Tag Archives: Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT)

Kerajaan bagi NOSS PERCUMA melalui e-Tunai Rakyat*

Kerajaan bagi NOSS PERCUMA melalui e-Tunai Rakyat - ISE Education Sdn Bhd

* Ya, anda akan dapat RM30 dari kerajaan melalui inisiatif e-tunai rakyat. Jadi mengapa tidak gunakannya untuk mendapatkan sesuatu (beli NOSS) yang boleh membantu anda dari segi:

1. Pembangunan diri (kaji NOSS, buat penilaian kendiri serta kumpul bukti ketrampilan yang cukup untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara PPT supaya anda ada persijilan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta luar negara.
2. Perkembangan perniagaan latihan (Kaji NOSS untuk menentukan samada latihan kemahiran yang anda sedang/ingin tawarkan memenuhi keperluan NOSS. Jika hampir sama, pusat latihan anda patut pertimbangkan untuk mendapatkan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) supaya para pelatih anda dapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) nanti setelah tamat program latihan di tempat anda.

ATAUPUN

Tips & Panduan Permohonan SKM secara PPT (sumber bukti & susunan portfolio) (yang telah dipermudahkan serta disertakan dengan sampel dokumen supaya lebih memudahkan pemahaman anda).
Ia termasuk:
1) Format kandungan dan susunan portfolio
2) Sumber bukti ketrampilan
3) Kategori bukti ketrampilan
4) Contoh dan sampel surat perakuan tempoh pengalaman kerja

Baik, ringkasan kod produk (semua cuma RM30):

1. NOSS 01
NOSS sedia ada (sila rujuk sini – ada >65 ) – Boleh dapat 2 tahap bernilai RM40 tapi cuma bayar RM30.
2. NOSS 02**
NOSS yang tiada dalam simpanan/sedia ada boleh buat tempahan (1 program/tahap sahaja. Jika ada tambahan, cuma tambah RM20 setiap program/tahap).
3. TPSKM-PPT
Panduan Permohonan SKM secara PPT (yang telah dipermudahkan serta disertakan dengan sampel dokumen supaya lebih memudahkan pemahaman anda)

** Petrol, tol, caj bank draf serta masa yang diperlukan untuk beli NOSS sendiri di JPK pasti melebihi RM10 (caj perkhidmatan).

Tunggu apa lagi? JOM scan sekarang!! Lepas scan, sila whatsapp ke 012-3123430 atau emel ke ismarteducare@gmail.com;

1. Screenshot bayaran
2. Kod produk serta kod NOSS yang dikehendaki

Kalau anda masih tiada e-wallet ke rasa lebih selesa bank-in, boleh bank-in ke Maybank 514589385943, ISE Education Sdn Bhd.

Gunalah wang e-tunai rakyat anda dengan bijak. Belilah NOSS dan kaji

SKM melalui PPT (Untuk personel yang berpengalaman kerja) – Mohon Sendiri ke Khidmat Runding??

Adakah anda berpengalaman kerja, memiliki kemahiran tertentu tetapi tiada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

Contoh Sijil Kemahiran Malaysia melalui kaedah PPT

Sebenarnya ada dua cara sahaja, samada mohon sendiri (DIY) ataupun dapatkan khidmat runding.

Nak jimat kos, mohonlah sendiri, sila baca Panduan Permohonan SKM -PPT yang boleh didapati dari sini.

Dah baca dan masih tak faham? Ikutilah taklimat SKM-PPT yang dianjurkan oleh setiap pejabat Wilayah JPK secara PERCUMA – Persediaan kepada calon mengambil SKM-PPT.

Diadakan setiap HARI SELASA MINGGU PERTAMA setiap bulan.

Kalau dah baca Panduan, dah ikuti Taklimat PERCUMA dan masih tak faham ataupun takda masa nak buat sendiri, BAYAR lor – dapatkan khidmat runding dari min 😀

Bergantung kepada perkhidmatan apa yang diperlukan, kosnya dari beratus hingga ribu, setiap Tahap.

PS: Bagi mereka yang dah ada SKM, berpengalaman 10 tahun ke atas (atau kurang tapi bidang baru/kritikal) dan minat jadi Pegawai Penilai kaedah PPT (PP-PPT), bolehlah ikuti kursus induksi PP-PPT minggu ni, 12-13 Okt di ISE Education Sdn Bhd, Keopng Metro Prima.

Muat turun borang & daftar kursus induksi PP-PPT

Loji Rawatan Air Selangor diiktiraf sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Warga kerja Air Selangor menzahirkan kegembiraan setelah menerima sijil SKM-PPT masing-masing.

LOJI Rawatan Air Sungai Semenyih mendapat pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.

Dengan pengiktirafan ini Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selaku operator air yang terbesar di negara ini akan dapat mengendalikan latihan kemahiran melalui pusat bertauliahnya sendiri bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berkualiti di dalam industri pembekalan air, termasuk memberikan latihan kepada operator-operator air lain di negara ini. 

Latihan kemahiran yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan Piawaian Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS). Pengiktirafan ini diterima pada Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman menerima sijil pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, dalam Majlis Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia bagi Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) baru-baru ini.

Suhaimi Kamaralzaman menerima sijil pengiktirafan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih sebagai Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) daripada
Dr. Aruna Ismail dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Seramai 346 warga kerja Air Selangor yang berkhidmat di Jabatan Operasi, Pengagihan dan Perhubungan Pelanggan juga menerima sijil SKM-PPT masing-masing di majlis tersebut.

Pengiktirafan ini adalah di antara usaha berterusan Air Selangor dalam membentuk warga kerja yang berkemahiran serta kompeten untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada syarikat dan juga pelanggan.

Air Selangor amat komited dalam memenuhi keperluan kompetensi di dalam industri perkhidmatan air di negara ini dengan menjadikan kompetensi sebahagian daripada parameter Petunjuk Prestasi Utama (KPI) syarikat.

“Ini sejajar dengan ketetapan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang menetapkan kompetensi sebagai syarat untuk memperbaharui lesen syarikat perkhidmatan industri air di Malaysia, tambah beliau.

Kumpulan penerima sijil terbaharu ini adalah sebahagian daripada 481 warga kerja Air Selangor yang telah mendapat pengiktirafan ini setakat kini.

Dalam perancangan bagi tahun hadapan, Air Selangor mensasarkan sebanyak 50 peratus warga kerja Jabatan Pengeluaran dan 30 peratus lagi warga kerja Jabatan Pengagihan untuk menjalani program ini. 

Menjelang penghujung 2019, dianggarkan sebanyak lebih 600 warga kerja Air Selangor berjaya mendapatkan pensijilan yang bakal membantu mereka melaksanakan kerja dengan lebih efektif.

Pengiktirafan dengan pensijilan ini juga merupakan antara pelan kerjaya strategik Air Selangor dalam membangunkan warga kerjanya bagi mencapai misi syarikat untuk menyampaikan pengalaman yang terbaik kepada pelanggan.

Sumber: www.mstar.com.my/