Tag Archives: PPV

Adakah perlu ikuti kursus induksi JPK setiap 3 tahun sekali?

Perakuan Personel

perakuan personel - VTO (I Smart Educare)


Tahukah anda bahawa sijil induksi JPK ni ada tempoh sah laku? Ya, cuma 3 tahun sahaja, lepas tu dah tamat tempoh dan perlu ikuti kursus semula, tak kira induksi PP-PPD-PPB, PP-PPT atau PPL. Namun, ia hanya sekiranya anda TIADA PERAKUAN PERSONEL @ TIDAK PERNAH DIERAKUKAN.

Sijil kursus Induksi PP-PPD-PPB yang telah melebihi tempoh tiga (3) tahun tidak sah digunakan hanya bagi personel lantikan baharu iaitu tidak pernah mendapat perakuan sebagai PP/PPD/PPB atau Personel Penilaian Verifikasi (PPV).

Jika anda pernah diperaku tetapi perakuan telah tamat tempoh bagi jawatan PP/PPD/PPB atau PP-PPT/PPLsijil Induksi PP-PPD-PPB tersebut masih sah digunakan bagi tujuan pembaharuan perakuan personel.

Syarat pembaharuan PP-PPT, PPL-PPT, PPL-SLaPB, PPL-Kendiri dan PPL-SLDN – WAJIB LULUS PENILAIAN PEMBAHARUAN PPV. 

Bengkel Penilaian Pembaharuan PPV

1. Tujuan Penilaian

Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah untuk memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dari segi panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan adalah terkini sebelum memperbaharui lantikan.

2. Personel yang Layak Menduduki Penilaian

PPV  yang  telah tamat atau akan tamat tempoh lantikan dan  ingin membuat pembaharuan adalah layak memohon untuk menduduki penilaian ini.  Personel Penilaian Dan Verifikasi yang terlibat adalah terdiri daripada Empat (4) jawatan lantikan iaitu;

i. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;

ii. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;

iii. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;

iv. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;

3. Tempoh Layak Memohon

Sekurang-kurangnya enam (6) bulan sebelum tamat tempoh lantikan atau telah tamat tempoh.

4. Tatacara Membuat Permohonan

PPV yang berkelayakan perlu membuat permohonan secara atas talian www.myspike.my dengan merujuk kepada pautan:

Pengguna>Permohonan Pengguna>Klik Kursus Induksi>Mohon Kursus Induksi>Pilih “Penilaian Pembaharuan PPV’>Papar Senarai Kursus>  dengan memilih siri penilaian mengikut zon wilayah yang hampir dengan tempat tinggal PPV.

5. Tawaran dan Pengesahan Kehadiran

PPV yang berjaya akan dimaklumkan melalui MySPIKE dan emel. PPV perlu membaca dan memahami setiap kandungan dan lampiran yang disertakan dengan teliti. PPV juga dikehendaki membuat pengesahan kehadiran seperti dinyatakan bersama surat tawaran.

Untuk makluman lanjut mengenai sesi penilaian, sila baca:

PANDUAN PENILAIAN PEMBAHARUAN LANTIKAN PERSONEL PENILAIAN & VERIFIKASI (PPV)

Kursus Induksi PPL 2019 (TERAKHIR di Malaysia)

Salam kemahiran, berikut adalah maklumat kursus induksi PPL 2019 (terakhir di Malaysia).

Tarikh: 28-29 Dis 2019
Masa: 8.30-5pm
Tempat: I Smart Educare, Kepong Metro Prima, KL
Yuran: RM350 (minum pagi, makan tengah hari, nota & sijil dari JPK)
Caj pos sijil: RM10/alamat (Semenanjung) / 20/alamat (Malaysia Timur)
Bank: Maybank 54589385943 ISE Education Sdn Bhd

Siapa yang boleh ikuti (tak sama dengan lantikan):
1. Warganegara Malaysia atau PR DAN
2. 18 tahun ke atas
3. Lulus induksi PP-PPD-PPB

Syarat lantikan (tambahan kepada syarat di atas):
1. Pengalaman kerja 10 tahun ke atas dalam bidang kemahiran anda secara amnya.
2. SKM/DKM/DLKM
3. Sijil induksi PP-PPD-PPB & PPL

Peluang sebagai PPL

Peluang memang banyak, ada yang mungkin dapat rezeki 5 angka sebulan jika buat dengan baik secara sepenuh masa.

Bukan sahaja boleh dilantik sebagai PPL-SLaPB (Pusat Bertauliah) tapi juga PPL-SLDN & PPL-PPT. Jadi, ingat yg, takda kursus induksi PPL-SLDN ke PPL-PPT, semuanya dalam satu je, induksi PPL, jimat kan?

Cara daftar secara online kursus induksi PPL 2019 di skkm.gov.my, selain isi borang permohonan manual.

kursus induksi PPL 2019
Langkah 1&2 (setelah daftar sebagai pengguna)
mohon kursus induksi PPL 2019
Langkah 3 – Klik Mohon Kursus Induksi
Langkah 4 – Klik Induksi PPL
Langkah 5 – Mohon Kursus
Langkah 6 – Yay, dah OK

Peluang graduan TVET di Offshore – Gaji Lumayan?

Graduan TVET di offshore

Kehidupan dan cabaran di offshore

Bekerja di offshore (pelantar minyak) tak sama dengan bekerja di tempat-tempat biasa. Berjauhan dengan keluarga, anak bini serta girlfriend, kerja 12 jam sehari start jam 6.30 pagi sampai le jam 6.30 petang. Pergerakkan pun terbatas, banyak regulation yang kena patuhi.

Tentang safety pulak, number one. Sesetengah platform Petronas langsung tidak benarkan personnel keluar dari living quarters kalau tak pakai coverall, sebab safety. Mercury hazard Dan Hidrogen sulfida. Platform Supervisor ada hak untuk hantar balik pada sesiapa yang langgar safety regulation. Kena pakai PPE atau personnel protective equipment setiap masa sewaktu bekerja, kalau after working hour sekalipun kena pakai kalau keluar dari living quarters. Living quarters – tempat makan minum, tengok tv, mandi, rehat dan tidur.

Nak ke offshore pun perlu jalan urine test terlebih dulu, mana-mana personnel yang positive, minta maaf sila balik rumah, offshore bukan tempat untuk penagih. Sekarang Petronas dah kuat kuasakan peraturan ni di sebelah east coast ni. Mana-mana personnel yang nak ke Petronas platform mesti urine test dulu sebelum naik chopper. ExxonMobil, Talisman dan lain-lain buat masa ni belum start lagi.

Risiko pun tinggi, ombak besar, angin kencang, kerja-kerja yang dijalankan semuanya kerja yang robust. Takde kerja yang takde risiko. Life di offshore perlu alert 24 jam. Masih berminat nak bekerja di offshore ke?

Kelayakkan untuk bekerja di offshore

Bukan semua orang boleh atau layak untuk bekerja di offshore. Hanya mereka yang betul-betul fit dibenarkan berada di atas platform, mat fit tidak digalakkan sama sekali.

Turun dari platform to boat
Basic requirement untuk bekerja di pelantar minyak.

Berusia at least 18 tahun ke atas – biasanya lepasan SPM lah. Sementara nak tunggu result tu ok juga cari pengalaman. Masalahnya sukar juga nak dapatkan company yang nak recruit worker yang tidak pernah ada pengalaman bekerja ni. Paling mudah gi register kat INSTEP – Institut Teknologi Petronas. Lawat web dia kalau nak tahu lebih lanjut. Tak jauh pun, area Batu Rakit Kuala Terengganu jer.
Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP – Batu Rakit Campus)
Lot 9764, Mukim Batu Rakit,
21020, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman,
MALAYSIA
Tel: 609 – 669 6141
Fax: 609 – 669 6702
Email: instep@petronas.com.my

Kalau dah grad dari INSTEP, ada rezeki boleh bekerja dengan di Petronas ataupun ExxonMobil platform. Tapi kalau kena hantar kat onshore macam di Onshore Gas Terminal, Paka ka.. nasib lah.

Safety Passport – Conpulsory, wajib. Bagaimana nak dapatkan safety passport ni. … kalau di sebelah pantai timur ni, TSTC menawarkan berbagai course untuk workers. Ada berpuluh-puluh courses di sini tetapi yang wajib untuk bekerja di offshore :

Basic sea survival course
HUET – Helicopter underwater escape training
Fire fighting
Untuk bekerja di sebelah platform Petronas, anda perlu ada 4 courses. ExxonMobil setakat ini mewajibkan 3 courses. So tanpa course ini anda tidak akan dapat passport, takde passport maaf anda tidak dibenarkan

Walau bagaimanapun kalau anda seorang VIP, kalau takde anda maka kerja tak boleh buat, masih ada peluang untuk anda terlepas untuk sekali namun bergantung kepada keadaan.

Berapa ribu ringgit Malaysia? Untuk 4 courses ini ada perlu ada RMX,XXX.XX. Anda boleh contact TSTC atau layari website dia orang.

Terengganu Safety Training Center Sdn Bhd
3572, Jalan Panchur,
Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,
24000 Kemaman
Terengganu Darul Iman
Tell : 09-8623300
Fax : 09-8623302

Physically fit – Macam aku terangkan di atas, hanya personnel yang fit sahaja yang boleh bekerja di sana, yang jenis lemah lembik dinasihatkan tak perlu memohon lah. Alasan aku, kita akan bekerja di sebuah tempat yang kotor, bahaya, cuaca yang tak menentu atau ringkasnya kerja-kerja yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
Everything nak cepat, kalau lambat panas lah telinga. Begitu juga dengan crew-crew otai yang dah lama bekerja di sana, ada yang hampir 30 tahun! So puak-puak otai ni ada yang kasar ada yang sebaliknya. Kalau dapat bekerja dengan satu team yang baik tu ok lah, kalau puak yang satu lagi tu, alamat nak kena demob je lah.

Demob – balik ke onshore, atau back to town.

Mentallity Fit – Kalau cepat terasa hati, suka menangis, cepat tersentuh atau apa saja peel yang sewaktu dengan kaum hawa tu sekali lagi dinasihatkan tak perlu apply lah. Sebab, sendiri mau ingat kita nak bekerja di pelantar minyak nun di tengah laut, bukannya di kedai salun rambut.
Medical check-up – Anda perlu jalani medical check-up terlebih dahulu, x-ray apa-apa yang patut. Jantung OK, paru-paru OK, mata OK dan semuanya OK. Kalau semua OK boleh jalan terus.
So ini lah serba sedikit BASIC requirement untuk bekerja di offshore.

Jawatan Yang Ditawarkan

List di sini mungkin tidak lengkap, tetapi ini adalah antara regular position yang ada di offshore.

Helper – kalau bahasa kasarnya kuli, macam aku lah. Helper task dia membantu sesiapa sahaja yang perlukan bantuan, tak kira apa task sekalipun. Kerja biasanya lebih kepada nak memudahkan kerja-kerja orang lain, termasuklah tukang angkat spannar, bersihkan working area dan housekeeping. Ramai adik-adik lepasan SPM yang apply kerja ni.
Estimated Salary : RM40.00-RM50.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger – Atas sikit dari helper, nak jadi rigger pun kena join rigging course, bukan boleh pakai redah jer. Tasknya lebih kepada ringging job, lasak, seperti menarik dan menolak bebanan yang berat yang biasanya crane tak boleh operate. Kelebihan untuk mereka yang bertubuh sasa, mat fit tak sesuai.
Estimated Salary : RM80.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Rigger Scaffolder – Rigger juga tetapi specialize dalam erect scaffolding, bahasa baku panggil perancah, tapi jangan ler sesekali sebut perencah kat offshore, nanti kena gelak dik. Tugasnya erect scaffolding untuk jadikan access platform dan panjat tempat tinggi menggunakan safety hardness.
Estimated Salary : RM80.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Fitter – Fitter kerjanya fit up weld steel pipe atau structure, biasanya satu team dengan welder.
Estimated Salary : RM90.00-RM130.00, offshore rate, 12 hours working time.

Welder -Welder, tugasnya menyambung pipe atau structure yang telah di fit up oleh fitter. Post ni boleh tahan, kalau banyak “lesen” boleh buat duit banyak. Lesen ni datangnya dari Welder Qualification Test (WQT) .. haaa translate la sendiri, memang dah gitu term nya. Kalau banyak lesen dipanggil multi skill, boleh weld material carbon steel, stainless steel, duplex, cuni etc ler. Orang kampung aku cakap juruteri.. wahaha.
Estimated Salary : RM100.00-RM300.00, offshore rate, 12 hours working time.

Blaster – Blaster kerjanya blasts metal surface dengan menggunakan blasting equipment sebelum painter paints sesuatu surface, pipe ke structure ke.. mana-mana lah. Pakaian macam orang nak kebulan, rimas la sikit. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Painter – Painter pulak sambung kerja yang blaster dah buat, dia apply paint pada surface tu. Sama la kena pakai pakaian ke bulan jugak. Perlu ada IMM courses.
Estimated Salary : RM70.00-RM90.00, offshore rate, 12 hours working time.

Electrician – Nama pun electrician, kerja-kerja berkenaan dengan electric di platform.
Estimated Salary : RM100.00-RM120.00, offshore rate, 12 hours working time.

Instrument Fitter – Instrument fitter tasksnya berkenaan dengan bahagian instrument, process, tubing etc. Rilex jer kerja ni, tak berat langsung.
Estimated Salary : RM90.00-RM100.00, offshore rate, 12 hours working time.

Crane Operator – Operate platform crane.. huii kena ada course ni, kalau boleh bawak crane di onshore belum tentu boleh bawak crane di offshore.
Estimated Salary : RMxx.00-RMxx.00, offshore rate, 12 hours working time.

Roustabout –
Roughneck-
Derrickman
Driller/Assistant Driller
Toolpusher –
Storeman –
Mud Logger –
Production Operator –
Maintenance personnel –
Divers-
Catering staff –

Professional posts – Graduates from Chemistry, Physics, Engineering, Mathematics, Geology, Geophysics and Petroleum Engineering courses are all of interest to offshore companies in exploration and production activities such as:

Geologists and Geophysicists
Reservoir engineers
Drilling engineers
Petroleum engineers

Kredit artikel penulisan: www.offshoreman.net

Komen: Jika anda dah dalam bidang O&G dan nak dipersijilkan (Sijil Kemahiran Malaysia, Diploma Kemahiran Malaysia atau Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia), anda boleh rujuk DAFTAR NOSS JPK untuk lihat samada standard pekerjaan telah dibangunkan ke belum. Kalau dah ada, mohon SKM/DKM/DLKM anda melalui PPT.

Dan jika anda ada pengalaman kerja melebihi 10 tahun dalam bidang kemahiran anda, bolehlah pertimbangkan untuk dilantik sebagai Personal Penilai & Verifikasi.

Kursus induksi seperti PP-PPT & PPL selama 2 hari boleh melayakkan anda untuk dilantik, selain SKM & pengalaman kerja (>>10 tahun).

Jika anda ingin menjadi underwater welder pula, ini adalah maklumat kursus untuk pertimbagngan anda.

Kursus underwater welding

🔸 Harga Yuran Kursus :
1) Commercial Diving Level 1 = RM12,000.00
2) Commercial Diving Level 2 = RM12,000.00
3) Underwater Welding & Underwater Cutting = RM24,000.00
Jumlah penuh ialah RM48,000.00.

HARGA ROMOSI 2020 RM42,000.00

Kursus mengambil masa 3 bulan atau lebih (Full Time/Sepenuh Masa)

Pembayaran yuran penuh boleh dilakukan secara berperingkat (sepanjang 3 bulan dalam tempoh latihan)

🔹Kos yuran termasuk pakej :
1) Penginapan homestay
2) Makan & minum
3) Nota Pelajaran
4) Pensijilan
5) Logbook Official
6) Pakaian untuk latihan disediakan (Coverall & TShirt Weldzone Official).

TAWARAN PERCUMA UNTUK PELAJAR BARU
Kursus Aqua Jet Underwater Blasting & Underwater Painting akan diberikan secara PERCUMA didalama silibus pelajaran dan praktikal. Kursus percuma ini diberikan jika pelajar mengambil kursus penuh sahaja (Level 1, Level 2 & Level 3) – (Selagi promosi masih sah sahaja)

✔ BOOKING / DAFTAR MASUK
Deposit RM5000 untuk :
1) Diving Medical Check Up (1 Hari di Ipoh, Perak)
2) First Aid Class
3) Scuba Diving

📌 Syarat Kelayakan untuk menyertai :
1) Warganegara perlu menyediakan salinan kad pengenalan depan / belakang.
2) Warga luar (Foreigner) salinan passport.
3) Berumur 18 tahun ke atas.
4) Sihat tubuh badan (tiada penyakit kronik asma, semput dll)
5) Mampu membaca, menulis, membuat kiraan matematik asas.
6) Keadaan kewangan yang mencukupi untuk memasuki latihan, untuk mengelakkan penangguhan bayaran yuran kursus serta penerimaan lesen dan sijil.

Pengiktirafan sijil dan lesen :

Pusat Latihan

  • diiktiraf oleh International Technical Diving Agency (Europe) bagi ASIA
  • ahli PETRONAS yang berdaftar dan sah
  • memiliki sijil keahlian IMCA 2017-2018
  • diiktiraf oleh AWS & Bureau Veritas
  • Sijil bertaraf ‘Worldwide’ dan ‘International”




PPV:Personel Penilaian dan Verifikasi – Peluang Lantikan 4 Jawatan

PERSONEL PENILAIAN DAN VERIFIKASI (PPV) SISTEM PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM)

Personal Penilaian dan Verifikasi (PPV) adalah individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan Penilaian dan Verifikasi Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). 

PPV juga perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan berpengalaman luas dalam bidang dimohon serta berperanan dalam jaminan mutu pelaksanaan SPKM dan penigasan tertakluk kepada keperluan JPK.

PPV terdiri daripada;

 

  • PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;
  • PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;
  • PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;
  • PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;

PPV: PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

  • Mana-mana individu yang diperaku oleh Ketua Pengarah bagi melaksanakan lawatan verifikasi ke Pusat Bertauliah (PB) / PB SLDN
  • PPL juga bertanggungjawab memastikan tahap kualiti latihan kemahiran yang dijalankan oleh PB memenuhi kriteria kemahiran ditetapkan.

PPL ini terdiri daripada dua (2) kategori iaitu ;

–  Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB);
–  Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN)

PPV: Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLaPB)

PPL-SLaPB merupakan seseorang personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) untuk melaksanakan verifikasi luaran dan penilaian di Pusat Bertauliah. Peranan dan tanggungjawab PPL-SLaPB pula termasuklah:

i.  Membuat lawatan, menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB);

 ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;

iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran berkenaan perkaraperkara yang diperuntukkan dalam melaksanakan aktiviti verifikasi luaran memenuhi kriteria kemahiran yang ditetapkan bagi Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) kepada JPK.

Sekiranya anda berminat untuk memohon sebagai PPLSLaPB ini, anda perlu memenuhi kriteria syarat seperti berikut:

1.Warganegara Malaysia;
2.Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon;
3.Lulus Kursus Induksi PP-PPD-PPB;
4.Lulus Kursus Induksi PPL;dan
5.Memiliki kelayakan kemahiran berikut bagi bidang yang ingin dimohon;
 SKM 1,2,3 – sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang yang dimohonDKM  – sekurang-kurangnya DKM/ Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohonDLKM – sekurang-kurangnya DLKM/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohon.

PPV: Pegawai Pengesah Luaran - Sistem Latihan Program Bertauliah (PPL-SLDN)

Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional (PPL-SLDN) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan verifikasi luaran di tempat kerja/ Pusat Bertauliah.

Peranan dan tanggungjawab PPL-SLDN termasuklah:

i. Memantau pelaksanaan Peperiksaan Akhir;

ii. Memberi khidmat nasihat berkaitan pelaksanaan penilaian;

iii. Menyediakan Laporan Pegawai Pengesah Luaran (JPK/SLDN/VL01);

iv. Menyemak dan mengesah Buku Log; dan

v. Menyemak dan mengesahkan semua dokumen penilaian yang berkaitan.

Bagi memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria seperti yang telah ditetapkan.  Syarat perakuan sebagai PPL-SLDN adalah seperti berikut:

1.Warganegara Malaysia;
2.Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon;
3.Hadir Kursus Induksi SLDN;
4.Lulus Kursus Induksi PPL;dan
5.Memiliki kelayakan kemahiran berikut;
 SKM 1,2,3 – sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam bidang dimohon DKM  – sekurang-kurangnya DKM/ Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohonDLKM – Sekurang-kurangnya DLKM/ Ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang dimohon
 NOTA:Tiada perakuan PPL-SLDN bagi program berikut:Program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM) Program berkaitan Pemandu Pelancong

PPV: Pegawai Penilai - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT)

Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP- PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menilai pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki oleh calon. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Menilai ketrampilan berdasarkan pengalaman, pengiktirafan dan pencapaian terdahulu calon PPT dengan bukti-bukti keterampilan yang sahih, kebolehpercayaan dan mencukupi sebelum dibuat verifikasi bagi tujuan persijilan.

ii. Menjalankan sesi kaunseling bagi membimbing dan membantu calon bagi mengenalpasti dan menyediakan bukti-bukti keterampilan berdasarkan pengalaman terdahulu yang dimiliki oleh calon.

Bagi jawatan ini, antara kriteria dan syarat perakuan yang perlu anda penuhi sebagai PP-PPT adalah seperti berikut:


1.
Warganegara Malaysia;
2.Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon;
3.Lulus Kursus Induksi PP-PPT;
4.Memiliki kelayakan kemahiran berikut;
 SKM 1,2,3 – sekurang-kurangnya SKM Tahap 3 dalam program yang dimohon DKM  – Sekurang-kurangnya DKM dalam program yang dimohon DLKM – Sekurang-kurangnya DLKM dalam program yang dimohon
5.Berada pada peringkat penyeliaan/ pengurusan/ professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5

PPV: Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT)

Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) adalah merupakan personel yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan dan diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan verifikasi dan mengesahkan terhadap penilaian yang dilaksanakan oleh PP-PPT. Antara peranan dan tanggungjawab PP-PPT termasuklah:

i. Melaksanakan verifikasi terhadap penilaian yang telah dilakukan oleh PPPPT dan memastikan penilaian dilaksanakan mengikut kriteria kemahiran yang telah ditetapkan.

Sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah memenuhi kriteria dan syarat perakuan sebagai PPL-PPT seperti berikut:

i. Merupakan seorang PP-PPT yang masih sah tempoh pengiktirafan; dan

1.Warganegara Malaysia;
2.Mempunyai pengalaman kerja 10 tahun dalam bidang kemahiran dimohon;
3.Telah diperaku dan masih sah tempoh perakuan sebagai PP-PPT
4.Mempunyai pengalaman sebagai PP-PPT ≥ 2 tahun
5.Telah membuat penilaian portfolio PPT ≥ 30 portfolio
6.Berada pada peringkat penyeliaan / pengurusan /professional bagi program Tahap 4 dan Tahap 5
 NOTA:Tiada perakuan PPL-PPT bagi program berkaitan Operasi Latihan Vokasional (VTO, VTE dan VTM)

PROSEDUR PERMOHONAN PPV

Semua urusan Permohonan Personel Penilaian dan Verifikasi (PPV) (Personel BaruTambah JawatanTambah Program dan Pembaharuan) hendaklah dibuat secara ATAS TALIAN dan memuat naik dokumen seperti jadual di bawah dalam format PDF mengikut jenis jawatan yang dimohon.

Borang Kebenaran Majikan
Borang Akuan Pengesahan Pengalaman
Borang Akuan Pemilik Perniagaan

BILDOKUMEN SOKONGAN PERSONAL BARUPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)
1.Kad Pengenalan
2.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
3.Sijil Induksi PP-PPD-PPB   
4.Sijil Induksi PPL  
5.Sijil Induksi PP-PPT             
6.Sijil Induksi SLDN    
7.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
8.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
9.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun   
10.Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun   
11.Bukti menyelia dan mengurus kemahiran (VTE/ VTM)   
12.Bukti pencapaian/ pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional
13.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
14.Borang Akuan Pengesahan Pengalaman
15.Borang Akuan Pemilik Perniagaan
16.Resume (2 mukasurat)

TAMBAH JAWATAN 

BILDOKUMEN SOKONGAN TAMBAH JAWATANPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/ E/ M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
7.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
8.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
9.Bukti pengalaman mengajar  kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
10.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
11.Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional
12.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
13.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

PEMBAHARUAN JAWATAN

BILDOKUMEN SOKONGAN PEMBAHARUANPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.Lulus Penilaian Pembaharuan
7.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
8.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
9.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
10.Bukti pengalaman mengajar  kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
11.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
12.Bukti pencapaian/ pengiktirafan/ anugerah/ projek kemahiran/ pertandingan/ perlesenan/ badan professional
13.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
14.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

TAMBAH PROGRAM 

BILDOKUMEN SOKONGAN TAMBAH PROGRAMPPL-SLaPBPPL-SLaPB (VTO/E/M)PPL-SLDNPP- PPTPP- PPT (VTO/E/M)PPL- PPT
1.Bukti pengalaman 10 tahun dalam bidang yang dipohon
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB    
3.Sijil Induksi PPL   
4.Sijil Induksi PP-PPT             
5.Sijil Induksi SLDN     
6.SKM/ DKM/ DLKM/ DPV/ DLPV/ Kelayakan Kemahiran berkaitan
7.Sijil akademik dengan bukti pengalaman berkaitan
8.Bukti pengalaman mengajar VTO/VTE/VTM ≥ 2 tahun    
9.Bukti pengalaman mengajar bidang kemahiran di PB JPK ≥ 5 tahun    
10.Bukti menyelia & mengurus kemahiran (VTE/ VTM)    
11.Bukti pencapaian / pengiktirafan /anugerah / projek kemahiran /pertandingan /perlesenan / badan professional
12.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)
13.Salinan bukti penugasan PPT ≥ 30 portfolio     

FASILITATOR BERTAULIAH

BILDOKUMEN SOKONGAN FASILITATOR BERTAULIAHFB WIMFB DESCUMFB SOALANCUDBAS LEADER
1.Bukti pengalaman kerja 5 tahun
2.Sijil Induksi PP-PPD-PPB
3.Sijil Fasilitator WIM   
4.Sijil Fasilitator DESCUM             
5.Sijil Fasilitator Pembangunan Soalan Pembangunan Kemahiran   
6.Sijil CUDBAS Leader   
7.Borang kebenaran majikan   (Borang PPV/CIAST-B001/12-2018)

NOTA

Perlu diberi perhatian bahawa, hanya satu program NOSS boleh dipilih dalam satu-satu permohonan. Oleh itu, sekiranya personel memohon untuk diperaku lebih dari satu program NOSS maka bilangan permohonan juga perlu mengikut bilangan program yang dimohon. Contohnya personel memohon pembaharuan untuk program NOSS bagi SKM 1, SKM 2 dan SKM 3 maka permohonan perlu dibuat sebanyak tiga (3) kali untuk setiap program tersebut.

Syarat pembaharuan PP-PPT, PPL-PPT, PPL-SLaPB, PPL-Kendiri dan PPL-SLDN - WAJIB LULUS PENILAIAN PEMBAHARUAN PPV

Penilaian Pembaharuan PPV - Jadual 2024

NOTA PERINGATAN : Sila baca dengan teliti

1. Sebarang perubahan tarikh penilaian, kaedah dan tempat tertakluk kepada keadaan semasa oleh pihak urusetia Unit Kursus Induksi Pentauliahan (UKIP) CIAST Shah Alam.
2. Permohonan adalah bagi pemohon yang sudah tamat tempoh lantikan personel atau yang akan tamat tempoh lantikan personel sekurang – kurangnya 6 bulan sebelum tarikh tamat tempoh lantikan.
3. Pemohon mestilah daripada zon yang telah ditetapkan dan bukannya daripada luar zon tempat tinggal atau tempat bertugas.
4. Pemohon hanya dibenarkan memohon sekali sahaja mengikut zon dan tarikh yang telah ditetapkan.
5. Permohonan perlu dibuat di dalam system MySpike mengikut tarikh permohonan seperti di dalam jadual disediakan.
6. Sebarang ketidak akuran akan menyebabkan permohonan ditolak dan tidak akan dipilih untuk mengikuti penilaian ini.

 1. Tujuan Penilaian

Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi (PPV) adalah untuk memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dari segi panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan adalah terkini sebelum memperbaharui lantikan.

2. Penilaian PPV

Sesi Penilaian Pembaharuan Personel Penilaian Dan Verifikasi merupakan inisiatif JPK bagi mengukuh serta memastikan personel PPV kekal berpengetahuan, berkemahiran serta menyumbang kepada modal insan berkemahiran tinggi negara. Sesi ini juga bertujuan memastikan pengetahuan dan kefahaman PPV dalam aspek panduan, peraturan, penugasan dan pelaksanaan berada dalam tahap terbaik.

Setiap sesi penilaian PPV ini melibatkan 40 hingga 50 orang personel (maksima) dalam satu-satu sesi (seharian) dan diadakan secara bersemuka atau secara dalam talian. Peserta penilaian PPV perlu mengikuti ceramah dan ujian akhir sebelum layak untuk memohon pembaharuan lantikan PPV. Calon hanya dibenarkan untuk memohon SATU SIRI  sahaja bagi satu –satu zon yang ditawarkan. Sistem MySPIKE akan menolak permohonan sekiranya personel memohon lebih dari satu siri. 

2. Personel yang Layak Menduduki Penilaian

PPV  yang  telah tamat lantikan (3 tahun) atau akan tamat tempoh lantikan (dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat) dan  ingin membuat pembaharuan adalah layak memohon untuk menduduki penilaian ini.  Personel Penilaian Dan Verifikasi yang terlibat adalah terdiri daripada Empat (4) jawatan lantikan iaitu;

i. PPL-SLaPB : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Program Bertauliah;

ii. PPL-SLDN : Pegawai Pengesah Luaran Sistem Latihan Dual Nasional;

iii. PP-PPT : Pegawai Penilai Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;

iv. PPL-PPT : Pegawai Pengesah Luaran Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu;   

4. Tatacara Membuat Permohonan

PPV yang berminat untuk mengikuti sesi Penilaian PPV bagi tahun 2024 boleh membuat permohonan secara atas talian dengan merujuk kepada pautan:

Pengguna>Permohonan Pengguna>Klik Kursus Induksi>Mohon Kursus Induksi>Pilih “Penilaian Pembaharuan PPV’>Papar Senarai Kursus>  dengan memilih siri penilaian mengikut zon wilayah yang hampir dengan tempat tinggal PPV.

5. Tawaran dan Pengesahan Kehadiran

PPV yang berjaya akan dimaklumkan melalui MySPIKE dan emel. PPV perlu membaca dan memahami setiap kandungan dan lampiran yang disertakan dengan teliti. PPV juga dikehendaki membuat pengesahan kehadiran seperti dinyatakan bersama surat tawaran.

Untuk makluman lanjut mengenai sesi penilaian, sila baca:

PANDUAN PENILAIAN PEMBAHARUAN LANTIKAN PERSONEL PENILAIAN & VERIFIKASI (PPV)

6. Penalti

Tindakan senarai hitam (penggantungan setahun) akan dikenakan ke atas personel yang gagal hadir tanpa sebab yang kukuh setelah tawaran sesi PPV dikeluarkan.

Sumber: www.ciast.gov.my

Dah bersedia nak dilantik sebagai PPV?

Kursus Induksi PP-PPT
Daftar Kursus Induksi PP-PPT untuk lantikan sebagai PP-PPT, Penyelaras PPT
Kursus Induksi PPL
Daftar Kursus Induksi PPL untuk lantikan sebagai PPL SLaPB atau PPL-SLDN (tertakhluk kpd sijil induksi lain)

Sertailah >15,000 peserta yang lain

Sejak 2001, dianggarkan lebih 15,000 PP, PPD, PPB, PP-PPT, PPL, tenaga pengajar SLDN, coach SLDN pernah berkursus dengan I Smart Educare@ISE Education.

Tunggu apa lagi?!