Tag Archives: Gaji Permulaan

Panduan Gaji Permulaan 2020 – 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran

Panduan Gaji Permulaan 2020

Penerbitan buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran, Edisi Kedua (Tahun 2020) merupakan langkah berterusan Kementerian bagi menyokong strategi memperkukuh penjenamaan dan profil TVET seiring dengan Revolusi Industri 4.0.

Pengenalan semula kadar gaji pokok permulaan yang setimpal dengan kemahiran yang dimiliki oleh lulusan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia kini dimurnikan kandungannya. Panduan ini sebagai satu pengiktirafan kepada graduan TVET yang memaparkan kemahiran bertaraf
antarabangsa dan gaji pokok permulaan berdasarkan kadar gaji minimum RM1,200.00 sebulan di wilayah bandar-bandar utama mulai 1 Februari 2020.

DATO’ AMIR BIN OMAR
Ketua Setiausaha,
Kementerian Sumber Manusia

200 PEKERJAAN TERPILIH INI ADALAH BERASASKAN KEMAHIRAN

  • Berdasarkan pekerjaan yang popular dalam pasaran buruh semasa
  • Disertakan deskripsi tugas am
  • Disertakan pekerjaan dengan kelayakan yang dipersijilkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Perbezaan Panduan Gaji Permulaan 2016 Vs 2020

Panduan Gaji Permulaan 2020

Sekiranya anda buat perbandingan, adalah sedikit pertambahan dari segi gaji permulaan 2016 & 2020.
Pertambahannya meningkat dari 8.4% (DLKM T5) sehingga 17.7% (SKM T1)

Ingat, faktor lain@kompetensi lain seperti kejujuran, disiplin, kelayakan akademik (jika ada) serta soft skills seperti kemahiran komunikasi, penguasaan bahasa lain (terutamanya English) juga amat penting dalam menentukan permulaan gaji anda serta kenaikan pangkat & gaji seterusnya.

Pensijilan Kemahiran Malaysia adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard, NOSS). Setiap pelajar akan dinilai dan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat NOSS sebelum dianugerahkan dengan Pensijilan
Kemahiran Malaysia.

Melalui Pensijilan Kemahiran Malaysia, lulusan sijil dan diploma kemahiran dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka daripada separuh mahir kepada mahir seterusnya ke peringkat Penyeliaan dan Pengurusan dan Reka Bentuk.

Kumpulan Sasar

  • Pencari Kerja
  • Agensi Kerajaan
  • Majikan
  • Kesatuan Sekerja
  • Pelajar
  • Penyedia Latihan
  • Graduan
  • Kaunselor Kerjaya
  • Pengajar
  • Ibu Bapa

Sekiranya anda tidak dapat masuk ke Institusi Latihan Kemahiran Awam yang tersenarai dalam panduan ini, anda boleh cuba mohon di Institusi Latihan Kemahiran Swasta.

Sekiranya anda dah ada pengalaman kerja tetapi tiada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), bolehlah mohon SKM secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Kiranya dah baca Panduan permohonan yang diberikan pun masih tidak faham atau yakin untuk mohon sendiri, boleh pertimbangkan untuk ikuti bengkel SKM-PPT (3-5 hari)

Jangan Terlepas Peluang