zoom
Fees: RM350/pax
Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd
Who should attend?
1) Interested to be appointed as PP-PPT (appointment requirement: working experience in same relevant field >10 years and have SKM Tahap 3)
2) Interested to apply SKM-PPT (procedure, terms and evaluation criteria via PPT)
3) JPK Accredited centre (PB) that intends to be PB-PPT (needs a PPT co-ordinator that has PP-PPT induction course cert)
4) Any organisation/centre/company that intends to be Pusat Penilaian Amali (PPA) (needs a PP-PPT)
Can Non-Malaysians Apply?
Foreigner can apply for SKM-PPT with the following additional terms:
i. Submit application at least 6 months before the expiry of work permit;
ii. Possess valid personal identification;
iii. Possess valid work permit or pass, issued by Malaysian Immigration Department;
iv. Working in any operational & Malaysian registered company;
v. Has been working in Malaysia for more than 2 consecutive years; AND
vi. All application, counselling & assessment to be conducted in either Malay (Bahasa Malaysia) or English.
Saya memerlukan NOSS untuk industri burung walet.
Hi Jobit, ada 2 kod yang berkaitan dengan industri burung walit
AF-061-2 Pembantu Ladang Sarang Burung Walit
AF-063-1:2013 Pemprosesan Sarang Burung Walit
Anda boleh cuba beli dari JPK Wilayah Sabah
Salam tuan, saya sudah ada skm tahap 2 automotif,tapi sy bekerja di dalam bidang Construction, Mechanical & electeical selama 10tahun,boleh ke sy apply Dkm?
Hi Firdaus, anda perlu kenalpasti kod bidang SKM/DKM yang anda ingin mohon dengan merujuk kepada Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari sini dulu.
Saya seorang kakitangan awam berpengalaman dalam pentadbiran selama 20 tahun. Saya berminat menjadi trainer dengan mengambil kursus train the trainer. Apakah tahap sijil kemahiran pentadbiran pejabat yang perlu saya ambil? SKM 3 atau boleh terus ke DKM atau DLKM
En Anuar, anda nak jadi trainer di mana?
Pusat Bertauliah JPK yg menawarkan pensijilan SKM ke cuma kursus jangka pendek yang boleh dapat tuntutan HRDC?
SKM3 dulu baru DKM & DLKM.
SAYA ADA MASTER, DAN MENGAJAR DI KOLEJ. SAYA NAK APPLY PPT. MACAM MANA YA..
Hanif dah buat penilaian kendiri belum?