Tag Archives: dana

PTPK – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Pengenalan PTPK

PTPK – Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran adalah badan berkanun di bawah Kementerian Sumber Manusia yang mana fungsi utamanya adalah untuk memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada individu yang mengikuti latihan kemahiran di Penyedia Latihan Awam (PLA) dan Swasta (PLS) yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan berdaftar dengan PTPK.

Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK
Pusat Latihan anda ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)?

Latihan ini dibuka kepada pelatih yang mengikuti program latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM).

PTPK - Dana Pinjaman TVET Lepasan Sekolah
Kredit imej: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Syarat Pinjaman PTPK - Lepasan Sekolah

Syarat-syarat Pemohon

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur 15 hingga 45 tahun pada tarikh kelulusan pinjaman;

iii) Bukan seorang yang diisytiharkan muflis dan tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan;

iv) Sihat tubuh badan;

v) Pemohon dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mampu menjalankan latihan kemahiran mengikut kemahiran yang bersesuaian dan mampu bekerja selepas tamat latihan (mampu membayar balik pinjaman);

vi) Tidak mendapat mana-mana pembiayaan atau tajaan daripada agensi Kerajaan atau institusi kewangan yang lain dalam tempoh latihan yang diikuti; dan

vii) Bukan terdiri daripada pelajar sekolah atau penuntut yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana institusi pengajian

Syarat-syarat Permohonan

i) Mengemukakan sekurang-kurangnya seorang penjamin;

ii) Jumlah pinjaman yang melebihi daripada RM 24,000.00 hendaklah mengemukakan dua (2) orang penjamin yang terdiri daripada seorang ibu / bapa / penjaga dan seorang yang bukan ibu / bapa / penjaga. Manakala jumlah pinjaman yang kurang daripada RM 24,000.00 adalah memadai dengan satu (1) orang penjamin yang terdiri daripada ibu / bapa / penjaga;

iii) Pendapatan keluarga tidak melebihi RM5,000.00 sebulan;

iv) Tidak mempunyai sebarang tunggakan dalam pinjaman PTPK terdahulu kecuali mendapat kelulusan penangguhan bayaran balik;

v) Mengemukakan permohonan melalui Penyedia Latihan (PL) yang berdaftar dengan PTPK;

vi) Program yang diikuti hendaklah ditauliahkan oleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan dibiayai oleh PTPK;

vii) Mengikuti latihan sepenuh masa; dan

viii) Peminjam perlu mengemukakan salinan akaun bank

Syarat-syarat penjamin

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh permohonan;

iii) Berpendapatan tidak kurang daripada RM700 kecuali ibu/bapa/penjaga yang sah;

iv) Bukan seorang yang muflis;

v) Penjamin hendaklah sihat tubuh badan dan mengikut kategori Orang
Kelainan Upaya (OKU) yang bersesuaian;

vi) Peminjam tidak boleh menjadi penjamin dalam tempoh latihan; dan

vii) Sekiranya penjamin bekerja sendiri atau tidak mempunyai slip gaji/penyata gaji. Sila rujuk tatacara permohonan pinjaman seperti
dilampiran .

Caj Pentadbiran

Bayaran balik yang dikenakan ke atas peminjam sebanyak 3% mengikut baki berkurangan dimana telah termaktub di dalam dokumen perjanjian yang telah ditandatangani oleh peminjam dan penjamin-penjamin, semak semula perjanjian pinjaman PTPK.

Caj pentadbiran akan didebitkan setiap awal bulan. Jumlah bayaran bulanan pinjaman peminjam sudah termasuk dengan caj tadbir. Setiap awal bulan jumlah caj tadbir akan di masukkan terlebih dahulu dalam lejer. Kemudian baru bayaran pokok di dalam penyata peminjam sekiranya peminjam ada membuat bayaran.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila rujuk GARIS PANDUAN PENGURUSAN PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN LATIHAN KEMAHIRAN

PTPK - Dana Pinjaman TVET Pekerja
Kredit imej: Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Skim Pembiayaan Pinjaman PTPK - Pekerja

Bayaran Pinjaman

a) Yuran akan dibayar kepada peminjam / penyedia latihan selepas perjanjian lengkap dan selepas pengesahan borang CIMB Direct Debit / akaun bank diterima daripada Cawangan Akaun, PTPK.

b) Jika tempoh latihan melebihi setahun PTPK akan membuat pecahan bayaran mengikut tempoh latihan.

c) Yuran akan dibayar selepas ditolak apa – apa potongan kena bayar kepada peminjam / penyedia latihan

Premium Insurans

a) Jumlah insurans yang dikenakan kepada peminjam termasuk dalam
kadar yuran. Kriteria bayaran premium insurans adalah seperti berikut:
 Jumlah pinjaman
 Umur peminjam

Elaun Sara Hidup (ESH)

a) ESH akan dibayar kepada peminjam selepas perjanjian dan selepas
pengesahan borang CIMB Direct Debit / akaun bank diterima daripada Cawangan Akaun, PTPK.

b) Susulan Elaun bulanan akan dibayar setiap 7hb; manakala program harian dibayar sebelum/selepas tamat latihan

c) Elaun akan dibayar selepas ditolak apa – apa potongan kena bayar kepada peminjam / penyedia latihan

Pautan Cepat Untuk Peminjam

Pautan Cepat Untuk Penyedia Latihan