Kursus Kemahiran Percuma 2022
Harap maklum - Permohonan Telah Tutup pada 31 Dis 2022
Kursus kemahiran percuma 2022 diteruskan lagi walaupun banyak program PENJANA HRDF ataupun PENJANA PERKESO telah/hampir tamat.
Sebelum kita senaraikan kursus kemahiran percuma ad-hoc (seperti Penjana), adakah anda tahu bahawan ada institusi kemahiran awam & swasta yang tertentu juga menawarkan kursus kemahiran percuma sepanjang masa?
Dari 3 cara untuk mohon Sijil Kemahiran Malaysia, salah satu kaedahnya biasanya adalah percuma. Bukan itu sahaja, anda akan diberi insentif (bukan pinjaman) dari kerajaan.
Cara yang dimaksudkan tu adalah kaedah Sistem Latihan Dual Nasional.
Apakah itu kaedah SLDN?
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ‘ Dual ‘ bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.
Jangka Masa | Berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) |
Nisbah Amali- Teori | 70% hingga 80% latihan amali di industri dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan. |
Konsep | Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning) |
Kaedah Penyampaian | Day Release System Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam Block Release System ( jika perlu ) |
Pelatih | Lepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan |
Penganugerahan Kelayakan | Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) |
Lazimnya, jika anda menyertai kursus kemahiran cara SLDN, anda bukan sahaja tidak perlu membayar yuran kursus malah dapat lagi elaun, samada dari syarikat latihan SLDN@tempat kerja dan/atau dari insentif kerajaan, seperti SLDN Berinsentif 2022.
Untuk memudahkan anda, boleh cari senarai program yang ditawarkan oleh pusat & syarikat latihan SLDN di sini yang menawarkan pelbagai kursus kemahiran percuma.
Namun, harus diingatkan bahawa bukan semua pusat & syarikat latihan yang tawarkannya secara PERCUMA.
Ada yang pakej bersama persijilan antarabangsa/profesional yang lain di mana mereka mengenakan yuran untuk pensijilan tersebut dan pada masa yang sama, daftar anda untuk program SLDN untuk pensijilan sampingan.
Pusat atau syarikat latihan SLDN yang menawarkan program SLDN berinsentif adalah TIDAK dibenarkan untuk mengenakan sebarang yuran kursus kepada calon/anda.
Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Yayasan Peneraju
Syarat Kelayakan
- Bumiputera
- Warganegara Malaysia
- 19-35 tahun
- Lepasn diploma dalam bidang kejuruteraan atau bidang berkaitan
- Latihan 3 bulan DAN WAJIB kerja 3 bulan di industri.
- Elaun bulanan RM350/bulan X 3 bulan
- Penginapan disediakan
Kursus Kemahiran Percuma 2022 - Skim Pembiayaan PERKASA TVET
Skim Pembiayaan Perkasa TVET 2022 adalah program latihan kemahiran jangka pendek (biasanya 6 bulan atau kurang) termasuk secara modular atau customized atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bergantung kepada permintaan majikan / industry di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia (PKM), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Pelatih diberikan penempatan pekerjaan/peningkatan kerjaya terlebih dahulu oleh majikan dan menjalani latihan di Penyedia Latihan Awam (PLA) . Penyedia Latihan Swasta (PLS) berdasarkan konsep “Place & Train”
Syarat Kelayakan Am
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 15 hingga 30/45 tahun (bergantung kepada Pusat) pada tahun permohonan;
- Pelatih tidak menerima pembiayaan / geran latihan daripada mana-mana institusi kewangan lain bagi program yang sama semasa permohonan ini dibuat;
- Kriteria pelatih terdiri daripada kategori berikut:
- Keutamaan bagi peminjam PTPK yang terjejas dengan pendemik Covid 19;
atau
Pelajar lepasan sekolah atau pelajar lepasan institut pengajian tinggi; atau
Individu yang mempunyai perniagaan sendiri / bekerja sendiri yang terjejas pendapatan;
atau
Pekerja yang terjejas pendapatan akibat pendamik Covid 19;
atau
Pekerja memerlukan kemahiran baru.
* Syarat-syarat adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Anda ingin jadi pusat latihan kemahiran yang dapat pembiayaan untuk tawarkan kursus kemahiran percuma?
1. Sekiranya anda menawarkan latihan kemahiran yang lebih cenderung ke arah masa praktikal di industri yang panjang, sila baca dulu Sistem Latihan Dual Nasional.
2. Sekiranya anda menawarkan latihan kemahiran yang 100% dalam pusat latihan (termasuk praktikal di pusat latihan sendiri), anda lebih sesuai untuk mohon sebagai Pusat Bertauliah SLaPB.
Anda juga boleh baca dulu carta alir untuk mohon sebagai pusat bertauliah SLaPB ataupun beli yang sedia ada (artikel dalam English)