Tag Archives: gagal SPM

Lulusan DKM & DVM Boleh Masuk IPTS Untuk Program Sarjana Muda? (Tahap 6 MQF)

Betul ke lulusan DKM/DVM boleh masuk IPTS?

Berita baik, akhirnya, lulusan DKM/DVM boleh masuk IPTS juga, mulai April 2020.

Sebelum ni, lulusan DKM/DVM cuma boleh masuk Universiti Awam (UA)

DKM/DVM boleh masuk IPTS
DKM/DVM boleh masuk IPTS
DKM/DVM boleh masuk IPTS

Memandangkan prospek pekerjaan tidak begitu memberangsangkan dalam masa 6-12 bulan yang akan datang (mungkin lebih lama, bergantung kepada bila kita boleh mencipta vaksin Covid-19 serta faktor lain seperti harga minyak sedunia dan kestabilan politik negara), ada baiknya anda, graduan DKM/DLKM/DVM untuk mempertimbangkan untuk menyambung pelajaran ke Tahap 6 (Sarjana Muda) supaya:

1. Peluang kerjaya lebih tinggi (sektor awam memerlukan ijazah untuk kenaikan pangkat ke kumpulan pengurusan dan profesional)

2. Meningkatkan lagi ilmu teknikal anda (sekiranya berhasrat untuk jadi pakar teknikal dalam sesuatu bidang ataupun menjadi pensyarah/penyelidik dalam bidang teknikal anda)

Siemens, MTUN bekerjasama lahir graduan pakar teknikal
Kredit imej: UMP News

3. Menambahkan ilmu pengurusan anda (sekiranya anda berhasrat untuk naik ke pangkat pengurusan ataupun memulakan perniagaan/perusahaan sendiri, contohnya jadi teknopreneur)

VIEW GALLERY: Pertandingan Akhir Teknopreneur TVET ILJTM 2019 ...
Kredit imej: http://www.ukm.my/pkas

Sekiranya anda cuma ada SKM/DVM sahaja ataupun cuma pengalaman industri >3 tahun tetapi tiada sebarang sijil serta bekerja di sektor swasta, anda juga boleh pertimbangkan program URise yang rata-ratanya memberi anda manfaat yang sama seperti No 3 di atas.

Kelebihannya:
– Pembelajran gabungan atas talian dan kelas bersemuka (blended learning),
– Masa lebih singkat (6 hingga 9 bulan),
– Tiada Mata Pelajaran Umum (MPU)
– Tiada pra-syarat akademik (cuma perlu Sijil Kemahiran Malaysia 3 ke atas atau pengalaman industri > 3 tahun)
– Pendekatan pembelajaran bersifat aplikasi
– Halatuju kerjaya – industri
– Cara pembelajaran – fleksibel
– Persijilan pelbagai – berdasarkan tahap
– Yuran penggajian – Ekonomi
– Pengeluaran KWSP (epf withdrawal)
– Tuntut dari PSMB (HRDF claimable) sekiranya syarikat berdaftar dengan PSMB

Executive Bachelor in Industrial Management (EBIM)
Executive Bachelor in Industrial Management (EBIM)

Jadi, sekiranya anda nak sambung belajar untuk ijazah Bachelor Teknologi, sila rujuk terus dengan MTUN (Jangan tanya admin ya)

Tetapi jika anda ingin sambung belajar untuk menjadi pengurus atau usahawan teknikal, bolehlan isi borang tunjuk minat ni.

Tunggu apa lagi. Jangan Terlepas Peluang!

Pernah GAGAL SPM, tapi pendapatan sekarang lebih RM20,000 sebulan

KUALA BERANG – Mereka pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun atas usaha dan kegigihan bangkit daripada kegagalan, mereka kini bergaji lebih RM20,000 sebulan.

Malah, lebih membanggakan, ada antara mereka kini mampu membuka perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang pekerjaan, selain mampu membeli aset secara tunai dan menghantar ahli keluarga mengerjakan haji dan umrah berkali-kali.

Itu sebahagian kisah dikongsikan tiga Ikon TVET (Latihan Teknikal dan Vokasional) Pembinaan kelahiran Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, di sini yang kini boleh tersenyum dengan kejayaan mereka dalam kerjaya.

Muhammad Faizal Ismail, 35; Mohamad Badiuzaman Ya Abu Bakar, 34; dan Muhammad Qamarul Auji Amran, 32, yang juga bekas pelatih ABM diangkat sebagai Ikon TVET atas kejayaan mereka dalam bidang kemahiran masing-masing pada majlis pelancaran Jelajah TVET Pembinaan Edisi Terengganu oleh Menteri Kerja Raya, Baru Bian, di sini, semalam.

Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu berkata, kemahirannya dalam bidang perpaipan (jururegah) hasil kursus diikuti di ABM bukan sahaja memberinya peluang memperoleh gaji lumayan, tetapi juga belayar ke seluruh pelosok dunia, selain kini mampu membuka perniagaan sendiri.

“Saya pernah bekerja di Arab Saudi dengan gaji bulanan terakhir RM12,000 sebelum berhenti kerja untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang sama.

“Alhamdulillah dengan apa yang saya miliki, saya mampu membuka peluang pekerjaan dalam bidang perpaipan untuk pelatih TVET lain dan kini syarikat saya sudah mempunyai tiga cawangan iaitu di Kuala Lumpur, Sabah dan Terengganu dengan jumlah kakitangan dan pekerja seramai 80 orang,” katanya ketika ditemui.

Beliau yang sudah berkahwin berkata, dia pernah putus asa dan tidak nampak jalan untuk meneruskan hidup sebelum bertemu peluang menjalani kursus perpaipan di ABM pada 2006.

“Saya bersyukur kerana dapat menggembirakan ibu bapa yang sebelum ini kecewa dengan saya kerana gagal dalam SPM dan tidak dapat melanjutkan pengajian ke universiti seperti ramai rakan lain,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Faizal, dari Kuala Terengganu, berkata, kematian bapa pada 2004 memberi tamparan buatnya selepas sekian lama leka dengan kehidupan yang hanya bergantung pada keluarga, selepas gagal menghabiskan persekolahan kerana tidak minat belajar.

“Sebelum kematian bapa, saya hanya meminta wang daripadanya untuk menampung hidup, saya langsung tidak fikir mahu bekerja, sehinggalah bapa meninggal, saya hilang arah.

“Ketika itu terbit rasa kesal dan rasa mahu mengubah hidup serta mahu berbakti pada keluarga terutama ibu, Aishah Mamat, 67, lalu saya mula bekerja membaiki kereta di bengkel milik seorang rakan.

“Kemudian ada rakan mencadangkan saya untuk mengikuti kursus kimpalan di ABM selama dua bulan dan sebaik tamat kursus, bermulalah kehidupan baru buat saya apabila berjaya mendapat pekerjaan bagus di syarikat swasta dengan gaji lumayan,” katanya yang kini bekerja sebagai jurukimpal syarikat minyak dan gas (O&G) di Arab Saudi dengan gaji RM18,000 sebulan.

Dia sebelum ini pernah memperoleh gaji RM27,000 sebulan ketika bekerja dengan syarikat O&G di Miri, Sarawak pada 2016 dan bersyukur kerana dapat membeli kenderaan secara tunai, membaik pulih kediaman keluarganya, membantu kewangan keluarga, selain menghantar ahli keluarga termasuk ibu menunaikan haji dan umrah beberapa kali.

Manakala Mohamad Badiuzaman dari Kemaman berkata, beliau banyak bermain ketika zaman sekolah menyebabkannya gagal dalam SPM dan rasa kesal menyebabkannya sedar untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

“Kegagalan lalu membuatkan saya mahu bangkit dan tidak terus leka. Alhamdulillah sekarang saya memperoleh gaji RM18,000 sebulan dan dapat membantu keluarga, selain berpeluang ke banyak negara untuk bekerja termasuk China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai,” katanya yang sudah berkahwin.

Sumber: http://cempedakcheese.com

English version here: https://www.thesundaily.my/local/tvet-paves-way-for-successful-careers-HY1504823