Tag Archives: Fashion Retail Merchandising

Daftar NOSS TERBARU (May 2023) / Latest NOSS Registry (May 2023)

Daftar NOSS Jun 2021
NOSS yang telah didaftarkan boleh digunapakai bagi tujuan industri dan latihan. Daftar NOSS boleh dimuat turun dengan klik gambar di atas

Daftar NOSS 2023

Sebelum kita lihat apa NOSS baru yang menarik dalam Daftar NOSS 2023 (kemaskini Mei 2023) yang terkini, baik fahamkan dulu apa itu NOSS.

Anda juga boleh lihat NOSS apa yang menarik telah diluluskan di Daftar NOSS 2022

Definisi NOSS

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Kelebihan dan Kegunaan Standard Kemahiran

Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan (majikan, pekerja dan pusat latihan kemahiran).
Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Dari 44 NOSS baru yang dibangunkan/ditambahbaik, min rasa NOSS baru berikut agak menarik:

Operasi Teknikal Pembuatan Pakaian Kanak-kanak / Children's Wear Making/Technical Operation C147-007-2:2023/C147-007-3:2023

Daftar NOSS 2023

Selama ni, NOSS yang sedia ada cuma Pembuatan Pakaian Wanita dan Jahitan Lelaki. Sekarang ada peluang untuk anda persijilkan diri anda ataupun pelajar anda sekiranya anda mengajar orang membuat pakaian kanak-kanak.

Pembacaan Meter Air dan Pengebilan / Water Meter Reading and Reading E360-005-2/3:2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menetapkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Penyata Pencapaian (PC) dijadikan sebagai Perakuan Kelayakan bagi Industri perkhidmatan Air di Seluruh Negara melalui Pemberitahuan dan Perintah-perintah Industri Perkhidmatan Air Tahun 2015 di bawah seksyen 50, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Saya difahamkan gaji asas adalah RM1,500 dan insentif pembacaan setiap akaun adalah RM0.3. Dianggarkan sebulan boleh capai 700 akaun (info 2017).

Perdagangan Peruncitan Fesyen / Fashion Retail Merchandising G477-001-3:2023

Daftar NOSS 2023
Daftar NOSS 2023

Gaji purata fashion merchandiser adalah RM 36,038 setahun di Malaysia. (laporan dari 45 penggajian, dikemaskini 15 Mei 2023).

Diagnostik dan Pembaikan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) / Battery Electric Vehicle (BEV) Diagnostic and Rectification G452-010-3:2023

Daftar NOSS 2023

Bidang ini masih agak baru namun jika kita ambil gaji juruteknik elektrik dan automotif sebagai panduan, boleh dianggarkan julat purata gaji antara RM2,000-2,5000.

Pengurusan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar / Safety, Health and Environment Management NCS-017:2023

Daftar NOSS 2023

Di Malaysia, beberapa industri dan syarikat yang mungkin memerlukan individu dengan sijil pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar. Berikut adalah beberapa industri di mana mungkin ada keperluannya:

1. Minyak dan Gas: Malaysia mempunyai industri minyak dan gas yang signifikan, dengan syarikat-syarikat seperti Petronas, Shell Malaysia, ExxonMobil Malaysia, dan Murphy Oil beroperasi di negara ini. Syarikat-syarikat ini kerap memerlukan individu dengan sijil  pengurusan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan dan amalan terbaik.

2. Pembinaan: Industri pembinaan di Malaysia berkembang pesat, dengan banyak projek infrastruktur sedang berlangsung. Syarikat-syarikat pembinaan seperti Gamuda, IJM Corporation, Sunway Construction, dan WCT Holdings mungkin mencari individu dengan kecekapan pengurusan keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar untuk menjaga persekitaran kerja yang selamat dan mematuhi peraturan.

3. Pembuatan: Malaysia mempunyai sektor pembuatan yang pelbagai, termasuk elektronik, automotif, dan pemprosesan makanan. Syarikat-syarikat seperti Intel, Samsung, Proton, Perodua, dan Nestle Malaysia mungkin memerlukan individu dengan sijil pengurusan keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar untuk memastikan keselamatan tempat kerja dan pematuhan terhadap peraturan alam sekitar.

4. Petrokimia: Industri petrokimia di Malaysia adalah penting, dengan syarikat-syarikat seperti Petronas Chemicals Group, BASF Malaysia dan Dow Chemical Malaysia beroperasi di negara ini. Syarikat-syarikat ini kerap memberi keutamaan kepada pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan mungkin memerlukan individu dengan sijil-sijil yang berkaitan.

5. Utiliti: Syarikat-syarikat utiliti di Malaysia, termasuk syarikat-syarikat pengeluaran, penghantaran, dan pengedaran elektrik, mungkin memerlukan individu dengan sijil pengurusan keselamatan, kesihatan, dan alam sekitar. Syarikat-syarikat seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) adalah contoh syarikat-syarikat utiliti di Malaysia.

Pembelian NOSS

44 NOSS telah diluluskan pada MPKK Bil.1/2023 8 Mei 2023

(rujuk Daftar NOSS Mei 2023) boleh di beli secara atas talian di dalam laman sesawang www.myspike.

Sekiranya anda ada sebarang masalah untuk pembelian, boleh hubungi min untuk perkhidmatan ini.

Sebarluaskan@share Daftar Standard ini bagi menjadi rujukan kepada industri dan latihan dalam mengarusperdana latihan kemahiran di Malaysia seterusnya menjadikan NOSS sebagai rujukan utama pendidikan TVET Negara. 

Anda boleh mohon SKM melalui pengalaman kerja anda tanpa berkursus sepenuh masa jika ada pengalaman kerja dalam bidang NOSS anda.

Jika anda sudah baca panduan dan rasa masih perlukan bimbingan, bolehlah klik gambar di atas untuk mohon ikuti bengkel