Tag Archives: Pusat Bertauliah JPK

Belanjawan 2024: RM6.8 Bilion untuk TVET dan Asah Bakat Baharu

Belanjawan 2024: Peruntukan RM6.8 Bilion untuk TVET

Belanjawan 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mendedahkan Belanjawan 2024 yang mempunyai peruntukan sebanyak RM6.8 bilion untuk memajukan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET). Matlamat utama Belanjawan 2024 ini adalah memperkukuhkan bakat tempatan dengan kemahiran tinggi yang mampu bersaing di peringkat global. Kerajaan komited untuk memajukan pendidikan TVET dan menyediakan pelbagai peluang bagi graduan TVET.

Pensijilan Profesional

Dalam Belanjawan 2024, sejumlah RM6.8 bilion telah diperuntukkan bagi memajukan pendidikan TVET di Malaysia. Ini adalah langkah progresif yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong pembangunan bakat tempatan.

Belanjawan MADANI Pertama telah memulakan secara rintis usaha merombak pendidikan TVET negara melalui kerjasama dengan syarikat GLC dan swasta.
Setakat 5 Oktober lalu, 17 GLC dan 44 syarikat swasta telah terlibat dalam pemeteraian 61 memorandum persefahaman mencakup kerjasama melalui pembangunan kurikulum serta sumbangan peralatan dan kepakaran.

Salah satu titik utama Belanjawan ini adalah penyediaan RM100 juta untuk pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET, dimulai tahun depan. Langkah ini penting untuk memastikan bahawa graduan TVET mempunyai kemahiran yang diiktiraf dan relevan dengan keperluan industri.

Penyediaan Latihan Melalui HRD Corp

Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaatkan dana sebanyak RM1.6 bilion untuk menyediakan 1.7 juta tawaran latihan. HRD Corp akan turut menyediakan semula dana khas menggunakan 15% daripada jumlah kutipan levi untuk melaksanakan Program Latihan Madani kepada usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) serta golongan rentan seperti bekas banduan, orang kelainan upaya, warga emas, dan pesara. Ini merupakan usaha yang bersepadu untuk memastikan pelbagai lapisan masyarakat mempunyai akses kepada peluang latihan TVET yang berkualiti.

Bagi menangani kekurangan bakat tempatan, Program Academy in Industry akan dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM70 juta. Program ini memberi peluang kepada individu untuk memperoleh kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan. Ia akan membantu graduan TVET mendapatkan pengalaman praktikal dan memastikan bahawa mereka bersedia untuk menangani cabaran dalam industri. Kaedah ini sebenarnya adalah Sistem Latihan Dual Nasional atau National Dual Training System dalam Bahasa English.

Belanjawan 2024 - PTPK

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta akan menyediakan pinjaman pendidikan kepada 12 ribu pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran. Ini akan membantu pelatih membiayai pendidikan mereka dan meningkatkan akses kepada program TVET.

Sokongan kepada Bidang Maritim, Kesenian, dan Aeroangkasa

Sejumlah RM20 juta akan digunakan untuk manfaat pelatih yang mengikuti bidang maritim, kesenian di ASWARA, dan penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) bagi sektor aeroangkasa. Ini akan memajukan bidang-bidang ini yang memiliki potensi untuk pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Program Tahfiz TVET

RM17 juta disediakan untuk melaksanakan Program Tahfiz TVET yang memberi peluang kepada pelajar tahfiz untuk mempelbagaikan kemahiran mereka. Ini adalah langkah untuk memberi sokongan kepada pelajar tahfiz untuk memperluaskan horizon mereka dan membuka peluang untuk kerjaya yang lebih luas.

Program PEKA (Peluang Kedua Anda)

Program PEKA (Peluang Kedua Anda) oleh Jabatan Penjara telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada para pesalah yang mengakhiri tempoh hukuman. Tahun hadapan, selain meneruskan kerjasama dengan syarikat untuk menjayakan program PEKA, sebanyak 10 juta ringgit turut disediakan bagi melaksanakan Program PEKA TVET untuk menyediakan latihan kompetensi yang diakreditasi oleh CIDB kepada para pesalah.

Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai sehingga RM2,000 ringgit bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.

Skop akan diluaskan bagi pelepasan gaya hidup
meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus
bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya.

Kesimpulan

Belanjawan 2024 menunjukkan kejelasan visi kerajaan Malaysia dalam memajukan pendidikan TVET dan asah bakat baharu yang berkemahiran tinggi. Dengan peruntukan sebanyak RM6.8 bilion, pelbagai program dan inisiatif akan memanfaatkan graduan TVET serta memastikan kelestarian kemajuan ekonomi negara. Langkah ini adalah penting dalam memastikan Malaysia terus bersaing dalam arena global dengan bakat tempatan yang berkualiti.

Minat belajar kursus TVET di ILKA?

Pusat Bertauliah JPK Awam
Klik gambarajah di atas untuk pautan maklumat lanjut

Minat Ditauliahkan sebagai Pusat Latihan Kemahiran Bertauliah@TVET bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran?

Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK
Klik Gambarajah di atas untuk ketahui lebih lanjut
Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK

7 Kriteria Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK – No 7 Rahsia!

Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah JPK bererti penyedia latihan kemahiran, samada  institusi latihan atau tempat kerja (workplace) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan NOSS.

Kategori Pusat Bertauliah JPK

Pusat Bertauliah Awam​

Pusat Bertauliah JPK Awam

Kod Pusat Bertauliah Awam​

Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod K; contoh K02250

Anda boleh semak senarai Pusat Bertauliah JPK awam di sini. 

Pusat Bertauliah Swasta

Pusat Bertauliah JPK Swasta

Kod Pusat Bertauliah Swasta

Ia diberi kod pentauliahan yang bermula dengan Kod L; contoh L02667

Satu lagi kategori adalah Industri, Kod I; contoh I01017

Program yang ditawarkan oleh Pusat Bertauliah JPK

Program-program yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan.

Senarai Pusat Bertauliah JPK

Sehingga 30 Sept 2021, jumlah keseluruhan Pusat Bertauliah SLaPB seluruh negara adalah sebanyak 1,233 buah pusat.  Daripada jumlah tersebut 808 merupakan pusat bertauliah awam dan 425 pusat bertauliah swasta.  

Pusat Bertauliah JPK di Selangor mempunyai bilangan pusat bertauliah paling banyak iaitu 216 buah pusat  yang terdiri daripada 84 buah pusat awam dan 132 buat pusat swasta.

Dan cuma 2 negeri di mana Pusat Bertauliah SLaPB swasta melebihi awam, iaitu Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

2 negeri ini juga menunjukkan jumlah penurunan Pusat Bertauliah SLaPB swasta yang banyak berbanding tahun 2017. 

Namun, setelah pandemik berakhir, saya yakin 2 negeri ini juga akan menunjukkan peningkatan yang besar semula, berdasarkan permintaan peserta kursus induksi PP-PPD-PPB sejak Jun 2021.

Permohonan Pusat Bertauliah JPK

Bukan seperti lesen IPTS yang dikenakan moratorium, anda masih boleh membuat permohonan pusat bertauliah secara dalam talian di www.myspike.my. Pegawai yang diberi tanggungjawab untuk membuat permohonan tersebut adalah Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) dan juga penyelaras PB yang dilantik oleh PPB.

Kriteria Utama Pentauliahan Pusat Bertauliah JPK (Swasta)

1. Pemilikan Pusat Bertauliah JPK

Butiran – Mendaftarkan operasi perniagaannya dengan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.

Pihak Berkuasa Tempatan:

1.Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Syarikat Sendirian Berhad/Berhad/Pendaftaran   Perniagaan/Perkongsian Liabiliti Terhad).

2.Pendaftaran Perniagaan (Cap 64), Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan – Borang I (negeri Sarawak)

3.Lesen Perniagaan – Borang B (negeri Sabah)

3. Kewangan – Mempunyai Modal berbayar minimum RM 50,000.00

2. Premis Latihan

i) Memiliki  premis  atau  menyewa  mana-mana  premis  dengan  baki tempoh sewaan tidak kurang daripada satu (1) tahun

ii) Telah mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan

iii) Bagi kelulusan Bomba atau lain-lain agensi penguatkuasa berkaitan adalah merujuk kepada bidang kemahiran tertentu yang akan dilaksanakan; (contoh: mendapat kelulusan agensi kerajaan bagi bidang berkaitan Jabatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan sebagainya)

iv) Memastikan premis latihan terletak di persekitaran yang kondusif dan selamat untuk menjalankan latihan; dan

v) Penggunaan premis latihan tambahan dalam lingkungan 25 kilometer boleh dipertimbangkan dan hendaklah mendapat kelulusan JPK

3. Nama Pusat Bertauliah

Hendaklah mencerminkan sebuah institusi latihan kemahiran

TIDAK menyamai dengan nama PB lain

TIDAK BERKAIT dengan nama JPK atau BAHAGIAN di bawah JPK atau apa-apa yang berkaitan dengan JPK

TIDAK MENCERMINKAN ENTITI PERNIAGAAN atau SYARIKAT. contohnya ABC SDN BHD, XYZ BERHAD dan sebagainya

4. Kurikulum Pentauliahan

i) Laluan latihan (Training pathway);

Training Pathway VTO
Contoh Training Pathway Program VTO

ii) Bahan pembelajaran bertulis (Written Instruction Material) beserta Jadual Pembahagian WIM (JPW);

WIM

iii) Dokumen penilaian teori dan amali @ KA & PA;

iv) Pakej Pembelajaran Kebolehan Teras (NCS – Core Abilities) termasuk Matriks Core Abilities (Abilities vs CU/Modul program NOSS);

v) Silibus subjek tambahan bagi program DKM, DLKM dan tahap yang lebih tinggi;

vi) Pelan pelaksanan latihan yang merangkumi penilaian berterusan dan penilaian akhir (Gantt Chart); dan

Gantt Chart

vii) Jadual latihan mingguan sepanjang tempoh pelaksanaan program latihan

5. Kemudahan Fizikal

PB hendaklah menyediakan kemudahan fizikal mengikut keperluan program yang dimohon merangkumi kemudahan insfrastruktur, kemudahan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan.

A. Infrastruktur

BILIK KULIAH

BENGKEL LATIHAN

PUSAT SUMBER LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)

B. KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN LATIHAN / TOOLS, EQUIPMENTS & MATERIALS (TEM)

PB hendaklah menyediakan kelengkapan, peralatan dan bahan latihan mengikut kehendak NOSS bagi program berkenaan di premis latihan yang hendak ditauliahkan seperti berikut:

1. Menyediakan dan memastikan KUANTITI KELENGKAPAN, PERALATAN DAN BAHAN  MENCUKUPI mengikut bilangan pelatih.

TIPS: Rujuk NOSS untuk nisbah kuantiti yang diperlukan.

2. Memastikan PERALATAN BERFUNGSI dengan baik dan selamat untuk digunakan

3. Memastikan PERALATAN MEMENUHI KEPERLUAN PERLESENAN (jika berkaitan)

6. Personel Pentauliahan

PB perlu memastikan bahawa setiap personal memenuhi kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran.  Setiap personal pusat juga perlu mempunyai sijil Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP). 

Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih / perantis di PB.  Ianya bertujuan melayakkan personel diperakukan secara sah sebagai personel pentauliahan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi program yang layak sahaja. 

7. Lain-lain (Rahsia)

Belanjawan 2024 - Rahsia Permohonan Pusat Bertauliah JPK
Pusat Bertauliah JPK - I Smart Educare
Dapatkan Khidmat Runding ISE Education Untuk Membantu Anda Menyingkatkan Masa Permohonan PB JPK Anda

FIRE SALE! College IPTS License for sale – KL & Sel (Updated April 2021)

IPTS & JPK license for sale - jpkmalaysia.com
IPTS license for sale are hard to come by, especially if you are looking to acquire a specific program.

IPTS license for sale – Benefits of acquiring

For IPTS license, the moratorium/application freeze is basically still on till 31/12/2020 (definitely going to be extended).

College (IPTS)

1. RM5 million

  1. IPTS License valid until Jan 2025 since 1998. More than 2 decades. 1000+ ACCA & Diploma & Certificate graduates & Goodwill
  2. PTPTN & EPF
  3. KDN license renewed in Dec 2020 – license to recruit foreign students
  4. MQA FA & PA & JPA (RM2mil)
    Future earnings :
    a) Certificate in English (MQA FA)
    b) Diploma in Biz Admin (MQA FA)
    c) Diploma in Biz Admin (ODL)
    d) Diploma Early Childhood Education
    e) Foundation in Business (link to University Bachelor degree)
    f) Foundation in Accounting (pathway to ACCA)
    g) ACCA (MQA FA Level 6, Gold Status, World Book Prizes & Brand)
  1. Active students minimum 100 for IPTS license renewal
  • ACCA local 350 & DIBA 50 (local & International)

Collaborations (Extra)
-ACCA (UK)
-BPP (UK)
-AeU (Msia)
-UER (Italy)
-ANIMC (Australia)
-CBC (Australia)

Rental & Staff salary – to be discussed

Reason for sale: Focus on other business

More listings required as there are quite a number of enquiries.

NOTE:
1. For IPTS license, you can only acquire from existing ones as there’s a moratorium on the establishment of private higher learning institutions until Dec 31, 2020. However, looking at this year’s COVID-19 situation, it would likely be extended again, after being extended for 3 years in 2017.

2. For JPK (TVET) license, there are 2 options.

a. If you’re looking at just training own staffs and offering SKM or plan to do a placement at industries to earn your revenue, then you should apply to be an accredited SLDN training centre.

b. If you’re planning to run like a college/institution collecting tuition fees as your main revenue, then applying to be a JPK Accredited Centre (Pusat Bertauliah) is the way to go.

Whatsapp or call me for a no-obligation consultation, AFTER you have read on how to apply JPK Accredited Centre post.

PENIPUAN! Adakah PERUNDING TVET (kursus induksi/SKM/SKM-PPT/VTO) anda bercakap benar??

Penipuan - Berhati-hati

If you don’t understand BM well, can always email or call us for further explanation OR read the English version here.
如果您不太了解马来语,可以随时发送电子邮件或致电我们进一步了解详情

Sejak 2001, min berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran ni (terutamanya yang berkaitan dengan JPK), macam-macam kes penipuan telah min jumpa/dengar.

Berikut adalah senarainya, tak terhad kepada ini sahaja (mungkin min lupa atau tak pernah dengar/jumpa tapi memang berlaku):

1. Sijil induksi PALSU – Sebelum ni, tahun 2000an, memang ada sesetengah penganjur yang hit & run, cetak sijil sendiri & JUAL kepada peserta (tak perlu ikuti kursus). Ia samalah seperti penjualan sijil/diploma/ijazah di universiti ataupun sijil cuti sakit. Namun, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengambil langkah untuk membendung perkara ni dari berlanjutan dimana:
a) Penganjur tidak boleh cetak sijil sendiri lagi
b) Sijil telah ada ciri-ciri keselamatan (bukan setakat no siri sijil sahaja) – itu yang menyebabkan kekadang sijil dapat lambat sebab JPK kehabisan sijil & perlu tunggu stok dari Percetakan Nasional Malaysia

TIPS: Cari penganjur yang sudah lama (> 10 tahun kalau boleh) & kerap menganjur (lebih 6 kali setahun) kerana mereka tidak berani bertindak sebarangan & juga senantiasa mengikut perkembangan terkini. Ia juga mengurangkan kemungkinan penganjur menunda kursus induksi berkali-kali, ia berlaku terutamanya penganjur adalah baru dan tiada peserta berkumpulan besar.


2. Bukti PALSU – Ini kerap berlaku terutamanya dalam permohonan SKM secara PPT.

Ini mungkin salah sesetengah pemohon, ada yang sememangnya tahu dia tak layak tapi BAYAR perunding untuk kaodim, biasanya beribu-ribu.
Macam mana min tahu? Sebab ada kisah benar yang diceritakan oleh PPL-PPT (Pegawai Pengesah Luaran yang mengesahkan penilaian PP-PPT).
Cth: Ada seorang lelaki yang langsung tak pernah terlibat dengan kecantikan (cuma ada perniagaan dalam bidang ni) mewujudkan bukti palsu (gambar/invois/sijil) tapi telah digagalkan oleh PPL-PPT yang memegang amanah beliau. Apa yang menggeramkan min adalah dengar khabar setelah calon (melalui perunding) minta PPL-PPT ditukarkan, calon tu LULUS.
Geram betul, calon/perunding/PPL-PPT seperti nilah yang menjahanamkan kualiti SKM #^@*%

Marah dengan penipuan
TIPS: Baca Panduan Permohonan SKM secara PPT @ ikuti kursus induksi PP-PPT – jadual disini supaya anda ada sedikit idea apa yang diperlukan dan sekiranya dah faham, mohon terus dengan JPK, cuma RM300/setahap.

Kebelakangan ni, ada perunding yang menjanjikan calon yang tiada pengalaman mengajar bidang kemahiran bahawa mereka layak mohon VTO secara PPT.  Agak-agaknya buat bukti PALSU lagi kot. Ni juga kisah benar,  dimana 2 juruteknik auto yang tidak pernah mengajar dijanjikan oleh perunding bahawa mereka boleh dapat VTO secara PPT!

Itu yang menyumbangkan kepada banyak isu pemegang sijil VTO yang tidak boleh mengajar dengan baik ataupun tak tahu sangat tentang WIM (bahan pengajaran bertulis). Min tak nafikan juga ada Pusat Bertauliah VTO tertentu yang bagi ‘lesen terbang’, sehinggakan ada beberapa PB VTO yang telah ditarik pentauliahannya dan menyebabkan permohonan PB VTO baru/penambahan program VTO ni dibekukan.
Untuk pengetahuan anda, pengalaman mengajar minima adalah 4 tahun kalau nak mohon VTO secara PPT. Dah banyak kes penipuan calon tak cukup pengalaman mengajar tapi dijanjikan tiada masalah untuk mohon dan dapat sijil VTO secara PPT.

3. Penjualan WIM yang tidak menepati format ataupun jumlah jam yang sepatutnya.
Ha, ni berlaku bukan sahaja dalam dunia latihan kemahiran tapi syarikat gergasi MNC pun ada juga yang melakukan kesalahan sebegini.
Penipuan pengiklanan
Biasa lihat ni kan?

Sudah banyak PB/pembeli yang kantoi dengan janji-janji manis individu/perunding bahawa WIM yang mereka beli memenuhi spesifikasi/format JPK tetapi sebenarnya tidak.
Antara isu yang kerap timbul adalah:
1. Format (tidak mengikut format terkini)
2. Jumlah jam yang tidak menepati kehendak NOSS (sudah banyak kes untuk ni, terutamanya untuk program yang ada kes khas seperti FB-024-2 (1200j dan bukannya 800j)
3. Jadual Pembahagian WIM yang tidak menggunakan ayat yang betul ataupun setara dengan WIM yang dibangunkan

TIPS: Suruh penjual emelkan sampel WIM lengkap (ada Kertas Penerangan/Kerja/Tugasan, Pelan Mengajar Teori/Amali, Kertas Penilaian Pengetahuan (KA)/Prestasi (PA), lepas tu cross check dengan format WIM terikini (2017)  dan juga NOSS.

Cukuplah setakat ni, kalau anda ada sebarang lagi kes penipuan/janji tidak serupa bikin yang nak dikongsi (tak kira pasal SKM, induksi, pentauliahan PB, WIM ke apa) supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak tertipu,
sila emel ke ismarteducare@gmail.com, terima kasih.

Tips mencari perunding yang jujur (elak penipuan):

1. Dah lama berkecimpung dalam bidang latihan kemahiran (ni pun tak menjamin apa-apa)
2. Cuba dapatkan testimoni/pengesyoran dari 2-3 pihak, kalau ada.
3. Dapatkan pandangan/nasihat dari 2-3 individu/syarikat.
4. Sekiranya masih rasa was-was, sila rujuk dengan min atau lebih baik, JPK di 03-88865589.

* singkatan min bermaksud admin ya 😀