Tag Archives: Institut Latihan Perindustrian

Unit Pengambilan TVET

Unit Pengambilan TVET: Portal Rasmi Permohonan Ke Institusi TVET Malaysia

PUTRAJAYA, 30 Oktober – Permohonan kemasukan ke 1,334 institusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara akan mengalami perubahan besar dengan pelancaran portal Unit Pengambilan TVET (UP_TVET). Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan bahawa langkah ini bertujuan untuk menyelaraskan permohonan, menghindari pertindihan, dan meningkatkan keberkesanan proses penerimaan peserta.

Unit Pengambilan TVET
Sumber imej: www.myspike.my

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, “Permohonan menggunakan portal Unit Pengambilan TVET ini akan memungkinkan peserta memilih institusi TVET dan kursus yang mereka minati dengan lebih teratur. Ini akan mengurangkan masalah pertindihan permohonan dan memastikan bahawa peserta mendapatkan kursus yang sesuai dengan minat dan keperluan mereka.”

Institusi TVET ini cuma merangkumi institut awam seperti INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN, PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC), INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA, INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA, GIATMARA dan GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE (GMI).

Anda boleh cari mengikut bidang yang anda minati.

Selain dari penyelarasan permohonan, Jawatankuasa Kabinet Majlis TVET Negara juga telah menetapkan beberapa arahan penting untuk institusi TVET. Salah satunya adalah untuk menawarkan kursus berasaskan teknologi tinggi dan tenaga yang boleh diperbaharui. Ini bertujuan untuk memastikan peserta TVET dilatih dengan kemahiran yang relevan dengan pasaran tenaga kerja yang semakin berkembang, termasuk keperluan pelabur-pelabur asing.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menekankan, “Dengan menawarkan kursus yang sesuai dengan permintaan pasaran, kita akan membantu pelabur-pelabur asing mendapatkan pekerja-pekerja yang mahir dan berkelayakan, yang akan memberi manfaat kepada syarikat-syarikat mereka.”

Beliau juga merujuk kepada hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengembangkan industri berdasarkan teknologi tinggi dan bidang tenaga boleh diperbaharui. Ini dijangka akan mencipta lebih dari 3.5 juta peluang pekerjaan baharu menjelang tahun 2030.

Dalam usaha untuk menyelaraskan Dasar TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga telah memberikan arahan kepada Sekretariat TVET Negara untuk menyusun pelan ‘road map’ yang akan menerjemahkan Dasar TVET Negara 1.0 hingga tahun 2030. Ini akan menjadi panduan penting bagi memastikan perkembangan dan pertumbuhan TVET di Malaysia.

Beliau menyimpulkan, “Kami percaya bahawa TVET adalah pilihan utama untuk pendidikan dan latihan bagi ramai individu. Kebolehpasaran dalam kalangan graduan TVET telah meningkat melebihi 92 peratus, menunjukkan keberkesanan pendidikan dan latihan yang diberikan. Kami akan terus mengukuhkan TVET sebagai pilihan utama bagi pelajar Malaysia, sambil terus memajukan pendidikan akademik.”

Alternatif: Institut/Kolej TVET swasta serta bidang yang mungkin tidak ditawarkan dalam portal UP_TVET

Sekiranya anda masih tak dapat cari bidang yang diminati, tidak suka dengan lokasi ataupun tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh institusi dalam portal yang disenarai dalam portal UP_TVET, anda boleh cuba cari institusi/olej kemahiran TVET swasta.

Kursus kemahiran:5 faktor utama pelajar pilih pusat latihan kemahiran swasta

Kursus Kemahiran/TVET

Sebelum bincang kursus kemahiran/TVET, baik anda tahu apa definisi kemahiran dan TVET.

Mengikut Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka, kemahiran bermakna kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.

TVET (technical and vocational education and training) merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

kursus kemahiran kulinari
Kursus Kemahiran - Automotif

Dalam konteks artikel ini, kursus kemahiran/TVET dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ataupun sijil teknikal yang dianugerahkan oleh institusi latihan tersebut.

kursus kemahiran - pusat kemahiran swasta berbanding awam
Mengikut kaji selidik ringkas yang dilakukan di 3 kumpulan Facebook yang bertemakan TVET, didapati berikut adalah 5 faktor utama mengapa pelajar pilih pusat latihan kemahiran swasta berbanding awam.

5 faktor utama mengapa pelajar belajar kursus kemahiran di pusat latihan kemahiran swasta berbanding awam

1. Pelajar rata-ratanya tidak tahu kewujudan PB Awam tersebut (Berita baik, anda boleh rujuk di laman ni – SILA HUBUNGI Institutsi Kerajaan tersebut sendiri untuk tanya program yang anda minat nak ambil, JANGAN tanya min ya kerana min telah beri senarai tu di bawah. Sila Google/hubungi institusi awam tersebut untuk dapatkan lebih maklumat)
2. PB Awam yang diingini/dipilih tidak menawarkan program yang diminati oleh pelajar
3. PB memilih pelajar tertentu sahaja walaupun pemohon memenuhi kriteria yang telah ditetapkan (ni min sendiri pun tak faham kenapa??)
Mungkin ke pasal syarat lulus SPM BM/Sejarah?
4. Pelajar tak tahu beza PB awam dan swasta??
5. PB swasta di lokasi yang strategik serta mengeluarkan graduan yang lebih berdaya saing

* Untuk 2,3 & 4, jika anda ada bajet/mampu untuk bayar yuran kursus ataupun sanggup ambil pinjaman PTPK (kalau ada kuota), sila isi Borang Permohonan Kursus Kemahiran – Berbayar  atau emel kepada admin butiran anda seperti berikut:
a. Nama
b. Emel & Tel
c. Bajet
d. Nama program yg diminati (maksimum 3)
e. Lokasi kursus yang diingini
f.  Kelayakan akademik/kemahiran
g. Perlu Pinjaman PTPK tak

Berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di ILKA melalui permohonan UPU 2020 online? Berikut dikongsikan Senarai ILKA iaitu nama Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia buat panduan pelajar. Empat (4) institusi kemahiran yang digolongkan dalam ILKA adaah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan Jun/ Julai. Kursus pengajian yang ditawarkan adalah untuk Program bertaraf Sijil dan Diploma yang berbentuk kemahiran mengikut bidang tertentu.

Senarai ILKA

Kursus Kemahiran di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Berikut dikongsikan senarai ILKA yang terdapat di Malaysia. Klik link yang diberi untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti nama dan alamat institusi, kursus yang ditawarkan serta panduan memohon.

Senarai ILKA Di Malaysia

Berikut adalah senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terdapat di Malaysia untuk mereka yang berhajat menyambung pengajian kemahiran peringkat Sijil dan Diploma.

i) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

ILKBS dibahagiakan kepada IKBN, IKTBN dan AKBG

  • Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN)
  • Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
  • Kemahiran Jangka Pendek khas yang disesuaikan kepada belia
  • Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)

Senarai ILKBS

ii) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) : Senarai ILKA

JTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Senarai ILJTM

iii) Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Objektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah :-

  • Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi
  • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal di industri
  • Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa
  • Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan i-pengajar
  • Melahirkan potential technopreneur yang berdaya saing dan berdaya tahan
  • Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat

Senarai IPMa

Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke ILKA

  • Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi Jun/ Julai melalui permohonan UPU online dan sesi Januari melalui Laman web ILKA yang berkenaan.

Semoga perkongsian Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia (dan juga TVET) boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian di sini. Selamat membuat permohonan kemasukan melalui UPU online dan secara terus ke ILKA yang berkaitan mengikut tarik yang diumumkan.

Sumber: https://www.infoupu.com/senarai-ilka-institusi-latihan-kemahiran

Senarai Institusi Kemahiran Awam Dalam Permohonan UPU 2019

Mengikut kaji selidik ringkas yang dilakukan di 3 kumpulan Facebook yang bertemakan TVET, didapati berikut adalah 4 faktor utama mengapa pelajar pilih pusat latihan kemahiran swasta berbanding awam.

1. Pelajar rata-ratanya tidak tahu kewujudan PB Awam tersebut (Berita baik, anda boleh rujuk di laman ni – SILA HUBUNGI Institutsi Kerajaan tersebut sendiri untuk tanya program yang anda minat nak ambil, JANGAN tanya min ya kerana min telah beri senarai tu di bawah. Kalau takda link/no diberi, sila Google untuk dapatkan lebih maklumat)
2. PB Awam yang diingini/dipilih tidak menawarkan program yang diminati oleh pelajar
3. PB swasta di lokasi yang strategik serta mengeluarkan graduan yang lebih berdaya saing
4. Syarat kemasukan PB Awam yang ketat seperti SPM…..

* Untuk 2,3 & 4, jika anda ada bajet/mampu untuk bayar yuran kursus ataupun sanggup ambil pinjaman PTPK (kalau ada kuota), sila isi Borang Permohonan Kursus Kemahiran – Berbayar  atau emel kepada admin butiran anda seperti berikut:
a. Nama
b. Emel & Tel
c. Bajet
d. Nama program yg diminati (maksimum 3)
e. Lokasi kursus yang diingini
f.  Kelayakan akademik/kemahiran
g. Perlu Pinjaman PTPK tak

Berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang kemahiran di ILKA melalui permohonan UPU 2019 online? Berikut dikongsikan Senarai ILKA iaitu nama Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia buat panduan pelajar. Empat (4) institusi kemahiran yang digolongkan dalam ILKA adaah Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan Jun/ Julai. Kursus pengajian yang ditawarkan adalah untuk Program bertaraf Sijil dan Diploma yang berbentuk kemahiran mengikut bidang tertentu.

Senarai ILKA

Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Berikut dikongsikan senarai ILKA yang terdapat di Malaysia. Klik link yang berwarna merah untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti nama dan alamat institusi, kursus yang ditawarkan serta panduan memohon.

Senarai ILKA Di Malaysia

Berikut adalah senarai Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang terdapat di Malaysia untuk mereka yang berhajat menyambung pengajian kemahiran peringkat Sijil dan Diploma.

i) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS)

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) menawarkan latihan amali serta praktikal bagi menyediakan golongan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk terus menyertai kerjaya terpilih setelah tamat pengajian.

ILKBS dibahagiakan kepada IKBN, IKTBN dan AKBG

  • Kursus kemahiran sepenuh masa di Institut Kemahiran Belia Negara (IKTBN/IKBN)
  • Kursus Bina Insan (kepimpinan, keusahawanan, disiplin) kepada belia
  • Kemahiran Jangka Pendek khas yang disesuaikan kepada belia
  • Kursus Kemahiran di institusi swasta (program tajaan pelatih)

Senarai ILKBS

ii) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) : Senarai ILKA

JTM diwujudkan untuk melahirkan tenaga mahir negara dari peringkat sijil latihan hinggalah Diploma Lanjutan dalam pelbagai bidang kursus kemahiran. Oleh kerana dengan perubahan teknologi yang begitu pesat dan keperluan tenaga kerja mahir yang mendesak, maka JTM telah menubuhkan beberapa institusi latihan diseluruh negara.

Senarai ILJTM

iii) Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP)

iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Objektif institusi kemahiran di bawah MARA adalah :-

  • Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Teknikal dan Vokasional yang berkualiti serta diiktiraf ke arah menyediakan kerjaya berpendapatan tinggi
  • Menambah bilangan penglibatan bumiputera dalam pelbagai bidang teknikal di industri
  • Menyediakan kemudahan latihan dan infrastruktur yang selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan semasa
  • Meningkatkan kompetensi pengajar bagi memenuhi keperluan i-pengajar
  • Melahirkan potential technopreneur yang berdaya saing dan berdaya tahan
  • Menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat

Senarai IPMa

Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia

Cara Membuat Permohonan Kemasukan Ke ILKA

  • Permohonan kemasukan ke ILKA dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi Jun/ Julai melalui permohonan UPU online dan sesi Januari melalui Laman web ILKA yang berkenaan.

Semoga perkongsian Senarai ILKA Institusi Latihan Kemahiran Awam Di Malaysia boleh dijadikan panduan buat pelajar yang ingin menyambung pengajian di sini. Selamat membuat permohonan kemasukan melalui UPU online dan secara terus ke ILKA yang berkaitan mengikut tarik yang diumumkan.

Sumber: https://www.infoupu.com/senarai-ilka-institusi-latihan-kemahiran/