Tag Archives: Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan

Tukang gunting rambut rayu tarik balik larangan ambilan pekerja asing untuk mengisi kekosongan industri

Tukang Gunting Rambut
Kredit Imej: www.freemalaysiabaru.wordpress.com

Pemilik kedai gunting rambut di Malaysia sedang menghadapi kesukaran untuk mencari pekerja mahir kerana pembekuan ambilan sementara pekerja asing oleh kerajaan. Persatuan Pemilik Gaya Rambut Salun India Malaysia (Mindas) menganggap keputusan ini menjejaskan perniagaan mereka dan memohon agar mereka dibenarkan mengambil pekerja asing seperti perniagaan lain.

Namun, kerajaan masih belum memberikan keputusan yang memuaskan kepada Mindas. Mereka mengusulkan untuk membawa masuk tukang gunting rambut tempatan melalui persatuan dan usaha sama dengan pihak lain, tetapi sambutan daripada warga tempatan tidak begitu baik.

Menurut Meenaq Kumar, penolong Setiausaha Mindas, warga tempatan kurang minat dengan bidang gunting rambut, dan mereka yang menamatkan kursus tukang gunting rambut cenderung membuka kedai sendiri daripada bekerja dengan orang lain. Kekurangan pekerja mahir ini menyebabkan sekurang-kurangnya 1,600 kekosongan dalam kalangan ahli Mindas.

Kumaran Gunasegaran, pemilik 10 kedai gunting rambut di Lembah Klang, menyatakan bahawa banyak perniagaannya terjejas kerana tidak dapat mencari pekerja mahir. Walaupun telah banyak mencuba untuk menggaji warga tempatan, kebanyakan dari mereka tidak muncul selepas sehari bekerja tanpa memberi notis.

Mindas dan pemilik kedai gunting rambut lain merayu kepada kerajaan agar diberikan pengecualian dalam pembekuan ambilan pekerja asing bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Mereka juga menggesa kerajaan untuk membantu membina kemahiran pekerja tempatan dalam bidang gunting rambut untuk mengisi kekosongan pekerja mahir.

Sekiranya kekosongan ini tidak segera diisi, industri gunting rambut akan terjejas dan lebih ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang bijak dan adil bagi mempertahankan industri ini dan menjamin kestabilan ekonomi dalam jangka masa panjang.

Komen: Isunya adalah warga tempatan tidak minat kerja sebagai tukang gunting rambut ke gaji tidak setimpal dengan beban kerja?

Sebab menurut penolong setiausaha Mindas, pelatih yang menamat kursus gunting rambut cenderung membuka kedai sendiri (ataupun kerja secara freelance).

Adakah ini bermaksud ada ruang lagi untuk pusat latihan kemahiran menawarkan kursus tukang gunting rambut, sebaiknya berdasarkan pada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaa@NOSS? 

NOSS

Dengan itu, Pusat Latihan Kemahiran boleh dapat pentauliahan program  daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pelatih bukan sahaja dapat latihan kemahiran sebagai tukang gunting rambut tetapi juga pensijilan yang diiktiraf oleh negara dan juga banyak lagi negara lain, iaitu Sijil Kemahiran Malaysia.

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) – Ciri, kegunaan & kepentingannya

Apakah ciri, kegunaan dan kepentingan NOSS?

Definisi NOSS

ciri kegunaan kepentingan noss
Daftar NOSS terkini (Ogos 2019)

Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Ciri-Ciri Utama NOSS

✔️ Berasaskan keperluan pekerjaan.
✔️ Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
✔️ Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KELEBIHAN DAN KEGUNAAN STANDARD KEMAHIRAN
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.  Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.

Kepentingan Kepada Majikan

  1. Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
  2. Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
  3. Menilai prestasi pekerja
  4. Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
  5. Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Kepentingan Kepada Pekerja

  1. Memberi maklumat skop tugas yang jelas
  2. Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
  3. Membantu dalam peningkatan kerjaya
  4. Menjadi penanda aras prestasi kerja
  5. Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
  6. Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian

Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih

  1. Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
  2. Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
  3. Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
  4. Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
  5. Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih

Namun, setelah tahu ciri, kegunaan dan kepentingan NOSS, anda masih perlu kenal pasti apa kod program yang ingin dimohon untuk:

1. SKM secara PPT
2. Belajar kursus kemahiran/TVET (Sijil Kemahiran Malaysia – SKM)
3. Pentauliahan sebagai Pusat Bertauliah JPK /TVET atau SLDN

Sila muat turun DAFTAR NOSS (NOSS Registry) dan KENALPASTI
kod program anda.
Samada nak beli di Putrajaya/ Cyberjaya atau pejabat wilayah, ATAU dari admin (emel sahaja jika admin ada stok), jika anda tidak ingin bersusah payah pandu ke sana, bayar tol dan penat cari tempat letak kereta yang sangat terhad dan kena jalan jauh!
Admin cuma menyediakan khidmat nilai tambah ni, jadi sila BELI NOSS anda dari JPK tapi kalau nak cepat, takda pilihan lain dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Restriction Movement Order)

NOTA: Mulai 1/6/19, NOSS adalah RM20/Tahap

BARU – NOSS yang berkaitan dengan IR 4.0