Tag Archives: Daftar NOSS

Daftar NOSS TERBARU (3 Sept 2020) / Latest NOSS Registry (3rd Sept 2020)

NOSS yang telah didaftarkan boleh digunapakai bagi tujuan industri dan latihan. Daftar Standard boleh dimuat turun dengan klik gambar di atas

Sebelum kita lihat Daftar NOSS Sept 2020, mari kita lihat apa itu NOSS.

APA ITU NOSS?

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Daftar NOSS Sept 2020 terkini ni ada beberapa standard kemahiran baru yang menarik, antaranya:

Daftar NOSS - Operasi Makmal
C107-003-2:2020
Pengeluaran Coklat / Chocolate Production
Daftar NOSS - magnetic testing aerospace
E383-002-3:2020
Operasi Kitar Semula Plastik / Plastic Recycling Operation

Antara NOSS sedia yang telah bertukar kod (dan kandungan) dalam Daftar NOSS terbaru ini adalah:

Daftar NOSS - retail outlet operation
C259-006-2:2020 Operasi Pemesinan / Machining Operation GANTI MC-050-2:2012
C259-006-3:2020 Operasi Pemesinan CNC / CNC Machining Operation GANTI MC-050-3:2015 /
MC-050-3:2017
Daftar NOSS - three Phase Electrical Installation
N821-001-3:2020
Pentadbiran Pejabat / Office Administration GANTI FB-024-2:2012 & FB-024-3:2012

Bagi 60 NOSS yang telah diluluskan pada MPKK 03 September 2020 (rujuk Daftar NOSS Sept 2020) boleh di beli secara atas talian di dalam laman sesawang www.myspike.my*

Sebarluaskan Daftar Standard ini bagi menjadi rujukan kepada industri dan latihan dalam mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia seterusnya menjadikan NOSS sebagai rujukan utama pendidikan TVET Negara.

* Pautan NOSS yang dibeli secara online cuma sah setahun sahaja dan difahamkan bila dicetak, tak berapa elok.
Jadi, kalau nak yang tiada tamat tempoh atau nak cetak elok-elok, bolehlah beli di JPK Putrajaya, Cyberjaya atau pejabat Wilayah.

Sekiranya anda ada sebarang masalah untuk pembelian, boleh hubungi min untuk perkhidmatan ini.

Sekiranya anda ada pengalaman kerja dalam bidang NOSS yang ingin dipohon SKM, sila baca di sini

Penjualan NOSS atas talian – Kelebihan dan Kelemahannya

Akhirnya, penjualan NOSS atas talian oleh JPK telah dilaksanakan. Syabas JPK, usaha yang baik selaras dengan aliran masa.

Min memang suka menganjur kursus induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT & PPL. Selalu je ada maklumat terkini serta benda baru yang min belajar dari fasi dan juga calon yang hadiri kursus induksi PP-PPD-PPB, misalannya pada 18-19 Julai 2020 minggu lepas.

Sebelum ni, min dah tahu tentang penjualan NOSS atas talian ni.

Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dibeli secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 245 (sehingga 20/7) Program NOSS yang boleh dibeli secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk jualan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Setiap NOSS akan dijual RM20.00 untuk langganan selama setahun. Belian boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.

Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.

Yang min tak tahu, NOSS yang dibeli secara atas talian ni bukannya dalam bentuk word atau pdf. Anda cuma boleh lihat sahaja, cetak pun tak boleh.

* Sekarang dah boleh cetak tapi alignment akan lari, jadi memang tak cantiklah kalau nak dijadikan sebagai dokumen rasmi untuk diedarkan ataupun dibaca. Kalau sekadar rujukan pantas, ok je.

Jadi, kalau tak terlalu URGENT, min cadangkan anda pergi ke JPK Putrajaya atau pejabat Wilayah mereka masing-masing untuk belikannya, dalam bentuk CD.
Ataupun beli dari min, kalaulah min ada stok (boleh rujuk disini program yang sedia ada)
Lebih BERBALOI! Takda tarikh luput & senang dibaca.
Siapa tak nak jimat kan, lebih-lebih lagi ekonomi tak bagus sangat.

Sebelum anda buat pembelian NOSS atas talian ke pesan dari min melalui whatsapp/emel, sila kenalpasti kod NOSS yang anda nak beli dulu dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari imej di bawah.

penjualan NOSS atas talian

Rumusan – Kelebihan & Kelemahan beli NOSS atas talian

Kelebihan – Pantas, sesuai jika anda takda masa atau terlalu jauh untuk beli NOSS dari ibu pejabat/pejabat Wilayah JPK.

Kelemahan
1. Masih ada lagi NOSS yang belum dikemaskini dalam sistem
2. Ada tarikh luput – sah setahun sahaja
3. Format cetakan yang tidak memuaskan

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) – Ciri, kegunaan & kepentingannya

Apakah ciri, kegunaan dan kepentingan NOSS?

Definisi NOSS

ciri kegunaan kepentingan noss
Daftar NOSS terkini (Ogos 2019)

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

✔️ Berasaskan keperluan pekerjaan.
✔️ Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
✔️ Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Kepentingan Kepada Majikan

  1. Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
  2. Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
  3. Menilai prestasi pekerja
  4. Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
  5. Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Kepentingan Kepada Pekerja

  1. Memberi maklumat skop tugas yang jelas
  2. Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
  3. Membantu dalam peningkatan kerjaya
  4. Menjadi penanda aras prestasi kerja
  5. Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
  6. Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih

  1. Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
  2. Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
  3. Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
  4. Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
  5. Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

Namun, setelah tahu ciri, kegunaan dan kepentingan NOSS, anda masih perlu kenal pasti apa kod program yang ingin dimohon untuk:

1. SKM secara PPT
2. Belajar kursus kemahiran/TVET (Sijil Kemahiran Malaysia – SKM)
3. Pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah JPK /TVET atau SLDN

Sila muat turun DAFTAR NOSS (NOSS Registry) dan KENALPASTI
kod program anda.
Samada nak beli di Putrajaya/ Cyberjaya atau pejabat wilayah, ATAU dari admin (emel sahaja jika admin ada stok), jika anda tidak ingin bersusah payah pandu ke sana, bayar tol dan penat cari tempat letak kereta yang sangat terhad dan kena jalan jauh!
Admin cuma menyediakan khidmat nilai tambah ni, jadi sila BELI NOSS anda dari JPK tapi kalau nak cepat, takda pilihan lain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Restriction Movement Order)

NOTA: Mulai 1/6/19, NOSS adalah RM20/Tahap

BARU – NOSS yang berkaitan dengan IR 4.0

Halatuju Lepasan SPM – Akademik atau TVET? Mana Lebih Best?

halatuju lepasan SPM 2019
Halatuju Lepasan SPM – Laluan akademik & Sijil Kemahiran Malaysia / TVET

Apakah halatuju anda sebagai lepasan SPM?
Tahniah kepada anda jika lulus SPM dengan cemerlang. Dengan keputusan yang baik, pilihan anda memanglah banyak.
Laluan akademik seperti Matrikulasi, Program Asasi, STAM/STPM dan Diploma Akademik adalah antara pilihan anda.

Namun, laluan TVET/program kemahiran yang menganugerahkan SKM juga boleh dipertimbangkan. Ia memang lebih BEST berbanding dengan laluan akademik sekiranya anda jenis yang suka hands-on. Peluang kerja juga agak tinggi berbanding graduan laluan akademik. Bukan sahaja peluang kerja tinggi tetapi untuk bidang kemahiran tertentu seperti underwater welding, gajinya agak lumayan juga. Jadi, BEST tak?

Ya, jangan ingat program kemahiran cuma untuk mereka yang gagal/tidak cukup kredit untuk SPM.

Sejak keputusan SPM keluar pada 10 Jun 2021, ramai pelajar dan ibu bapa lepasan SPM 2020 telah mesej, whatsapp atau hubungi min berkenaan kursus yang boleh diambil, terutamanya mereka yang tidak cukup kredit/gagal SPM Sejarah/BM.

Untuk pengetahuan anda, kursus kemahiran rata-ratanya cuma perlukan kemahiran 3M, boleh Membaca, Mengira & Menulis. Ini kerana fokus adalah pada kemahiran tangan/hands-on (70%) berbanding dengan teori (30%).

Dan untuk membantu anda/anak anda memilih kursus kemahiran/TVET, pertama sekali tanya anda/anak anda sendiri apakah minat atau hobinya.
Adalah lebih penting pemilihan kursus berdasarkan minat anda/anak anda, bukannya berdasarkan kursus apa yang paling panas/popular.

Berikut adalah beberapa contoh lazim pemilihan program (pencarian kursus di Pusat Bertauliah JPK adalah mengikut nama/kod program) berdasarkan minat:

halatuju lepasan SPM 2019
Automotif – G452-002-2:2018 atau kod lama TP-300-2/2:2013 Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan
halatuju lepasan SPM 2019
Kimpalan – MC-024-2:2012 Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam
kursus penyediaan makanan
Masakan/kulinari – HT-012-2:2012 Penyediaan & Pembuatan Makanan
kursus pembuatan roti
Bakeri – HT-013-2:2011 Pembuatan Roti 
Kecantikan – MP-060-2:2013 Perkhidmatan Estetik
kursus pendidikan awal kanak-kanak
ECE – T982-001-3:2017 atau kod lama
CC-011-3:2012 PENDIDIKAN & PENJAGAAN AWAL KANAK-KANAK

Anda juga boleh muat turun Daftar NOSS dari sini untuk mengetahui semua standard pekerjaan yang telah dibangunkan setakat ini (namun, tidak semua program ada penyedia latihannya).

Sekiranya anda tidak tahu di mana nak belajar kursus kemahiran tertentu, boleh isi borang tunjuk minat di sini (Swasta dan BERBAYAR shj).

Jika anda tiada bajet dan cuma mampu belajar di institut kemahiran awam, sila rujuk sini.

Akhir sekali, sekiranya anda dah ada SKM3 dan ke atas (DKM, DLKM) atau pengalaman industri >3 tahun, anda juga berpeluang untuk melanjutkan ke ijazah eksekutif (program URise) dari Universiti Tun Abdul Razak ataupun diploma, ijazah sarjana muda (Bachelors) & ijazah sarjana (Masters) melalui laluan APEL jika dah berumur 20,21 & 30 tahun masing-masing.

Jadi, SPM sudah bukan segala-galanya. Tanpa SPM juga boleh lanjutkan sehingga ke Universiti ya.

Daftar Bengkel SKM-PPT
Mohon kursus kemahiran / TVET yang ditaja.
Sekiranya kursus tajaan tiada kursus piihan anda, boleh juga nyatakan kursus pilihan anda dalam borang online (SWASTA & BERBAYAR)

 

Daftar NOSS TERBARU (7 Ogos 2019) / Latest NOSS Registry (7th August 2019)

Daftar NOSS Ogos 2019


Daftar NOSS 2019 adalah yang terkini setakat ini. Sebelum itu, marilah kita lihat apa itu NOSS (bagi pembaca baru laman ini)

APA ITU NOSS?

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Daftar NOSS 2019 terbaru ni ada beberapa standard kemahiran baru yang menarik, antaranya:

Daftar NOSS - Operasi Makmal
M712-005-3:2019
Operasi Makmal/Laboratory Operations
Daftar NOSS - magnetic testing aerospace
M712-006-1/2/3:2019
Pengujian Magnetik – Aeroangkasa (Bahan, Komponen dan Struktur) /
Magnetic Testing (MT) – Aerospace (Materials, Components and Structures)
Daftar NOSS - retail outlet operation
G471-001-3/4/5:2019
Pengurusan Operasi Outlet Peruncitan/Retail Outlet Operation Management
Image result for pavilion shopping mall
M701-001-2/3/4/5:2019
Khidmat Sokongan Pemasaran Pusat Beli-Belah/Mall Marketing Support Services(SKM2) Pengurusan Pusat Beli-Belah/Shopping Mall Management (DLKM)

Antara NOSS sedia yang telah bertukar kod (dan kandungan) dalam Daftar NOSS 2019 terbaru ini adalah:

Daftar NOSS - three Phase Electrical Installation
F432-005-2/3/4/5:2019 GANTI EE-320-2/3/4/5:2012
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa/Single Phase Electrical Installation and Maintenance (SKM2)
Sistem Pengagihan dan Penjanaan Tenaga Elektrik Voltan Rendah/Low Voltage Electrical Power Distribution System and Generation (DLKM)
Datar NOSS - hybrid car service
G452-007-3:201 GANTI TP-332-2/3:2014
Servis Kereta Elektrik dan Hibrid/Electric and Hybrid Car Servicing
Image result for interactive multimedia design
J582-001-3:2019 GANTI IT-040-2, IT-050-2, IT-060-3, IT-070-2, IT-070-3
Rekabentuk Multimedia Interaktif/Interactive Multimedia Design
Image result for kejurulatihan senjata api
O842-005-2/3:2019 GANTI DS-020-1/2
Kejurulatihan Senjata Api/Firearm Instructing

Anda boleh beli NOSS dari JPK Putrajaya (biasanya NOSS baru tiada lagi di Putrajaya tetapi cuma di JPK Cyberjaya) serta pejabat-pejabat Wilayah JPK dengan harga RM20/program/setahap.

Sekiranya anda tiada masa untuk pergi beli di sana, sila hubungi min untuk perkhidmatan ini.

Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) melalui PPT – PERCUMA

Image may contain: one or more people, meme and text

Siapa tak nak percuma kan? Cepat, ia adalah terhad. Sila wasap/hubungi no yg diberi, jangan suruh pm. Min cuma kongsi info sahaja.

Syarat umum: Pastikan anda ada pengalaman bekerja (min 2-3 tahun) dalam bidang yang anda ingin mohon, dengan adanya bukti ketrampilan.
Mungkin boleh baca dulu apa itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan cara permohonan secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Sekiranya anda minat mohon SKM secara PPT tetapi masih tidak tahu/perlukan khidmat runding (BERBAYAR) walaupun telah baca panduan yang diberikan, sila wasap ke no 012-3123430 dengan butiran seperti berikut:

1. Nama anda
2. Bidang kemahiran anda (sila rujuk kod bidang NOSS anda dari Daftar NOSS)
3. Pengalaman kerja dalam bidang kemahiran yang ingin dipohon.
4. Sijil akademik/kemahiran yang berkaitan dengan bidang kemahiran yang ingin dipohon.