Tag Archives: Kursus Induksi JPK Mac 2021

Kursus Induksi PPL (PPL-SLaPB/PPL-SLDN/PPL-PPT) 10 Soalan Lazim (FAQ)

Kursus Induksi PPL adalah kesinambungan daripada kursus induksi PP-PPD-PPB (juga pra-syarat). Jika anda perlu pengetahuan asas mengenai kursus induksi secara amnya, sila baca sini.

1. Objektif kursus induksi PPL

  • Memberi kefahaman tentang Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL

  • Memenuhi syarat lantikan  sebagai PPL  bagi Program di Pusat Bertauliah danProgram SLDN

2. Apakah syarat menyertai kursus induksi PPL?

Kelayakan anda adalah:-

  • Warganegara Malaysia; atau
  • Pemastautin Tetap (PR); dan
  • Berumur 18 tahun ke atas; dan

3. Adakah sijil kursus induksi PPL mempunyai tempoh sah laku?

Sebelum 2022 – Sijil Kursus Induksi PPL, seperti sijil induksi PP-PPD-PPB & PP-PPT, adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV)). Sekiranya anda tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.

TERBARU: Mulai Jan 2022, tiada lagi tempoh sah laku untuk sijil induksi PPL (dan juga semua sijil induksi JPK yang lain)

4. Ada berapa jenis PPL?

a) Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB).

PPL-SLaPB merupakan seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah. Sila rujuk Peranan dan tanggungjawab PPL-SLaPB di sini.

b) Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja/ Pusat Bertauliah. Sila rujuk Peranan dan tanggungjawab PPL-SLDN di sini.

PPL (SLaPB & SLDN)

5. Bagaimana pula dengan Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)?

Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan verifikasi dan mengesahkan terhadap penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang telah dilakukan oleh PPPPT dan memastikan penilaian dilaksanakan mengikut kriteria kemahiran yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria dan syarat perakuan sebagai PPL-PPT seperti berikut:

Harap maklum, TIADA KURSUS INDUKSI PPL-PPT. Cuma perlu ikuti induksi PP-PPT sahaja untuk sampai ke jawatan PPL-PPT, tertakhluk kepada syarat tambahan di atas.

Semua jawatan No 4 &5 adalah dikenali sebagai Personal Penilaian dan Verifikasi (PPV). Berikut adalah gambarajah struktur PPV.

6. Apakah prosedur permohonan perakuan?

Lantikan sebagai Pegawai Penilaian & Verifikasi (PPV) dilakukan oleh Unit Pentauliahan Personel & Pakar, Program Kelayakan Kekompetenan, CIAST di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Semua urusan Permohonan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) (Personel BaruTambah JawatanTambah Program dan Pembaharuan) hendaklah dibuat secara ATAS TALIAN melalui URL https://www.myspike.my/ dengan memberi link URL drive di mana semua dokumen sokongan telah dimuat naik dalam drive tersebut.

BILDOKUMEN SOKONGAN PERSONAL BARUPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)
1.Kad Pengenalan
2.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
3.Sijil Induksi PP-PPD-PPB   
4.Sijil Induksi PPL  
5.Sijil Induksi PP-PPT             
6.Sijil Induksi SLDN    
7.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
8.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
9.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun   
10.Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun   
11.Bukti menyelia dan mengurus kemahiran (VTE/ VTM)   
12.Bukti pencapaian/ pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional
13.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
14.Borang Akuan Pengesahan Pengalaman
15.Borang Akuan Pemilik Perniagaan
16.Resume (2 mukasurat)

TAMBAH JAWATAN 

BILDOKUMEN SOKONGAN TAMBAH JAWATANPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/ E/ M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
7.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
8.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
9.Bukti pengalaman mengajar  kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
10.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
11.Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional
12.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
13.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

PEMBAHARUAN JAWATAN

BILDOKUMEN SOKONGAN PEMBAHARUANPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.Lulus Penilaian Pembaharuan
7.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
8.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
9.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
10.Bukti pengalaman mengajar  kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
11.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
12.Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional
13.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
14.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

 TAMBAH PROGRAM 

BILDOKUMEN SOKONGAN TAMBAH PROGRAMPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
7.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
8.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
9.Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
10.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
11.Bukti pencapaian / pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional
12.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
13.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

FASILITATOR BERTAULIAH

BILDOKUMEN SOKONGAN FASILITATOR BERTAULIAHFB WIMFB DESCUMFB SOALANCUDBAS LEADER
1.Bukti pengalaman kerja 5 tahun
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB
3.Sijil Fasilitator WIM   
4.Sijil Fasilitator DESCUM             
5.Sijil Fasilitator Pembangunan Soalan Pembangunan Kemahiran   
6.Sijil CUDBAS Leader   
7.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)

NOTA

Perlu diberi perhatian bahawa, hanya satu program NOSS boleh dipilih dalam satu-satu permohonan. Oleh itu, sekiranya anda memohon untuk diperaku lebih dari satu program NOSS maka bilangan permohonan juga perlu mengikut bilangan program yang dimohon. Contohnya anda memohon pembaharuan untuk program NOSS bagi SKM 1, SKM 2 dan SKM 3 maka permohonan perlu dibuat sebanyak tiga (3) kali untuk setiap program tersebut.

Sebarang pertanyaan berkaitan MySpike boleh e- mel ke helpdesk myspike@mohr.gov.my atau login ke MySPIKE > Pengguna > Pelanggan JPK > Senarai Aduan Pengguna

Pertanyaan berkaitan dengan isu PPV secara amnya boleh e- mel ke ppv@ciast.gov.my

7. Siapakah yang mengeluarkan sijil?

Sijil adalah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang boleh dicetak oleh anda sendiri melalui sistem nanti, jika lulus.

8. Bilakah sijil akan dikeluarkan selepas mengikuti kursus induksi?

Penceramah kursus perlu masa untuk menyemak jawapan dan merekodkan keputusan serta dimaklumkan kepada urusetia. Barulah sijil boleh dicetak daripada akaun myspike anda, biasanya dalam tempoh 1 bulan.

9. Bagaimana cara untuk mendapatkan semula sijil induksi sekiranya hilang?

Surat rasmi permohonan gantian berserta satu salinan laporan polis atau akuan sumpah serta salinan Kad Pengenalan perlu dikemukakan dan dihantar kepada :

Unit Kursus Induksi Pentauliahan,
Program Kelayakan Kekompetenan,
CIAST
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19, 40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

10. Adakah saya perlu membaharui jawatan saya?

PPV – Setiap 3 tahun, ada penilaian pembaharuan PPV (Personel Penilaian Verifikasi).

Sila log in ke www.myspike.my > Kursus Induksi > Mohon Kursus Induksi > Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian dan Verifikasi  > Papar Senarai Kursus.

Digalakkan untuk mohon 3-6 bulan sebelum tarikh tamat.

Testimoni

Kursus Induksi PPL - Testimonial
Kursus Induksi PPL - Testimoni 2-3 Okt 21
Kursus Induksi PPL - Testimoni 2-3 Okt 21
Kursus Induksi JPK - Permohonan kursus
Tunggu Apa Lagi?

Dapatkan sehingga 4 sijil induksi JPK sebelum puasa/Hari Raya!

1. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – PP-PPD-PPB

Kursus Induksi JPK telah boleh dijalankan secara bersemuka setelah tamatnya PKP 2.0 pada 4 Mac 2021.

Ia bermula dengan induksi PP-PPD-PPB pada 6-7 Mac 2021. Ia adalah sesi PERTAMA & PALING AWAL selepas PKP 2.0 di seluruh Malaysia. Ia juga adalah langkah pertama anda untuk melibatkan diri dalam industri TVET dengan memahami Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Berakhirlah sesi hari pertama – fasilitator dari CIAST, Pn Norsyawaliza

Anda terlepas minggu lepas? Takpa, satu lagi sesi di KL lagi (Jalan Loke Yew, Cheras) hujung bulan Mac 2021.

Tarikh: 27-28 Mac
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Jalan Loke Yew, Cheras
Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8717 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda)
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PP-PPD-PPB

Siapa yang patut hadir kursus induksi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ni? / Who should attend this induction course?

a) Calon Personel Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) / Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Accredited Centre Personnels:
i) Pegawai Penilai / Assessor / (PP)
ii) Pegawai Pengesah Dalaman / Internal Verifier (PPD)
iii) Pengurus Pusat Bertauliah / Centre Manager (PPB)
iv) Tenaga Pengajar / Trainer (TP)
v) Pegawai Pengesah Luaran / External Verifier (PPL)

b) Individu yang terlibat dengan pengurusan Pusat Bertauliah / Individuals that’s involved with managing the JPK Accredited Centre

c) Calon Pegawai Pengesah Luaran (PPL) (kena lulus kursus induksi PP-PPD-PPB sebelum ikuti induksi PPL) / External Verifer candidate (need to pass PP-PPD-PPB induction course first – Need to attend PPL Induction Course)

d) Individu yang berminat dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) / Individual that is interested with the Malaysia Skills Certification System

Kursus Induksi JPK Jan 2021
Jika ingin tahu butiran lanjut setiap jawatan ini, sila rujuk sini

ISE Education boleh anjur di pusat latihan anda jika ada >10 calon dari pusat latihan anda (di luar Lembah Klang) dan >20 calon (Sabah & Sarawak) DAN tempat anda perlu mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ketat serta kapasiti bilik/dewan min 80pax dengan penjarakan sosial.

2. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi PP-PPT

Tarikh: 13-14 Mac
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8718 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda)
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PPL-PPT

Siapa yg patut hadir?

1) Berminat dilantik sebagai PP-PPT 
2) Berminat mohon SKM secara PPT (prosedur, syarat dan kaedah penilaian persijilan melalui kaedah PPT ada dijelaskan)
3) PB yang ingin mohon menjadi PB-PPT (perlu ada penyelaras PPT yang perlu ikuti kursus induksi PP-PPT)

3. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi PPL

Sesi pertama 2021 selepas sesi terakhir pada 26-27 Dis 2020 adalah seperti berikut:

Tarikh: 20-21 Mac
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Kod kursus (Penjana PERKESO): HIT8719 (PERCUMA bagi yang layak ~ diambil selepas bekerja selepas 1/7/20 dan majikan mencarum PERKESO & SIP untuk anda)
Yuran: RM350/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - PPL


Siapa yang boleh ikuti kursus induksi PPL? (tak sama dengan lantikan):

  1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
  2. 18 tahun ke atas
  3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):

  1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas (jika bidang kritikal, tak sampai 10 tahun pun boleh dipertimbangkan) dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
  2. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

Objektif kursus induksi PPL:

  • Memberi pemahaman mengenai Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
  • Memberi kefahaman peranan dan tanggungjawab sebagai PPL
  • Memenuhi syarat lantikan sebagai PPL bagi program di Pusat Bertauliah & Program SLDN

Peluang sebagai Pegawai Pengesah Luaran (PPL)

Peluang memang banyak, boleh dilantik sebagai:

  • PPL-SLaPB
  • PPL-SLDN
  • PPL-PLV

4. Kursus Induksi JPK Mac 2021 – Induksi SLDN

Tarikh: 20 Mac atau 3 April
Masa: 8.30-5pm
Tempat: Kolej ISBAUK, Brem Mall, Kepong, KL
Yuran: RM200/pax

Kursus Induksi JPK Mac 2021 - SLDN

Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus di Pusat Bertauliah SLDN.

Ingin Menjadi Pengajar atau Jurulatih SLDN?

Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat Bertauliah.

Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif  mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.

Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN

– Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
– Layak menempatkan pelatih SLDN di syarikat anda
– Lantikan sebagai Pengurus Pusat Bertauliah SLDN
– Lantikan sebagai Pengajar Pusat Latihan SLDN
– Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
– Lantikan sebagai Pegawai Pengesah Luaran PPL-SLDN

NDTS Induction Course/Kursus Induksi SLDN

Kursus Induksi JPK 2021
Dah bersedia dengan cabaran untuk dapatkan 4 sijil induksi JPK dalam sebulan?

Untuk keterangan lanjut, whatsapp/hubungi:
Nora@03-27819937 ATAU Melvin@012-3123430 ATAU
www.wasap.my/60163066096/Daftar4InduksiSebulan