Tahukah bahawa syarat lantikan guru vokasional@Pegawai Penilai adalah tidak sama dengan tenaga pengajar di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS)?
Secara ringkasnya:
Tenaga pengajar – Pemegang sijil kemahiran/diploma/ijazah dalam bidang NOSS berkenaan, walaupun tiada Sijil Vocational Training Operation – VTO.
Boleh mengajar tapi TAK BOLEH MENILAI (tandatangan portfolio calon program SKM/DKM/DLKM)
Pegawai Penilai – Mengikut Akta 652 (NASDA) Standard 6 : Pengajar Kemahiran mestilah memiliki sekurang-kurangnya SKM bidang Pengajar Vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Boleh mengajar DAN MENILAI/TANDATANGAN portfolio calon program SKM/DKM/DLKM.
Dalam konteks Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), minimum adalah SKM Tahap 3, kecuali bidang tertentu yang tiada Tahap 1-3, DKM/DLKM, Diploma & Ijazah akademik tapi bidang berkaitan boleh diterima.
DAN
SKM bidang Pengajar Vokasional yang dimaksudkan adalah Sijil VOCATIONAL TRAINING OPERATION (VTO), I-031-3:2014
Jadi, boleh dikatakan peluang pekerjaan Pegawai Penilai adalah lebih tinggi berbanding tenaga pengajar (sebab tak boleh nilai)
Namun, selain SKM3 ke atas & siijl VTO, anda perlu juga ada sijil
Induksi PP-PPD-PPB supaya layak dilantik sebagai Pegawai Penilai.
RUMUSAN: PP perlu ada:
1. SKM3 ke atas
2. Sijil VTO
3. Sijil Induksi PP-PPD-PPB
Syarat-syarat memasuki kursus VTO :-
✅ SKM 3
✅DKM (TAHAP 4) @
✅DLKM (TAHAP 5)
Kelulusan dari :
✔KOLEJ VOKASIONAL
✔ILP
✔IKBN
✔IKTBN
✔IKM
✔KKTM
✔GIATMARA
✔ADTEC
✔ KOLEJ-KOLEJ KEMAHIRAN SWASTA
✔ PEKERJA MAHIR YANG INGIN MENJADI PENGAJAR KEMAHIRAN
📌PENGAMBILAN Dis 2019
📌Tempoh: 9 bulan (Sepenuh Masa) atau 12 bulan (Separa Masa)
📌Kelas teori 3 bulan (Sepenuh Masa) atau 6 bulan (Separa Masa)
📌Praktikal Mengajar 6 bulan
*Sijil VTO dikeluarkan oleh JPK, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN MALAYSIA*
=============================================
👩🏻🏫 Baca lebih lanjut tentang kegunaan/faedah sijil VTO
👩🏻🏫 Rujuk jadual kursus induksi PP-PPD-PPB di sini
👩🏻🏫 Baca cara untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara PPT (pengalaman kerja) di sini
=============================================
apakah minimum requirement untuk menjadi TP?? SKM2 atau SKM3??
adakah TP wajib ada sijil PP-PPD-PPB?
adakah jawatan TP di ILKA di bawah kategori permohonan SPA??
Rafidah, syarat TP telah dinyatakan jelas dalam aritkel ini.
Ya, TP waib ada sijil induksi PP-PPD-PPB.
Min rasa jawatan TP di ILKA bukan bawah kategori permohonan SPA
Hello Admin,
Sekiranya mengambil kelas VTO separa masa. Bagaimana latihan pratikal selama 6 bulan dijalankan? Adakah secara sepenuh masa atau separuh masa?
Terima Kasih Admin
Hi Raziq, latihan praktikal selama 6 bulan biasanya sepenuh masa@ikut jadual masa Pusat Intern anda.
Jumlah jam mengajar adalah 300 jam.
kalau ada diploma kejuruteraan elektronik komputer dari politeknik, layak ke memohon sbagai Tenaga pengajar di mana2 institusi kemahiran? perlu ambil sijil VTO dahulu ye?
Hi Ain, kalau institusi kemahiran yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Pegawai Penilai WAJIB ada VTO.
Namun, sebelum ambil VTO, WAJIB ada SKM3 sebarang bidang.
Maaf puan, saya masih kurang faham, kalau saya ada ijazah pendidikan vokasional multimedia kreatif. Adakah saya layak untuk ambil Sijil VTO ? Saya sangat berminat. Mohon diberi penjelasan ☺️
Hi Linda, Ijazah Pendidikan Vokasiaonal anda tu dari Universiti mana?
Dan adakah anda mempunyai pengalaman kerja dalam bidang melebihi 3 tahun?
Assalamualaikum,admin saya nak tanya saya lepasan dari ijazah sarjana muda animasi boleh ker saya mohon untuk Sijil Vto
Maaf Fadhilah, anda perlukan SKM3 untuk mohon VTO
Kalau ada pengalaman kerja dalam bidang animasi, boleh mohon SKM3 melalui kaedah PPT
Hi admin,
Kalau ada ijazah sarjana muda kedoktoran, boleh mohon untuk sijil vto? Adakah ijazah ini setaraf SKM3?
Hi Eisha, dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, rata-ratanya memerlukan Sijil Kemahiran Malaysia, termasuk juga syarat untuk ambil VTO.
Dan untuk pengetahuan anda, tidak banyak lagi pusat bertauliah swasta yang masih menawarkan kursus VTO (SKM3) lagi. Jadi, digalakkan mohon TVET-i dengan CIAST atau di kampus satelit mereka.