FAQ SLDN Berinsentif 2023
1. Apa itu SLDN Berinsentif?
YB Menteri Kewangan semasa perbentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober 2022 telah mengumumkan peruntukan tambahan 20 juta ringgit disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan. Apakah inisiatif bagi Program SLDN di bawah Bajet 2023?
Program SLDN di bawah Bajet 2023 menyediakan peruntukan untuk pelaksanaan Program SLDN berinsentif bagi membangunkan sumber manusia kemahiran melalui skim perantisan yang berstruktur melibatkan kerjasama industri dalam pelaksanaan program TVET. Peruntukan Bajet 2023 menyediakan elaun dan insentif kepada peserta program SLDN iaitu perantis, Pusat Latihan dan Syarikat SLDN bagi meringankan beban dan sebagai galakan.
2.Siapakah yang mendapat manfaat daripada program SLDN di bawah Bajet 2023? Apakah manfaat yang disediakan Kerajaan?
i. Pekerja sedia ada dan pencari kerja yang berminat untuk mengikuti program peningkatan kemahiran atau latihan semula dengan menyertai program latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) di bawah program SLDN. Individu yang menyertai program akan menjadi perantis program SLDN. Perantis layak mendapat elaun sebanyak RM500 sebulan.
ii. Pusat Latihan SLDN, iaitu penyedia latihan sama ada Institusi Latihan Awam atau Swasta yang menyediakan latihan teori/asas bagi program latihan SLDN. Pusat Latihan layak mendapat insentif sebanyak RM300/bulan bagi setiap perantis yang dilatih.
iii. Syarikat SLDN, iaitu industfi yang menyediakan latihan komponen praktikal bagi program latihan SLDN. Syarikat SLDN layak mendapat insentif sebanyak RM200/bulan bagi setiap perantis yang
3. Apakah kriteria calon untuk menjadi perantis Program SLDN dan bagaimanakah cara untuk memohon menyertai program ini?
a. Pekerja sedia ada dan pencari kerja yang berminat untuk mengikuti program peningkatan kemahiran atau latihan semula yang memenuhi kriteria berikut:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun semasa pendaftaran sebagai perantis ke JPK (kiraan umur berdasarkan Kepada tahun lahir).
iii. Sekurang-kurangnya boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
iv. Perantis yang didaftarkan bukan individu dari kalangan personel SLDN atau Penyelaras PL atau SI yang terlibat secara langsung bagi program tersebut; dan
v. Perantis hendaklah mengikuti latihan secara sepenuh masa.
b. Bagi menyertai program SLDN, calon hendaklah menghubungi mana-mana Pusat Latihan yang menawarkan program SLDN berinsentif tahun 2023. Senarai Pusat Latihan terlibat akan dipaparkan di portal myspike.my
4. Penyedia Latihan - Syarat-syarat permohonan dan bagaimanakah cara untuk memohon?
a. Penyedia Latihan mestilah merupakan Pusat Latihan SLDN yang ditauliahkan programmnya. Pusat Latihan perlu bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang turut ditauliahkan sebagai Syarikat SLDN.
Kursus paling asas yang perlu setiap personel ikuti adalah induksi SLDN (Sehari)
b. Sekiranya syarikat belum menjadi Pusat atau Syarikat Latihan SLDN, permohonan bolehlah dikemukakan secara dalam talian myspike.my.
c. Bagi menyertai program SLDN berinsentif, permohonan hendaklah dikemukakan oleh Pusat Latihan atau Syarikat In-House secara dalam talian melalui myspike.my.
5. Apakah jenis program dan tempoh latihan yang boleh ditawarkan /dibenarkan di bawah Program SLDN berinsentif 2023 ?
Jenis program yang boleh ditawarkan di bawah Program SLDN berinsentif 2023 adalah program persiilan penuh atau program modular dan tertakhluk kepada perancangan PB. Tempoh latihan dilaksanakan hendaklah sekurang-kurangnya dua (2) bulan hingga dua puluh empat (24) bulan dan merujuk kepada jam latihan yang ditetapkan dalam Panduan Pelaksanaan Latihan SLDN yang sedang berkuat kuasa.
6. Bagaimanakah cara untuk membuat semakan status permohonan program SLDN berinsentif ini?
JPK akan memaklumkan keputusan permohonan secara dalam talian melalui myspike.my. Pemohon pertu menyemak pemakluman di portal dari semasa ke semasa.
7. Bagaimanakah cara untuk mendaftartan calon perantis berinsentif 2023?
Pendaftaran perantis hendaklah dilaksanakan oleh pusat latihan melalui myspike.my
8. Adakah sebarang yuran pendaftaran dikenakan kepada perantis?
Ya, JPK mengenakan yuran pendaftaran RM100 kepada setiap perantis.
9. Apakah sijil yang layak diterima oleh perantis setelah tamat latihan?
Perantis yang tamat latihan dan memenuhi syarat-syarat persijilan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 1-3, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) atau Penyata Pencapaian (PC).
Jenis penganugerahan persijilan tertakhluk kepada kategori program yang diikuti oleh perantis.
10. Adakah sebarang Panduan yang boleh dirujuk oleh PB SLDN untuk mohon program ini?
Ada. PB SLDN boleh merujuk kepada:
1. Panduan Permohonan dan Perlaksanaan SLDN Berinsentif 2023
2. Manual Pengguna Permohonan SLDN Berinsentif Melalui MySPIKE
Dokumen Lain Yang Berkaitan
Sumber: Laman Web Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) – Diolah dari maklumat 2022 & 2023
1. Apa itu SLDN?
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘Dual’ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu:
- Tempat kerja yang sebenar (syarikat) yang merangkumi 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) dan;
- Pusat latihan yang merangkumi 20% hingga 30% pembelajaran teori (pengetahuan).
2. Objektif Utama
Melahirkan pekerja berpengetahuan (K-Workers) iaitu pekerja yang memiliki tiga elemen kompetensi iaitu:
- Teknikal
- Sosial & Kemanusiaan
- Metadologi & Pembelajaran
3. Perlaksanaan
- Usahasama Pusat Latihan Kemahiran (PLK) dan Syarikat
- Syarikat Latihan Dalaman (In-house)
Tempoh Latihan | Tempoh latihan bagi sesuatu program yang dilaksanakan merujuk kepada pekeliling KPPK bil. 2/105 dan jumlah jam kredit yang ditetapkan di dalam sesuatu SKPK/ NOSS. |
Nisbah Latihan | 70% hingga 80% latihan amali (prestasi) di industri dan 20% hingga 30% latihan teori (pengetahuan) di pusat latihan. |
Kaedah Penyampaian | Lepasan Harian Contoh: 1 – 2 hari seminggu pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 hari seminggu latihan amali (prestasi) di syarikat. Lepasan Bulanan Contoh: 1 – 2 bulan pembelajaran teori (pengetahuan) dan kemahiran asas di pusat latihan serta 4 – 5 bulan latihan amali (prestasi) di syarikat. |
Rujukan Standard Latihan | Berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK/NOSS) atau Kurikulum SLDN. |
Persijilan | Perantis yang yang menamatkan latihan ini dengan jayanya akan dianugerahkan:
|
Syarikat yang menjalankan latihan SLDN akan mendapat faedah berikut:
a) Membuat tuntutan semula levi bagi syarikat yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). (Employer Circular no.1/2008)
b) Mendapat potongan cukai pendapatan syarikat (single tax deduction) di bawah peruntukan subseksyen 34(6)(n), Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
5. Syarat Kelayakan Personel
Kursus Induksi SLDN
Time / Masa / 时间 : 8.30-5.30 pm
Mode / Mod / 模式 : Elearning
Fees / Yuran / 费用 : RM300/pax
Pendaftaran/Registration:
Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?
Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN.
Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantis di Pusat Bertauliah SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
Layak:
Membuka Pusat Bertauliah SLDN
Mempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
Lantikan sebagai:
Pengurus Pusat Bertauliah SLDN;
Pengajar Pusat Latihan SLDN;
Coach Industri SLDN;
Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN
Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDTS Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.