Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i
Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i bagi tujuan Persijilan Kemahiran Malaysia secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
a) Program SKM – Pembangunan portfolio sahaja
b) Program DKM/DLKM – Pembangunan portfolio & Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT)
c) TVET-i – Pembangunan portfolio & kursus intensif TVET-i (5 hari)
Adakah anda layak mohon SKM/DKM/TVET-i secara PPT?
Jika anda minat untuk mendapat pengiktirafan kemahiran anda berdasarkan pengalaman kerja dan pencapaian terdahulu, persijilan secara Pencapaian Pengiktirafan Terdahulu (PPT) adalah kaedah yang paling sesuai. PersijilanKemahiran Malaysia merupakan sistem persijilan bagi bidang kemahiran yang diterajui oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).
Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/VTO Jimat wang dan masa - sehingga 95%!
Mari kita buat perbandingan kos antara belajar secara sepenuh masa/separa masa di pusat latihan kemahiran awam/swasta yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dengan pentauliahan PPT.
Yuran pembelajaran program SKM setahap di pusat latihan kemahiran awam/swasta (purata) – RM 6,000
Yuran pendaftaran program SKM setahap secara PPT – RM300
Penjimatan: 95% RM anda!
Masa pembelajaran program DKM (purata) – 15 bulan termasuk OJT
Masa pembangunan portfolio & LPKT (purata) – 3 bulan* (tak termasuk masa tunggu penilaian dan pengesahan PP-PPT & PPL-PPT)
Penjimatan: 80% masa anda!
Bidang kemahiran apakah yang boleh anda mohon SKM/DKM secara PPT?
Anda boleh mohon apa sahaja bidang (tidak terhad kepada satu sahaja), asalkan anda ada cukup pengalaman kerja serta bukti-bukti ketrampilan yang dapat memenuhi NOSS bidang kemahiran tersebut.
Contohnya, anda mungkin ada pengalaman dan bukti dalam bidang yang berkaitan rapat seperti kecantikan, spa, aromaterapi, make-up & terapi urut. Jadi kalau layak, mohonlah untuk semua bidang.
Berapa tahun pengalaman kerja yang perlu saya ada untuk layak mohon SKM/DKM/TVET-i secara PPT?
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon SKM/DKM/DLKM-PPT?
1. Pertama sekali, kenalpasti bidang kemahiran/kod NOSS kemahiran yang sesuai dengan pengalaman kerja anda dari Daftar NOSS yang boleh dimuat turun dari laman ini.
2. Lepas tu, beli NOSS melalui:
a) www.myspike.my (cuma sah setahun sahaja)
b) JPK Putrajaya/Cyberjaya/pejabat Wilayah – Cara terbaik jika anda berdekatan ataupun perlu pergi ke sana.
c) Hubungi kami – Jika anda masih tak dapat nak beli dari myspike & perlukannya cepat ataupun tinggal jauh dari pejabat-pejabat JPK.
3. Kaji NOSS & buat Penilaian Kendiri – pastikan anda betul-betul terampil (dah tahu lakukan aktiviti tersebut dan ada BUKTI kukuh).
4. Jika semua Work Activities pun terampil/ada bukti, bolehlah mohon kat www.myspike.my
5. Dokumen yang perlu dimuatnaik:
• Surat pengesahan majikan beserta tempoh pengalaman bekerja dalam bidang kemahiran berkenaan (Jika mempunyai majikan)/ Surat Akuan Sumpah (Tiada Majikan/ bekerja sendiri) ATAU
• Salinan pendaftaran syarikat (Jika pemilik syarikat)
• Salinan SKM tertinggi yang dimiliki (jika rekod dalam profil pengguna tidak dipaparkan)
• Borang cadangan tajuk ringkasan LPKT bagi permohonan DKM/DLKM
Mengapa Sertai Bengkel Pembangunan Portfolio SKM/DKM/TVET-i?
Anda telah baca panduan persijilan kemahiran Malaysia secara PPT dan manual permohonan secara online dan langkah-langkah permohonan tetapi masih keliru atau tidak yakin dan memerlukan bimbingan dari A-Z.
Mungkin keliru dari segi permohonan secara online, tak pasti cara pengumpulan serta jenis bukti ketrampilan yang kukuh untuk pembangunan portfolio yang dapat diterampilkan oleh Pegawai-Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) tanpa banyak masa terbuang, tak tahu cara penulisan Laporan Projek Ketrampilan Terdahulu (LPKT) untuk DKM/DLKM atau pembangunan WIM untuk TVET-i.